Aku janda 2anak, terpalit dgn mainan si duda. Maruah seolah2 di dipijak. Terasa btul2 di telapak kaki. Mgeletar bila tahu cerita sbenar.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berstatus ibu tunggal dan berusia awal 30-an, ibu kepada 2 anak dan bekerja di sektor kerajaan. Saya berpisah dengan bekas suami ketika PKP 1.0.

Semua ini tidak dirancang, mungkin Allah sudah aturkan, saya telah berjumpa seorang lelaki dalam laman cari jodoh bersifat Islamik pada 3 bulan selepas itu. Saya masuk ke grup itu pun untuk suka suka walaupun tak letak harapan yang tinggi. Ada, adalah. Tak ada… Pun tidak mengapa. Sebab hati saya kosong ketika itu.

Bukan senang nak cari pasangan baik zaman sekarang ini. Itu stigma saya. Kegagalan perkahwinan yang lepas membuatkan saya travma dengan lelaki. Kawan sekerja seorang pun tidak tahu status saya ini. Hanya keluarga terdekat sahaja. Tak serius mana pun dalam laman cari jodoh itu. Tapi kuasa Allah setelah bertaaruf dan dan berkenalan,

dalam ramai ramai calon dan setelah ditapis tapis dan dirasakan serasi saya mengambil keputusan untuk kekal berkawan dengan seorang duda berusia awal 40-an. Saya namakan dia sebagai E. Saya ceritakan dahulu karektor E. E satu bidang dengan saya dan senegeri pula.

E nampak matang dari segi percakapan dan tindakan. Kami mula berjumpa di luar, berkawan dan cuba kenal lagi hati budi masing masing. Setiap kali jumpa memang saya akan bawa anak anak sekali dalam usia 5-6 tahun supaya anak anak kenal siapa ibu mereka berkawan dan ingin merapatkan hubungan E dengan anak anak.

Alhamdulillah. E dan anak anak nampak sangat serasi sebab E memang sukakan kanak kanak. Karektor E sangat baik dan soft spoken dengan siapa juga dia bercakap. Caranya menyejukkan hati. Dan alhamdulillah, sudah beberapa kali E datang bertandang ke rumah berjumpa mak ayah menunjukkan dia benar benar serius dengan saya.

Kami jarang berjumpa, E bekerja di sebuah institusi pengajian tinggi di Pahang. Saya bekerja dan duduk di Perak. Namun bila dia pulang ke kampung dia akan jumpa saya dan anak anak dahulu sebelum balik ke rumah ibu bapanya. Cara dia mengurus masa antara bekerja dan belajar, menghadiri pelbagai mesyuarat dan seminar di luar kawasan,

dia masih mampu meluangkan masa untuk saya dan anak anak dengan kerap membuat panggilan telefon jika tidak bertemu. E juga sangat menjaga percakapan dan menjaga batas ketika keluar bersama. Saya yakin ini pilihan terbaik yang Allah beri untuk saya. Selama hampir setahun berkenalan, berkongsi cerita dan mengenal hati budi

kami merancang untuk bernikah dalam tahun ini juga. Saya pernah cadangkan kalau sibuk sangat tahun ini tidak mengapa, bukan senang nak urus masa untuk belajar dan bekerja. Tambah tambah dia sedang melengkapkan fasa terakhir untuk menghabiskan pembelajarannya dan saya tahu dia sangat sibuk. Saya beri dia masa.

Tetapi E beritahu jangan risau. Yang penting pengurusan masa. Dia dah lama hidup sendiri dan sudah move on dari rasa kecewa dengan kecurangan bekas isteri dahulu. Itu sebab dia sibukkan diri dengan belajar dan bekerja. Kini dah jumpa saya, hatinya dah terbuka semula dan E minta dipercepatkan juga. Benda baik buat apa nak tunggu lama.

Status J yang saya pegang ini juga cabaran besar pada saya dan E sebab ramai yang cuba mengganggu. Cabarannya ialah di tempat kerja saya ramai lelaki cuba dekat, tapi saya tolak cara baik sebab saya katakan bahawa saya dah ada seseorang. Kami jaga batas dan setia antara satu sama lain.

