Babah kawen lain lps bcerrai. 3buln skali kami bjump. Tp layann mama betul2 buat aku terasa. Sbb fikirkn babah aku maafkn.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum admin, terima kasih sbb sudi siarkan confession ni. And terima kasih juga pd yg sudi baca, kisah ni adalah kisah benar tp nama watak dalam cerita aku ubah atas niat menjaga nama baik pihak yg terlibat.

Takde niat aku utk buka a1b sesiapa, tp apa yg aku kongsikan semoga jd pengajaran buat semua. Kisah ni agak panjang aku bg w4rning awal-awal. Heheh. Ringkasnya, nama aku Airis (bukan nama sebenar) umur 20an anak sulung & masih belajar di sebuah universiti awam. Babah & umi bercerrai masa aku sekolah rendah lg.

Lepas babah & umi bercerrai, aku & adik (Aira bukan nama sebenar) duduk dgn tok abah dgn tok mak kt kampung. Tok abah & tok mak besarkan kami 2 beradik dgn cara yg sederhana sbb umi sambung belajar di luar negeri, babah dah duduk kt rumah sendiri di daerah lain. Masa sekolah rendah, aku tak dapat kasih syg babah dgn sempurna.

Kawan-kawan lain semua ejek sbb bila aktiviti libatkan mak ayah, tok abah dgn tok mak aku yg dtg. Dorg ejek aku takde ayah. Tok abah dgn tok mak la yg dtg mesyuarat PIBG, dorg jugaklah yg hantar aku pergi balik sekolah. Bila umi dah habis belajar, umi beli rumah kt daerah lain dari rumah tokmak dgn tok abah.

Umi pulak ambik alih tugas jaga kami dua beradik. Masuk sekolah menengah, Umi bernikah dgn Abi. Abi ni duda takde anak. Mula-mula tak dpt terima jugaklah kami dua beradik bila Abi duduk dgn kami. Yelah, tetiba org asing duduk rumah korang. Lelaki pulak tu, lepastu kengkawan semua momokkan kami dgn “bapak tiri selalu jahat”.

Kami pun takut. Yelah, takut kena der4. Hahah. Tapi Allah Maha Pengasih & Maha Penyayang, title “bapak tiri selalu jahat” tu tak boleh apply pd Abi aku. Dia sgt baikkkk jaga kami dua beradik walaupun garang mcm singaaaa. Dia tak pernah gelarkan kami “anak tiri” dia depan kengkawan dia.

Kebetulan pulak muka aku dgn abi nk dekat sama. So org pun percaya bila Abi kata aku ni anak dia. Eh terlajak cerita pasal Abi, aku nk teruskan cerita pasal Mama aku pulak. Okay, selang 1-2 tahun umi nikah dgn abi, babah pun nikah juga. Dgn pilihan hati dia yg aku gelarkan dia Mama.

Mama ni belum pernah kawin, umur dh masuk 30-an kot masa dia nikah dgn babah. Adik beradik mama ramai, jd sepupu tiri aku pun bertambahlah ramai. Sampai tak boleh nk kenal satu-satu. Hahah. Tp aku tak kisah pun yg tu. Yg aku kisah, sikap acuh tak acuh mama layan aku & Aira

bila aku balik kampung jenguk babah atau bila babah ajak kami keluar makan-makan yg selalunya setiap 3 bulan sekali. Bila mama tak layan aku, babah pun mcm serba salah. Yelah, babah tersepit antara nak layan anak dia yg 3 bulan sekali baru boleh jumpa ni ke atau nk layan isteri dia yg belum pernah ada pengalaman ada anak

tp tetiba ada anak dah besar gedabak mcm kami. Aku ingat lg, masa awal-awal mama kawin dgn babah, makcik-makcik belah mama langsung tak layan kami kt rumah nenek belah mama. Kami dua beradik duduk kt tepi tangga dapur rumah nenek, mcm tunggul. Orang lalu lalang tak hiraukan kami pun. Ajak tgk tv tak, ajak berbual pun tak.

Babah je dtg ajak kami makan. Aku tahu babah serba salah, tp nk buat camne. Dah org tak sudi nk layan kita. Last-last babah bawak kami balik rumah nenek belah babah. Happy sikit hati kami jumpa sepupu-sepupu belah babah. Takpelah, mungkin dorg belum boleh ngam lg dgn aku (dalam hati aku)

Aku ingat lg, ada satu hari tu babah ajak keluar sbb nk sambut birthday adik baby kami (anak hasil dari babah + mama). Babah beli satu kek kecik harga RM3 kt kedai kek. Ala yg kecik yg ada patung katun Pokemon ke Doraemon ke yg bila picit keluar bunyik tu. sebesar tapak tgn jek kek tu then babah ajak pergi makan.

Kami pun makan dgn happy sbb sambut birthday adik baby. Then next weeknya, kt fb aku tgk mama post gambar mama, babah, adik baby & sepupu sebelah mama sambut birthday adik dgn kek Indulgence Secret Recipe. Kami 2 beradik tgk gambar tu cuma berhuhuhu je la dari jauh. Takpelah, mungkin bukan rezeki kami (dalam hati aku)

Aku ingat lg, malam raya beberapa tahun lepas. Aku dah pandai bawak kereta & dah ada lesen. Sebelum-sebelum tu bila nk raya, babah kena ambik kt rumah umi atau abi yg hantar kami ke rumah nenek belah babah. Tp bila dah besar, aku rasa segan, aku bawak kereta sendiri balik kampung babah. Kereta tu usia dia separuh usia aku.

