Istri berpangkat, smua hal keluarga dia diuruskn. Sebb aku “buta”, diam2 aku kawen lg. Bila kant0i, reaksi isteri buat aku sentap.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku bagitahu awal2, citer ni panjang tapi korang hadapla pasal pengakhiran tu ada pengajaran untuk semua. Aku mulakan dengan sejarah perkahwinan aku. Aku nikah dengan isteri aku ni, aku sebut P la ya senang,

masa tu dia baru 25 dan aku pulak dah 30. Kira macam bujang terlajak jugakla. Aku graduate oversea, P pulak lepasan diploma domestik. P ni jenis jovial, putih genit, suka gelak, positive thinker, extrovert, jenis kalau dia cakap something mmg confirm dia buat, paten ‘don’t bvllsh1t me’ la senang cakap.

Suara memang mantap, tak payah suruh menyanyi, cakap biasa pun suara dia dah lemak bro, kalau kau dengar suara dia kat telefon, kalau kau x cair, memang bukan lelaki la. Beza sangatla dgn aku yang pendiam dan introvert ni. Persamaan ketara antara kami, dua dua career minded dan membaca tu terapi jiw4 kami.

Pendek cerita, kami bernikah dan P resign dan mula bekerja pulak dgn company Jepun, kemudian kami dapat anak pertama. Dugaan anak pertama aku ni, dia selalu s4kit, asmala demamla ch0lic la setiap bulan. Jadi P berk0rban dan resign gaji 6k dia tapi rezeki dia murah, tak sampai setahun dia dapat kerja gomen pulak.

Kebetulan masa tu jugak kami dapat cahaya mata kedua. Bila dapat anak no 2 ni, P mintak izin dgn aku nak sambung degree, dgn diploma ni dia tak boleh pergi jauh dalam gomen. Aku bagitao la aku tak ada funding nak support, dia kata tak apa, funding dia akan usaha sendiri, janji aku izin je dia belajar.

Memangla aku bagi, P ni jenis independant, sepanjang kami nikah, dia x pernah mintak apa2, mintak beli sofa ke baju ke barang kemas ke, dia akan guna duit dia sendiri. Duit aku dia suruh salur kat family aku pasal adik beradik aku ramai dan aku je pun yang graduate oversea masa tu.

In fact, anak sedara aku pun ada yg P support malah dia sponsor haji untuk aruwah mak aku. Begitu sekali dia tak menyusahkan aku. Bermula rutin dia kerja dan belajar, aku pulak concentrate pd karier aku. Anak2 ni aku cakap terangla, aku kurang sikit dgn budak2, kalau umur lebih dua tahun aku ok psl dah boleh cakap nak apa,

bawah dari dua tahun memang isteri aku je la yang manage. Bila P dapat degree, dia dapat kerja lain dalam gomen gak tapi pangkat tinggi sikitla. Aku pun sebenarnya dah nampak, isteri aku ni boleh pergi jauh, kalau aku sendiri, aku nak dia dalam team aku pasal dia jenis kalau bagi komitment memang 110%.

Tambahan pulak isteri aku ni trilangual, compare aku yg oversea graduate ni, bi aku ngan isteri aku mcm langit dan bumi. Kalau dia cakap mat salleh, kalau kau pejam mata mesti ko ingat mat salleh, bukak mata rupanya perempuan melayu.. dia memang dilatih bercakap bi ngan bapak mertua aku.

Samala kalau dia cakap cina, pejam mata korang sure ingat amoi, rupanya awek melayu bro!. Bila karier isteri aku dah mula nak melonjak, aku pulak rasa str3ss, cemburu bro, isteri aku ni dahla putih, talented, trilangual, kalau aku still kat takuk lama, aku takut isteri aku kena sauk pulak. Dahla dia banyak deal ngan lelaki berpangkat.

So aku mula rasa kerja kat level state ni tak bawak aku kemana2, aku mintak dia berk0rban, berhijrah dgn aku ke KL. Dia ikut, maka kami pun berhijrah ke KL tinggalkan kawan2 dan keluarga. Sampai KL, Allah duga aku. Aku mula berkenalan dengan N,janda satu company ngan aku.

