Dkt 13thn mak ayh xmgaku anak. Aku trgamam, saat pnmpar wrden hinggp. Aku dihkum tnpa sebb.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Aku sure yang mengikuti page ni ramai yang berilmu dan berpelajaran, dan ramai yang pakar dalam bidang tertentu. Jadi aku betul betul nak pandangan,

nasihat dan cadangan dari tuan puan semua. Aku Arif, 29 tahun, asal N.9. Okay, aku nak cerita ringkas, tapi cukup untuk tuan puan paham bagi menjawab soalan aku. Masa aku Form 4, aku start masuk sekolah berasrama. Masih clture sh0ck masa tu sebab Form 1 smpai Form 3 dah terbiasa sekolah harian.

Okay long story short, pertengahan tahun Form 4, kawan aku ajak balik tidur rumah dia masa minggu balik. Aku dah mintak izin parents dan diorang okay. So masa aku stay rumah kawan aku ni (dia pun pelajar asrama), dia ajak keluar minum waktu malam. Aku on je, kami keluar lepak.

Tiba tiba ada roadbl0ck dan kami kena tahn sebab rupanya kereta tu bukan kereta kawan aku, tu kereta cvri dan ada ecst4si. Tak banyak tapi peduli apa banyak tak banyak, memang ke balai la. Kena buat ur1ne t3st apa semua dan amik statement lah. Akhirnya aku terlepas sebab aku tak tahu menahu pasal kereta tu dan ur1ne aku clear.

Kawan aku tu memang sangkut. Aku boleh balik malam tu jugak dan makngah aku yang stay dekat dengan area sekolah ambik aku dekat balai dan bawa balik tidur rumah dia. (sebab esoknya ahad, dah nak balik asrama). Actually banyak yang jadi lagi tapi ni aku dah try ringkaskan seringkas ringkasnya.

Ok, ahad balik asrama, selasa aku kena panggil dengan warden. Masuk je bilik prep kat aspura, 1st aku kena lempang. Aku dilempang sampai rasa telinga berdengung ye. Sebab warden lelaki tu badan memang besar giila. Aku keding time tu. Aku tak ditanya apa apa, tak diberi peluang bersuara

dan tak dinyatakan kepada aku pun apa kesalahan aku, aku terus kena lempang. Warden perempuan duduk peluk tubuh buat muka kerek. So aku tanya kenapa, terus ayat warden tu, “berani kau main ddh??!!. Takde lagi budak yang aku jaga berani main ddh!!” Time ni aku dah blur.

Lepas tu dia tanya bertubi, “kau akui tak kau salah? akui tak? mengaku tak?” Aku memang terdiam sebab tak tahu lah kalau korang, tapi aku time tu memang tergamam. Bila lama aku diam, dia sambung, “saya akan keluarkan surat gntung asrama. Memalukan. Dan saya taknak tengok muka awak dekat sini tahun depan.

Tak kira betapa cemerlang prestasi awak”. Ok guys, part ni aku lagi tak faham. Aku tak tau siapa bukak cerita kes malam tu dekat warden. Dan apa kuasa dia untuk halang aku belajar dekat situ? Maksud aku, warden ada kuasa menghalang pelajar meneruskan pengajian dekat sekolah ke?

Benda tu pulak jadi masa minggu balik, dan parents aku dah bagi kebenaran untuk tidur rumah kawan. Jadi warden aku ada kuasa ke jatuh hukum untuk kejadian di luar waktu kuasa dia? Sepanjang digantung, mak bapak aku memang totally dis0wned aku. Mak aku meng4muk dan tak mengaku anak.

Bapak aku langsung tak tengok muka aku sebab dia kecewa. Aku anak sulung, lelaki pulak tu. Kiranya aku ni bukan contoh yang baik pada adik adik. Makngah aku explain pun langsung diorang taknak terima. Habis je tempoh aku kena gantung, masa dekat asrama, aku dibuuli teruk.

Pernah aku dibuuli dan warden tu tengah buat sp0t check, dia nampak aku kena buuli dan dia buat bdoh. Aku tekanan perasaan sampai pernah kelar tangan. Aku tak tahan sangat dipulaukan dan dibuuli masa tu. Satu hari, ada member aku, pelajar harian, dia sembang dengan aku. Dia kata, ada budak asrama sembang dengan dia,

sebenarnya warden lelaki tu yang arahkan budak budak asrama pulaukan aku. Supaya bila aku takde kawan, aku akan keluar dari situ. Aku macam, what the h3ck? Sekarang umur aku 29. Kejadian tu masa aku umur 16. Dah 13 tahun. Mak bapak aku buang aku. Lps form5 aku dah tak jumpa diorang. Bapak aku mennggal, aku tak dimaklumkan.

Aku hilang keluarga atas punca yang bukan salah aku. (sebelum korang pelik kenapa mak bapak aku em0 sangat dan takkan lah mak bapak tak maafkan anak, aku nak maklum ye, mak ayah aku sangat kuat agama dan sangat sangat zuhud. Diorang takleh terima mti2 benda ni). So soalan aku adalah

A. Aku nak s4man warden tu. Sebab menyebabkan kecderaan em0si dan f1zikal, menjatuhkan hkum tanpa selidik atau sias4tan yang telus. Punca juga aku dibuang keluarga. Masih boleh ke aku s4man sebab dah 13 tahun dan ada potensi ke aku menang?

