“Berhenti mer0mantiskan isu kemat!an. Tak Salah Mengenang Tapi Jangan 0bses” – Fynn Jamal

Umum mengetahui, penyanyi Fynn Jamalrajin melayan soalan-soalan daripada pengikutnya dan dikongsikan di Insta Story untuk tatapan umum.

Baru-baru ini, Fynn diajukan soalan mengenai keperluan mengenang jasa orang yang telah pergi dan Fynn menggariskannya dengan hadis Rasullulah ia perlu dilakukan dengan kadar sederhana.

Fynn berkata, mengenang kebaikan orang yang telah tiada itu tidak salah tetapi jangan sampai melampaui batas. Fynn turut menegur tindakan pengikut yang gemar meromantiskan sebuah ‘kehilangan’ itu sehinggakan ada yang dilihat terlalu 0bses.

“Berpada. Puji tak salah. Mengingat tak salah. Tapi berpada. Ingat sentiasa, syait@n sentiasa ada di luar garis berpada-pada itu. Jangan kita lupa, berhala pertama atas dunia ini terjadi apabila mengagungi orang-orang soleh secara berlebih.

“Dibinakan tugu, dipuji puja, dibuat tribute segala. Ini, jangankan hanya tribute, kita sulam sekali d0sa-d0sa,” katanya.

Dalam pada itu, Fynn menegur jika benar kita kasih dan sayangkan orang baik yang sudah pergi, mengapa perlu diulang sejarah silamnya atau r0sakkan keindahan yang Allah sudah berikan.

“Kalau sungguh kita kasihkan orang baik yang dah pergi itu, kita tak akan r0sakkan keindahan yang Allah SWT dah berikan pada dia bukan?” katanya.

Shuib Tiada Selera Makan, Masih Terpanggil Nama ‘Maid’

Dalam pada itu, pelawak Shuib mengakui banyak kejanggalan dilaluinya apatah lagi perlu uruskan anak-anak sendiri.

Bagaimanapun, Shuib meluahkan rasa syukur dengan pertolongan Allah yang memudahkan banyak perkara dalam hidupnya sekarang serta rakan-rakan yang banyak memberi semangat.

“Kalau nak disenaraikan kawan-kawan yang tawarkan hantar makanan, memang tak terkira antaranya Sharnaaz Ahmad dan Alif Satar.

“Sehinggakan mereka kata bagi isyarat saja nak makan, makanan akan sampai, terasa nak makan apa, makanan pasti sampai. Namun, dah seminggu selera makan saya tiada sebab hidung belum berapa okay dan tak dapat cium bau,” katanya.

Shuib berkata dia boleh menguruskan kehidupannya sekarang, namun apabila menyentuh berkenaan anak-anak itu yang jadikannya agak keliiru.

Malah, dia masih terpanggil nama ‘pembantu rumahnya’ yang sudah men!nggal du nia kerana sudah biasa bergantung dengan bantuannya sebelum ini.

“Bab anak-anak ini yang buat saya macam p3lik sikit. Kadang-kadang mulut pun masih terpanggil nama pembantu rumah.

“Tadi (semalam) tengah cari jubah dan baju anak-anak, saya terpanggil namanya sedangkan dia (pembantu rumah) dah tiada. Sebab, saya dah biasa bergantung dengan bantuannya sebelum ini.

“Bab anak-anak susah sikit, tapi saya ada juga berbual dengan Ajai. Katanya, dia pernah duda dan dia nasihatkan saya sediakan modul sendiri untuk anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib mengakui perubahan sikap anak-anaknya sekarang yang memudahkan urusannya setiap hari dan mendengar kata. Namun, Shuib bersyukur keluarga mentua tinggal berdekatan dan akan turut membantu.

“Alhamdulillah, mereka ikut cakap. Sebelum ini saya penat jerit-jerit. Sekarang sekali cakap sahaja, semua akan ikut. Kalau tidak, nak suruh mandi pun berjam-jam.

“Sekarang, saya cakap pada mereka (anak) saya banyak benda nak fikir dan banyak benda nak buat. Jadi, tolong jangan bagi saya str3ss. Alhamdulillah mereka bagi yang terbaik.

“Berkenaan penjagaan mereka selepas ini, saya lega kerana adik ipar dan mentua tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah bab ini apabila saya kembali bekerja nanti,” katanya

Sumber dari penaputih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.