[Terkini] Berakhir sudah derita mu , ” Husna Solehah pergi mu tidak kembali, dikebumikan di bumi Kaherah ”

Kuantan : Pelajar Malaysia, Husna Solehah Mohd. Salleh, 21, yang meninggal dunia akibat batuk kering/tuberkulosis di sebuah hospital di Iskandariah, Mesir, dikebumikan di Kaherah pada 23hb April.

Husna Solehah, pelajar tahun ke-3 Universiti Iskandariah men1nggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut sekitar jam 8 malam 22hb April.

Sebak ekspresi rakan-rakan seperjuangan beliau ” Selamat tinggal sahabat seperjuangan kami. Kami telah menjadi saksi ketabahan seorang insan melawan penyakit selama berminggu lamanya.

            

 

Jenazah Allahyarhamah Husna Solehah Binti Mohd Salleh telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia Mesir di Bilbis, Kaherah pada jam 10.00 pagi Sabtu, 23 April 2022 bersamaan 22 Ramadhan 1443 H.

 

Allahyarhamah Husna Solehah (21) merupakan pelajar tahun ke-3 jurusan pergigian di Universiti Alexandria yang berasal dari Bachok, Kelantan.

Husna Solehah disahkan men1nggal dunia sekitar jam 8.00 malam, 22 April 2022 ketika menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Elite di Alexandria kerana mengidap penyakit Tuberculosis (TB). Dia telah dimasukan ke hospital pada 7 April 2022.

Solat jenazah diadakan di Bangunan MARA, Alexandria sebelum dibawa ke Kaherah dan solat jenazah dibuat sekali lagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia Mesir di Bilbis, Kaherah.

Urusan pengebumian turut dikongsi bersama pihak keluarga melalui panggilan video secara langsung. TYT Ambassador juga berkesempatan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan pihak keluarga juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan atas bantuan dalam menguruskan Husna Solehah.

[Terkini] Berakhir sudah sakit mu , ” Husna Solehah pergi mu tak kembali dikebumikan di Kaherah ”

Warga Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ingin merakamkan ucapan takziah kepada kedua ibu bapa dan keluarga di atas pemergian Allahyarhamah Husna Solehah Binti Mohd Salleh.

KBMK juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak khususnya pegawai-pegawai Kedutaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan jenazah Allahyarmah yang dipermudahkan Allah SWT dan telah dilaksanakan dengan lancar -Embassy of Malaysia in Cairo.

Kakitangan kedutaan Malaysia di Kaherah dan rakan-rakan arw4h juga membantu dalam urusan tersebut, katanya di sini. Al fatihah.

About Zarul Zainal

Check Also

Suami lsteri meninggal dunia selepas menghantar anak belajar di Kedah

Kota Bharu: Sepasang suami isteri maut manakala 5 mangsa lain cedera dalam kemalangan melibatkan 2 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19 + eight =