‘Tiada Lagi Senyuman Manismu Sayang..’ Adik Alisha Rentung Dalam Kebakaran 30 Buah Rumah

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan 30 buah rumah di Kampung Sabah Baru, pada pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tersebut, myat Nurul Alisha Putri Abdullah yang berusia 2 tahun, ditemui di salah sebuah rumah yang terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran terbabit pada pukul 9.52 pagi.

” Kebakaran berlaku di 30 buah rumah jenis tidak kekal dan operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan menggunakan sumber air terbuka iaitu dari parit dan laut .

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu.

” Hasil pemeriksaan mendapati seorang mngsa kanak-kanak perempuan ditemui rentung dalam kebakaran tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambah Sumsoa lagi, myat mngsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

” Operasi terkawal pada pukul 10.55 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 1.15 petang,” katanya.

Sebelum itu, seramai 7 anggota dari BBP Lahad Datu ke lokasi yang terletak sejauh 8 kilometer dengan dibantu seramai 6 anggota dari BBP Kunak dan 6 anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Silam.

Salam takziah buat keluarga adik Alisha. Semoga tabah dan kuat menghadapi pemergian anak tersayang. Alfatihah. – Sumber dipetik daripada DB, Sinar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LS

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

About Zarul Zainal

Check Also

Suami lsteri meninggal dunia selepas menghantar anak belajar di Kedah

Kota Bharu: Sepasang suami isteri maut manakala 5 mangsa lain cedera dalam kemalangan melibatkan 2 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eighteen − 4 =