Setiap kali gaji, mertua suruh balik. Mcm2 mertua beli tp suami byarkn. Sbb aku xbpangkat, ini yg mertua hajatkn dr suami.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Seringkali kita mendengar masalah rumahtangga yang menjadi punca pencerraian kerana adanya orang ketiga.

Orang ketiga ini bukanlah bermaksud hanya dengan wanita lain di luar sana ataupun pasangan curang. Tetapi kehadiran dan campur tangan dari ahli keluarga juga dikira sebagai orang ketiga. Sudah banyak kes-kes yang kita dengar dan lihat,

pasangan bercerrai atas sebab sikap pentingkan diri dari keluarga mertua yang menyebabkan menantu kurang selesa dan akhirnya memilih untuk berpisah walaupun dalam hati masih ada perasaan cinta dan sayang pada si suami atau si isteri.

Seorang wanita berkongsi kisah apa yang sedang berlaku dalam perkahwinannya dan akibat dari itu dia dan suami selalu bertengkar dan lama-lama ia akan memburukkan lagi keadaan. Semoga kisah sebegini dapat dijadikan ikhtibar kepada masyarakat di luar sana.

Tak salah untuk anak-anak berbakti pada orang tua, tetapi jangan mengambil kesempatan atas tiket bergeIar ‘ibu bapa’. IBU MERTUA. Assalamualaikum semua. Dekat sini saya nak kongsi sedikit tentang apa yang berlaku dalam rumah tangga saya. Saya tak ada masalah sangat dengan suami.

Tetapi yang buatkan saya str3ss adalah perangai keluarga mertua saya, terutamanya mak mertua. Untuk pengetahuan rumah saya dengan mertua dalam 2 jam perjalanan. Saya dan suami, alhamdulillah bekerja dalam badan kerajaan.

Mak mertua tahu setiap kali gaji orang kerajaan masuk mesti mak mertua mesej sehari sebelum mintak supaya kami balik kampung. Setiap bulan memang macam tu. Duit bulan-bulan kami dah bagi tapi dia suruh kami balik sebab dia mintak belikan barang dapur.

Setakat asas tu ok lah bagi kami. Ni dia beli jajan-jajan makanan frozen macam beli nugget, s0sej, aiskrim m4gnum atau walls, ayam goreng frozen, fries (kalau boleh semua yang ada jenama). Dia tak nak ye makan yang timbang-timbang. Tu semua untuk anak dia yang malas nak kerja, duduk rumah tahu makan tidur je.

Lepas beli barang tu dia siap pesan untuk bagi duit belanja pulak untuk adik dia. Alasan sebab adik tu tak ada pendapatan. Cukup sihat walafiat tapi tak nak kerja, pergiIah usaha cari duit kalau dah tahu selera makan tu besar sangat. Mertua pun jenis selera makan high class.

Adik suami tu perempuan bujang tapi mak dia cakap tak kerja pun tak ape. Nanti dah kahwin suami tanggung. Mertua bagitau suami, kalau dapat gaji kena dahulukan kebajikan mak ayah, sebab tu mak nak menantu perempuan biarlah bekerja dan bantu suami tanggung family belah mertua.

Saya tak boleh nk paham dengan ayat mertua ni. Anak perempuan sendiri dia tak bagi kerja cari duit. Bila ipar-ipar balik, adik ni tahu nak mintak je apa yang dia nak. Saya str3ss sangat. Bila saya sebagai menantu prempuan, dia mintak saya kerja bantu suami. Tapi anak perempuan sendiri mertua tak bagi kerja.

Korang bayangkan sampai dia mintak saya buat kerja part time untuk bantu suami. Bulanan gaji saya dan suami bila simpan je mesti terp4ksa keluarkan balik. Mak mertua akan call minta benda bukan-bukan contohnya driII t3buk dinding tapi nak brand bosch sahaja, mahal ok. Tak nak brand murah-murah.

Kalau harga dalam RM50 tak pe, ini harga RM200+ kot. Kami suami isteri bukan hidup senang. Tapi mertua tak nak duit anak dia habis dekat isteri dan anak. Isteri bekerja boleh beli keperluan sendiri dan anak. Duit suami saya hanya untuk mak ayah sahaja. Kadang-kadang berg4duh saya dengan suami

sebab perangai mak ayah dia yang selalu desak kami. Saya kerja tak ada la bagus sangat, tapi setakat tak menyusahkan suami kira ok la kan. Kereta dan moto pun saya yang beli. Tapi yang sedihnya bila mertua cakap dengan suami yang mertua kalau boleh nak menantu yang kerja berpangkat dan berduit.

Senang nak minta tolong katanya. Adakah mertua minta suami saya kawin lagi 1? Sedih betul saya dengar, tak cukup lagi ke peng0rbanan saya selama ni bantu suami dengan family mertua. Perkongsian yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca.

Rata-rata rasa kurang senang dengan campur tangan yang berlaku. Ia sedikit sebanyak akan mengganggu keharmonian rumahtangga anak dan menantu.

Reaksi warganet

Haya ta – Maaflah.. Selagi belum akad nikah kalau da tau camni… Cinta mcmana pun suka mcmana pun sayang mcmana pun saya angkat kaki lah…. sorry tugas menantu bukan nk support ekonomi keluarga mentua esp menantu perempuan. Kalau nak sedekah dan sudi memberi bantuan tu adalah hak peribadi perempuan dan bukan tanggungjawab sepenuhnya.

Dan memaksa duit menantu perempuan utk tgjawab keluarga lelaki mmg melampau. Keluarga yg xtau hukum hakam agama. Lainlah sekadar ada duit lebih menantu nak bantu tanpa paksaan mana² pihak. Better bincang habis2 sebelum nikah.

Emy ari – Ko ckp kt mentua ko yg g1la tu, dr saya kerja utk hulur kt mak..baik saya kerja utk hulur kt mak saya…..mak ada ank perempuan kn.. srh ja dia kerja dr idup nk menyusahkn org lain…tkda maknanya ko nk susah pyh buang duit ko utk mentua g1la mcm tu.

Zanariah amri – Kita kena bertegas supaya diri tak menjadi mangsa buuli mak mertua atau sesiapa pun, dari mula jgn bagi muka, org mcm ni klu dibagi betis mesti nak peha pula, oleh itu kita kena berhati kering nak hadap org mcm ni,

jgn risau klu benda ni buat anda suami isteri bertengkar, kita kena jaga kehidupan kita juga takkan asyik nak memendam rasa nak ikut kehendak org tak berbaloi semua tu, sayangi dan hargai diri sendiri.

Peah ah – dah tu knp kau tak sound direct sdgkan ank perempuan mak, mak ckp x pe x kerja…sy menantu pon nak buat mcm tu la haaa baru la nampak mulut puaka supaya mertua pon sentap ujung bijik nak berkata bebukan…

malang sungguh berlaki kan jantan x bertolor! jantan hanya ikut ckp mak pak dia so duda kan dia biar dia masuk duk dlm rahim mak dia semula!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.