10thn kawen tp kosong. Nafkah rm350 je suami beri. Semua hal aku nk kena settle. Adakh aku isteri yg xbsyukur.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Aku cuma nak luahkan perasaan yang terpendam sejak lama, boleh dikatakan bertahun tahun. Sampai aku sendiri sudah bosan dengan semuanya.

Nak diluah m4ti emak, nak ditelan m4ti bapak. Lebih kurang begitulah situasi hidupku sekarang. Em0si aku sering terganggu. Aku seorang surirumah, suamiku hanyalah seorang pekerja biasa sahaja. Aku ingin bekerja namun suamiku tak izinkan. Katanya dia mampu lagi membeli makan minum untukku dan dia. Alhamdulillah.

Namun disebaliknya itu, aku terluka. Duit nafkah bulanan yang diberikan itu, disitulah jugak terselit duit untuk beli barangan lain. RM350 sebulan mungkin besar bagi dia tapi belum cukup untuk aku. Adakah aku tak bersyukur? Duit itulah untuk aku beli keperluan aku, bayar hutang,

bil telefon dan duit itu jugaklah untuk beli peralatan basuh dan mandian. Kadang kadang dia akan belanja aku makanan yang harganya kurang RM10. Andai kata aku mintak yang mahal sikit, pasti dia akan bagi alasan duit tak cukup. Belum lagi kalau aku mintak dia belanja pakaian atau barangan mahal.

Usia kami hampir cecah sepuluh tahun tapi belum pernah dia bawak aku pergi bercuti kemana mana, apatah lagi untuk merasa pengalaman bermalam di tempat yang menarik. Maaf, aku terlupa untuk bagitahu. Kami hanya hidup berdua setelah aku pernah keguguran di awal perkahwinan.

Belum ada rezeki lagi untuk kami merasa nikmat sebagai ibubapa. Doakan untuk saya ye. Aku tahu dia cuma pekerja biasa. Aku boleh bersabar bila dia betul betul kekurangan duit. Tapi aku geram bila melibatkan hobinya, dia akan berusaha juga untuk dapatkannya.

Dia sanggup tak makan lunch demi beli sesuatu barang yang dia mahukan. Malah sanggup berhutang dengan adik beradiknya. Dia sanggup barang motor beratus ratus ringgit, barang mancing yang mahal, tapi bila saya mintak sesuatu pasti banyak dalih.

Pakaian saya banyak dari duit saya sendiri, hasil tabung lebihan nafkah yang dia beri. Pakaian dalam kalau setahun sekali belum tentu dia akan belikan. Pakaian lain jangan haraplah. Saya betul betul terasa hati. Itu belum lagi sikap dia yang sambil lewa kalau saya mintak tolong apa apa.

Sekejap dia adalah setengah atau sejam kita. Bayangkan lah hidup bertahun seperti ini. Belum lagi kalau perangai dia yang malas mandi, kadang dia hanya mandi sekali sehari. Kalau mandi awal pagi, maknanya esok pulak dia akan mandi. Bila saya tegur banyak kali, dikatanya saya ni cerewet,

membosankan dan marah kononnya saya buat dia seperti kanak kanak. Hati siapa yang tak marah, tengok suami sendiri serabai. Kadang terasa bersuami dengan orang yang belum matang. Ye, semakin lama semakin rasa suram hidup ni. Lagi lagi rumahtangga kami ni. Dia yang leka dengan cara hidupnya.

Pagi keluar bekerja, petang leka dengan whtsapp group. Malam leka dengan gajet, atau dengan hobi yang lain. Kalau sebelum ni, dia suka keluar lepak dengan kawan2. Sekarang, waktu malam dia asyik habiskan masa dengan telefon atau hobinya yang lain. Kadang saya hanya tidur bersendirian.

Kadang saya hanya bertemankan airmata sahaja. Masa untuk saya hanya sekejap sahaja, mungkin dalam seminggu, purata masa dia untuk saya dalam 10 jam sahaja. Itu purata untuk seminggu ye. Soal rumahtangga? Hampir 90% saya urus sendiri. Kebetulan kami tinggal berdua di rumah sewa.

Dari siang sampai ke malam, dari bilik tidur sampai ke ruang tamu sampai ke dapur, saya yang uruskan. Nasib baik pinggan yang dia makan, dia basuh sendiri. Tapi pakaian semua, saya yang uruskan. Kadang terasa bagai bibik yang tak bergaji. Pantang saya buat salah sikit, ditegurnya bagai saya buat salah yang besar.

Tapi kalau dia yang buat salah, beribu alasan yang bagi. Senang citer, dia saja yang betul. Untuk mengaku dia salah, untuk dengar dia mintak maaf tu amat mustahil. Andai kata saya merajuk, dia turut merajuk. Andai kata saya tertekan, dia akan memberi lebih tekanan.

Hidup bergelar isteri buat saya makin terasa lebih tertekan. Seperti saya akan alami d3pression. Terasa ingin rujuk pada pakar tapi malu. Sekarang, saya buntu. Saya sudah tawar hati untuk laksana tanggungjawab sebagai isteri. Makan minum, saya dah jarang ambil peduli.