(Ni jgn salah faham ya,aku tak kata status janda ni buruk ya, aku cuma cerita balik pd korang kisah aku). Mula2 tu just for fun je.. buat gedik2 kata orang, lepas tu set4n mula masuk jarum. Bila dah masuk jarum, N ni siap ajak nikah kat sempadan, aku tak payah keluar duit, semua dia support, kereta pun dia yang bawak pi.

Senang cakap aku bawak badan je..aku pulak dah macam manusia dungu, ikutkan je. Senang cerita aku bernikah kat sempadan, maka bermula kehidupan berpura2 dan pembohongan aku. Hidup aku dah mula kelam kabut, pasal bukan pada P je aku bohong, kat anak2 dgn mak bapak aku pun aku berbohong. Hidup aku sepanjang berkahwin dua tu memang huru hara la pada aku.

Memang Allah balas balik cash la pada aku. Karier aku pun dah macam kapal nak tenggelam dah, semua strategi aku plan, semua tak menjadi. Lagila serabut hidup aku. Bila karier aku dah n4zak, aku mengadu dgn P. Isteri pertama aku ni memang good listener, satu lagi skill dia, dia boleh bg idea yang bernas kalau kau tengah face problem.

Bila aku cerita kat dia, aku cerita sekali pasal strategi2 yg aku plan tapi gagal, isteri aku bg lembut je. Dia kata ,kalau kita dah usaha tapi Allah tak izinkan menjadi hasil, kita kena muhasabah diri balik. Mesti ada khilaf, mesti ada orang yang tak redha, aku ada buat dosa ke dengan sesiapa ke, buat dosa dengan dia ke, dengan mak ayah ke.

Ayat last dia tu memang aku sentap. Makan dalam bro ayat tu. Lepas tu isteri aku bagi dua ayat ni, dia kata dapat dari ustaz dan mintak aku amal lepas solat subuh dan maghrib. Aku tanyala ayat apa ni, dia senyum je. Jadi aku pun carila ayat apa, rupanya ayat Yunus 81:82. Korang cari sendirila fadhilat dia.

Bila aku amal ayat2 tu, mata hati aku mula terbuka. Aku mula banding isteri2 aku. Isteri pertama aku si P ni dia patern ‘mengisi gap’, contohnya la kan, aku ni memang ke laut kalau suruh tukar tayar ke tukar bulb ke atau bertukang, bab2 macam ni memang isteri pertama aku buat sendiri. Kalau aku tolong, setakat bagikan spanar atau pegangkan tangga.

Isteri kedua aku si N ni pulak, benda2 ni bukan level dia nak buat. Aku memang kena buat, banyak kali la aku kena herdik m4ki pasal tak reti buat..nak buat macamana, selama aku kawin dua dekad pun mmg P buat semua benda2 tu. Kedua aku ni jenis manja la sikit2, tolong ya bro, kuku aku ngan telinga aku memang P yg potong dan korekkan.

Dua dekad bro dia buat, aku cuma perlu cakap je. N pulak, kalau aku suruh potong kuku atau korek telinga, dia geli, bukan level dia. Pernah dia cakap suruh aku blk rumah isteri pertama yang kerja gomen utk potong kuku dan korek telinga, ehhh..memangla isteri pertama aku keje gomen tp bukan macai bukan kerja haram pun,

ada pangkat tu, boleh je tolong potong kuku atau korek telinga, perluke h1na dia?. Yang paling ketara bab solat, isteri pertama aku si P nih, kalau aku balik surau dia masih mengadap telefon, aku tak perlu bersuara, berdehem sikit je, dia dah gelak2 terus solat (P ni memang suka gelak), kalau si N memang aku makan herdikla,

silap2 dia buat tak tahu je terus tidur balik kalau solat subuh tu, solat lain jgn cakapla, maghrib mengadap tv tgk citer. Kemuncak cerita aku ni bila cuti sekolah, aku macam lupa aku ada anak2 yang tengah bercuti, leka dengan bini no 2 aku. Sampai P call cakap ‘anak2 tgh tunggu abah dia,

kalau u rasa kami penting balikla tengok anak, kalau tidak, kita selesaila cara baik’. Ayat dia ni memang aku dah seriau, isteri pertama aku dah tahu ke?, siapa bagitahu?,macamana dia tahu?. Tapi aku tak berani lagi balik rumah, aku tunggu cuti sekolah habis, aku tak berani nak pandang muka anak2

apatah lagi muka P pasal aku tahu aku salah. Sampai je rumah, anak aku dh pergi sekolah, aku bagitahu P semua, pasal aku kawin kat sempadan dgn N, semua sekali. P tenang je dengar, lepas tu dia gugur b0m pertama kat aku. Dia kata kalau aku dah sanggup kawin lain, kawin pulak dekat sempadan, memang dia dan anak2 dah tak penting dlm hidup aku.

