Ibu Pendam Rasa Sedih, Anak Menderita ‘Psoriasis Pustular’, Kulit ‘Bersalin’ 25 Kali Sepanjang Usia

Psoriasis adalah satu penyakit dimana keadaan kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih berkerak merah ditutupi dengan sisik berwarna keperakan yang dipanggil plak dan muncul di badan seseorang.

Memetik laman web Hellodoktor, Psoriasis merupakan penyakit kulit autoimun yang dicirikan oleh munculnya gejala (suar) secara spontan.

Ia menyebabkan kulit berasa gatal atau pedih, merah, dan menjadikan kulit bersisik.

Seperti adik Izzat ini, beliau juga menghidap penyakit Psoriasis Pustular.

Pada usia yang masih muda dan tidak tahu apa-apa, adik Izzat hanya mampu menangis menahan ujian penyakit itu.

Kisah ini dikongsikan Fatin Suhana, ibu kepada adik Izzat.

Melihat sendiri anak diuji sebegitu rupa, wanita ini memilih untuk bersabar, tabah dan redha demi anak kecilnya.

Adik Izzat Rafael menderita penyakit ‘Psoriasis Pustular’ sejak usia 1 bulan





Terjadi sudah 25 kali sepanjang usia 2 tahun 5 bulan

Menurut Fatin, ini merupakan kali ke 25 anaknya menderita menghidap penyakit ini sepanjang usianya. Keadaan kulit anaknya akan kembali pulih seketika iaitu hanya sebulan. Kadang-kadang keadaan ini akan berulang semula tidak sampai sebulan.

Ini adalah keadaan di mana kulitnya kelihatan sihat. Namun, ia tidak bertahan lama, ia hanya sementara kerana kulitnya akan kembali teruk dan kering.

Menurut ibunya, tempoh masa kulit untuk sebegitu agak lama iaitu hampir tiga minggu.



Paling menyedihkan apabila, keadaan kulit merekah yang kering akan menyebabkan adik Izzat tidak boleh bangun mahupun berdiri. Acap kali penyakit ini berulang, si kecil ini akan demam dan meradang.

Cuba bayangkan, betapa besar ujian yang perlu dilalui adik Izzat Rafael, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sebenar anak kecil ini.



Melalui klip video yang dikongsikan di laman TikToknya, memaparkan keadaan kulit anaknya yang merekah teruk sehingga membuatkan anak kecil ini tidak mampu untuk bangun dan berjalan.

Hanya mampu menangis menahan kesakitan yang dialaminya.

Bagaimanapun, ibu ini redha dengan apa yang berlaku dan berharap anak kesayangannya itu akan sembuh suatu hari nanti.

Semoga Allah angkat dan hilangkan segala penyakit dari adik Izzat Rafeal ini, aamin.

Rata-rata nertizen yang meninggalkan komen mendoakan kesihatan anak ini dan memberi kata semangat kepada si ibu untuk tabah menghadapi ujian ini.

Tidak kurang juga ada yang menceritakan pengalaman perit mereka sendiri akibat menghidap penyakit ini.

Video juga boleh ditonton disini:

@sueeanna96 Budak tuah mama 💕💕💕 sihat cpt nk kutip duit raya 2 tahun dh adik xboleh raya 😭 #fyp ♬ Laper Laper Ha – Faiha

 

@sueeanna96 Gambar dari umr sebulan smpai sekrg mmg naik sebulan sekali sakit ni bygkn dlm pntg dia mngis sebulan xtau punca knp dia ngs mcm swan tangis tpi xdk ap Allah uji #anaksyurgaku😢 #fyp ♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Sumber: Fatin Suhana

About Zarul Zainal

Check Also

Suami lsteri meninggal dunia selepas menghantar anak belajar di Kedah

Kota Bharu: Sepasang suami isteri maut manakala 5 mangsa lain cedera dalam kemalangan melibatkan 2 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seventeen − three =