Sbb dos4 silam ank dpt habuan. Bila dia dpt naik pentas terima hadiah. Aku doakn tiada lg acara ini utk dia. Aku xsggup.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Nama aku Nur. Aku berusia 34 tahun. Aku seorang janda beranak dua. Dah empat tahun aku menjanda.

Tiada suami bergantung harap atau mengadu segala kesulitan aku. Buat pengetahuan semua, aku menjaga kedua-dua anak aku. Yaa agak sulit dan sukar dengan duduk di ibu kota anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian. Tapi aku bersyukur. Aku duduk bersama orang tua aku.

Dan menumpang di rumah kakak aku. Anak yang sulung sudah bersekolah. Berumur 12 tahun. Dan tentang dia lah aku hendak cerita. Dia anak yang baik. Anak yang mendengar kata. Anak yang sering menjadi kekuatan aku. Tapi dia anak luar nikah. Yaa. Anak luar nikah. Aku mengandungkan dia ketika aku berusia belasan tahun.

Ketika bertemu dengan ayah dia, aku memang seorang yang kekurangan perhatian dan kasih sayang dari keluarga aku. Mak dan abah berpisah masa umur aku sekolah rendah. Berjumpa dia. Dan dia sangat membahagiakan aku. Dan kami terlanjur banyak kali. Aku ada meminta untuk bernikah.

Tapi ibu bapa masing-masing menolak kerana aku masih belajar. Tapi setelah aku termengandung. Apa pilihan yang mereka ada. Aku terpaksa dinikahkan juga dengan bekas suami aku sekarang. Anak aku lahir berbintikan abdullah. Dan sampai sekarang dia berbintikan abdullah.

Di sekolah, anak aku dilayan seperti orang lain. Tapi dari awal persekolahan aku jarang involve dalam hal dia kerana “MALU”. Ya, aku malu. Malu mengaku aku buat dosa yang paling besar dalam hidup aku. Aku tak pernah pergi ambik report card dia. Kerana malu. Aku tahu tu salah aku.

Tapi aku cuba untuk bahagiakan dia dari sisi lain. Aku keseorangan uruskan semua ni. Kerana lepas berpisah aku pindah negeri berlainan dengan bekas suami. Tapi ada seorang anak yang luar nikah memang banyak perkara aku pendamkan. Dia pernah naik ke pentas dan ambik hadiah.

Aku hadir dan mengambil gambar. Tapi aku dipandang sinis. Kerana ada sebahagian mengetahui kisah anak aku. Dan, aku berdoa, biarlah tiada lagi dia naik ke pentas dari dia dipandang h1na oleh orang lain. Aku tak sanggup dia dipandang sebegitu kerana dosa masa silam aku.

Semua itu aku tak boleh perbetulkan. Aku tak pernah lagi berfikir. Bagaimana aku nak cerita pada dia. Kenapa dia berbintikan abdullah sedangkan adik adik dia berbintikan ayah sebenar mereka. Padahal mereka dari benih yang sama. Aku tak sanggup. Tak tau nak hadap macam mana kekecewaan dia.

Dia anak yang sangat baik. Anak yang sering beralah, sering menjaga hati aku. Tapi, atas dosa aku terpalit sekali pada dia. Aku harap, aku ada kekekuatan untuk bercerita dan terangkan pada dia, dia tak berd0sa, aku yang berdosa kerana lalai dan kecundang atas nikmat dunia.

Aku sedang cuba baiki diri sendiri, aku sedang cuba kuatkan diri sendiri nak hadap segala cabaran yang ada. Kepada girls di luar sana, mohon jangan jadi macam aku. Mohon berfikir secara rasional. Aku tak mintak jadi macamni. Tapi ni dosa aku. Ni khilaf aku. Aku kena bawak dosa aku sampai mti.

Dosa aku pada Allah aku boleh mintak ampun. Dosa aku pada anak kandung aku sendiri, aku tak tau dia maafkan ke tak aku. Cuma aku harap suatu hari nanti, aku boleh slowtalk dengan dia, dan boleh lah aku terangkan segalanya. Sebelum dia meningkat dewasa. Sebelum dia lepas bebas di alam f4ntasi masa remaja. Doakan aku guys.

Aku takde siapa nak kongsi rasa hati aku. Kerana aku malu atas dosa aku selama ni. Tapi aku sedang cuba berubah untuk kehidupan lagi baik. Semoga Allah ampunkan dosa aku. Dan semoga anak aku dilembutkan hati untuk memaafkan aku. Sekian. Wassalam. – Nur

Reaksi warganet

Ann fardan – Ini pesan saya pd confessor…
1) anak sulong puan adalah rahmat Allah paling besar… Kena syukur sgt2 asbabnya menjadikan puan hidup lbh baik disisi Allah dan bertanggungjwb hingga kini.. Bayangkan kalau xdr.. Puan mungkin akan lbh rosak masa itu…

2) da 12 tahun besarkan dia susah dan senang sendirikan? Ada sapa2 tolong atau bantu ketika payah 12 tahun lalu kecuali keluarga puan je kan? Makanya pedulikan anggapan org.. Ingat puan.. Bila kita susah org x dtg rumah kita hantar beras.. Makanya pergi jahanam dgn pandangan org.. Asal kita dilandasan yg btol disisi Allah… Go to h3ll with people’s perception..

