“Abah.. Abah..” Jeritan Dan Tangisan Terakhir Anak Undang PiIu Bapa, Tak Sempat Pakai Baju Raya

Abah… abah. Itu jeritan terakhir yang di dengari seorang ayah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah rumah kedai meng0rbankan 2 anaknya di Bandar Seri Iskandar di sini pada Khamis.

Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan telah terk0rban dalam kejadian sekitar pukul 4.30 pagi itu selepas mereka terperangkap dalam sebuah bilik di rumah kedai tersebut.

Dalam kejadian tersebut, dua beradik itu dikatakan sedang nyenyak tidur di bilik hadapan tingkat 2 bangunan, manakala ibu bapa mereka sedang bersahur di tingkat bawah.

Ayah mngsa, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, sebaik menyedari kebakaran berlaku, dia bergegas lari naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan dua anaknya itu.

Bagaimanapun katanya, usaha itu gagal kerana asap terlalu tebal memenuhi ruang bangunan itu.







Mohd Fazlan yang mengusahakan restoran masakan tomyam bersama isteri, Mimi Doleng, 28, di tingkat bawah rumah kedai tersebut sudah hampir setahun mendiami bilik terbabit.

2 lagi bilik di tingkat sama digunakan sebagai penempatan 5 pekerjanya.

” Mereka berdua baru sahaja masuk tidur selepas penat bermain di kawasan kedai ini. Selepas menidurkan mereka, saya dan isteri turun untuk membantu pekerja mengemas meja dan kerusi.

” Saya tak sangka itulah kali terakhir kami dapat tatap dan tidurkan mereka,” katanya sedih.

Mohd Fazlan Nizam berkata, beberapa hari sebelum kejadian, anak sulungnya yang mesra dipanggil ‘Abe’ merengek dan berkata mahu balik, namun tidak menyatakan mahu balik ke mana.

” Selepas kejadian ini, barulah saya sedar, bahawa erti balik itu mahu balik ke mana.

” Walaupun sedih kehilangan dua anak sekaligus, namun kami redha dan terima ujian yang tuhan berikan,” katanya yang turut memaklumkan persiapan baju raya dua beradik itu telah pun siap.

Jnazah dua beradik itu dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkub0ran Jalan Kampung Bali, Tronoh pada Khamis.

Datuk mngsa, Mohamed Hamidi Mohd Alias, 60, berkata, kali terakhir dia dapat bertemu dengan 2 cucunya itu pada 1 Ramadan lalu.

Mohamed Hamidi yang baru pulang mengerjakan ibadah umrah sempat membelikan sepasang jubah dan abaya serta perhiasan gelang untuk dipakai dua cucunya itu pada hari raya pertama.

” Bila ditunjukkan jubah, cucu lelaki saya tu sangat suka dan tak sabar untuk memakainya, sebab ini kali pertama dia beraya dengan jubah,” katanya.



Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LS

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seventeen − 7 =