“Bkn ke dia ni ownr pasaraya ni ke”. Hairan, nmpk dia bjln dgn kasut lusuh. Sbb xpuashati aku bty. Jwpn uncle betul2 buat aku tsedar.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Tadi masa saya sedang buat kerja.
Saya ternampak ada seorang pakcik berbangsa Cina sedang berjalan sambil menundukkan kepalanya.

Beliau hanya memakai seluar pendek, baju singlet dan saya dapati kasut yg beliau pakai sangat lusuh dan koyak. Tetapi setelah semakin hampir. Saya seolah-olah kenal dengan pakcik tersebut. Kalau tak silap saya, dia ialah pemilik beberapa pasar raya besar di Singapura ni.

Saya pun bertanya dengan kawan India saya, “Bro, cuba tengok Uncle ni. Bukan ke dia ni Tokey pasaraya ni ke?” Kawan saya hanya menganggukkan kepala dan bersetuju. Bahawa dia adalah pemilik pasaraya tersebut. Kami jadi tertanya-tanya, kenapa dia pakai kasut lusuh dan koyak tu.

Mana pergi kereta dia? Kami pun cuba mengekori dia sehingga ke dalam pasaraya tersebut. Setibanya didalam pasaraya tersebut. Kami nampak dia dah tukar kasut lain dan kami ternampak kasut yg dia pakai tadi di celah2 rak di tepi Cashier.

Disebabkan kami memamg sangat mengenali beliau. Saya pun memberanikan diri untuk bertanya. “Uncle, tadi I tengok you pakai kasut lain. Sekarang you pakai kasut lain?
Kenapa?”. (Perbualan dalam bahasa Inggeris)
Dia pun jawab. “Sekarang dekat tempat kerja kena pakai kasut kerja.

Tadi saya pakai kasut buruk sebab saya taknak jiran-jiran atau kawan sekeliling tengok saya pakai mewah-meeah. Sebab saya bukan orang senang.” “Wah, uncle betul-betul merendah diri ye.” “Bukan merendah diri, tapi untuk apa kita bangga kita banyak duit dan pakai mewah – mewah.

Tapi bila kawan – kawan dalam kesusahan kita tak datang bantu. Bila nampak ada orang susah kita tak tolong. Lebih baik kita tunjuk kita biasa – biasa aja. Orang pun tak sakit hati.” “Habistu Uncle datang ke Pasaraya naik apa.” Tanya saya.

“Saya datang naik kereta. Tapi saya parking jauh – jauh, dan saya excercise jalan kaki sikit. Dekat rumah pun saya akan parking kereta jauh – jauh. Biar orang tak tahu saya pakai kereta.” Allahuakbar, Terdetik dalam hati saya. Orang banyak duit pun takde niat nak menunjuk dia kaya.

Pakai kasut pun macam kasut Shaolin Soccer je. Saya ni baru ada duit sikit dapat beli kasut Adidas pun dah nak cerita dekat semua orang. Baru ada lebihan duit dari menulis pun dah nak tunjuk macam saya ni banyak duit. Ini bukan pasal kita tak boleh beli apa keinginan kita.

Tapi bagaimana dia urus hati dia untuk tidak menunjuk – nunjuk dengan kemewahan yg dia ada. Terima kasih Uncle. Sebab ajar saya sesuatu yg berguna. Tak perlu kita nk menunjuk – nunjuk sangat seolah2 kita senang. Sedangkan hakikatnya kita sendiri pun cukup – cukup makan je.

Tak perlu tunjuk yg kita mampu beli barangĀ² branded semata – mata nak orang nampak kita ni kagum dengan apa yg kita miliki. Kalau kita berani menunjuk yg kita ni senang. Kita kena berani untuk bantu kawan – kawan kita yg dalam kesusahan. Berpijaklah dibumi yg nyata.

Reaksi warganet

Noris nieff – Pada saya, hargai diri dgn memberi hadiah pd diri sendiri. Kenapa nak fikir pandangan org? Kita ada, kita beri. Maksudnya, apa salahnya org tahu kita berada, lebih mudah bg mereka dtg meminta..

Kan sng dpt pahala berkongsi rezeki..
Kita reward diri kita bkn menunjuk tapi lebih kpd menghargai masa dan keringat kita dlm usaha membina keluarga bahagia.

Azimah mohammad – Mnta maaf skadar nk bgi pndapat. Ada betul nya apa yg uncle tu ckp. Tpi seeloknya biar la kita brpenampilan sederhana. Mengikut kemampuan. Jgn smpai timbulkn prasangka buruk pda org lain. Islam itu indah n mudah.

Amirul ewan – hahaha memang pon , kita kalau ada duit lebih mesti nk beli macam2. Tapi alhamdulillah sejak berbadan besar ni, jarang beli baju sebab susah nk jumpa saiz yang sesuai.

Kredit Penulis Eddie Dieana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.