‘Kenenkan’ Adik Bongsu Dengan Siti Bainun, Nurul Zahid Akui Rasa Dikhianati – “Hubungan Mereka Toksik Dan…”

Terpalit dengan kontroversi melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, anak sulung Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Zahid mendedahkan bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap cubaan menjodohkan adik bongsunya dengan wanita itu.

Nurul atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Ahmad Zahid memuat naik satu posting di Instagramnya menjelaskan adik bongsunya seorang yang sangat pemalu, jadi Nurul mencari inisiatif untuk mencarikan jodoh untuk adiknya.

” Sebagai kakak sulung, saya sentiasa mahu yang terbaik untuk adik-adik saya.

” Mengenali orang kena tuduh (OKT) pada suatu ketika dulu, dia seorang yang peramah dan suka membantu orang dengan kerja-kerja amal yang dia lakukan.

” Being me, saya agak nakal untuk ‘kenenkan’ adik bongsu saya dengan OKT. Adik saya seorang yang sangat baik, rapat dengan keluarga, dan pemalu untuk bergaul dengan perempuan.

” Apa yang berlaku selepas usikan demi usikan, mereka jadi rapat. Tetapi Allah lebih Maha Mengetahui,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Walaubagaimanapun, Nurul memaklumkan hubungan percintaan mereka tidak kesampaian selepas tercetus beberapa konflik sehingga hubungan antara mereka berdua dianggap toksik.

Dalam pada itu, Nurul juga berkata beliau dan adik-beradiknya yang lain menentang sekerasnya hubungan itu dan seakan tidak membenarkan mereka melangkah ke alam perkahwinan memandangkan hubungan cinta mereka tidak serasi.

Malah, Nurul turut mengakui dia berasa sangat ‘dikhianati’ dengan tindakan itu.

” Hubungan mereka sering tegang dan menjadi semakin renggang.

” Saya menasihati adik saya agar lupakan hubungan yang toksik seandainya sudah tidak ada persefahaman dan tiada keserasian.

” Tidak timbul cerita hampir kahwin kerana saya dan adik perempuan saya benar-benar menentang hubungan itu setelah beberapa isu yang berlaku.

” Cukuplah saya nyatakan, saya rasa dikhianati. Hanya Allah sebaik-baik pelindung,” jelasnya lagi.

Tambahnya, pendedahan ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa cuma untuk mempertahankan maruah keluarga.

Dalam posting lain, Nurul menafikan tuduhan keluarganya cuba untuk melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang kini sedang dibicarakan mahkamah bagi kes penderaan atas remaja sindrom down, Bella.

Bukan itu sahaja, Datuk Seri Zahid Hamidi turut menjelaskan beliau tiada kaitan dengan Siti Bainun dan meminta orang ramai agar tidak mengaitkannya dengan dakwaan tidak berasas.

Malah, Datuk Seri Zahid Hamidi juga menegaskan beliau tidak akan melindungi sesiapa yang didakwa terlibat sama dalam jenayah tersebut dan mengharapkan keadilan buat Bella.

About Zarul Zainal

Check Also

NeeIofa dan Haris kira duit raya BiIaI jumIah RM14,OOO “Another IeveI”

Sejak usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa dan Haris Ismail dikurniakan cahaya mata pertama, nampaknya tidak …

One comment

  1. Hi,

    We’re wondering if you’d be interested in a ‘dofollow’ backlink to layansudah.com from our website that has a Moz Domain Authority of 50?

    We charge just $30 (USD) to be paid via Paypal, card, or Payoneer. This is a one-time fee, so there are no extra charges and the link is permanent.

    If you’d like to know more about the site, please reply to this email and we can discuss further.

    Kind Regards,
    Emelia

    If you are not interested, opt out here: https://unsubscribe.contact/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eight − 7 =