Isu penderaan menyaksikan adik Bella, seorang remaja sindrom down sedang rancak diperkatakan di laman sosial apabila semakin banyak pendedahan saksi yang sungguh menyayat hati.
Lebih menjadi tumpuan apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga bersuara bagi memastikan kes itu mendapat keadilan sewajarnya memandangkan pihak Orang Kena Tuduh (OKT) tampil bersama 10 orang peguam bagi mewakilinya.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Berikutan itu, dapat dilihat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mula turun padang dan turut membuat kenyataan rasmi berkaitan kesediaannya bersama-sama bekerjasama memastikan pembelaan dan perlindungan buat adik Bella.
Namun begitu, hasrat murni itu dihentam teruk nertizen kerana dikatakan terlambat untuk bertindak bagi membela nasib remaja sindrom down, Bella.
Rina Harun dihentam lagi!
Tidak cukup dikecam selepas membuat kenyataan itu, Datuk Seri Rina Harun atau lebih dikenali sebagai Rina Harun, sekali lagi menjadi mangsa kecaman pengguna Twitter hari ini.
Melihat pada klip video dikongsikan pada ciapan dimuat naik Syed Akramin, memaparkan Rina sedang melawat Bella yang berada di sebuah hospital.
Tambahnya, tindakan itu sangat tidak berasas dan teruk kerana reaksi adik Bella ternyata masih trauma dengan kejadian yang menimpanya sebelum ini.
Bawa media, semua itu cuma publisiti
Dalam pada itu, pemuda tersebut berkata tindakan Rina Harun membawa wartawan dan jurugambar ketika sesi lawatan ke hospital itu hanyalah untuk mencari publisiti semata.
” Yang kau bawa dia keluar jumpa photographer kenapa? Kau tak ada hati perutkah? Semua untuk publisiti diri kau sahaja tanpa fikir orang lain.” tulisnya.
“Bella belum bersedia nak jumpa orang luar”
Rata-rata nertizen yang meninggal komen menyelar tindakan Rina Harun dengan mengatakan adik Bella masih belum bersedia untuk bertemu dengan orang tidak dikenali.
Dapat dilihat remaja tersebut tidak selesa apabila dibawa keluar dan berhadapan dengan para wartawan serta jurugambar yang menggunakan kamera bersama flash.
Tengoklah cara Bella peluk tangan jururawat tu…
Lebih ketara lagi, ada nertizen mengatakan reaksi adik Bella memeluk tangan jururawat jelas menunjukkan ketidakselesaannya dengan tindakan itu.
Rina Harun, hentikan jelah sesi fotografi tu
Boleh dah tu geng dengan peguam viral
Tidak kisahlah jika Datuk Seri Rina Harun mahu menunjukkan beliau sedang menjalankan tugas dan peranan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, namun diminta mengambil berat tentang privasi dan perasaan adik Bella.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Teruk betul Rina Harun ni. Adik Bella tu masih trauma, dari cara dia pegang tangan nurse tu pun kita dapat rasakan perasaan takut dia.
Yang kau bawa dia keluar jumpa photographer kenapa? Kau tak ada hati perutkah? Semua untuk publisiti diri kau sahaja tanpa fikir orang lain. https://t.co/sW9K0WfDnF pic.twitter.com/HxHufSuUpV
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) April 18, 2022
Sumber: Twitter @SyedAkramin, @wahidahu55ain