Pada saya E lengkap untuk saya dan anak anak. E risau dan pesan kepada saya untuk jaga diri sebaiknya sebab dia jauh. Perancangan untuk bernikah kami telah aturkan. Malangnya sebulan dua kebelakangan ini E kerap memberitahu bahawa ibunya menghalang hubungan ini kerana status J

yang saya bawa dan sudah ada calon menantu pilihan. Saya rasa sedih. Agak kecewa, namun dia yakinkan saya untuk mempertahankan hubungan ini. Sebab pilihan dia ialah saya, bukan perempuan lain. Saya terus berdoa, mohon Allah lembutkan hati ibunya. Mudahkan urusan kami jika jodoh kami masih ada.

Solat hajat dan istikharah silih berganti untuk menenangkan hati. Pada E dia tidak ada masalah. Cuma tunggu masa katanya. Namun saya tegaskan, restu ibu bapa mesti ada. Sehinggalah pada malam Nifsu Syaaban yang lepas saya lakukan solat hajat berterusan sebagai usaha mohon Allah beri jalan dan petunjuk untuk bantu saya.

Saya memohon sungguh sungguh sebab saya memang sayangkan E. Dan saya nampak E juga sangat sayangkan saya. 2 hari sebelum itu telefon bimbit E tidak dapat saya dihubungi. Panggilan dan mesej tidak dapat dilakukan. Saya resah. Sesekali E dapat baca mesej saya, memberitahu telefonnya rosak teruk akibat terjatuh dan kadang kadang tidak berfungsi.

Dia akan beli telefon baru supaya senang hubungi saya dan urusan kerjanya. Keluarganya juga bising sebab susah nak hubungi E yang jauh di Pahang. Saya terus menunggu E untuk beli telefon baru. Sebab saya sudah mula rindu pada E memandangkan sebelum ini kami sentiasa berhubung.

Dalam masa yang sama hati tergerak untuk membuka satu laman social E. Hati perempuan, begitulah. Tidak ada apa yang janggal. Namun saya agak pelik kerana ada satu profile perempuan yang klik butang suka pada gambar profile E. Saya cuba klik saja saja pada akaun perempuan itu yang saya namakan R yang berasal dari sebuah negeri di pantai timur.

Namun yang membuatkan saya terduduk bila lihat pic E bergambar di atas pelamin bersama R yang diletakkan sebagai gambar profile. Saya terpaku. Rasa kering sekejap drah di dalam badan. Nafas rasa tersekat. Air mata mula laju. Betul ke apa yang saya lihat ini? Saya meraung dalam hati.

Saya istighfar. Husnuzon, ini mungkin sabotaj. Gambar ini diedit oleh perempuan itu sebab E ini ramai peminat. Orang handsome, charming pula, siapa tidak terpikat.Tapi saya tahu dia setia. E ada mesej sekali sekala ketika telefonnya berfungsi, tapi saya tidak bertanya dan saya balas mesej macam biasa sahaja.

Saya tahan perasaan sebab saya tunggu untuk bercakap terus dengan E dan nak tunjukkan terus gambar perkahwinan tersebut diaplikasi whatsapp. Walaupun hati menafikan, saya terus menerus minta pada Allah bertawakkal tolong bagi petunjuk lagi. Kuatkan ikatan ini jika saya salah.

Tidak mudah untuk tidak berprasangka dalam keadaan seperti ini. Dan tangan ini sekali lagi Allah lorongkan untuk terus mencari maklumat berkaitan siapa R dan apa hubungan perempuan itu dengan E. Masuk hari ke 3 saya masih tidak berpuas hati. Saya perlu cepat dan sias4t sendiri drama apa yang sedang berlaku di belakang saya ini.

Kerana segala tugasan saya terbengkalai akibat perasaan yang berkecamuk. Saya perlu pantas bertindak! Allah Maha Kaya. Pada hari Jumaat itu saya dapat kenal dan hubungi kawan kawan R dan rupanya ada banyak lagi gambar E dengan R di tempat lain yang mengukuhkan lagi anggapan saya.

