“Knp bu4ng ul4t smpah nie”. Tgh mgemas rmh, tiba2 roomate marh. Kelakuan pelik roomate buat aku tdiam.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hai semua. Pertama kali buat confession, atau sebenarnya aku nak confess sendiri dekat housemate sambil buat muka garang depan dia,

tapi aku masih belum dapat kekuatan untuk luahkan semua perasaan yang aku rasa selama ni. Aku harap dia bacalah sebab aku selalu nampak dia share confession ni dekat fb dia. Umur aku 24 dan aku ada housemate umur 27. Aku namakan dia sebagai Nani (bukan nama sebenar). Nani ni memang nampak normal, tapi yang tak normalnya tentang dia adalah,

pekerjaan dan waktu bekerja dia, dan juga perangai dia yang maha buruk dan tak boleh diterima akal tu. Semua sedia maklum yang waktu bekerja normal adalah dari pagi sampai petang. Ataupun, yang shift maybe ada shift rotation, mungkin minggu ni pagi, minggu depan petang, minggu depan lagi malam pulak.

Ataupun, yang kerja follow overseas shift. Logiklah kalau kerja sentiasa masuk 11 malam, balik subuh. Tapi Nani punya kerja ni pelik sikit. Dia keluar pukul 2 pagi dan balik dalam pukul 4-5 pagi camtu. Macam mana aku tahu, sebab bilik aku paling depan, once dia bukak pintu,

aku wajib terjaga sebab bunyi yang keluar bila dia buka pintu tu macam ada 10 orang yang keluar. Gedegang! Hari-hari okay, termasuk Sabtu Ahad! Waktu aku pergi kerja, aku tak tahulah apa yang dia buat. Yang pasti lepas aku balik, mesti aku akan rasa s4kit hati, nak marah dan meng4muk sebab dia akan tinggalkan selonggok pinggan mangkuk

dan kuali yang kotor atas sinki dan atas dapur masak. Nak suruh aku basuh lah tu! Sebab aku ni jenis tak boleh tengok dapur macam tongkang pecah, aku pon dengan paksa-rela basuh dan lap tempat masak yang berminyak tu. Pernah lah jugak aku cuba untuk tak basuh pinggan mangkuk tu semua,

saja nak tengok sampai bila dia nak biar dalam sinki dan atas dapur, at the end sampai 2 hari aku tengok benda tu terbiar camtu, siap ada pertambahan kuantiti pinggan mangkuk lagi kau! Kalau sampah dekat dapur, jangan cuba bayangkanlah. Kalau aku tak buang, memang berulat gendon lah dekat tong sampah dapur tu.

G3li aku! Pernah satu masa aku cuti seminggu. Holiday dengan kawan-kawan. Sebelum pergi tu, aku kemas rumah siap-siap. Sapu, mop, lap tempat masak, kemas peti ais, susun pinggan mangkuk dekat sinki, senang cerita memang aku pastikan rumah bersih dan kemas sebelum balik seminggu (still fikir tak mahu susahkan Nani kena kemas pfft).

Setelah bercuti dengan tenang selama seminggu, aku masuk rumah dengan rasa berduka. Ya Allah, rumah bersepah g1la macam baru lepas parti. Kau bayangkan, kusyen bersepah, plastik snacks tak buang, barang frozen aku yang dalam peti ais tu habis dia bel4sahnya! Tak cerita lagi part sinki, dapur masak dan meja makan. Makanan basi pon ada!

Pinggan yang kat atas meja tu sampai dah berkulat kau tahu tak? Tong sampah tu dah serupa tempat ternak ulat sampah yang warna putih tu. Rasa nak pakai sarung tangan 10 lapis masa kemas dapur. So, lepas letak barang dalam bilik dan kemas bilik aku sikit, aku pon mulakan aktiviti pembersihan rumah aku yang dah macam kapal karam tu.

Part yang paling pelik dan menakutkan jadi bila tiba-tiba Nani keluar bilik. Kau bayangkan, selama aku duduk serumah dengan Nani dah 4 bulan ni, ini first time aku nampak dia keluar bilik waktu siang. Maybe sebab aku kerja siang dan tak tahu aktiviti dia masa aku kerja dan Nani ni duduk master bedroom, so bilik dia attached dengan toilet.

