“Ada Budak Kecil Lagi” – Nertizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor Dipandu Laju.

Motosikal merupakan antara kenderaan yang sering kelihatan ligat melalui jalan raya penuh sesak.

Oleh itu, para penunggang perlu lebih berhati-hati ketika membawa motosikal terutama jika ada pembonceng dibelakangnya.

Bagaimanapun, menerusi klip video yang tersebar di media sosial Twitter, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki kelihatan sangat mencurigakan apabila pembawanya bertindak kasar dengan pembonceng dibelakangnya.

Bantai wanita atas motor

Dalam rakaman video dikongsi Travel Jimat itu, lelaki yang dipercayai adalah suami, dilihat seolah-olah sedang menyiku isteri dibelakangnya dengan kuat ketika menunggang motosikal.

Aksi tersebut berjaya dirakam dan dimuat naik ke media sosial sehingga mendapat kecaman teruk daripada nertizen.

Dua kali kena siku

Ramai nertizen panik melihat klip video dari dashcam sebuah kereta itu kerana kedudukan wanita itu yang hampir sahaja terjatuh selepas disiku sebanyak dua kali oleh lelaki berkenaan.

Dalam keadaan motosikal yang dipandu laju, sudah tentu insiden tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada wanita itu.

Angkat kaki je kalau laki jenis macam ni

Berikutan dengan perkongsian tersebut, rata-rata nertizen meluahkan rasa geram dan marah selepas menonton klip video berdurasi 12 saat itu kerana merasakan lelaki terbabit bukanlah seseorang yang bertanggungjawab.

Mereka juga sempat berpesan kepada para wanita yang belum berkahwin agar mengelakkan diri daripada mendekati lelaki sebegitu sekiranya enggan kehidupan mereka sengsara selepas berkahwin.

“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor“Ada Budak Kecil Lagi” – Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan atau pengakuan daripada pihak penunggang mahupun pembonceng terbabit kerana mungkin terdapat salah faham mengenai video tersebut yang telah ditonton lebih dari 200,000 orang di Twitter.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sumber: Twitter Travel Jimat

About Zarul Zainal

Check Also

Tidak Mahu Terus Memendam, Akhirnya Puteri Sarah Bongkar Amanat Kazar Kepadanya Sehingga Buat Dia MenyesaI

“Tak yah lah, tak ada apa nak komen,” maklum pelakon Kazar, bapa kepada wanita dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nineteen − thirteen =