“Hy 4jam sminggu?”. Lps keluar lokap mcm2 tduhan dlemparkn, aku nekad. Trpaksa aku larikn ank ke luar negara.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sebelum aku bermula, dengan rendah hati aku bersumpah dengan nama Allah yang Maha Mulia, tulisan yang ku bakal sajikan kepada anda semua adalah sebuah kebenaran.

Aku mempertaruhkan imanku dengan tulisan ini. Nama aku Abu. Aku mempunyai seorang isteri yang ku namakan Miss Bulu (bukan nama sebenar). Pernikahan kami dikurniakan anak perempuan berumur 5 tahun pada tahun ini. Aku telah disahkan menghidap Major D3pressive Dis0rder sejak 2016 iaitu setahun selepas pernikahanku.

Pada Februari 2020, aku telah disahkan menghidap Bip0lar Dis0rder sejak pertengahan 2018. Aku mula diberikan ser0quel 100mg dan bertambah menjadi 300mg dan aku kurangkan d0s sendiri menjadi 200mg sekarang. Doktor telah mengesahkan aku telah melalui fasa m4nia dan d3presi yang panjang.

Dalam laporan perubatanku ditulis pada waktu m4nia, aku berbelanja tak ingat dunia , mengalami “racing thought”, bercakap dengan sangat laju dan s3ksu4l libid0ku meningkat. Pada pemerhatian ku sendiri, aku gagal membuat keputusan yang waras sebelum mengambil seroquel.

Banyak keputusanku “short sighted” dan tak masuk akal. Sama ada di rumahtangga atau di syarikat. Pada hujung Disember 2019, isteriku telah keluar dari rumah apabila aku kant0i bermesej dengan seorang perempuan. Aku akui kesalahanku gagal mengawal libid0 s3ksualku. Isteriku telah mengatur sesi kaunseling di pejabat agama KL.

Tapi disebabkan aku belum mendapat diagn0sis dan ubat yang betul, aku meng4muk di pejabat agama KL. Selepas itu, aku pula mengatur sesi kaunseling dengan seorang kaunselor di Shah Alam. Malangnya kaunselor tersebut bukan kaunselor yang bertauliah (atas kesalahanku sendiri yang masih “short sighted”),

kaunselor tersebut mencadangkan kami bercerrai. Pada awal Februari 2020, aku telah melet0p dan meng4muk di rumah kelaminku sendiri. Cermin mataku pecah dan sisa kaca botol kicap bertaburan dalam rumah. Aku dalam keadaan marah terus pergi ke rumah mertuaku.

Di sana terdapat isteriku, dan memberi pilihan sama ada ikut aku pulang ke rumah atau aku cerraikan. Aku telah tercerraikan isteri secara tak sengaja kali ke tiga dalam keadaan aku tidak waras dan tidak dapat berfikir dengan betul. Februari 2020, aku mula diberikan ser0quel dan aku mula menghadiri terapi

di salah sebuah pusat psik0-terapi Melayu- Islam di Shah Alam. Aku masih memujuk isteriku kembali kepada ku dengan menghantar resit resit rawatanku kepada beliau. Aku sempat hadir kurang lebih 8 sesi. Satu sesi berjumlah rm210. Banyak yang aku pelajari, antaranya mula menyusun balik cara berfikir yang betul.

Aku juga memberitahu kaunselor bahawa aku mula dapat mengawal kemarahanku, dengan cara memerhatikan diriku sendiri. Kalau dulunya, kalau ada orang yang buat kurang ajar di atas jalanraya, aku tak takut untuk mengejar mereka dan mengajak mereka bergaduh. Tapi bila berlaku lagi kejadian kurang ajar di jalan raya,

aku sempat berfikir sejenak dalam tempoh masa 2 minit untuk aku dapat bertenang. Kobid melanda dunia. Aku tetap pergi ke rumah mertuaku untuk meminta maaf kepada mertuaku dan isteriku. Aku ceritakan lafaz cerrai dalam keadaan aku tidak waras dan tidak ingat. Aku hanya ingat ketidakwarasan aku hanya apabila diceritakan semula.

Mertuaku tidak mahu memandang muka aku. Isteri aku juga begitu. Tapi aku tetap merayu memujuk dan meminta maaf. Aku pergi kali kedua untuk meminta maaf dalam tempoh kurang lebih sebulan atau lebih. Kali ini mertua lelaki keluar ke ruang tamu dan menyepak barang di atas meja di hadapan aku dan mama aku.