Toilet luar ni memang aku sorang je lah yang guna. Okay, balik semua pada point asal aku. Tengah aku terbongkok nak ikat plastik sampah tu, boleh pulak si Nani bukak pintu bilik dia and jerkah aku dari belakang “Kau buat ape ni?!”. “Kemas sikit. Ni baru nak buang sampah” aku jawab.

“Nanti jap. Lain kali tanyalah dulu sebelum nak buang sampah ni” Pelik. Apesal pula aku nak kena tanya kau bila aku nak buang sampah? Takkan itu pon nak kena mintak izin kot. Bukan kau nak tolong aku ! Nani ambil tupperware plastik tu dan sudu. Dia pergi dekat dekat tong sampah dan dia kaut ulat sampah

yang warna putih tu keliling tong sampah dan letak dalam tupperware (Yes, dia kaut ulat sampah tu guna SUDU makan sampai PENUH tupperware tu). Aduh, macam nak pengsan dekat situ jugak. Lepas tu dia cakap “G1la ape kau nak buang m4khluk hidup ni macam tu je. Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yang kat luar tu?”

DAH TU. TAKKAN KAU NAK TERNAK ULAT SAMPAH TU PULAK KOT MACAM AKU BELA KUCING. ADOIII. Dia terus masuk bilik lepas cakap mekasih dekat aku. Siot je. Aku ni dah macam nak pengsan kat situ dengan perangai pengotor dia tu. Lepas kejadian tu, aku terus berusaha cari rumah sewa lain. Tak sanggup.

Tapi bila dia tahu aku plan nak move out dari rumah tu, makin menjadi-jadi pulak perangai pengotor dia. Baju dia berlonggok dalam mesin basuh, seminggu tak basuh. Sebelum ni, baju kotor dia hantar dobi, tapi sejak dia tahu plan aku, dia longgokkan semua baju kotor dia dalam mesin basuh,

dah tu macam mana aku nak mesin baju-baju aku? Terpaksalah cuci tangan atau dobi. Ada satu masa tu, menjerit sakan aku bila ternampak underwear dia dalam sinki. Pengotor g1la woi! Apesal kau letak pakaian dalam and benda ‘kotor’ yang kau dah pakai dalam sinki dapur weh? Dapur dengan mesin basuh baju punyalah dekat,

dekat sinki jugak kau longgok benda kotor kau. Lepas tu, aku geram, aku whtsapp dia cakap pasal hal rumah. Dia tak reply. Aku dah istighfar dah. Lepas tu aku tinggalkan nota lekat kat pintu bilik dia. Esoknya balik kerja aku tengok nota yang sama dia lekat dekat pintu bilik aku. Dia reply “Kau jangan pembersih sangat boleh tak?

Aku tak suka” WHATTTT? Kau expect aku kene jadi pengotor macam kau? Lepas Maghrib, aku duduk ruang tamu tengok tv, tapi pelik sebab tak dengar langsung bunyi kucing aku dalam sangkar. Selalu dia akan berbunyi, paling tak pon mintak makan, tapi hari ni senyap je. Start tak sedap hati dah…

Aku pon keluar rumah nak tengok keadaan Kifo (Kifo nama kucing aku). Ya Allah, sedihnya hati bila tengok Kifo kene bungkus dalam plastik sampah dalam sangkar tu. Tahu dah kerja sapa. Aku terus masuk cari Nani dalam bilik. Dia keluar and terus cakap “Padan muka kau. Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan?!”.

Okay Nani. Okay. Aku tak cakap apa dah, pack barang, ambil Kifo yang dah tak berny4wa tu (aku tak tahu macam mana dia bnuh Kifo sebelum dia masukkan dalam plastik. Aku taknak tahu), terus keluar dari rumah tu, menumpang rumah kawan sampai lah aku dapat rumah sewa baru. Last aku masuk rumah yang aku menyewa dengan Nani tu,

masa aku kemas barang-barang yang aku tak sempat bawa masa keluar malam hari Kifo mti tu. Seperti biasa, rumah kotor dan bersepah, pinggan mangkuk dalam sinki, makanan atas meja bawah tudung saji berulat, siap aku terjumpa bangkai tikus mti okay dekat dapur. Tikus pon boleh mti duduk rumah tu. Kawan aku sampai termntah tapi sebab aku dah terbiasa so, aku relax je.

