Demi kasih kepada ibu, anak muda ini serah semua wang KWSP RM1O,OOO! Sayu jawapan bila ditanya tentang jodoh, duit kahwin.

PEMBERIAN ‘one-off’ pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 bermula Isnin lalu nyata amat mengujakan ramai terutama lagi menjelang ketibaan 1 Syawal.

Segelintir pencarum telah pun mengeluarkan wang berkenaan untuk pelbagai tujuan dan rancangan seperti pembayaran komitmen, pelaburan, tabungan, dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, perkongsian seorang pemuda tentang cara dia menggunakan wang pengeluaran khasnya itu dikagumi ramai.

Siapa sangka, pemuda bernama Amran Aminudin ini memindahkan kesemua wang yang dikeluarkannya itu kepada ibu tercinta!

Bercakap kepada media tempatan, sejak kerajaan umumkan kebenaran pengeluaran khas, beliau sememangnya sudah berniat untuk menyerahkan wang itu kepada ibunya, Hajjah Nulia, 64,

Ibu Amran ‘melabur’ duit pemberiannya dengan membeli seutas rantai tangan emas.

” Semasa dua inisiatif terawal yang diumumkan kerajaan sebelum ini, saya keluarkan juga tetapi tidak beri semuanya kepada ibu. Saya hanya beri untuk keperluan dapur, bil, dan pengubahsuaian rumah serba sedikit.

” Jadi saya rasa tak puas apabila duit itu habis macam tu saja di tangan saya. Bila perdana menteri umum beri kebenaran pengeluaran khas KWSP kali ini, saya berniat nak beri kepada ibu,” ujar pemuda yang bekerja sebagai juru ukur di sebuah syarikat pembinaan di Tawau, Sabah.

Menurut lelaki berusia 32 tahun ini, sebaik sahaja permohonannya lulus dan berjaya mengeluarkan wang tersebut, dia segera memberi kejutan kepada ibunya.

” Saya bawa ibu ke bank dan dia tunggu dalam kereta. Ibu tak tahu pun saya ke bank atas urusan apa. Apabila saya berikan wang itu kepadanya, ibu speechless.

Amran memilih untuk tinggal dan bekerja di Tawau kerana mahu berbakti kepada kedua ibu bapanya.

” Ibu bertanya dari mana dapat duit banyak macam ini dan saya akhirnya beritahu dia. Ibu tanya mengapa tidak simpan saja untuk hari tua atau buat duit kahwin.

” Saya kata duit kahwin itu saya dah sedia tabungan lain. Duit ini khas untuk ibu. Saya ada alasan sendiri. Ibu saya dah tua, saya masih muda tapi kita tak tahu ajal masing-masing.

” Saya bimbang tidak dapat beri kesenangan kepadanya. Mungkin RM10,000 itu tak seberapa bagi orang lain, tapi ia besar untuk saya,” ujarnya.

Tambah Amran, sebagai seorang anak, dia berusaha menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapanya dengan menghargai pengorbanan mereka selama ini, apatah lagi dia sendiri masih belum berkeluarga.

” Ibu bukanlah seorang yang suka meminta-minta. Saya juga setiap bulan tidak pernah lupa untuk beri duit belanja. Alhamdulillah, sejak bekerja pada tahun 2016, saya boleh juga tolong mereka ubah suai rumah.

” Selama 7 tahun lebih saya berjauhan dengan ibu bapa kerana melanjutkan pelajaran. Jadi bila bekerja, saya mohon kerja di Tawau sebab nak dekat dengan mereka. Tak kisahlah gaji kecil atau besar. Tambahan adik beradik lain dah berkahwin.

” Saya tak puas lagi nak berbakti kepada mereka. Saya tak ralat, lagi pula rezeki tu sentiasa cukup malah bertambah. Kalau dah kahwin nanti, mak tak dapat merasa macam sekarang. Jadi bab jodoh tu, kalau ada, ada lah nanti,” kata anak bongsu daripada empad adik beradik itu.

kwsp 2

Amran bersama ibu bapa dan adik beradiknya.

Amran yang tidak menyangka perkongsiannya di Facebook tersebar berkata, dia sama sekali tidak berniat untuk mencari publisiti atau menarik perhatian ramai, sebaliknya sekadar berkongsi kegembiraan kerana dapat memanfaatkan wang untuk ibu tercinta.

” Apa yang saya buat bukan untuk meraih pujian. Saya biasa berkongsi apa yang saya lakukan untuk ibu bapa sebelum ini. Sekurang-kurangnya, saya berharap sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Namun kesedaran hanya datang daripada orang itu sendiri.

” Saya perasan ada yang kata saya menunjuk, ada yang ingatkan bahaya bimbang dirompak. Bagi saya, itu satu sudut pandangan yang lain. Saya harap orang ramai terima secara positif dan melihat apa mesej utama yang hendak disampaikan,” katanya lagi.

About Zarul Zainal

Check Also

Tidak Mahu Terus Memendam, Akhirnya Puteri Sarah Bongkar Amanat Kazar Kepadanya Sehingga Buat Dia MenyesaI

“Tak yah lah, tak ada apa nak komen,” maklum pelakon Kazar, bapa kepada wanita dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nine + eighteen =