B0m kedua dia gugur, dia mntk aku lepaskan dia t4lak tiga, memang dia tak akan jumpa aku lagi dan anak2 dia bawak sekali. Dia suruh aku jadi imam dan khalifah untuk keluarga baru aku. Tak perlu risaukan dia, selama ni pun dia yang manage anak2 tanpa aku.G1la ke apa kau?. Aku tahu dah, kalau P kata takkan junpa aku lagi,

memang sampai aku m4tipun aku memang tak ada harapan nak tengok dia lagi pasal dia jenis buat apa dia cakap. Cuba kau fikir bro, isteri pertama kau cantik, putih, talented, trilangual dan yang penting sangat menjaga solatnya, lelaki bangang tahap dewa je yang akan lepas perempuan macam ni. Aku sayang g1la kot dekat dia, takkan aku nak lepas.

Dah sah perangai dia banding bini no 2 macam matahari dengan bulan. Manusia mereng pun boleh beza la. Pendek cerita, aku lepas N dan aku memang bersyukur sangat bila isteri pertama aku P sudi terima aku balik. Bila dah reda, baru aku tahu yang P ni buat jual online la,

buat kerja2 menjahit dan amek job emcee utk support hidup bila duit kering (dah aku x bagi duit), pernah pergi sendiri ke hospital w4rded utk oper4te malah pernah depr3ssed sampai w4rded masa aku tengah leka dengan dunia aku dan ignore tanggungjawab aku sebagai suami dan bapa. Bila aku tahu semua ni, aku rasa diri aku kecik sangat berbanding isteri aku.

Aku lelaki yang ada 9 akal ni tak mampu duduk sekufu dengan isteri aku seorang perempuan yang katanya cuma ada satu akal. Lepas tu aku tanya pulak pasal ayat yg dia minta aku amal tu. Dia cakap, masa aku leka dan lupa tanggungjawab aku tu, dia selalu solat hajat, solat istikharah pohon petunjuk Allah.

Kemudian satu hari dia mimpi, ada lelaki ni suruh dia cari ustaz dari DarusSyifa ni. Lama gak la dia usaha cari ustaz ni pasal dia cuma nampak muka ustaz tu tapi tak tahu nama. Bila dia jumpa, ustaz tu bagi dia ayat ni kemudian pesan suruh dia dan suami (aku la tu) amal setiap subuh dan maghrib. Yang pelik tu dia cakap,

dia tak cerita apa2 pun lagi kat ustaz tu tapi ustaz tu dah bagi ayat tu terus bila nampak dia (masa dia cerita ni aku memang dah meremang bulu roma, sampai macam tu Allah bantu isteri aku). Kat sini gak aku nak kena declare la, aku tak kata aku kena buat ke orang buat aku ke apa ya, yang penting aku cuma nak cerita lepas aku amal ayat tu memang mata hati aku mula ‘celik’

untuk melihat perkara yang aku ‘buta’ selama ni. Jadi apa pengajaran dari cerita aku?. Pertama kau jangan lupa solat, Allah tak duga kita apa yang kita tak mampu. Bab ni memang aku salute isteri aku P, dalam besar dugaan Allah, dia tetap dirikan solat dan tak pernah putus mohon bantuan. Kedua, jangan fikir kau solat, Allah tak duga kau,

jangan fikir kau solat tak culas, kau kebal dengan g0daan. Ni akula contoh terbaik. Pengajaran lain korang fikirla sendiri. Aku mintak korang doakan kebahagiaan aku dengan P dan moga aku mampu menjadi imam dan khalifah P sampai akhir h4yat aku. Amiin. – Maizudin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.