“Sukar Untuk ‘Berbintikan’ Nama Ayah Kerana..” – Anak Halim Othman Tampil Jelaskan Kenapa Namanya Berbintikan Abdullah

” Saya ikhlas dan sudah lama terima perkara ini. Perasaan malu, semuanya tidak ada. Hakikatnya, kita tidak boleh mengubah takdir Tuhan.”

Begitulah luahan pengacara dan pelakon, Myra Natasya Abdullah, 27, anak tunggal kepada pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, mengenai status dirinya berbintikan Abdullah, bukannya Halim.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Myra juga berkata, dia pertama kali bertemu dengan bapanya ketika berusia 10 tahun.

Semasa di sekolah rendah, bahagian maklumat bapa pada borang ditulis tidak berkenaan termasuk sijil kelahiran membuatkan dia tertanya-tanya.

” Apapun, pada masa itu saya sangat teruja ketika kali pertama dipertemukan dengan ayah. Keterujaannya seperti bertemu artis dan dia adalah bapa kandung saya.

” Malah, saya mempunyai banyak keinginan agar kami dapat hidup bersama sebagai sebuah keluarga.

” Apapun, saya faham ibu bapa sudah ada cara hidup masing-masing.

” Hubungan kami baik sejak berjumpa ayah dan dia juga tidak mengabaikan saya.

” Ayah sangat bertanggungjawab terhadap segala keperluan dan pendidikan saya,” katanya.

Menurut Myra, dia tidak pernah menyalahkan ibu bapanya atas semua yang terjadi.

Katanya, tidak ada orang yang mahu situasi seperti ini terjadi kepada mereka kerana tiada siapa yang mahukan penceraian.

” Sekarang ini saya rasa bebas jadi diri sendiri, tidak perlu berselindung lagi.

” Saya pun bersyukur dan gembira kerana selepas identiti saya didedahkan, begitu banyak sokongan positif diterima daripada ramai orang,” katanya.

Untuk makluman, Myra merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2019 dan pernah menjadi pengacara untuk Didik TV serta pelakon drama Republic of Gombak di TV3.

Myra ialah anak kepada Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

VIDEO BOLEH JUGA DILIHAT DISINI:

@nass_man Rapi dan lama sungguh Halim Othman simpan rahsia. Tahniah Halim. kredit video : Linda Onn. #anak #babygirl #LiveForTheChallenge #kamisempoi #johortiktok #singapore #penangmalaysia #padangbesarperlis #arau #☺️ #✅ #💗 #😍 #😘 #mymomchickenrice #ampang #iloveu #ilove #nice #happhy #daughter #daughters #UK #London #london #kamisempoi #fypageシ #viral #trending #followers😘thanku #unblock #jombelajar #bemban_jassin_melaka_malaysia #pangkorisland #tioman #hatyaithailand #grik ♬ original sound – Nass Mann

– Sumber & video dipetik dari Xtra, Harian Metro, TikTok@nass_man

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LS

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

About Zarul Zainal

Check Also

Tidak Mahu Terus Memendam, Akhirnya Puteri Sarah Bongkar Amanat Kazar Kepadanya Sehingga Buat Dia MenyesaI

“Tak yah lah, tak ada apa nak komen,” maklum pelakon Kazar, bapa kepada wanita dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × 1 =