Mlm tue dgr “kucing” blari dan cak4r2 atap rmh. Sbb xtahn suami keluar halau. Esoknya suami crita ada ssuatu yg buat aku mrem4ng

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi Assalamualaikum semua. Aku Yani berumur 24 tahun, dah berumah tangga 2 tahun lebih dan mempunyai seorang anak berumur 3 bulan. Aku nak cerita pasal rumah sewa yang aku baru duduk sekarang ni

(tak sampai 2 sebulan lagi aku duduk). Memandangkan sekarang ni PKP, jadi meh aku nak share pengalaman m1stik aku. Untuk pengetahuan korang, rumah yang aku duduk sekarang ni agak jauh dengan orang. Tapi masih dalam kawasan kampung yang terletak di kawasan bandar ikan patin. Cuma, rumahnya tu area hujung-hujung sikit.

Taknak kasi details sangat nanti pecah tembelang siapa aku haha. Masa memula pindah rumah ni aku dah rasa lain macam dah bila masuk rumah. Tapi aku ikut sajalah cakap suami untuk stay rumah ni sebab sewa murah. Rumah sewa ni luaran dia macam rumah yang dah lama tak berpenghuni tapi percaya atau tak, ramai yang dah menyewa sini.

Dan tuan rumah tu baik-baik saja orangnya, aku panggil dia Pak Ali. Ok, aku straight to the point, Bagi aku, “benda” ni memang jenis tak relaks. Baru minggu pertama aku dekat sini, aku dah banyak mimpi benda bukan-bukan yang banyak buat aku takut nak pergi tandas sorang-sorang,

Contohnya mimpi terbangun dari katil ada sesuatu capai kaki aku dari bawah katil, mimpi adik beradik aku bnuh sesama sendiri, mimpi aku bersetubh dengan orang yang aku tak nampak muka, dan banyak lagi. Mesti ada yang kata yang, “alah, mimpi biasa je nihhh…” Aaaa… tak. Kau sabar jap, baca sampai habis okeh.

Walaupun dah mimpi macamtu, aku still chill. Sebab selama aku hidup, aku memang rasa diri aku “kebal” daripada nampak-nampak or experience benda macam ni. Yelahkan, orang lain ada saja pengalaman masing-masing, tapi so aku zero (kecuali beberapa minggu yang lepas). So, aku jenis relaks tak macam “benda” tu.

Seingat aku dalam 2 minggu lepas, aku macam biasa berdua dengan seketul anak aku duduk dekat rumah. Anyway, aku ni dah biasa tinggal sorang dengan anak kecik bila suami pergi kerja. Waktu tu aku tengah memasak untuk makan tengah hari, biasalah suami nak balik makan kan. Isteri solehah gitchuw.

Jadi, aku dengan fokusnya memasak sampailah tetiba anak aku merengek nak susu. Hai lah seketul ni time nak masak ni lah dia nak menyusu. Biasanya aku wat lek wat pis dulu kasi dia lagi ‘lapar’ dan makin kuat merengek uweek uweek dia tu. Tapi kali ni, bunyi kuat dia tu lain macam. Lama pulak tu. Aku dengar pun jadi pelik.

Apadahal pulak dah dia ni, jatuh buaian ka? Hang kecik lagi pasaipa lasak sangat aihhh…. Maka, sebagai seorang ibu yang mithali, sepantas kilat aku terus bergegas ke bilik anak aku. Aku selak saja langsir, aikkk, nyenyak pulak tidur anak aku nih, siap ternganga macam baru balik dari kerja menukang buat rumah orang nyenyaknya tu.

Aku terpinga sesaat, maybe dia ngigau saja kot tadi. Biasalah baby kan. Kadang2 mengigau dia lain macam kalah korang semua. Jadi, aku sambung memasak seperti biasa dan aku tak fikir dah pasal kejadian ni. Keesokkan harinya pula, “benda” ni mula cari pasal kali kedua (waktu ni aku masih belum tahu yang ini merupakan ‘gangguan’).