Aku tinggalkan note dekat pintu bilik dia dan kunci rumah dalam letter box. Itu kali terakhir aku jejak kaki dekat rumah tu. Tobat dah nak duduk menyewa dengan orang lain. Aku lagi prefer sewa sorang sekarang. Tr4uma. Banyak lagi aku nak cerita pasal Nani, pasal kerja dia, pasal perangai dia yang lain-lain, tapi letih dah. Tengah kerja ni woi. Mana boleh curi tulang.

So, kepada Nani (bukan nama sebenar, tapi nama seakan-akan), aku harap kau berubah lah kak hoi. Harap je muka lawa tapi perangai pengotor maha hebat. Kesian kau kene duduk dalam rumah yang tak selesa persekitarannya. Tak elok untuk kau kak. Byebye kak. Mekasihlah kak bnuh Kifo saya. Yang tulus ikhlas bencikan kau kak, ex-Housemate awak yang tr4uma. – Ex-Housemate Awak Yang Tr4uma

Reaksi warganet

Sabrina sabri – Mungkin bagi nani, ikat ulat then buh dalam tong sampah tu mender4 ulat2 tu dan tak bernafas pastu ulat tu mti. Mungkin dia anggap si kifo yg confessor bela tu sama level dengan ulat dia. Aku harap nani akan dapat penykit sebab simpan ulat & pengotor g1la babun macamni.

Harap dia sador lepastu. Biar dia tau bela kucingtu dapat pahala dan tak mendatangkan mudarat apa2 pun,yala haiwan peliharaan nabi kan, Dan aku rasa mungkin otak si nani ni dah kena makan dengan ulat tu jadi macamni. Harap kau baca nani, aku b3nci pembnuh kucing.

Nurul rosie – Pengotor-pengotor ni selalu ada benda kat dia. Kalau tak, takkan la pengotor tahap sakai macam ni. Saya pun ada je roommate yang agak malas dulu. Kerja semua ala kadar. Baju dah basuh dok biarkan je kat ampaian sampai seminggu pun ada jugak. Yang main longgok pinggan mangkuk kat toilet dua tiga hari pun ada.

Sampaikan bila mak cik yang bersihkan toilet tu buang, dic4rutnya mak cik tu. Toilet weh, tempat pembiakkan kum4n. Kau plak selamba badak letak mangkuk ayun kau dalam tu. Lepas tu pakai balik. Yucks. Tak faham dengan perempuan macam ni. Aku ni memang jenis yang cerewet.

Ada pulak dia salahkan aku cakap aku ni yang over cerewet. Padahal kau tu yang masalah. Nak salahkan aku. Perempuan kena rajin. Kalau malas, jadi jantan la. Lelaki zaman sekarang pun ada yang rajin tau. Buat malu je.

Ateh tahir – Knpe ea rmai sngt yg suke mnternak ulat.. roomate aku pn same..aku blik dr kmpg tgk smpah tak dibuang penuh dgn ulat..dgn tong2 sampah aku buang..padan muke.. skrg gune tong smpah masing2 dn thu la spe yg mls buang smpah n smpai berulat.. bile gune tong smpah msing2..

ada plak roomate bru msuk share tong smpah dgn die..die pn trkena kot..smpai smpah die pn die sngkut n kt tombol pntu..dlm ada tong smpah masing2 pn..mmang prnah la tong smpah die berulat..mmang dh trbukti sape yg suke mnternak ulat..pnggan mngkul, kuali, cawan..

mmang jngn harap la die nk bsuh trs..tnggu 2 3 hari bru basuh..periuk nasi yg nasinye xabs..mmang slalu la smpai nasi basi n berbau masam..roomate aku ni sesuai kot jadi toomate nani..kikikih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.