Dan ya, mereka baru berkahwin pada 28 Mac yang lalu. Sedangkan pada malam sebelum itu E masih menghubungi saya dan meyakinkan hubungan saya dan dia yang akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Betapa hebatnya sandiwara seorang kasan0va! Saya terkaku. Tak mampu berkata apa apa.

Pelbagai persoalan berpusu dalam kepala. Mengapa? Apa d0sa saya? Motif?? Kenapa saya dijadikan sasaran??? Sungguh… Hati ini hancur. Emosi dan perasaan saya terkoyak. Maruah saya seolah dipijak dan terasa betul betul di telapak kaki. Saya lepaskan perasaan dengan menangis sampai bengkak mata namun mak ayah saya tidak tahu akan hal ini.

Saya sorokkan hal ini kerana saya tidak mahu mereka tahu. Mesti mak abah kecewa. Hati ini seakan sudah berat. Pandangan terasa kelam namun saya cuba bangun seakan menafikan sekali lagi, kerana sebetulnya saya perlu dengar dari mulut E sendiri. Tengok, mulianya hati saya ketika itu.

Masih cuba menafikan walau bukti sudah di depan mata. Dalam keadaan begitu saya kena kuat. Saya gagahkan hati menggunakan nombor lain. Saya keluar dari rumah seketika, buat panggilan dan menghantar mesej menyamar sebagai pelajar baru kelasnya untuk semester akan datang.

Saya ingin telefon seolah olah ingin bertanya padanya tentang persediaan kelas musim semester baru nanti. E kata dia sedang memandu ketika itu. Saya semakin geram. Saya sudah hilang sabar ketika itu. Ternyata hanya nombor saya yang di blok selama berhari hari ini. Benda ini sebenarnya jarang jarang terjadi.

Tidak pernah sekali pun E blok nombor saya dan terputus hubungan dalam tempoh sepanjang perkenalan. Cuma kalau jarang mesej dan telefon saya anggap dia sibuk bekerja, ada site visit dan menyiapkan tesis akhir pembelajarannya. Inilah dia. Husnuzon tak bertempat! Saya telefon dia yang sedang memandu. Mulanya dia seakan terkejut bila dengar suara saya.

Katanya tengah bermesyuarat. Nanti dia hubungi saya semula. Bunyinya agak kaget. Mengelabah mungkin. Tak sangka secepat ini tembelangnya pecah. Saya halang. Mohon dia jangan menipu lagi sebab sebelum tu saya sudah menghubungi pejabatnya dan mengatakan dia kini sedang bercuti kahwin.

Saya hantar segala gambar perkahwinannya di aplikasi whatsapp. Saya paksa E lihat juga walau ketika itu dia sedang memandu. Sungguh, ketika itu hampir hilang kewarasan saya kerana saya letak 100% kepercayaan pada dia selama ini. Dia diam. Blok whatsapp dan m4tikan panggilan.

Mungkin terkejut sebab slot drama Akasianya saya sudah tahu. Saya call semula dan minta penjelasan sambil menangis. E minta maaf. Dia tidak sangka saya boleh menangis seteruk itu. Katanya itu pilihan keluarga. Dia terpaksa terima dan terpaksa merahsiakan dari pengetahuan saya sebab tak mahu hati saya terluka.

Saya tak percaya dan tak boleh terima alasan sebegitu. Sedangkan janji E sebelum ini umpama semuanya sudah pasti. Hanya tunggu masa untuk kami disatukan. Banyak kali E beritahu itu pilihan keluarga. Dia tidak dapat berbuat apa apa. Berulang kali juga dia minta maaf.

Panggilan terputus dalam saya masih menangis. Saya tak dapat lagi hubungi E selepas itu. Saya kecewa. Terasa kosong sekejap. Hebat ujian Allah kali ni. Memang hebat. Terduduk betul saya. Saya masih tidak berputus asa mencari jawapan. Sikap saya, saya akan terus mencari sampai saya berpuas hati baru reda apa yang terpendam dalam dada.