Tahu-tahu je lah kan, dah tua. Semputlah dia kalau jalan jauh-jauh. Malam tu mama ada kt rumah mak dia, tp aku, Aira dgn babah kt rumah nenek belah babah. Dah dekat tgh malam tiba-tiba babah kata kena hantar babah balik rumah nenek belah mama naik kereta aku.

Jd aku, Aira dgn sepupu lelaki aku hantarlah babah ke sana. On the way ke sana, tiba-tiba kereta kesayanganku semput. Tiba-tiba mti, nasib baik sempat park tepi jalan. Kereta dah tak boleh start. Aku dah gelabah dah la. Babah call sepupu aku (pomen kereta) kt rumah nenek babah suruh dtg tgk kereta aku.

Then dia call mama. Tak lama tu mama dtg dgn abang dia. Aku ingat aku dgn Aira balik ikut mama, rupanya babah tinggalkan kami kt tepi jalan bertiga sambil tggu sepupu kami sampai. Tengah malam wei, aku ni perempuan tau tak gelabah tahap terok mcm mana ntah.

Then tak lama lepastu, sepupu aku dtg dgn pakcik aku betulkan kereta tgh2 malam. Aku dah nangis-nangis dah. Takpelah, mungkin babah busy kot nk handle rumah nenek mama (dalam hati aku). K-E-B-E-T-U-L-A-N malam tu malam birthday aku esok harinya. So mmg birthday aku yg sgt bersejarah la kena tinggal tepi jalan tengah-tengah malam tu.

Mmg menjadi betul pr4nk babah dgn mama sampai bengkak mata nangis dari malam sampai ke subuh pikirkan nasib malang aku. Esoknya pergi beraya mata bengkak wei! Tu pun beraya dgn pakcik-pakcik. Babah tak ingat dah kat kami. Banyak lg sebenarnya nk cerita pasal babah & mama aku ni.

Tp kang panjang sgt kang org bosan pulak. Tp yg ni baru je jadi. Aku tak tahu apa salah aku. Skrg aku tgh cuti semester. Sebulan lebih duduk rumah so aku ambik keputusan utk balik kampung babah dgn adik aku, Aira. Dgn keadaan kereta kesayanganku yg dah uzur tu, kami tawakkal pd Allah apa nk jd sepanjang perjalanan balik kampung babah,

kami balik dgn hati yg terbuka. Bawaklah sikit makanan utk org di kampung. Lepas balik rumah nenek belah babah, babah bawak kami balik rumah babah & mama. Babah cuti haritu, tp mama kerja. Mama balik kerja waktu tghari, aku sambut mama kat pintu rumah. Aku hulur salam, mama sambut acuh tak acuh.

Aku ajak mama makan, mama kata mama dah makan. Then senyap krik-krik-krik cengkerik terbang. Tak lama lepastu mama keluar lg, taktahu pergi mana. Malam pun sama, aku ajak mama makan makanan pasar malam yg aku beli pun dia taknak, kata dah kenyang makan. Sikit pun tak jamah. Tgk muka aku pun tak.

Aku tgk babah, aku serba salah. Aku ni menyibuk sgt ke kt rumah dorg sampai sikit pun mama tak layan aku? Ntahlah… Aku mula terasa hati dgn mama. Dah lama dah sebenarnya, tapi aku pendam je. Tp bila aku tenung muka babah, lama aku tenung.. Babah dah masuk umur 50an.

Demam selesema babah, mama la yg hadap. Siapa lg nk tolong tengok-tengokkan babah kalau bukan mama? Aku duduk jauh dari babah, jumpa babah pun 3 bulan sekali. Jd aku ambik keputusan utk maafkan je mama sbb tak layan aku & adik aku dgn baik. Sbb aku fikirkan kebahagiaan babah. Biarlah aku terasa hati sikit, tp babah hidup bahagia dgn mama.

Biarlah aku dgn Aira tak dapat kasih syg yg bnyk, asalkan adik baby dapat kasih syg yg sempurna dari babah. Mungkin peng0rbanan aku ni cuma sikit nk bandingkan dgn peng0rbanan babah pd kami dulu. Untuk Mama, kami Airis & Aira minta maaf sbb kami menyusahkan mama & babah. Kami minta maaf sbb kami cuma menumpang kasih syg babah kami dgn adik baby & mama.

Kami bukan berniat nak rampas harta babah atau kikis harta babah, cukuplah kami nampak babah sihat, babah happy dgn kalian, kami pun tumpang happy. Kami minta maaf sekiranya 3 bulan sekali perjumpaan kami dgn babah banyak menyusahkan mama sekeluarga. Tp kami cuba utk singkatkan lg pertemuan kami dgn babah yg 3 bulan sekali tu.

Kami balik pun atas niat kami nk jenguk orang tua kami, bukan niat nk menyusahkan lg mama & babah. Terima kasih sbb sudi jaga babah kami. Utk semua ibu tiri di luar sana, anak-anak suami Puan ni tak minta pun dilayan mcm puteri raja. Cukuplah bermanis muka dgn kami, terima kami mcm mana Puan terima ayah kami itu jd sebahagian dari hidup Puan.

Kami bukan minta harta pun, cuma minta sikit keprihatinan Puan setiap kali perjumpaan yg singkat sekadar niat utk menjenguk orang tua kami. Bersyukurlah kami masih ada perasaan nk balik kampung jenguk org tua kami, kalau tidak? Mesti org tua kata anak tak kenang budi kan? Tapi bila balik jd mcm ni, mcm mana pula? Wallaua’lam.

Semoga cerita aku yg banyak khilaf ni jd pengajaran buat semua. Yg baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan. Untuk mama, kami minta maaf ya Mama. Kami cuma menumpang kasih babah utk sekejap saja… Salam sayang utk Babah & Mama, Kakak Airis

Kredit Airis Syifaa’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.