Aku rasa terh1na, tapi aku tetap bersabar dan terus memujuk isteri untuk kembali. Awal Ramadan 2020, aku meminta kepada isteriku untuk membawa anakku pulang selama seminggu. Isteriku membenarkannya. Anakku sangat seronok seminggu duduk dengan aku dan keluargaku. Aku simpan semua gambar keceriaannya dan videonya.

Aku pulangkan anak bila sudah capai tempoh seminggu. Ia Ramadan yang sangat indah. Ramadan pertama aku dapat berfikir dengan waras. Ia Ramadan yang aku berjaya khatamkan alQuran 5 kali. Ia Ramadan yang mensucikan d0sa d0sa lampau aku. Aku bertaubat dan menangis sesungguhnya pada Ramadan itu.

Apatah lagi wabak sedang melanda dunia, aku bertambah insaf mengenangkan nasib diri yang kurang amal selama ini. Akhir Ramadan 2020, aku meminta anakku untuk beraya Aidilfitri denganku. Isteriku setuju kerana tahun sebelumnya aku tidak dapat beraya dengan anak dan juga isteriku.

Tapi pada kali ini anak sudah tidak mesra dan tidak mahu bermain denganku. Apa yang berada dalam fikiranku? apabila seawal sebulan pernikahan, aku dihasut untuk membenci adik ipar mertua yang tidak dia sukai. Prinsip aku mudah, jika seseorang boleh mengaibkan orang lain depan aku, tak mustahil dia juga boleh mengaibkan aku depan orang lain.

Aku fikir anakku sudah dihasut untuk membenci aku dan keluarga aku. Aku minta kepada isteri untuk berjumpa di pejabat ku, dengan semua keluarganya hadir pada hari sepatutnya aku memulangkan anakku. Tujuan ku mudah, aku ingin mengajak mereka bersumpah laknat bahawa mereka tidak menghasut anakku untuk membenci aku.

Pastinya peristiwa itu tidak terjadi. Pada suatu hari, raya ke berapa aku tak ingat, isteriku telah datang ke rumah keluarga aku untuk mengambil anakku. Aku menghalau isteriku keluar. Kerana menurut perkiraan aku, kami harus bertemu di pejabat dulu sebelum aku setuju menyerahkan anakku.

Adik iparku terus meluru masuk membelasahku di dalam rumah ayahku. Aku tidak melawan dan tidak dapat melepaskan diri kerana saiznya yang dua kali ganda lebih besar dari aku. Adikku yang tidur di ruang tamu terjaga dan meleraikan aku yang dicekak. Aku pergi ke balai polis Bangi untuk membuat laporan polis.

Aku telah diberikan Pol 51 untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kajang kerana telah dipkul. Doktor mengesahkan aku cedera tulang belakang, dada dan bahu. Pada hari yang sama aku dipanggil untuk beri keterangan. Pada hari yang sama, waktu malam aku mahu menidurkan anak aku, polis memanggil aku ke IPD Kajang.

Sebelum aku ditahan, polis memanggil si pemukul untuk mengubah keterangan. Aku ditahan dalam lokap dan majistret melanjutkan reman selama tiga hari. Aku berdoa kepada Allah. Dalam lokap aku juga menangis merayu kepada Allah dan cuba solat walaupun hanya dibenarkan pakai seluar pendek tanpa baju.

Pengalaman pertama aku masuk lokap, macam macam orang aku jumpa. Dari kesalahan merentas negeri sampailah bnuh orang. Paling aku kesalkan banyak budak Melayu sampai ke bapak budak kena tangkap sebab hisap ddh (sy4bu). Pada masa aku dalam lokap, isteri telah membawa polis untuk datang ke rumah keluarga untuk mer4mpas anak aku.

Walaupun tiada perintah mahkamah, disebabkan orang tua ku takut dan tidak faham undang undang, mereka menyerahkan anak aku secara paksa… Akhirnya aku dituduh di mahkamah di bawah s3ksyen 160 dan 352. Majistret membacakan pertuduhan aku bergaduh di hadapan rumah ayahku sedangkan aku dipkul dalam rumah

dan rumah diceroboh secara paksa dan tanpa izin oleh si pemukul. Majistret juga membacakan pertuduhan aku melakukan kekerasan jnayah kepada isteri aku sedangkan demi Allah, aku tidak berbuat sedemikian. Aku tak ada kabel. Demi Allah kalau aku berbohong, aku jatuh kafir. Aku redha sebab aku baca AlQuran.

