Maut dirempuh lori, pekerja pasar raya, Nur Qasrina kemalangan motosikal ketika mencari rezeki. Salam takziah buat keluarga

KEMAMAN – Seorang pekerja pasar raya maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam insiden jalan raya dengan sebuah lori treler di Kilometer 137, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kijal.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa, Nur Qasrina Abdul Kassim, 27, dari Kampung Baru Bukit Teruna di sini meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala.

   

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal didakwa sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Binjai, Chukai.

” Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan hilang kawalan hingga terbabas melanggar bahu jalan yang sedikit tinggi kerana baru diturap lalu tergelincir.

” Mangsa kemudiannya terjatuh di atas jalan sebelum sebuah lori treler merempuhnya dari arah belakang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! .

Hanyan berkata, mayat Nur Qasrina dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan selanjutnya.

Luahan sahabat baik atas pemergian arwah menyentuh hati netizen:

    

Ramai mendoakan arwah:

        

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Tonton Video:

Sumber Kosmo

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × three =