“Ditidurkan jam 5pagi tadi,” – Shuib. Selepas Siti Sarah, abang pula ditidurkan kesan oksigen rendah.

SELEPAS dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor akibat C0vid-19 pada Selasa, abang kepada Allahyarh.am Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi dan ditidurkan bagi merehatkan paru-parunya.

Perkara itu dikongsi oleh adik iparnya, Shuib Sepahtu yang turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Ahmad Firdous agar diberi kesembuhan.

Abang pula didapati p0sitif, tahap oksigen rendah. Shuib f0bia selepas kehilangan isteri.

“Assalamualaikum semua, Allah maha besar. Baru dapat panggilan abang ipar saya dimasukkan ke lCU.

“Saya mohon doakan Ahmad Firdous Raissudin diberi kesembuhan segera. Amin” tulisnya.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi Khamis bagi merehatkan paru-parunya selepas paras oksigen 95 peratus.

“Fidous sudah ditidurkan pukul 5 pagi tadi sebab doktor nak rehatkan paru-paru dia… sebelum ditidurkan oksigen 95 peratus.

“Dia dibawa ke hospital pada petang Selasa selepas paras oksigen menurun kepada 85 peratus,” ujarnya.

Isterinya turut disahkan positif C0VID-19. Namun, dua anak mereka itu tidak dijangkiiti dari pasangan berkenaan.

Ahmad Firdous dan isteri disahkan p0sitif pada 2 Ogos lalu iaitu empat hari selepas keluarga Siti Sarah mula-muka disahkan p0sitif.

Sebelum ini, difahamkan Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kvarantin kendiri selama lapan hari di rumah.

Lega Dapat Jumpa Anak

Sementara itu Shuib turut berkongsi berita gembira apabila dia dapat bertemu anak keempatnnya yang diberi nama Ayash Affan buat kali pertama pada Rabu.

“buat kali pertama saya akan jumpa Ayash Affan di hospital.

“Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia… tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia.

“Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami,” katanya.

Ayash Affan, cahaya mata keempat Shuib dan Siti Sarah berjaya dikeluarkan daripada kandungan ibunya pada Jumaat lalu.

Sempat Buat Bacaan Tahlil Online

Majlis bacaan tahlil secara virtual hari kedua buat Siti Sarah yang dipimpin oleh PU Hafiz itu turut disertai rakan artis seperti Jep Sepahtu, Fad Bocey, Azad Jasmin, Naim Daniel, Misha Omar, Adira Suhaimi, Datuk Fizz Fairuz dan Indah Ruhaila serta bapa Sarah, Raisuddin Hamzah.

Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir disebabkan k0mplikasi berpunca C0vid-19 pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Sumber dari mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.