Bila sebut hal j0doh, aku mula gelisah. Aku serik bcinta, dsbbkn sejarh lama. Tp xsngka dgn cara ini aku dijodohkn.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hai. Saja aku nak berkongsi cerita yang tak ada orang pun tahu aku kenal jodoh aka suami aku dimana, bila & macam mana. Boleh lah buat hiburan korang di masa lockdown ni.

Haha, aku pun tak pasti cerita aku menghiburkan ke tak. Okay, nak dijadikan cerita.. aku ni dulu pernah lah br0ken teruk dengan cinta monyet zaman kolej dulu, sampai tahap aku memang serik dah nak bercinta atau kenal orang baru. Jadi, selepas tu aku sibukkan diri dengan kerja je. Ambil masa beberapa tahun juga lah proses move on aku tu,

aku kerja jarang-jarang ambil cuti. Bers0sial pun tidak, pasal cinta ke apa tak kesah. Handphone pun aku campak merata-rata je. Single punya pasal. Haha. Lepas umur aku dah menjangkau tahap yang ramai kawan-kawan dah berkahwin ni, aku mula lah rasa sepi & loser. Asyik kerja je bosan pula, nak ajak kawan keluar pun kebanyakan dah bersuami.

Paling-paling pun busy dengan boyfriend. Aku jelah yang paling sendu. Kucing aku lah peneman aku. Huhuhu. Satu malam tu aku bosan, aku pun main lah fbook sambil baca komen netizn lepas tu terhibur sorang-sorang. Tiba-tiba aku ada suggestion group jodoh kat newsfeed aku.

Aku masa tu macam pelik lah, eh group macam ni pun ada ye. Dengan perasaan ingin tahu yang menebal, aku pun klik lah nak tengok-tengok. Masa tu aku tak lah rasa macam benda tu menarik ke apa. Aku pun tak follow group tu. So aku just tengok dan lupakan. Nak dijadikan cerita, kerap pula group-group mencari jodoh ni keluar kat newsfeed aku

seakan memerli aku yang single lagi sendu ketika tu. Aku pun klik lah lagi saja nak tengok, sambil tu aku baca komen kat dalam posting diaorang tu banyak lah jenis yang jual minyak tak kira lelaki atau perempuan. Haha. Sambil aku baca komen tu, aku terjumpa komen yang macam attach sekali link group whtsapp.

Kira ni group cari jodoh juga lah, cuma yang itu dalam whtsapp. Aku baca details macam menarik, macam lebih secure sebab ada macam-macam rules. Aku pun copy & paste je link tu, aku save dulu. Tak masuk pun lagi. Masa tu aku fikir-fikir lagi nak cari jodoh ke tak. Aku risau kecewa je lagi.

Fikir punya fikir tu, hampir 2 bulan aku tak masuk pun group tu. Haha. Lepas je dari 2 bulan macam tu, baru lah terbuka hati aku nak masuk sebab kan aku nampak lagi posting promot link group whtsapp tu. Aku terus je masuk, tapi group yang aku masuk ni macam group iv dia minta details aku, fbook, gambar aku

untuk dia check samaada aku ni guna identiti orang lain ke apa. Haha, masa tu aku dah gabra sebenarnya. Haih, asal lah ketat benar peraturan diaorang ni. Lepas dah semak, admin tu rasa okay baru lah aku diluluskan masuk. Admin tu invite aku dalam group cari jodoh tu, wah bukan main laju chat group tu.

Kali pertama whtsapp aku meriah, sebelum ni sendu je. Ada whatsapp pun dari group office tak pun mak aku. Haha. Ok, admin tu pun suruh aku ni intro. Aku pun kenal kan lah diri, sertakan gambar aku sekali. Punya berani lah aku. Entah mana aku dapat kepercayaan, padahal aku ni ada trust issue.

Dah aku kenalkan diri tu, ahli-ahli dalam tu pun sama kenalkan diri. Ada juga ahli-ahli baru yang sama macam aku. Kira admin ni masukkan ahli baru setiap hari. Mula-mula aku memang kekok g1la, sebab aku dah lama tak chat sembang-sembang ni. Tapi yang seronoknya, admin selalu topik yang berkaitan pasal isu semasa/ kahwin/ masalah rumahtangga,

so aku boleh baca macam-macam pendapat & pengalaman orang. Dari situ juga sebenarnya aku mula kenal & tahu cara menilai. Aku jadi selesa berkawan dalam tu. Dari niat aku nak cari jodoh, terus aku dapat ramai kawan-kawan yang aku dah anggap adik beradik. Konsep group ni, kalau ada yang nak taaruf/ berkenalan dengan ahli,

kena bagitahu admin dan admin aturkan. Andai kata setuju & dah mula pm tepi, admin masukkan dalam list dan umumkan kat group. Sedikit sebanyak dapat elakkan penipuan atau chat lebih dari sorang. Kebanyakan ahli memang displin lah, sebab ramai yang betul-betul cari jodoh.

Jadi aku pendekkan cerita, masa tu aku dengan suami masih berborak macam biasa dalam group. Tapi aku tak tahu suami aku tu dah minat kat aku. Suami aku dah bagitahu admin, tapi dalam masa sama admin kenenkan aku dengan orang lain. Jadinya, aku reject suami aku & berkenalan dengan orang lain. Cuma aku dengan lelaki tu tak lama,

dalam 9 bulan macam tu akhirnya kami tak sehaluan atas sehah tertentu. Jadi aku pun frust menonggeng lah lagi. Bila suami aku dapat tahu aku dah single, dia terus approach aku. Dia ajak aku jumpa terus, dia cakap jom lah lepak-lepak. Dengan kawan kami yang lain jugak. Aku pun okay je.