Yusuf juga pernah disumbat dalam penjara sedangkan Yusuf tak pernah buat salah apa apa. Tak berapa lama kemudian, isteriku memfailkan pengesahan lafaz cerrai dan hak hadanah di mahkamah. Aku sekarang sangat sibuk, menguruskan syarikat seorang diri, berulang alik ke mahkamah sivil dan juga mahkamah syariah.

Semua kes aku pakai peguam. Peguam mahkamah sivil paling hampeh, sibuk suruh aku mengaku salah sedangkan 1) aku bayar dia untuk bela aku 2) aku tak buat salah kot, aku nak mengaku apa bendanya? Walaupun aku sibuk, aku tak pernah ponteng sesi mahkamah. Hatta sesi yang peguam saja perlu hadir, pihak pihak tak perlu hadir pun aku pergi.

Semua aku hadir dan di mahkamah aku sempat lagi memujuk isteri aku. Isteri aku hanya menjuihkan mulut dan berpaling dari aku. Aku faham dia marah. Peguam mahkamah syariah aku pula dok mengapi apikan aku, “kalau aku jadi hang aku boh penampaq dah kat perempuan tu”. Hahaha aku gelak je la.. kalau dulu sebelum makan ubat, maybe aku marah.

Aku dah berubah, aku dah boleh bertenang banyak selepas hampir setengah tahun makan ser0quel… Proses untuk keputusan hadanah interim mengambil masa yang sangat lama. Selepas aku masuk lokap, hampir 6 bulan aku tak dapat jumpa anak aku. Aku cuba beberapa kali untuk pergi jumpa dan ambil anak,

dihalang dan hanya dapat tengok 2 minit dari luar pagar selepas itu mereka masuk. Bapa mertua siap tarik tangan anak aku bila aku cuba pegang anak. Betapa haramzadahnya, memetik SN Shahnon Ahmad. Aku wali sah anak aku kot, anak aku nak menikah esok kena cari aku.

Jadi 6 bulan aku tak dapat jumpa anak aku lepas aku masuk lokap, dan 6 bulan aku tak dapat jumpa anak aku sejak isteri keluar rumah. Hampir setahun tak dapat jumpa anak aku. Akhirnya keputusan hadanah keluar pada November. Aku hanya diberikan hak lawatan 4 jam seminggu. 4 jam seminggu. 4 jam seminggu. 4 jam seminggu.

Iaitu hari ahad pukul 2 sampai 6 petang. Anak aku tinggal dengan isteri di Gombak. Aku nak pergi Gombak dari Bangi dah ambil masa sejam. Okay, aku gerak awal. Zohor masuk awal. Aku solat, terus aku gerak ke Gombak. Pukul 2 aku akan sampai di Gombak dan ambil anak aku.

Masa tu negara masih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Betapa terlukanya hati aku, jumpa anak hanya boleh dalam kereta. Nak bawa jalan mall tak boleh sebab budak kecil tak boleh masuk. Nak bawa pergi taman riadah tak boleh juga sebab budak kecil tak boleh masuk. Betapa aku terlukanya, anak aku juga kurus.

Aku pergi kedai serbaneka beli coklat kesukaan dia dan air milo kotak. Aku belikan KFC dan aku suap dia dalam kereta. Aku pergi kedai mainan, aku belikan mainan. Kitorang main dalam kereta. Kali keempat lawatan aku dah tak tahan. Aku rancang nak larikan anak aku ke luar negara.

Kau bayangkan, aku boleh kena tuduh kat mahkamah sivil benda aku tak buat. Takkan isteri aku dan keluarganya r4suah atau pengaruhi pihak tertinggi untuk bagi hak lawatan 4 jam je seminggu? Sedangkan aku tak pernah gagal semua sesi mahkamah. Sulh, masuk dokumen, masuk hujah, dengar hujah balas, you name it bebeh.

Jika betul ada salah guna kuasa, aku tak maafkan salah guna kuasa kamu. Aku akan tuntut di akhirat esok. Ada orang cadangkan aku, buat laporan ke jabatan integriti la apa la. Kau ingat kalau kau orang biasa, mereka nak layan? Dan aku yakin juga, kalau aku boleh kena aniaya, berapa ramai lagi yang boleh kena aniaya?

