Tulaq penyanyi mirip macam arwah Siti Sarah jadi tumpuan nertizen!

SEORANG gadis menjadi tumpuan ramai apabila klip video dia mendengangkan lagu popular Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan tersebar di laman sosial.

Rakaman di sebuah majlis perkahwinan itu tersebar apabila dikatakan wajah gadis itu mirip dengan arwah Siti Sarah.

Namun apa yang tidak enak didengar apabila terdapat segelintir komen nertizen membandingkan suaranya dengan arwah Siti Sarah.

” Muka ada iras tapi suara tak.

Salah seorang nertizen berkata ” Wow sekali pandang memang sama. Dua kali pandang masih sama. Tapi terperanjat sebab suara lain.”

KLIP VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Amera yang lebih mesra dikenali sebagai Meyy bagaimanapun tampil mendedahkan bahawa wajahnya tidak seiras dengan Allahyrham Siti Sarah seperti yang diperkatakan nertizen.

” Klip video itu dari sudut sisi tempat saya menyanyi. Pada masa itu, saya pakai bulu mata palsu, termasuk memakai tudung gaya seperti arwah.

” Jadi, sekali imbas mungkin saya kelihatan seperti arwah. Sebenarnya tak sama dan ini kali pertama saya disamakan dengan arwah,” ujarnya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

Amera (duduk) menyanyikan lagu bersama rakan.

Menurut pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Raudhah, Cyberjaya itu lagi, walaupun tidak serupa, tapi persamaan yang disebutkan itu dianggap sebagai penghargaan.

” Memang tak sama, tapi apabila pandangan orang luar menyamakan dengan arwah sudah tentu saya terharu.

” Arwah Siti Sarah merupakan penyanyi yang begitu disegani.

” Mengikuti perkembangan Siti Sarah semasa hayatnya, saya amat suka dengan keperibadian arwah yang merendah diri,” katanya yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah tadika.

Menjadikan karya Allahyarhamah Siti Sarah seperti Kesetiaan dan Semakin sebagai lagu wajib dinyanyikan ketika karaoke, Amera mengakui personalitinya yang ceria merupakan satu-satunya persamaan dengan penyanyi tersebut.

Amera kagum dengan sifat rendah diri Allahyarhamah Siti Sarah.

Sementara itu, Amera menyedari beberapa komen membandingkan suaranya dengan arwah Siti Sarah, namun dia tidak berkecil hati.

” Sudah tentu tidak sama, orang lain menyanyi mesti ada kelainan.

” Janganlah bandingkan suara saya dengan Siti Sarah yang hebat dan ada aura tersendiri.

” Saya menyanyi sebagai Amera, bukan buat-buat menyanyi seperti arwah Siti Sarah.

” Biarlah saya menyanyi apa saja lagu dengan cara saya sendiri.

” Cuma satu yang saya ingin seperti arwah Siti Sarah, iaitu persembahannya yang begitu yakin dan memukau hati,” katanya.

KOMEN NETIZEN:

Boleh lihat video disini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

sumber:mstar

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seven + 17 =