Yela, aku memang anggap dia kawan lah. Sebab dah hampir setahun masa tu. Malam tu, aku pun tunggu kat kedai makan. Bila kawan aku dah sampai, aku pun hai kan jela sebab aku dah biasa lepak dengan dia. Suami aku pula kat belakang, aku pun toleh lah kat dia. Entah kenapa, jantung aku berdegup kuat macam nak terkeluar tahu tak.

Aku tak tahu lah muka aku macam mana masa tu, ni kali pertama aku jumpa suami aku. Hahaha. Muka dia lagi handsome & manis dari dalam gambar. Fuh, malu betul aku rasa masa tu. Entah tiba2 pulak kelu lidah nak bercakap. Serba tak kena, bercakap pun terus jadi berterabur lah tetiba pelat lah pula. Alahai. Yang suami aku pun malu-malu miow.

Kawan kami tu pun tegur, yang korang ni dah kenapa macam awkward sangat. Padahal sembang dalam group rancak. Kahkah. Masa tu aku nak makan pun jadi tak selera, terkepit kepit nak pegang sudu. Control ayu punya pasal. Haha. Sudahnya aku malu sangat, aku nak balik.. aku nak tebus malu, aku pergi bayarkan makan.

Suami aku datang kat kaunter nak halang aku bayar, alahai dia berdiri sebelah aku pula. Dahlah tinggi, makin nervous aku. Huhu. Aku bertegas aku bayarkan dan aku pun blah biar dia terkulat kulat kat situ. Dah balik rumah tu, siap-siap mandi solat semua.. masuk pula whtsapp dari seseorang. Guess what!?

Suami aku whtsapp! Masa tu aku nak meloncat gumbira tapi aku cover. Dia cakap terimakasih belanja, malu sangat aku bayarkan. Hihi. Comelnya suami aku. Dan dari situlah, kami mula kenal lebih rapat. Mulanya dia takut nak luahkan perasaan, takut kena reject lagi.”Saya dah lama sukakan awak cuma awak je tak nampak saya’..

Kata suami aku sambil muka merah tahan malu. Sebenarnya, aku tak percaya kenal dengan orang dalam online ni. Tapi dia berjaya buktikan yang dia serius dengan aku. Sepanjang perkenalan aku dengan dia, dia banyak bersabar dengan aku. Macam-macam cara dia buat untuk dapatkan kepercayaan aku.

Kami ikat pertunangan selepas beberapa bulan. Tempoh pertunangan pun tak lama. Dalam tahun yang sama juga. Alhamdulilah, syukur segalanya dipermudahkan. Suami aku hadir betul-betul tepat pada waktunya. Terima kasih suami sebab tak berputus asa dengan saya, sanggup tunggu saya dan menghalalkan saya.

Ternyata cinta sejati itu wujud. Doakan saya dan suami kekal hingga hujung nywa. Doakan juga saya boleh buang sikit trust issue ni supaya suami saya lebih rasa dihargai dan takde la kena layan overthinking saya je setiap masa. Haha. Opss, group whatsapp tu masih wujud tau.

Saya dah masuk tahun ketiga dengan mereka, dan ramai juga yang berhasil bertemu jodoh. Okey lah, sekian dulu dari aku. Terima kasih sudi baca cerita aku yang meleret ni. – Ain Sofea (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Zayani zakriah – Bila dah sampai masa tu mmg mudah je laluannya.. Aku ni ingatkan dah tak boleh travel ni nak try nasib la cari jodoh.. Segala apps, group, doa semua dah tp belum masanya lagi. Jadi sekarang aku fokus gardening yang tiap kali aku tanam pokok semua m4ti tu. Apa punya nasib daa

Sakinah zulkefli – Lebih kurang kisah sy & suami cuma suami sy ni dia stalk fb ja. Sy join group tuu 2017,dia jumpa fb sy then boom wall sy. Sejak dpd situ la sy kenal dgn dia tp on off. Sbb sy akui suka dia,cemburu jangan ckp sbb dia kaki hiking. Tiap kali cemburulah sy unfren fb dia.

Sampailah tahun lepas sy teringin sgt2 nak datang Yan, kg kelahiran dia. Bercuti kat sini. Tu la kali pertama jumpa suami dgn kawan2. Alhamdulillah,semua lancar. 1st jumpa bulan 7,dgn kwn2. Adalah dlm 5 minit sembang & sy x ikut dia ajak makan sbb sy kalau nebes mmg x kan makan dgn lelaki,

sampai skrg dia perli yg tu. Dia kata jumpa apa 3-5 minit. 2nd jumpa,bulan 9 dia dtg terus rumah jumpa mak ayah sy sampaikan hajat dia nak jadikan sy isteri. Ni kira risik cara dia, dtg berdua ja dgn kawan dia terus luah hajat hati dia. 3rd jumpa bulan 10,jumpa dua2 buah family.

Sembang pasal nikah terus. Cuma tetap tarikh tuu antara kami dua ja. Alhamdulillah, selamat bernikah 12/12/2020. 4/7 (harini) genap setahun pertemuan kami kat kaki Gunung Jerai & dah masuk 7 bulan bergelar isteri dia & alhamdulillah juga rezeki hamil 7 bulan juga. InshaAllah hujung bulan 9 due,

doakan sy ya sbb cuak bersalin musim PKP & suka baca yg takut2 pasal bersalin PKP ni. Buat yg masih mencari jodoh,x salah ikhtiar tp kena lorongkan atas agama & istikharah
Semoga dipermudahkan urusan buat yg masih mencari jodoh.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.