Kadang saya akan beli makanan saat dia tiada di rumah. Bukan nak berkira tapi disebabkan dia layan saya begitu, yang buat saya lebih selesa untuk makan bersendirian. Saya tetap masak untuk dia tapi saya hanya masak apa yang ada sahaja. Saya teringin nak hidup bahagia seperti orang lain.

Nak jadi isteri yang baik, ada seorang suami yang pentingkan isteri dari hobi, yang memahami perasaan isteri dan seorang suami yang ambil peduli tentang masa untuk isteri. Saya tak kisah kalau tak berharta. Kalau emas boleh ditukar, saya dah tukar emas untuk membeli masa suami saya.

Saya juga mahukan seorang suami yang jaga penampilan. Tak perlu pakaian mahal, cukuplah bersih dan jaga penampilan untuk mata dan hati isteri. Sekarang, saya sering berfikir untuk hidup bersendirian. Mungkin itu lebih bahagia. Tapi mampukah saya? Untuk pengetahuan semua, dah banyak kali saya luah perasaan pada suami tapi tetap sama.

Ajak berbincang akhirnya masing masing tak bertegur sapa. Kalau saya buat endah tak endah kat dia, saya yang dipersalahkan. Dalam hati masih ada sayang, dalam hati jua ada luka yang dalam. Kecewa, marah, sedih. Saya betul betul buntu. Atau adakah saya seorang isteri yang tak bersyukur?

Jangan kecam saya. Saya hanya ingin meluah. Sejak berkahwin, saya hilang kawan. Dah takde tempat mengadu, tempat saya meluah, tempat saya bergurau. Hidup makin sendu. Makin terasa kosong dan sepi. Terasa ingin lari jauh dari semua. Bersendirian di tempat yang tiada sesiapa kenal. – Sara (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nor fatin – Awak boleh je bekerja dari rumah. Offer kepakaran yang awak ada di s0cial m3dia. Awak hebat menulis? Awak boleh buat freelance sebagai copywriter. Awak boleh handle s0cial media ig shop? Awak boleh buat freelance sebagai admin s0cial media (buat content, tulis copywriting, update posting untuk client).

Awak ada kepakaran dalam editing poster, awak boleh buat freelance sebagai graphic designer. Memandangkan musim PKP, orang yang kerja di ofis pun beralih bekerja di rumah. Jadi tak salah pun bekerja dari rumah. Awak masih boleh jana income dari rumah selain jadi dropship, jadi agent produk.

Atiqah saad – Puan jangan malu untuk jumpa doktor kalau puan rasa depr3ssi0n. Puan kena atasi depr3ssi0n lepas tu sibukkan diri dengan aktiviti lain. Cadangan buat dropship tu bagus. Join ds yang ada bagi training. Pengalaman saya, kalau buat betul2 ds ni boleh dapat 1-2k sebulan.

Bila dah sibuk kita akan fokus dengan hidup. Perkara2 berkaitan hobi dan tabiat suami susah kita nak ubah. Jadi, tak perlu terlalu fokuskan perkara tu. Ia diluar kawalan kita. Fokus untuk cara bahagia dengan cara sendiri.

Wardah wakeel – Saya faham perasaan puan. Awal2 kahwin dulu pun saya tak bekerja dan walaupun suami tunaikan semua nafkah basic, saya kerap sedih dan dikatakan tak bersyukur kalau nak lebih. Saya lama2 jd tertekan sbb tak biasa hidup bergantung pada suami semata2,

sebelum kahwin sy ada biasiswa kemudian bekerja elok, saya dah biasa ada freedom uruskan duit sendiri. Suami puan baik setakat penceritaan puan, kalau dia jaga solat and takde buat d0sa2 besar, serta dalam hati masih ada rasa sayang padanya, saya sarankan tak perlu sampai bercerrai.

Saya sendiri tak tahu mcm mana nak nasihat utk komunikasi berkesan dgn suami, sbb sy sendiri pun sampai skrg kena guna teknik merajuk kdg2 menangis and sy rasa kerap tak matang cara sy handle perbualan dgn dia. Tapi satu yg sy boleh sarankan, carilah pendapatan sendiri.

Do something about this, jgn rasa sedih and semakin sedih takde duit sendiri. Kalau suami berkeras tak bg kerja, puan kena jugak cari cara jana income dari rumah, puan takde anak kecik, sepatutnya lagi mudah utk join dropship, buat business kecik2 dsb. Amik tempahan buat kek ke, kuih ke kalau itu minat puan.

Cubalah cari jalan, tentu ada caranya. Bila ada duit sendiri dan ada hobi that keep you happy and occupied, contohnya tanam sayur, hobi menjahit lepastu ambil upah ke, tentu takde masa sangat nak kisah dgn suami. Puan sunyi dan perlukan hobi yg menjana income utk bahagia. Cubalah cari jalannya ya.

Bangun tahajud, nangis dan minta pada Allah. Itu jauh lebih membahagiakan dari minta suami utk faham. Moga Allah tunjukkan jalannya dan permudahkan urusan hidup puan. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.