Aku rasa memang waktu dia mengacau aku gamaknya bila suami aku dah pergi kerja. Waktu suami aku ada takda pula nak kacau geram pula aku. Macamni, waktu tu aku baru lepas solat zuhur dan anak aku tengah tidur. Kalau ikutkan, inilah masa aku sebagai ibu yang baru setel berpantang ni nak rehat luruskan pinggang atas katil kan.

Waktu ‘me time’ lah senang cerita. Sambil baring-baring tengok budak-budak busuk joget dekat tiktok, tetiba… Krekkkkk, kriukkkk,.. berbunyi pulak kerusi dekat dapur aku macam ada orang nak duduk makan. Aish, suami aku dah balik dah ke? Awal pulak dia harini. Biasanya bila dia balik, dia ajak aku makan sekali,

dan mustahillah aku tak dengar bunyi kereta dan pintu rumah aku ni. Bunyi kerusi tu macam bunyi orang menggelepar nak makan macam tak ada hari esok dah aku dengar. Maka, aku tanpa bersangka buruk, cepat-cepat ke dapur nak tolong isikan nasi untuk suami aku. Sampai saja dapur, mencanak bulu roma aku bila nampak 1 jasad manusia pun tak ada.

Yang ada hanyalah kerusi yang beralih daripada tempat asal dia. Weyhh aku waktu memang tak boleh relaks dah. Aku yang chill dulu bukanlah aku yang sekarang. Aku letak semula kerusi tu tempat dia, kemudian cepat-cepat beredar dari dapur, ambik phone dan buat-buat kononnya pergi ke anak aku.

Tapi macam biasa, anak aku tak bagi kerjasama, dia tetap dengan tidur baru balik menukang dia. Aku tak kisah, aku ambil dia, dukung dekat bahu dan bawa dia jalan-jalan luar beranda. Aku selawat sikit, istighfar, dan mesej suami aku balik cepat sikit. Aku kata yang aku dah lapar. Dalam setengah jam aku tak chill duduk dekat luar,

suami aku pun balik rehat lunch hour dia. Bila dia sampai, maka aku iringilah dia ke dapur sambil cerita apa yang jadi dekat aku tadi. Kau tahu tak dia respon apa? “Oh yeke, angin kot sayang.” “Anginnn?? Seriuslah abang?” “Iya, boleh jadi angin sebab penyewa kan kata tak pernah lagi ada kes orang pecah masuk rumah area sini.”

Kalau ikutkan aku nak saja kurung laki aku ni dekat dapur 24jam biar dia sendiri tengok angin mana yang tiup kerusi tu tengah hari panas macam hari itu. Tapi tak apa, aku iyakan sajalah. Maybe suami aku taknak aku takut dan resah since macammanapun, aku still kena duduk berdua dengann anak aku bila dia pergi kerja.

Lagipun, aku ni penakut, so… aku tarik nafas, hembus. Maybe betullah angin. kan? Well, aku dah jumpa jawapan dia selepas selang sehari dua macamtu, bila suami aku cuti hujung minggu. Biasalah malam minggu, aku dan suami tengok phone masing-masing. Aku tengok utube sambil menyusukan anak. Suami pulak main game dekat phone dia.

Sambil-sambil borak, sambil-sambil makan jajan, sambil g0sip pasal sedara mara. Jam 11:00 lebih, Aku dengan suami tiba tiba terdiam serentak sebab terdengar bunyi atas atap macam ada kucing lari-lari main kejar-kejar gamaknya. Tapi kami dok fikir, celah kucing pun tak tahu. Tapi tak apa, benda ni tak ada masalah.

11:30 macamtu, “Kucing” tu main cakar cakar pula atas atap rumah dan waktu tu aku dengan suami fikir, mungkin kucing ni kurang kasih sayang. Jenis sayang rumah tuan, tapi jahanamkan atap rumah orang. Takpelah tu. Tapi suami aku dah tak relaks, sebab kuat weyh bunyi tu, semak kepala otak. Laju dia keluar rumah.

