“Bukan Sebab Kad Klinik Koyak,” – Suami Cerita Hal Sebenar Cera!kan Isteri Dalam Pantang

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok berkenaan seorang wanita yang cuba membvnuh diri selepas dic3raikan suami ketika masih dalam pant@ng.

Cabar@n menanti buat seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak, Nilai Negeri Sembilan apabila dia diceraikan suami selepas hanya 2 minggu melahirkan anak.

Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekan4n, malah buuntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya berumur empat dan dua tahun serta bayi berusia 17 hari.

Wanita kelahiran Sabah itu dicera!kan suami pada Khamis lalu selepas 13 hari melahirkan anak lelakinya.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku hanya kerana menegur suaminya yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya k0yak.

“Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menc3raikan saya dengan ta1ak satu.

“Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya pada Isnin.

Wanita tersebut turut menerima kunjungan Pengurus Semarak Resource Centre, Muzaliza Musa.

Semarak Resource Centre merupakan pusat komuniti flat berkenaan.

Mengulas lanjut katanya, pencera!an berkenaan merupakan kali kedua selepas kali pertama pada 2018, bagaimanapun dirujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.

Jelasnya, sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya itu, mereka tidak mempunyai banyak masa1ah.

“Saya rasa mungkin dia tertek@n sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana tak dapat bekerja seperti biasa dan kemuncaknya bila dia terpaksa menjalani kuarant!n di rumah selama 10 hari kerana positif C0vid-19,” katanya.

Wanita tabah itu berkata, dia tidak lagi mahu mengenangkan apa yang berlaku dan mahu membuka buku baharu demi anak-anaknya.

Bagaimanapun katanya, apa yang menjadi isu kepadanya ketika ini adalah untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti kerana selama ini bergantung sepenuhnya kepada suami.

Sementara itu, Muzaliza berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk melihat keadaan keluarga itu dengan lebih dekat, dalam masa sama beliau turut mengalu-alukan bantuan dan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk meringankan beban keluarga tersebut.

“Dari segi barangan makanan dan keperluan, ia mencukupi buat masa ini tetapi apa yang jadi kebimbangannya ialah bayaran bulanan sewa rumah dan bil utiliti yang perlu ditanggung selepas ini,” katanya.

Suami Nafi Khabar Angin Sebelah Pihak

Sementara itu, bekas suaminya menafikan yang dia mencer@ikan isteri yang masih dalam p@ntang   hanya kerana tidak berpuas hati buku klinik k0yak.

Bekas suaminya, yang berusia 30-an itu berkata, tindakannya itu dibuat kerana tidak tahan dengan sikap bekas isteri yang mudah naik tangan setiap kali mereka berselisih faham.

Menurut beliau, masyarakat hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja dan ia seolah-olah memberi gambaran yang dirinya suami tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya pergadvhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri maarah apabila buku temu janji klinik anak kami k0yak. Tapi waktu itu dia mengugvt mahu menced3rakan saya.

“Bagi saya itu agak berlebihan dan tidak rasional. Selama ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukvl dan menc3derakan saya apabila kami bergaduh. Kali ini, saya tak tahan lagi, sebab itulah saya buat keputusan berpisah dengan dia,” katanya kepada Sinar Harian yang dipetik seperti yang dilaporkan hari ini.

Ujarnya, dia terkesan apabila video berkenaan tindakan bekas isterinya yang mahu membvnuh diri tular di media sosial, sehubungan itu dia memberi kenyataan kepada media kerana mahu membersihkan namanya.

Katanya, hanya dia dan bekas isteri sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Awal perkahwinan kami bahagia. Tapi semuanya sementara apabila lama-kelamaan kami sering bertengk4r.

“Kami pernah berpis@h pada tahun 2019 tapi rujuk semula atas permintaan isteri. Sepanjang menjadi suaminya, saya tak pernah abaikan tanggungjawab,” katanya yang turut membuat laporan p0lis.

Bagaimanapun beliau tetap sayangkan anak-anaknya dan berharap masyarakat berhenti daripada terus menghukumnya.

Tinjauan di media s0sial mendapati rata-rata masyarakat memberi sokongan moral dan nasihat kepada pasangan ini khususnya untuk kebaikan anak-anak.

Seperti yang dipetik,

“Apapun alasannya, suami adalah payung pelindung kepada isteri dan anak-anak. Kaum hawa adalah selembut-lembut manusia. Sentuhannya samada bernada lembut atau k@sar, motifnya adalah ingin mengekalkan kebahagiaan hidup suami isteri. Inginkan rumahtangga dikongsi dalam keadaan harmoni dan dihiasi dengan penuh kasih sayang.

“setidaknya fikirkan anak anak..baik isteri baik suami, selagi ada ruang dan peluang ,perbaikilah sebaik mungkin, jika bukan untuk diri sendiri setidaknya tataplah mata anak anak ..kesian mereka  atas sikap tak matang ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah buat kalian.. apa berlaku dalam rumahtangga hanya kalian yang tahu ,so ambillah pengajaran ..perbaiki semula mana yg lompang, elokkan semua mana yang kurang ye …

Sumber dari Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.