‘Wah! Pertama kali 1,4OO orang tengok live aku weh!’ – Pegawai polis wanita akan dikenakan tindakan tegas buat live TikTok ketika operasi

Baru-baru ini tersebar di laman sosial, rakaman video seorang pegawai polis wanita yang membuat siaran langsung melalui aplikasi TikTok ketika menjalankan operasi, telah mengundang kecaman nertizen.

‘Wah! 1400 orang melihat saya secara langsung buat kali pertama! ‘ – Pegawai polis wanita akan dikenakan tindakan keras untuk TikTok secara langsung semasa operasi

RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI

Dapat dilihat dalam klip video tersebut, pegawai wanita yang dipercayai berpangkat Asisten Superintendan, menjelaskan tentang sebahagian skop tugasnya seperti melakukan serbuan dan pemeriksaan.

Berikutan klip video tular itu, Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) kini sedang menyiasat pegawai polis wanita terbabit yang menyiarkan secara langsung di aplikasi TikTok ketika sedang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap pegawai tersebut sekiranya siasatan mendapati pegawai terbabit mempunyai motif melakukan siaran langsung di TikTok bagi mengumpulkan pengikut.

Susulan dari tindakan pegawai tersebut, JIPS akan mengeluarkan ‘peraturan baharu’ berhubung penggunaan laman sosial terutamanya aplikasi TikTok dalam kalangan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, nertizen berpandangan, pegawai mahupun anggota keselamatan tidak seharusnya berbuat demikian kerana tindakan tersebut bukan sahaja tidak profesional, malah mencemarkan imej PDRM.

” Ingatkan cikgu je buat hal live time mengajar dalam kelas, rupanya pegawai polis pun sama juga sibuk nak buat live masa tengah bertugas.

” Siap show off logo PDRM lagi. Orang-orang yang macam inilah yang busukkan nama sesuatu organisasi sebab tidak menjaga integriti dan profesionalism,” tulis Wallawaniey.

” Terus terang saya cakap, saya pun sama pangkat dengan dia.

” Tapi jarang-jarang sekali saya nak up apa saja gambar muka saya berkeadaan begini.

” Saya dulu tiga tahun tugas operasi, satu apa pun saya tak rekod sebab takut orang kenal kami.

” Ayooo generasi sekarang BBNU,” tulis Sara Aisyah.

Video boleh ditonton disini:

Sumber: Sinar Harian, Twitter Tsgxy

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nineteen − 1 =