Well, berani betul laki aku, respect! Dekat luar, dia buatlah cara tipikal halau kucing “Shiuhhhhhh, syiooohhh…” tu. Tapi, tetiba dia berhenti dan terus masuk rumah. Dalam masa sama, bunyi tu dah tak ada. So, perghhh, function lah laki aku ni, aku puji dalam hati. Dia masuk-masuk rumah, dia terus ajak masuk tidur.

Dia kata dah lewat ni. Esok banyak kerja nak buat. Ha? Esok cuti lah. Datang mana kerja hari Ahad? Anyway, aku tak menjawab, dan aku ikut saja. Habis dekat situ. Esoknya, suami aku lambat bangun subuh. Puas aku kejut, tapi macam orang tak tidur sepuluh hari nyenyaknya. “Abang bangun, dah nak masuk zuhur bang!”

(padahal baru 7 lebih, well tipikal mak-mak punya cara kejut orang bangun tido). Selepas beberapa kali cubaan, akhirnya dia bangun. Wey, aku tengok dia macam dah tak ada semangat nak hidup. Lemau lemah lembik semua ada. Tapi aku tak syak apa-apa waktu tu. So, aku teruskan hidup aku dengan buat breakfast simple.

Bila dia dah siap mandi apa semua, kami makan sama-sama. Waktu itulah dia cerita pada aku semuanya. Rupa-rupanya, malam tadi dia tak dapat tidur pun. Dia berjaga sampai pagi. Tapi tertidur juga dalam jam 5 lebih macamtu. Aku tanyalah, kenapa tak boleh tidur? Dia kata, “Sayang, semalam kan ada kucing kacau atap kita, abang halau dia kan malam semalam?”

“Ha betullah tu.” (dalam hati aku, eh nak acah-acah hebat bangga lak, halau kucing je padahal haha) “Itu bukan kucing sayang.” “Itu jembalang.” …..Bulu roma aku naik lagi weyhh. Ape benda ni weyh! Semua benda yang jadi malam tu dia beritahu aku. Rupanya dia tak dapat tidur malam tadi sebab dia dengar bunyi guli dekat atas siling rumah aku.

Weeeeyyy seram nookkkss bila aku dengar. Tak guna betullah rupanya yang dia kata angin sebelum ni rupanya natang apa lah? Mesti korang pelik, aku tak dengar ke? Well, aku tak dengar. Alhamdulillah. Suami aku kata, dia sempat terlelap sekejap, dan tersedar sampai ke pagi lepas dengar bunyi tu.

Mula dari hari itu, aku dah jadi takut. Weyh, memang tak chill lah bila dah tahu rumah ni ada benda tu. Memandangkan aku ni muslim, jadi aku amalkan ayat kursi. Kerap juga kami baca. Tak kisah lah lepas solat ke tak solat ke. Situasi aku jadi makin tak boleh bawa bincang bila esoknya suami aku pergi kerja.

Aku salam, cium tangan waktu pagi dia nak pergi kerja tu. Kemudian dia pesan dekat aku, “Hati-hati ya sayang, jaga rumah.” “Ingat, kita ada Allah.” Kemudian dia pandang aku dengan pandangan, “habislaaahhhh kau tinggal sorang”. Aduh laki aku ni pun satu….! Pagi itu, aku memang tak chill langsung. Yelah, aku dengan anak je weyh.

Kalau jadi apa-apa, takkan anak aku nak selamatkan aku? Memang tak lah. Tapi takpe, aku cuba berzikir dan mulakan hari aku seperti biasa. Alhamdulillah, ok sampai ke malam. Tapi, esoknya nasib aku tak seindah semalam. Aku ni biasa basuh baju awal pagi dalam pukul 6 atau pukul 5.30 pagi macamtu, suami aku je yang still ber’krooohhh’ waktu tu.

