Jatuh rebah sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggaI dunia semasa rakaat ke-20 tarawih

Setiap hamba Allah yang hidup sudah tentu mengharapkan pemergian dalam keadaan husnul khatimah, satu pengakhiran yang cukup baik.

Walaupun kehilangan insan disayangi merupakan satu perkara yang menyakitkan, tetapi jika diizinkan Allah S.W.T, kita sebagai makhluk perlulah redha dengan ketentuanNya.

Hal ini samalah dengan laporan dari Utusan Malaysia apabila dimaklumkan tentang pemergian seorang jemaah pada rakaat terakhir solat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz, Kampung Lanai, Baling.

       

Menurut jemaah itu lagi, arwah ada menyatakan tidak boleh makan juadah kurma kambing ketika berbuka puasa, namun meminta izin untuk membawa pulang sedikit juadah itu untuk dirasai anak-anaknya.

“Arwah turut mengadu sakit dada kepada jemaah lain,” katanya.

 

Rebah sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggaI ketika rakaat ke-20 tarawih

Sementara itu, isteri arwah, Rohani Mohd. Noor, 51, pula berkata, beliau tidak menyangka suaminya akan meninggal dunia di masjid tersebut kerana itulah kali pertama arwah berbuka puasa di masjid pada Ramadan tahun ini.

    

Rebah sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggaI ketika rakaat ke-20 tarawih

Dalam pada itu, Rohani turut memaklumkan suaminya sentiasa tekun beribadat dan kerap bangun tengah malam untuk solat tahajud sejak diserang sakit jantung beberapa tahun yang lalu.

Dia dan arwah telah dikurniakan 7 orang anak dan sudah pun membeli baju raya sedondon untuk diguna pakai ketika hari raya nanti namun hal berkenaan nampaknya tidak kesampaian.

Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga redha dengan ketentuan Allah S.W.T lebih-lebih lagi mengetahui suami ‘pergi’ ketika sedang beribadah di dalam masjid.

Sumber: Utusan Malaysia (Norlia Ramli), kredit foto: Facebook

About Zarul Zainal

Check Also

Tidak Mahu Terus Memendam, Akhirnya Puteri Sarah Bongkar Amanat Kazar Kepadanya Sehingga Buat Dia MenyesaI

“Tak yah lah, tak ada apa nak komen,” maklum pelakon Kazar, bapa kepada wanita dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × 5 =