B. Aku nak s4man juga guru kaunseling. Sebab dia ada panggil aku untuk dikaunseling dan janji giila giila semua tu sulit dan aku boleh percaya dia. Bila aku tunjuk kesan kel4r tangan bawah jam tangan aku, rupanya benda tu jadi bahan gelak dalam bilik guru. Dia pergi sebar dekat cikgu cikgu (sebab anak cikgu yang sekelas dengan aku cerita kat aku)

C. Siapa yang kerja sebagai guru, warden, guru kaunseling, peguam, pengetua, atau apa apalah yang boleh jawab ni, tolong komen. In case korang tertanya kenapa lepas 13 tahun baru nk fight, sebab aku baru dapat kerja tetap masa umur 23. Saving selama 6 tahun ni aku rasa cukup untuk hire peguam sampai lah kes ni aku menang.

Kenapa aku nk menang? Supaya aku boleh jumpa mak aku sebelum aku mti. Supaya mak aku jalan pimpin tangan aku ke kbur ayah aku. Aku nak kepercayaan dia semula. Thanks semua, tolonglah bantu aku. – Arif

Reaksi Warganet

Atikah Aziz – Yes please saman. Benda ni if it happens dekat US, memang lunyai warden dan ‘cikgu’ kaunseling tu. InsyAllah kau menang.. Aku memang anti sikit cikgu perangai camni. Nama guru kaunseling tapi perangai macam sp3sies, ‘terpaksa keje jadi kaunselor sebab dulu belajar tak pandai.

So tak tahu nak jadi apa’. Sebelumm nak rombak sistem pendidikan, kena buang dulu orang orang macam ni. Sistem bagus macam mana pun, tapi dapat penggerak sistem macam ni, hmmm entah lah.

Biarkan mereka yang ikhlas dan tidak berperangai bengap terus menabur bakti dan dipandang tinggi sebagai pendidik bangsa. Orang spsies kaunselor kau tu merosakkan imej je

Lya Lyana – Allah. Adik cuba lah dulu jumpa emak sebelum bawa kes ke mhkamah. Tengok dulu penerimaan emak. Kalau emak dah boleh terima adik, lupakanlah kisah lama tu. Duit yang adik kumpul tu mungkin boleh digunakan ke arah lain.

Macam belanja pegi umrah ke, derma ke. Tapi kalau penerimaan emak neg4tive, terpulanglah pada adik nak teruskan k3s ni. Apa pun ini cuma pendapat akak saja…

Na Rai Na – Aku dulu skolah agama. Satu hari kena tngkap masa sp0t check sebab bawa cd citer ever after (dr3w Barrym0re). Bawa pergi sekolah tu pun sebab kawan nak pinjam. Lepas tu kena cop budak nakal oleh cikgu disiplin dan PK Hem. Dah jadi macam misi diorang pulak nak k1ck out aku dari sekolah tu

sebab perbuatan aku tu tak mencerminkan peribadi yang baik dan boleh mempengaruhi budak budak lain jadi jahat macam aku juga. Cikgu disiplin tu siap cari bapak aku dekat tmpt keje nak membawang pasal kes aku kena tangkap. Bapak aku blur dan tanya aku kes apa…

Aku cakap la pasal cd movie tu. Geleng kepala bapak aku mengingatkan gigihnya cgu disiplin tu cari dia nsk ckp aku ni budak jahat. Lps kes tu, cikgu cikgu lain pandang aku lain macam kecuali cikgu kelas aku. Dia heran kenapa PK Hem tu suka sangat hentam aku dalam bilik guru.

Dia panggil aku tanya kisah sebenar. Bila aku dah cerita, komen dia memang tak boleh blah… “o biasa la… PK Hem tu baru kena cerrai dengan laki dia. Orang baru kena cerrai memang macam tu”. Huhu

Nurul Shahida Shabil – Susah sebab bukti bukti mesti dah hilang kes dah 13 tahun. Tapi boleh cuba sebab rekod dekat balai polis mesti ada lagi kan. Dapatkan peguam cari rekod dekat balai. Lagi bagus kalau cari pegawai yang handle dulu dengan kawan ko yang kena tngkap tu untuk kuatkan hujah ko tak salah.

Then medic4l report untuk buktikan ko dapt depr3ssion, ko tr4uma sebab kes ni. Tapi bahagian asrama tu lah susah sebab takde black n white. Tapi ape ape pon ko try dlu bro. Pantang mundur kecuali operasi!

Nurul Hidayard – Cuba try pegi tanya dekat balai polis or cari peguam dan tanya potensi awak menang k3s ni. Ataupun, awak tulis surat dan pos kepada semua guru yang buat awak tu dan cerita apa yang dorang dah buat dekat hidup awk.. Dan awak cerita mak ayah awak tak maafkan awak sebab dorang.

Dan awak tulis, awak tak maafkan dorang seumur hidup dorang macam mak ayah awak buang awak. Saya psti rasa menyesal bersalah ni lagi teruk dari disaman. Dan dorang akan rasa kalau dorang memang manusia. Percayalaa kisah diatas dikongsikan di laman iium pada tahun 2018. Apakah pengakhiran dalam hidup TT tidak dapat kami pastikan

Sumber IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.