Kes Bella: Saksi nafi dibayar untuk palsukan keterangan

KUALA LUMPUR: Saksi kelima pendakwaan yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood menafikan dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah dalam kes pengabaian dan penganiayaan Bella, remaja Sindrom Down yang berusia 13 tahun.

Pada prosiding perbicaraan hari ini, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali, pengasas rumah kebajikan itu, mencadangkan kepada Yasmin dan bapanya bahawa mereka dibayar di luar mahkamah oleh kumpulan yang menuntut keadilan buat Bella dikenali ‘Justice For Bella’.

Bagaimanapun saksi menjawab, ‘tidak setuju’ dengan cadangan tersebut.

Dalam pada itu, Yasmin, 19, bersetuju dengan cadangan peguam dimana Bella perlu berdiri setiap hari mengikut arahan Siti Bainun.

Berikutan itu, satu rakaman video kemudian ditayangkan di mana peguam bertanyakan soalan apakah yang Bella lakukan.

Yasmin berkata, Bella sedang mengutip nasi serta tidak berdiri dan tidak duduk.

Nur A’minahtul Mardiah juga mencadangkan bahawa ia boleh menyebabkan Bella mengalami keradangan atau ‘inflammation’ pada lutut malah kakinya juga tidak boleh bergerak.

Bagaimanapun, Yasmin yang tidak berpuas hati dengan soalan peguam itu, hanya menjawab ‘tidak pasti’.

Dalam perbicaraan hari ini juga, mahkamah menunjukkan satu rakaman video menunjukkan ketika pertama kali Bella ditemui pengadu kes iaitu saksi pertama pendakwaan, Zurianty Sudin, di mana wartawan dan orang awam tidak dibenarkan berada dalam mahkamah.

Memandangkan Bella masih remaja bawah umur dan dilindungi, Nur A’minahtul Mardiah memohon mahkamah hanya hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan dibenarkan menontonnya dan permohonan itu dibenarkan Hakim Izralizam Sanusi.

Selepas video itu ditayangkan, peguam bertanyakan kepada saksi sama ada Bella ada menyebut nama Siti Bainun dalam rakaman video tersebut, dan saksi menjawab ‘tidak’.

Yasmin kemudiannya bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa wanita yang dipanggil ‘mommy’ (saksi pendakwaan pertama) dalam rakaman tersebut ada bertanya kepada Bella siapa mengikatnya (mangsa), dan dijawab remaja itu, ‘Shomin’.

Menjawab soalan peguam bela sebelum ini, Yasmin mengesahkan Bella memanggilnya dengan panggilan ‘Shomin’.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan terbabit sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara bulan Februari dan Jun 2021.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM5O,OOO atau kedua-duanya sekali.

#JusticeForBella: Peguam Siti Bainun Tampil Jawab Isu Gambar Dilihat Tidak Beretika – ” Bergambar Bersama Anak Guam Bukan Satu Kesalahan..”

Umum sedia maklum, tindakan salah seorang peguam mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memuat naik sebuah ciapan mengenai soal balas kes penderaan Bella telah mendapat perhatian netizen yang tertumpu pada sekeping gambar.

Tinjauan di laman sosial Twitter menunjukkan ramai netizen mempersolkan tahap profesionalisme barisan peguam yang menunjukkan gaya ‘keamanan’ dan ‘mini-love’ ketika bergambar dengan Siti Bainun.

Enggan memburukkan lagi keadaan, peguam Nur Hafidzah Hassan tampil menjelaskan dakwaan segelintir netizen berhubung foto tersebut yang turut dilampirkan bersama ciapan transkrip soal balas daripada prosiding kes penderaan melibatkan Bainun dan Bella.

” Tak menjadi kesalahan apabila peguam mengambil gambar dengan anak guam.

” Tak ada masalah, malah kita tak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar dengan OKT (orang kena tuduh).

” Ia adalah perkara yang tidak sepatutnya dijadikan isu,” katanya kepada media tempatan.

Di samping itu, peguam Hafidzah turut mengulas dakwaan segelintir netizen mengenai perkongsian ‘cross examination’ yang dikatakan tidak wajar untuk didedahkan di media sosial.

” Cross examination ni dibuat di mahkamah terbuka yang mana orang ramai boleh lihat.

” Tapi apa yang terjadi adalah, ia didedahkan separuh-separuh supaya nampak jahat sangat Siti Bainun ni.

” Sedangkan soalan-soalan balas yang ditanyakan tidak pula ditulis.

” Jadi saya ambil tanggungjawab ini dan semestinya saya sudah bertanyakan kebenaran mahkamah dari pasukan saya untuk berkongsi.

” Media boleh cakap apa yang berlaku semasa cross examination tu…

” Tapi (orang ramai) kena tahu ada banyak lagi soalan balas yang ada dan jawapan seterusnya,” jelasnya.

Sementara itu, Hafidzah menafikan tidak menerima sebarang bayaran mengenai tuduhan yang mengatakan dia dibayar dengan sejumlah wang sehingga sanggup membela Siti Bainun.

” Saya bersetuju untuk membantu kes ini selepas meneliti dokumen yang ada.

” Malah kami barisan peguam yang membantu ini tidak menerima sebarang bayaran,” tambahnya lagi.

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9 + 15 =