“Time Taa kawin nanti, Taa xnak keluar bilik. Taknak duduk2 atas pelamin kasi org ramai pandang.”

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca perkongsian kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Dulu waktu zaman anak dara, aku selalu ucapkan ayat2 ni. “Time Taa kawin nanti, Taa taknak ada majlis besar2 mcmni. Taa nak nikah kat masjid je.”

“Time Taa kawin nanti, Taa taknak keluar bilik. Taknak duduk2 atas pelamin kasi orang ramai pandang.”. “Time Taa kawin nanti, Taa taknak ada DJ atau kompang. Taknak berarak dgn pokok mangar tu semua.” “Time Taa kawin nanti, Taa taknak ada renjis2 dipilis bagai tu semua. Tak payah nak berbunga2 telur bagai.”

Dan dialog terakhir aku, “Jangan risau. Time Taa kawin nanti, Taa takkan susahkan sesiapa.” Ayat terakhir ni muncul bila ramai dok kalut kata bila turn aku kawin nanti, dah takde geng2 dapur yg akan berper4ng. Sebab masing2 dah ada anak. So memang takdelah yg akan turun ke dapur.

Dan setiap kali aku cakap dialog ni, ada shj tentangan hebat dari Ummi dan Walid. “Eh mana boleh takde majlis! Kang orang ingat kawin koboi lak!” “Taa tu anak dara! Kenalah raikan. Kang ape lak org fikir kawin kat masjid kecik2 camtu.” “Tak bolehlah mcmtu Taa.

Mana ada mak ayah nak tengok anak kawin asalbol camtu. Nanti ape la orang kata..” Hampir setiap dialog yg dikatakan oleh Ummi dan Walid terselitnya ayat “ape nanti orang kata..” Ye aku tau. Mak ayah mana taknak tengok anak perempuan mereka kelihatan cantik rupawan di majlis bahagia mereka.

Diraikan. Dipuji. Dan dijadikan tumpuan. Tapi… Tak semua wanita begitu. Tak semua wanita g1lakan tumpuan mata2 luar. Tak semua wanita g1lakan pujian orang ramai. Dan tak semua wanita boros perabih segalanya utk kelihatan gah utk 1 hari ini shj.

Kerana masih ada lagi wanita yg lebih selesa bersembunyi disebalik permainan dunia yg penuh dgn tipu daya syaitan ini semata. Siapa sangka, kata2 aku yg bertahun2 lamanya diucapkan akhirnya dikabulkan oleh Allah pada detik hari pernikahan aku dijalankan?

Tak perlu aku bertikam lidah menjadi anak derhaka utk pertahankan prinsip hidup aku. Kerana segalanya berjalan seperti yg dipinta. 5 hari sebelum majlis, segalanya berubah. Kenduri yg boleh diadakan dengan bilangan 100 orang terus berubah menjadi bilangan 10 orang sahaja.

Hanya pengantin lelaki, wanita, mak ayah pengantin wanita dan lelaki, photographer dan juga ahli2 jurunikah yg terlibat. Adik beradik aku? Yillek. Sampaikan kak ipar aku wasap aku, “Dik, dulu kau selalu kata taknak susahkan sesiapa waktu kau kawin. Tgk skrg ni betul2 jadi.

Btl2 takde sesiapa yg susah kene turun Melaka semata2 nk tgk kau.” Dan daripada majlis dirumah berubah sepenuhnya di masjid. Masjid yg bukan di area taman aku tetapi Masjid Negeri yg aku idamkan selama ini. Dulu rasa mustahil sebab jauh dan luar qariah. Tapi tiada yg mustahil bg Allah.

Sedih? Tak. Takde sekelumit rasa sedih yg muncul dlm hati aku. Sebab aku rasa inilah perkahwinan yg paling aku idamkan. Tertutup dan tak menjadi tumpuan ramai. Tiada mata2 luar yg melihat. Tiada mulut2 yang mengata. Tiada telinga2 yang cuba2 utk mendengar.

Kerana segalanya ditutup dengan sempurna. Rugi? Pun tidak.. Takde 1 sen kerugian pun yg aku alami utk majlis perkahwinan aku. Semuanya hanya dibayar deposit sahaja. Dan bila PKP diumumkan, aku hanya gunakan ngam2 ikut bajet yg sudah dibayar. Tiada penambahan wang lagi.

Makanan dibungkus dan diedarkan ikut mana yg mampu. Pelamin diteruskan kerana itu hajat Walid utk lihat aku duduk disitu sebagai raja sehari walaupun tiada yg melihat. Photographer juga ada tetapi rezeki aku dapat photographer wanita saat akhir. Dan aku amik pakej paling murah utk shoot di rumah shj.

Tapi photographer bermurah hati utk ikut aku saat akad di masjid besar Melaka dan turut offer aku utk sesi outdoor yg tak seberapa di luar masjid. Sedangkan semua ni tak termasuk dalam pakej murah yg aku bayar itu. Kawan2, Bukankah kata2 itu satu doa? Walaupun kata2 yg diungkapkan itu lambat dikabulkan, tetapi teruskanlah berkata2 yg baik.