Rumah aku ni kalau nak ke dapur kena turun tangga sikit. Macam biasa aku bangun awal pagi masa tu dalam pukul 5.30 nak basuh baju mata pun mamai mamai lagi, waktu aku nak turun tangga aku nampak macam ada orang berambut panjang tengah merangkak nak naik tangga sambil pandang aku, sekelip mata je aku nampak benda tu.

Kiranya benda tu macam dari dapur rumah aku nak naik atas. Lagi sekali bulu roma aku macam is4p gam. Mencanak lain macam. Wey sumpah meremang aku. Terus aku letak saja bakul baju aku tepi tangga dan tak jadi nak turun. Sampai bilik tidur, aku kejut suami aku dan peluk dia. Dia lagilah mamai daripada aku.

Lepas dah mandi solat semua, aku cerita dekat dia apa yang aku nampak. Hm, macam-macam lagi kalau nak cerita. Tapi sampai sekarang, aku harap apa yang berlaku dekat aku ini tak akan kekal lama. Aku dah roger suami aku untuk carikan ustaz yang boleh tolong. Yang aku pelik, penyewa rumah ni, Pak Ali macam tak tahu apa-apa.

Padahal rumah dia kot. Bila aku menulis confession ni, baru aku terfikir nak tanya Pak Ali betul-betul tentang sejarah rumah ni, kot-kot ada cerita daripada penyewa lain yang aku tak tahu ke. Lain macam wey hidup aku bila jadi macamni. Tak apalah, nanti aku kongsi lain pula ya.

Korang doakanlah aku ya untuk elok-elok saja dan doa jauhkan aku daripada benda-benda ngarut macamni. Ok, terima kasih sebab baca. – Yani (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nurul madihah – teringat masa belajar dulu duduk rumah sewa tingkat 7 rumah hujung.. sebab rumah tu asalnya stor, tuan rumah banyak rumah tapi selepas jadi senior aku mnta stor tu sebab aku offer nk kemas dan dapat sewa murah 70%.. dh dapat duduk sana 5 orang dgn junior baru masuk. weekend semua balik termasuk aku.

tapi satu weekend tu, aku dtg balik lpas asar. pelik biasanya smua dh smpai lpas asar tapi asal aku sorang je wei. smpai maghrib blm smpai lagi semua. pintu almari buka tutup wei.. masa aku hampir nk nangis, mmber smpai.. aku suruh dia mngucap dlu nk tau dia manusia ke tak.. maghrib wei.

Siti zaleha – Semasa saya kecik2 dulu, tinggal dirumah kampung sebuah beratap zink. Atas atap tu selalu dengar “kucing berkejar2an” dgn kuat. Mak atau ayah selalu marah pada “kucing2 tu” seraya berkata “Pergi main jauh2 … jangan main atas atap. Klu tidak siap ko”.

Terus sunyi senyap. Kemudian beberapa dtg main lagi. Kena marah lagi. Kekdg kami tunjal atap rumah dgn penyapu utk halau “kucing2 tu”. Kami adik beradik pon heran, faham betul “kucing2 tu”. Bila mak ayah renovate rumah tu & tukar atap lain,

“kucing” pon dah tak main kejar2 atas atap tu. Dah besar baru tahu … yg kejar2 tu jembalang. Budak dulu sememangnya berani & nakal mengalahkan h4ntu.

Norfarazilla – Alamak teringat tertgk video yg rakam ada pocong dlm umah bujang lelaki aritu…sy pun ada pengalaman kena kacau sama juga lepas masuk rumah sewa tu mimpi mcm2 ada 1 mlm tu mimpi benda tu duduk hujung katil… pastu hari2 bunyi guli jatuh. seret2 perabot..umah apartment so ingatkan org atas ada anak ke apa kan.

sekali one day tu ajak husband naik tingkat atas…fuhhh kosong umah2 kat situ ms tu kebanyakkan nak kena lelong tp sekrg umah tu dah jd ratus ribu rugi aku xbeli umah seram dulu2 hg baru rm60k je sekrg ni mv rm200k+ seram lg hg umah dr kejadian m1stik.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.