Oh ya, untuk makluman, isteri aku bukan dari keluarga berada. Cuma aku tahu, mertua aku berkawan dengan orang orang pencen bekas kerajaan walaupun keluarga diorang biasa biasa je. Mertua aku ni kalau orang ramai tengok, pijak semut pun tak mti. Tapi kau tahu la, orang macam ni, dia takkan nampakkan diri dia dan keluarga dia salah.

Walaupun dia buat salah, dia akan cari jalan supaya nampak betul. Untungnya diorang berkawan dengan pencen kerajaan yang besar besar. Kaki surau, mengaji ustaz sunnah sana sini, tiba tiba anak kena tangkap pkul orang? Kau kalau ada peluang macam mertua aku kenal pencen kerajaan power, apa kau buat? Suruh iman kau tolong fikir untuk kau.

Balik kepada bab aku terpaksa larikan anak aku ke luar negara. Bila negara gagal tegakkan keadilan untuk kau? Apa kau akan buat? Aku terpaksa ambil keadilan tu dan letakkan di tangan aku sendiri beb. Aku sayang negara aku. Aku meniaga, kementerian ajar aku meniaga untuk bagi ekonomi negara makmur.

Aku bayar cukai setiap tahun tanpa cuba lari sedikit pun. Tapi apa balasan yang aku dapat dari negara? Kecewa bukan kepalang, sebab ni tanah tumpah drah kau beb. Tanah tempat kau dibesarkan, dan kau berbakti semula untuk masyarakat, tapi alih alih ini balasan negara pada aku.

Kali keempat waktu melawat anak, aku hilang bersama anak aku. Habis semua a1b dan tuduhan palsu dan f1tnah atas aku disebarkan di Internet. Aku jadi v1ral. Kereta aku v1ral. Gambar anak aku disebarkan merata rata. Hanya gambar aku tak ada, sebab konon takut tindakan mahkamah.

Mahkamah dunia korang takut sangat, mahkamah Allah korang tak takut? Mereka fitnah aku tak pernah hadir mahkamah, sebab tu aku dapat hak melawat 4 jam je. Buat apa kau nak berbohong kalau kau berada di tempat yang betul? Keputusan mahkamah pun menyebelahi kau? Unless kau sedang sembunyikan sesuatu which is biarlah aku sebut,

kau taknak kau kant0i kau pakai kabel. Mereka tuduh aku kaki pkul, konon konon aku akan pkul anak aku. Aku maafkan korang sebab korang tak cerdik. Aku ni walaupun disahkan sakit ment4l, aku dapatkan rawatan dan makan ubat. Maka aku jadi lagi sensitif dari korang orang normal.

Apakah aku akan memkul anak aku sedangkan aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda? Apa yang aku dengar? Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Perintahkanlah kepada anak anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pkullah mereka untuk sekiranya mereka solat

ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu.(HR Abu Daud). 10 tahun beb, baru boleh pkul. Itu pun pkul h4ram kalau em0si kau tengah marah benda lain. Boleh pkul kalau tak solat. Perkara prinsipal dalam agama sahaja boleh. Sesetengah pendapat fekah sebut, kena pkul dengan tangan anak sendiri je.

Anak aku baru 5 tahun. Sampai harini aku tak marah pun anak aku bila mendidik. Korang yang dah ada anak boleh buat macam aku buat ke? Marah pun aku tak buat, apatah lagi pkul. Yang dok memf1tnah aku tu, tampar kepala anak kecil sendiri pun aku pernah tengok. Jagalah a1b sendiri sebelum sedap menuduh orang lain.

Macam macam lagi diorang tuduh aku. Kaki pkul, kaki perempuan, kacau isteri orang. Aku sabar dan aku bolayan. Tapi semua benda tu kalau kau cuba cari kat internet dah takde sebab peguam aku dah hantar surat saman. Hari terakhir Disember 2020 aku cuba keluar dari Malaysia. Setelah aku check in di kaunter airlines dan turun ke imigresen KLIA,

pegawai imigresen halang anak aku untuk terbang. Katanya passport anak aku dibatalkan sebab ada report polis. Kejadahnya report polis boleh batalkan passport orang? Awal Disember 2020 aku ambil anak aku, takkan dah keluar keputusan mahkamah untuk batalkan passport anak aku?

Proses mahkamah ni makan masa lama kot untuk ada keputusan, kes aku di mahkamah sivil pun tak selesai lagi masa tu. Kau orang boleh check dengan peguam dan orang yang faham undang undang, Ketua Pengarah Imigresen pun tak ada hak untuk batalkan passport orang. Anak aku penjnayah buat salah apa sampai kena batal passport?