Allah Maha Berkuasa. Dia mudahkan urusan saya ketika itu disaat saya sangat kecewa. Saya dapat menghubungi 2 orang adik perempuan E pada hari itu juga. Besarnya berkah pada hari Jumaat, semua persoalan terjawab. Saya ceritakan semua dan sertakan sekali gambar gambar sebagai bukti kami pernah keluar bersama yang bukan sekali dua, bahkan bersama anak anak sekali.

Dan hubungan itu bukan sekadar kawan biasa. Kami merancang untuk bernikah tidak lama lagi. Apa yang saya dapat ialah berita yang sangat mengejutkan, sekaligus merawat hati saya yang tengah luka. Ini maklumat sebenar yang saya perolehi dari adik beradik E:

1. E satu satunya anak lelaki dan abang sulung mereka. Namun hubungan mereka dengan E tidak rapat. Hubungan mereka adik beradik perempuan dengan E tidak baik seperti yang digembar gemburkan oleh E. E sangat berahsia dan mereka tidak tahu langsung dengan siapa E berkawan selama ini.

Maksudnya E beritahu saya bahawa ibu bapa, adik beradiknya tahu tentang kewujudan saya adalah tidak benar sama sekali. Mereka memang tidak tahu menahu langsung hubungan kami selama ini. Saya terduduk.

2. Berkenaan ibu tidak restu hubungan kami, adik E beritahu ibu tidak pernah sebut sekali pun nama saya. Dan mereka juga tidak pernah mendengar nama saya dari mulut E selama ini. Macam mana E boleh kata ibu ayahnya tak restu hubungan kami? Saya kecewa di situ… Seakan batu besar menghempap kepala.

3. E menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan R kepada keluarga dalam keadaan yang tergesa gesa, tidak pernah bawa datang ke rumah dan secara tiba tiba ingin berkahwin. Adik beradik E beritahu saya, mereka tak pernah kenal langsung siapa R itu. Hari nikah baru jumpa. Tengoklah. Betapa berahsianya E dengan keluarganya.

Saya katakan, melalui apa yang saya peroleh R dengan E sudah lama berkawan. Sebelum kenal saya lagi. Pelbagai bukti yang saya jumpa dalam laman social wanita itu. Jadi untuk apa dia bagi harapan melangit pada saya? Sewenang wenangnya status J saya dipermainkan. Saya tidak pernah terdesak. Saya masih ada maruah.

Saya dulu tidak yakin bersama dengan dia sebab status saya ini. Saya sedar kedudukan saya di mana. Tapi dia yakinkan saya ketika itu. Mengeletar saya. Perasaan bercampur baur. Salah rupanya percaturan saya selama ini.

4. Selain itu, adik beradik E juga beritahu, walaupun E ini bekerja tetap dan berpangkat, kedudukan dilihat stabil oleh orang ramai, tapi status kewangan dia sangat tidak baik. Kereta yang E gunakan adalah kereta ehsan yang dipinjam dari ayahnya. Keretanya dijual untuk menampung perbelanjaan kahwin R.

Keluarganya marah dan mempertikaikan kemampuan E dari sudut kewangan jika berkahwin dalam keadaan sekarang. Sering juga dia meminta minta dari ibu bapa jika kesempitan wang. E juga menanggung banyak hutang. Pelbagai pinjaman peribadi dia lakukan ketika bersama bekas isteri terdahulu.

Bagaimana keluarga nak menyokong sedangkan hidup E pun belum teratur sepenuhnya? Pelbagai cerita yang tidak enak dan 1001 cerita yang telah saya dengar dari mulut adiknya sendiri yang membuatkan saya benar benar terkejut. Dan ternyata, apa yang terjadi ini memberi pengajaran yang mendalam pada diri saya selepas ini.