3) ibu yg kurang keyakinan diri akan membentuk anak yg kurang menyerlah potensi positifnya.. Dia bakal remaja dia perlukan ibu yg strong character and confidence dlm apa jua keadaan… Malu tdk beri kita beras dan kesenangan… Malu letak ditempat yg betol ikut hukum..

Lain2 hal malu tolak tepi asal dpt peluang yg terbaik utk majukan potensi akademik dan akhlak anak puan.. You must take the opportunity… Anak yg berjaya akan lbh positive pd masa silam mereka…

4) dari sekarang tekankan didikan agama… Akhlak dan isi2 kehidupan yg positif.. dedahkan dia dgn isu2 moral dan nasib masyarakat yg lbh susah dr dia.. Supaya kesan psikologinya dia akan lbh byk bersyukur selepas dia tahu siapa dia…

5) sebelum dia usia remaja kena cepat2 bagitahu siapa dia.. Ketika anak2 begini mindanya lbh bersih dan polos utk kita nyatakan kebenaran dari sisi kita… Lps remaja dah byk pengaruh2 luar.. Rakan sebaya dan media massa akan jd lbh susah utk dia terima…

Ingat bagitahu kemudian minta maaf sungguh2 dan selepas itu bagi kata2 positif dan kaitkan dgn qada dan qadar Allah… Akhir sekali pastikan cerita itu hanya sekali shj dan tidak akan dibuka lagi sampailah dia bakal bernikah jika perempuan… Kita kena bijak main psik0loginya supaya dia anggap benda ni tdk akan jejaskan masa depannya kelak…

Ia kesilapan puan bkn kesilapan dia.. Makanya puan kena bijak main peranan ketika maklumkan pd dia… Jgn tunjuk rasa bersalah sgt pd dia.. Tunjukkan bukti peng0rbanan dan kasih syg puan lbh besar dari kesilapan puan satu ketika dulu…saya yakin usia begini lebih mudah utk dia terima dan berada on our side…

6) pergi jumpa pengetua sekolah minta jasa baik sekolah utk faham situasi sebegini… Abaikan perasaan malu sb demi masa depan dia.. Dia perlu diberi peluang dan layanan yg sama… Saya yakin sekolah da byk handle isu ini… Benda bole di hentikan jika ia semakin neg4tif

7) mulai dari hari ini puan kena belajar maafkan diri dan berhenti simpati pd nasib dia.. Nasib dia ditentukan oleh cara didikan puan dan cara dia handle masa depan dia.. Yg pntg akhlak dan hidup berlandaskan agama islam in sha Allah segalanya akan jd baik utk anak puan…

Harap pesanan saya ini dpt bantu puan.. Ingat puan…asal kejadian manusia itu tidak penting.. Tp bagaiman pengakhiran hidup kita yg paling utama.. Moga puan dan anak2 serta kita semua mendapat pengakhiran yg baik2… Anak adalah amanah Allah.. Siapa dia.. Dari mana dia..

Apa rupanya tidak menjadi isu tp bagaimana acuan dan lukisan hidupnya sejak kecik hgga dewasalah yg akan menentukan siapa dan jenis manusia macam mana dia bakal jadi disisi Allah.

Shumera hadira – “Dan, aku berdoa, biarlah tiada lagi dia naik ke pentas dari dia dipandang hina oleh orang lain” sis…. yang ni sy tak setuju. . sis sendiri kata.. dia anak yg baik.. sis doakan dia yg baik2.. ckp yg baik2.. bimbang nanti ckp yg tak baik terkene di masa mustajab…

yg lepas biar la lepas.. jd kan pengajaran.. sekurang kurangnya kita lbh bijak dlm mendidik anak2.. sy percaya sis blh hadapi dgn kuat. ignore kan apa org kata. jgn malu… semua ada silap. yg baik pun ada jgk silap nya… sy doakan sis dan anak2 diberkati dan selalu dilindungi Allah…. aamiin aamiin.

Bonda aiman – Alhamdulillah beruntung Nur
Pernah tersilap langkah tapi Allah anugerahkan anak solehah Qurratu ‘Aini
Berapa ramai di luar sana yang sedang memendam rasa diuji dengan anak2 yang sukar menerima nasihat suka ikut kepala sendiri susah dikawal kehendaknya. Sentiasalah mohon keampunan dari Allah..

tiada hinanya merasakan diri berdosa
Tahniah kerana usaha memperbaiki diri
Adakalanya Allah uji kita dengan sehina2 perkara untuk kita berusaha menjadi semulia2 manusia. Soal status anak serahkan sebagai urusan Allah. Yakinlah Allah akan buka jalan yang Nur tidak sangka2 untuk Nur jelaskan kepadanya dengan sebaik2 cara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.