Kalau tak guna kabel, apa benda lagi yang aku boleh cakap? Kau boleh tolong fikir untuk aku? Atas nasihat peguam imigresen, aku mohon mytravelpass dan aku dapat mytravelpass untuk aku dan anak aku. Kalau passport anak aku betul batal di Putrajaya, macam mana anak aku boleh dapat mytravelpass?

Kali ni aku keluar Malaysia kali kedua, status dalam sistem imigresen KLIA masih cakap passport anak aku batal. Tapi pegawai yang jaga tu pun hairan mytravelpass ada tapi passport batal. Aku pertahankan hak anak aku untuk terbang atau aku akan saman kerajaan Malaysia. Akhirnya aku boleh keluar.

Sekarang anak aku berada dalam jagaan aku dan anak aku sangat happy. Aku simpan gambar 2 hari aku baru ambil, betapa kurusnya anak aku. Dan aku bandingkan dengan gambar gambar selepas aku bela dia. Korang nak tengok gambar video semua aku simpan. Demi Allah, dia kurus sewaktu keluarga isteri jaga anak aku tetapi gemuk serta sihat dalam jagaan aku.

Jadi, hakim mahkamah syariah, pihak keluarga isteri, dan justice warrior sekalian, keadilan untuk siapa yang anda nak pertahankan? Keadilan untuk ibu dia yang jaga anak aku sampai kurus kering? Keadilan sebenar adalah bila kebajikan anak ini terbela. Itu keadilan sebenarnya bagi aku.

Malah aku percaya hakim hakim yang adil di mahkamah syariah sana, pun berpegang pada prinsip yang sama iaitu kebajikan anak terbela. Kalau terus nak suap eg0 korang orang tua, bukan takat aku telanjang bila hak aku diambil korang. Hak anak aku pun turut teraniaya.

Aku cuba add kawan kawan sama belajar kat madinah dulu untuk mengadu sebab aku sedih sangat kena fitnah, tapi diorang tak approve. Ye la siapa nak berkawan dengan kaki pkul, kaki perempuan dan paling penting, kacau isteri orang kan? Aku faham Allah nak aku harap kepada Dia je tanpa mengadu kepada sesiapa pun.

Tapi aku pun manusia biasa, ada hari aku down, sedih orang fitnah aku macam macam, aku nak bercerita juga. Cuma aku sangat bersyukur kepada Allah, Allah banyak pujuk aku melalui mimpi mimpi gembira. Mimpi baca surah alFatihah, surah alBaqarah, surah adDhuha, alInshirah, mimpi jadi imam solat, mimpi keluar masuk masjid, mimpi berpuasa dsb.

Mimpi peringatan orang nak buat sesuatu yang buruk kepada aku pun aku dapat. Aku start dapat mimpi lepas aku keluar lokap. Semuanya aku tadbir pakai kitab alTa’tir alAnam fi Tafsir alAhlam karya Shaykh Abdul Ghaniy alNabulsi. Kalau korang rasa cerita ni rekaan lantak korang la. N****** dah buktikan kalau ada duit, kau memang boleh bypass undang undang.

Tapi bagi aku ada duit tak cukup, kau kena ada connection dan networking untuk belanja duit kau untuk bypass undang undang. Aku dan anak aku? Aku masih takut kepada isteri aku sekarang. Aku cuba runding lagi walaupun aku takut sebab aku kasihkan anak aku. Hati aku ni baik boleh maafkan semua fitnah

dan tuduhan palsu yang dia dah canangkan, asalkan jujur dengan aku. Tapi nampaknya dia masih merancang makar nak pedajal aku di luar negara pula. Macam mana nak selesai? Macam mana aku nak balik Malaysia? Korang doakanlah aku dan anak aku selamat di luar negara dari makar dan tipudaya manusia manusia syaiitan.

Anak aku baru mula nak menghafal alQuran, tolong doakan dia ya? Sesiapa yang fitnah aku dan baru tahu kebenaran ini, kemudian dia bertaubat, aku maafkan dia. Sesiapa yang masih lagi menuduh aku secara zalim walaupun dah tahu kebenaran, aku tidak tahu bagaimana nak bersikap. Kerana anda bukan sekadar mengambil hak aku, tetapi juga hak anak aku.