Baik utk diri sendiri mahupun pada yg manusia lain diluar sana. Dan bukan kerja kita utk menghitung cepat atau lambat sesuatu doa itu dikabulkan. Cukup sahaja tanamkan keyakinan didalam hati utk terus bersangka baik pd Allah. Yakinlah bahawasanya disetiap kekecewaan dan kesedihan di permulaan itu pasti berakhir dengan sebuah senyuman kebahagiaan.

Percayalah.. Selagi mana kalian masih bersedih dan berdukacita, itu bererti kalian belum bertemu pengakhirannya sebuah cerita tetapi itu bermaksud kalian baru bermula sebuah perjalanan jauh utk mengapai kebahagiaan di setiap cerita. Teruskan mengejar kebahagiaan akhirat dihadapanmu.

Kerana pasti kebahagiaan dunia akan mengikutimu dari belakang. Salam asar buat cinta hati dunia akhirat aku semua. Nota kaki : Maaflah aku slow pegang fon skrg ni. Sebab aku dah berhijrah keluar dari Melaka. Jadi banyak benda aku kena settlekan. InshaaAllah slow2 aku akan teruskan menulis kt sini ye.

Tambahan : Aku share serba sedikit gambar utk berkongsi dgn followers yg setia ikut kisah hidup aku. Dan gambar2 dipilih semua hanyalah dari sisi shj. Kredit Mashitah AlQhadri

Reaksi warganet

Song onim – Kenduri ni tujuan dia nak raikan mempelai…dlm islam sendiri dianjurkan supaya perkahwinan tu diketahui oleh org ramai supaya tak jd fitnah… Perlu diwar-warkan…tapiii…jgn pulak berlebihan… cukup bersederhana… Bg aku sendiri, x salah pengantin nk kumpul moment terbaik dlm kehidupan dia org…

Yes ayat perkahwinan ‘sekali seumur hidup’ mungkin x valid… Sbb kita tak tahu ke depan mcm mana…tp kalau perkahwinan itu berkekalan, moment semasa majlis, kepenatan, kacau-bilau, pergaduhan, kebahagian tu akan jd satu benda yg kau x dapat nk jual beli….

Paling penting, waktu itulah semua adik-beradik nk berkumpul…mcm aku, pak mak sedara dan sepupu sebelah ayah sgt ramai… Waktu inilah semua pakat balik kpg…riuh rendah sama2..

Penjejak badai – Sbnrnya…..nk buat mjlis bukn nk mnunjuk mhupun utk ‘promosi’ kluarga. Sbb utama…biar ahli kluarga saudara mara dtg bertndang….agar tali ukhwah itu semkin rapat. Saya dulu waktu mjlis kahwin….ada 1-2 family ja dpt dtg sbb kira tak ‘jauh’ jarak tmpt tggal.

Mrekalah tukg masak… tukg hias2 umah.. Bab mulut urg nk mgata ini mgata itu….aggap saja asam haram hidup brmsyarakat. Inshaa ALLAH…. mudh2an ALLAH SWT mmberikn rezeki utk saya dan isteri ada sewaktu ‘mjlis’ ank kami…..suatu hari nnti…..aaaminnn…

Yesmina yasmin – Ikut orglah. Bagi aku, aku lg suka ada majlis. Sebab masa tu nampak sgt seronoknya mak ayah aku terima. menantu, jumpa adik beradik mereka, sepupu sepapat, kawan jauh dekat dan begitu jugak aku dan adik beradik lain. Niat nak jamu org dlm keseronokan tu dpt pahala.

Ada ke org yg seronok majlis kawin dia adik beradik pun xde? Tak. Tak sikit pun rs membazir sebab mmg buat apa yg perlu je (pelamin pun xde, just mini pelamin tempat bergambar dgn kawan2, sedara mara, duduk bawah je) so bagi aku xde pembaziran, xde apa yg aku ralatkan.

Lagipun perkahwinan mmg kita kena war-warkan pun. Rasa syukur pd Allah atas nikmat pun bagus dizahirkan. Dan yg paling best dpt win win situation yg mak ayah aku nak dan aku nak. Mulut mengata? Ntahla..aku jarang dgr org mengata pasal majlis kawin. Xpenah sbnrnya dengar.

Biasa baca je org kata org akan mengata majlis, tp real life..aku xpernah jumpa. So bagi aku xyah ideal sgt la kemahuan kita sebab mak ayah kita pun lagi lama hidup, ada keinginan juga bila tgk anak dia kawin. Yg penting ukur baju di badan sendiri dan jgn sampai susahkan org lain.

Doalah agar Allah bg YANG TERBAIK. sebab yg kita nak, belum tentu yg terbaik pun. Mcm aku ckp la ..ada ke org yg seronok majlis kawin dia adik beradik dia pun xde.

Sumber obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.