Sbb tsilap mkn, talak aku terima. Tiba2 suami jd pndiam. Ajak brubat, dmakinya aku. Tdduk aku bila baca msg2 suami terima.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hati-hati Makanan Wanita S1hir.
Pengalaman ini ingin saya kongsi kan untuk pedoman anda semua untuk sentiasa menjaga diri dari bahaya ” s1hir ”.

Yang menjadi mngsa ialah saya dan suami sendiri, saya dan suami telah berkahwin sejak 6 tahun yang lalu, Alhamdulillah sepanjang perkahwinan rumah tangga kami sangat bahagia, kami dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Kemewahan Hidup Bersama Suami.

Alhamdulillah sepanjang hidup bersama suami hidup kami dimurahkan rezeki, suami saya seorang ahli perniagaan yang berjaya, perniagaan suami makin maju dan berkembang. Hidup kami bertambah senang, melancong keluar negara, rumah yang besar dan berkereta mewah semua itu telah kami nikmati bersama dengan bahagia.

Bagaimana Segala Nya Bermula

Pada peringkat awal sikap suami mula berubah, suami yang selalu ceria menjadi pendiam, secara tiba-tiba suami seolah-olah tidak kenal saya dan anak, dan secara tiba-tiba suami tidak lagi solat. Saya mula tidak sedap hati apabila suami seolah- olah tidak pedulikan saya dan anak, apa yang dia lakukan bila balik dari kerja hanya diam dan tidur.

Sejak itu suami mula marah- marah dan bersikap pelik, saya mengadu pada rakan tentang sikap suami. Rakan saya cadangkan untuk bawa suami untuk jumpa ustaz untuk buat pemeriksaan tapi suami berdegil dan berkeras bahawa dia tidak sakit, malah saya pula di marahi. Saya juga mengadu pada keluarga ibu dan ayah mertua tentang hal suami,

malangnya keluarga suami tak percaya pada perkara demikian katanya khurafat dan mengarut. Aneh nya bila suami pulang ke kampung sikapnya akan seperti biasa dan mula bersolat, mungkin kerana itu keluarga mertua tak percaya. Malah saya pula di salahkan sebab suami pernah cerita buruk tentang diri saya.

Bila pulang semula ke Ibu Kota perangai suami akan kembali menjadi pelik dan tidak solat, saya mula rasa ingin tahu apa yang dah berlaku, saya memeriksa telefon bimbit suami. Rupanya suami ada berhubung dengan seorang wanita berusia 40an, nak kata jelita pun tidak, malah boleh dikatogerikan wanita yang tak cantik, tua pula tu.

Saya bertambah pelik apabila membaca meseg-meseg suami dan wanita berusia tersebut, nama panggilan di antara mereka ”ayang” dan ”abang” seperti orang bercinta, tapi dipenuhi dengan kata- kata c4ci m4ki perempuan tu pada suami. Selain ayat kasar dan c4ci m4ki, saya terkejut apabila baca salah satu meseg perempuan tu,

ayat meseg tu lebih kurang begini ”Kau ingat cukup ke duit 50 ribu yang kau beri kat aku tu ??? Tak cukup !!!!” ya Allah, saya terduduk ..apa dah jadi kat suami aku ni. Saya sangat marah, saya call perempuan tu untuk tanya sendiri apa dah berlaku, perempuan tu m4ki hamun saya tak putus-putus dalam telefon.

Dia ug0t saya macam- macam, bila suami tahu saya ada call perempuan tu, suami sangat marah dan pukul saya, suami macam hilang pertimbangan pertahankan perempuan tu padahal perempuan tu m4ki dia macam-macam dalam meseg minta duit. Sejak itu perempuan tu dah berani serang saya kat rumah, dia datang rumah saya dan marah- marah saya,

suami seolah- seolah jadi macam orang b0doh dia hanya diam je, masa tu saya buntu nak mengadu kat siapa sebab saya memang tak ada sesiapa kat ibu kota ni, tambahan pula saya perempuan. Hinggalah diri saya sendiri jatuh sakit, badan saya jadi berat dan tak berdaya nak bangun.

Masa tu saya kuat kan diri call kawan saya untuk datang ambil saya kat rumah. Dengan apa yang berlaku kawan saya bawa saya ke perubatan islam, Ustaz sah kan saya dah terkena s1hir, dan bila ceritakan keadaan suami dengan memberi nama suami ustaz pun sah kan yang suami memang ada ciri terkena s1hir yang kuat.

S1hir ini dah jadi sebati dalam diri suami kerana suami dah termakan ”makanan” dari perempuan pisau cukur tu, untuk berubat ustaz beritahu perlu bawa suami sendiri datang jumpa ustaz, untuk munt4h kan semua yang dah sebati dalam badan suami. Saya sekali lagi mengadu pada keluarga mertua semuanya apa yang dah ustaz beritahu pada saya,

dan harapkan bantuan untuk bawa suami berubat sebab saya seorang diri tak mampu sebab suami berdegil, tapi sekali lagi saya kecewa keluarga mertua tak percaya, kata mereka anak mereka elok je ketika balik kampung, tak ada apa yang pelik. Keadaan Makin Parah. Sikap baran suami makin menjadi-jadi,

saya makin di abaikan hingga kami bergaduh besar. Sehingga lah runtuh nya rumah tangga kami, suami melafazkan cerrai talak 1 pada saya. Saya terduduk, menangis, buntu tak tahu nak buat apa untuk hadapi semua ni, sejak itu saya pulang ke pangkuan keluarga sendiri. Dasyat nya s1hir ini hingga hancur lebur sebuah keluarga yang dulu nya sangat bahagia .

Hidup Suami Tidak Terurus. Sejak bercerrai, hidup suami jadi tidak terurus, pinjaman rumah tidak lagi di bayar sehingga bank menyita rumah suami, semua barang – barang peribadi di jual entah ke mana, hidup kami berubah sekelip mata, saya dapat tahu suami menumpang di rumah sewa kawan bujang nya .

Saya mahu bantu suami, tapi buntu sangat- sangat kerana diri nya sendiri berdegil dan berkeras tidak mahu berubat, dia melarikan diri. Bila di adu kan pada keluarga mertua untuk mereka membantu bawa suami, mereka pula tak percaya kan dan anggap saya berbohong.

Kini bersama ibu dan bapa sendiri saya redha dengan ujian berat ini, tak pernah saya bayangkan selama ini perkara sebegini terjadi pada diri sendiri, yang saya mampu buat hanya berdoa tanpa putus. Mungkin gaya suami yang mewah menjadi perhatian dan mangsa s1hir wanita bertuhan kan ibl1s itu, pada sahabat di luar sana.

Saya merayu tolong lah berhati – hati hadapi hidup di luar sana, sentiasa lah beramal dan rapatkan diri dengan Allah, jangan sesekali kita asingkan diri jauh dari Allah. Yakin lah hal yang seperti ini wujud, jika kita lalai dan lagha dengan nikmat dunia tak mustahil kita di uji dengan ujian yang kita sendiri pun tak sangka ia nya akan datang.

Tr0ma ujian s1hir ini, hanya yang mengalami sahaja yang memahami, yang tak alami memang lah boleh ketawa dan sinis. Apa pun semua yang berlaku sangat- sangat dekatkan diri saya dengan pencipta, hanya dia mamph lindungi saya. Suami masih belum sembuh , dia masih di Kuala Lumpur, tak tahu khabar berita. Doakan saya. Doakan suami. Jangan kecam kami . – Raudhah Duka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.