Aku serahkan kepada Allah. Demikianlah cerita aku. Demikianlah cerita anak aku. Demikianlah cerita negara ini. Sekali lagi, aku bersumpah dengan nama Allah yang mulia, semua yang aku tuliskan ini benar. Tidak ada yang benar melainkan benar belaka. Tamat. – Abu (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Kallen Stadfeld – Moga urusan encik dipermudahkan. Janganlah taper down sendiri ubat ser0quel selagi tanpa pemantauan psy. Saya pernah taper down sendiri dan akibatnya saya mudah sangat trigger. Now saya on ser0quel 600mg, kena jaga makan kalau tak berat bertambah macam dipam pam.

Syahid Haron – Ape kejadah bawak anak lari ke luar negara macam ibu dan keluarga dia takde hak? Jangan sibuk nak salahkan orang sana sini, cermin sikap sendiri. Kalau dah meng4muk pecah pecah barang tu, entah entah tangan kaki naik dekat ex isteri.

Pandai petik surah yusuf la kitab la, hak ibu ke atas anak pon tak paham. Balik semula la Malaysia, pulang anak tu dan ikut yang mahkamah tetapkan. Ada sebabnya kenapa mahkamah hadkan masa awak dengan anak. Lagi lagi bila ada hist0ry ment4l.

Munirah Nur Shadad – Bila baca confession ni macam rasa TT yang bermasalah. Malas nk baca habis. Segala tuduhan pada isteri dan mertua macam takde bukti dan andaian sendiri. Ada bukti ke mertua hasut anak? Ada bukti ke dorang rasuah atau guna kabel untuk menang kes? Banyak dari perasangka sendiri je.

Memangla dorang takut nak bagi anak tu dekat awak sebab hal yang awak buat taknak pulangkan anak tu balik pada mak dia. Kan dah janji nak ambil anak, pulangkan anak sekian2. Sampai kena bertumbuk tu. Memanglah isteri risau nak lepaskan anak dia lama pada pesakit macam awak. Fikir logik.

Kalau sayang anak pikir keselamatan anak dulu. Ubat diri sendiri dulu sampai sembuh, jumpa anak ikut je apa yang ditetapkan mahkamah. Confession lebih kepada nak menuduh dan pl4y viictim sangat..

TTDI Runner – Jangan skip ubat atau kurangkan d0s tanpa kebenaran Doc TT. Baca confession pun tau dah haruk pikuk pemikiran. Dengan larikan anak keluar negara, risau aku keselamatan si anak tu. Kesiannya pada si emak ie ex kau(Ke tak ada dia bawak lari anak?!!. Dengan aku2 sekali pening baca).

Baca kisah kau, kalau nak tau kenapa mahkamah berikan jadual jumpa anak macam gitu sebab utama tahap kesihatan ment4l kau TT. Bukan kabel bukan pilih kasih, bukan isu tak adil ke apa. Kau ment4lly unstable dan sangat sangat sakit,

cerita pun..kau kau kau kau. Apa perasaan bini, kebajikan anak semua tak penting. Tapi ya lah kau tak dapat fikir dengan waras kan. Moga bini kau dapat bawa balik anak dan kau dapatkan rawatan yang sebaiknya.

Nur Aisyah Afham – Inilah org kata effect bila diagn0se bip0lar. My friend pernah ceriter. Dia tak dapat pergi rawatan psik0logi dekat hospital. Kemungkinan kenaikan pangkat takde disebabkan rekod tu. Tu yang bahaya. TT mungkin ingat dia tak salah. Tapi u pernah di diagn0se, tu valid.

Kesannya hak jagaan anak dapat sekejap. Please everyone. Lepas ni tolong jaga ment4l health sendiri. Cukup cukup lah buat sebab nk puaskan hati orang. Kalau jiwa u taknak, cakap je taknak..

Aishah Isyak – Saya bekerja di wad psychiatry, saya pernah jumpa banyak peskit bip0lar with manic relapse. Yes mereka ada s3xual disinhibited, overspending semua. I feel that masyarakat belum ada kesedaran yang tinggi terhadap ment4l illn3ss.

Keberangkalian dia bertindak macam tu sebab ment4l illn3ss. This is not simple straightforward issues sebab melibatkan marriage, relationship and family also his credibility. Teruskan jumpa psych1atr1st dan jangan tak makan ubat.

Sumber IIUMC – Perkongsian di atas disiarkan di laman FB IIUMC pada 7 April 2021. Rekaan atau berdasarkan kisah benar, tidak dapat kami pastikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.