Tkejt dpt tahu aku ank angkt lps mak pergi. Sbb xbsedia aku bawa diri. Lps btahun dpt call akak nangis2 suruh balik. Patut beria ini yg mereka rancang.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hai semua. 6 tahun lepas ibu aku mennggal. Dalam keluarga aku, cuma aku sorang anak lelaki bongsu dan aku ada 3 orang kakak. Ayah aku dah mennggal lama.

Lepas ibu mennggal semua teruskan hidup macam biasa. Masuk 6 bulan lepas Ibu mennggal. Baru aku dan akak tahu yg aku ni sebenarnya anak angkat. Terkejut juga aku, aku baru start degree waktu tu. Aku speechless akak aku yang lain pun diam. Rupanya nama ayah kandung aku sama dengan nama ayah aku. Sebab itu bin dan binti aku dengan kakak sama.

Ayah aku, ibu aku tak pernah kasi tahu yang aku ni anak angkat. Lepas dapat tahu tu memang aku tak tahu nak cakap apa. Jadi aku pun terus sambung degree aku, waktu cuti sem ke cuti raya aku tak balik. Sebab aku rasa awkward dan tiba-tiba aku rasa macam str4ngers walaupun dah membesar bersama berpuluh tahun.

Akak aku ada juga telefon, tapi tak selalu. Aku pun setakat hantar mesej je. Sampai lah aku habis degree tu aku dengan akak dah betul str4nger dan agak lost contact. Tapi sebenarnya ada lah juga aku buka fcebook stalk tengok apa jadi dengan akak aku. Sebab aku buat fcebook baru sebab nak mengelak.

Nak stalk akak aku terpaksa lah login fcebook lama. Lepas dah habis study aku terus kerja. Rumah pun aku sewa, lagipun waktu belajar tu aku ada buat part time yg gaji dia agak lumayan jadi bab duit tak ada masalah. Waktu ni aku dah macam “lupakan” akak aku dan teruskan hidup sorang diri.

Sampai lah satu hari Kak ngah aku call aku. Kak ngah aku ni dia bisu biasa kalau contact dia cuma mesej aku. Tapi haritu dia call aku, aku mula-mula tak angkat. Aku biarkan je. Tapi dah sampai 5 kali call, masuk kali ke 6 aku pun angkat. Aku pun angkat. Aku cakap “sorry tadi busy” padahal tak busy pun.

Sekali rupanya kak long aku yang dekat telefon tu. Kak long aku tanya sihat tak, aku jawab sihat. Agak awkward juga waktu tu. Kak long aku pun kasitahu yang kak ngah nak dengar suara aku. Aku pun bercakap sorang dan angah pun dengar. Dah dalam berapa minit tu aku diam. Along pun ambik telefon.

”Balik lah sini Angah kata dia rindu, Along pun rindu.” Aku jawab “Insya Allah kalau tak sibuk nanti balik.” Lepas habis call tu aku fikir juga nak balik tapi entah lah. Hati rasa nak balik, tapi otak cakap jangan. Jadi aku teruskan hidup macam biasa. Sampai lah raya tahun ni. Masuk raya ke 20. Akak aku lagi sorang aku panggil dia kak rin.

Dia Call aku, dia bebel panjang juga suruh balik puasa dengan raya dekat sini. Akak aku ni dia sebelum ni kerja dekat manchester dekat 2 tahun dan baru balik sini. Aku pun jawab iya nanti balik. Tapi entah macam mana. Akak aku nangis sambil dia cakap “balik tau” aku nak nangis juga.

Tapi tahan je. Dah masuk puasa ke 25 aku tak decide lagi nak balik ke tak. Masuk puasa ke 26 aku mimpi aruwah ibu. Jadi esoknya aku pun decide nak balik. Tapi raya ke 28 baru aku drive balik rumah. Waktu balik ni jalan jem, sebelum tu aku dah beli juga banyak barang. Makin nak sampai makin aku nervous.

Dah bertahun tak balik. Sekali balik nak cakap apa? Dah dalam 20 KM sampai rumah ni aku berhenti dekat satu kedai. Waktu tu aku fikir nak patah balik. Kau bayangkan dah drive 7-8 jam tiba-tiba nak patah balik. Lama aku duduk situ fikir, dekat 2 jam fikir baru aku sambung drive.

Aku sampai dekat rumah dalam pukul 3 pagi. Aku sampai tu akak aku tengah siapkan makanan sahur. Aku tekan lonceng rumah tu bagi salam. Yang buka pintu Angah aku. Aku diri dekat pagar tu sambil tersengih-sengih. Angah aku pula dah menangis dekat depan pintu. Aku pun cepat- cepat lah masuk.

Dalam tu kak rin dengan kak long dua2 bebel sambil menangis ni. Aku dah ter esak sambil lap air mata dekat situ. Lama juga menangis sampai ayam goreng hangus dekat dapur. Sambil sahur tu macam-macam cerita lah semua buka. Dah gelak nangis semua baru aku rasa “rindu”. Selama ni aku bukan lah tak rindu.

Aku pun tak tahu nak explain macam mana. Tapi bila dah jumpa akak aku ni semula baru lah aku rasa lengkap. Sebab selama bertahun ni, aku terus hidup sorang dan aku cuba terima yang aku sorang. Padahal aku ada akak-akak aku. Waktu aku dapat tahu yang aku anak angkat ni, aku terus fikir yang aku ni stranger.

Akak aku pula diorang macam terkejut sebab aruwah ibu tak pernah kasi tahu. Tapi terus terang, kalau bukan akak aku yang cuba contact aku tanya pasal aku. Aku memang dah macam give up dan terima untuk hidup sorang. Tapi bila dah akak-akak aku call tanya. Bila reunion pula menangis rasa bersalah juga lah.

Sekarang ni pun aku masih teruskan hidup macam biasa. Tapi kali ni hari-hari juga lah akak aku contact. Maklumlah baru join whatsapp group family haha. Bila dah berhubung balik dengan keluarga ni. Baru aku rasa macam lengkap. Jadi memang betul lah air di cincang tidak akan putus.

Walaupun aku dengan akak-akak aku yang lain bukan lah berhubung secara drah daging. Tapi kami tetap adik beradik. Dari kecik gaduh, nangis, ketawa sampai lah sekarang.
Waktu raya tu Along aku nangis minta maaf dekat aku dengan akak yang lain.

Dia cakap yang ni salah dia, kalau dia tak terlalu fokus dekat kerja dia dan selesaikan masalah kita adik beradik benda ni tak akan jadi. Angah aku ni dia designer. Jadi haritu dia edit lah gambar aku convo ni. Dari bergambar sorang dia letak lah gambar dia gambar along aku dengan kak rin dalam tu.

Dan siap print dan letak dalam frame. Bila dia share dekat whtsapp ni kami semua gelak je haha. Kak rin aku pula dia upload dekat fcebook. Tengok kawan-kawan dia wish ” tahniah your lil brother dah convo semua. Padahal dah berapa tahun graduate, haha. – Zaim. Kredit bacakami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.