Begitu rupanya disebalik karektor E dibelakang saya. Adabnya tertib dan sempurna sehingga mampu membutakan mata saya dan ibu bapa. B0dohnya saya tidak menyelidik latar belakang E sebelum meletakkan sepenuh perasaan dan kepercayaan kerana saya mengganggap E bukan seperti lelaki lain.

Rupanya saya tersalah perhitungan. Saya hampir hampir tersalah langkah! Kalau Allah tak jentik hati saya, mungkin perkahwinan kedua ini juga bakal gagal. Hari berikutnya saya dapat bercakap sendiri dengan ibu E kerana adik beradik E telah menceritakan semua kepada ibu mereka tentang kelakuan E terhadap saya.

Menangis ibunya sambil menelefon. Berulang kali orang tua itu meminta maaf bagi pihak E. Katanya E langsung tidak maklumkan hubungan saya dengan E. Kalau tidak, dia rela hati menerima saya sebagai menantu. Tittle J yang saya pegang bukan penghalang untuk dia menerima saya sebagai menantu.

Malah mengalu alukan kehadiran anak anak sebagai cucunya sendiri walaupun bukan drah dagingnya sendiri. Ibu E sangat kesal. Saya katakan keluarga tak salah. Semua ini terjadi sebab sikap E yang membelakangkan keluarga. Tidak mengapalah, benda sudah terjadi. E pun sudah selamat bernikah dengan gadis yang dia pilih.

“Tak mengapa, kalau kamu tidak dapat jadi menantu makcik, kamu jadi anak makcik. Antara anak dan menantu, mana lebih dekat? Biar makcik jadi mak angkat kamu…” Ketika ini empangan air mata saya sudah tidak dapat ditahan tahan lagi. Saya meraung. Sepanjang perbualan saya tidak menangis.

Air mata sudah kering ketika itu. Namun kali ini kami sama sama menangis. Terasa seakan ingin memeluk wanita tua itu seeratnya jika dia di depan saya. Allahu…. Ujian hebat ini Allah bagi ganjaran hebat juga. Ya, saya gagal memiliki cinta sejati dari anak lelakinya, tetapi Allah anugerahkan saya ibu dan ayah angkat serta adik adiknya sekali.

Saya sujud syukur. Terima kasih Allah. Kejadian ini suatu pengajaran besar yang perlu saya dan wanita lain perlu tahu jika anda ingin berkawan dengan mana mana lelaki. Status duda itu sangat perlu diselidik dengan teliti. Jangan mudah letakkan sepenuh harapan dan kepercayaan hanya dengan sikapnya seperti malaikat.

Sedangkan di belakang sebenarnya tidak seperti yang anda harapkan. Kesilapan besar saya di situ. Saya kini sudah move on. Hanya dalam waktu yang singkat. Kesibukan bekerja dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh adik adik, serta ibu bapa E benar benar mengubat hati saya. Saya berterima kasih.

Soal jodoh selepas ini saya malas mencari lagi. Memang ramai yang cuba menghampiri, namun hati ini seakan telah m4ti dengan apa yang telah E lakukan terhadap saya. Semangat saya dibawa pergi. Perasaan cinta seakan luput. Saya letakkan sepenuh perancangan kepada Allah untuk menentukan hala tuju hidup saya dan anak anak.

Perancangan Dia adalah perancangan terbaik. Ya Allah.. Ya Bari’ Ya Jami’.. Semoga Allah temukan saya dengan insan-insan yang terbaik selepas ini. Aamiin…. Alhamdulillah saya telah ditarik segera dari melalui lorong lorong yang bakal kelam di hadapan sekiranya berkahwin dengan E. Allah itu Maha Kaya. Dia beri jawapan atas doa saya. Saya tidak terkilan.

Malah mengucapkan syukur berulang kali. Dan sekali lagi, TERIMA KASIH YA ALLAH. Begitulah kisah saya dengan seorang lelaki yang bergelar duda. Mohon doakan yang baik baik untuk saya dan anak anak. Terima kasih kerana membaca. Redha, Bersyukur dan Tawakkal. Naura El Mujahiddah (Bukan nama sebenar)

Sumber – IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.