Tgh mgemas, trjumpa uban putih. Mmg panjg rambutnya. Aku tarik, trputus. Meremang bulu roma bila jiran bcerita.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Terima kasih jika luahan dan cerita aku ini diterbitkan admin… Maaf, cerita ini adalah kisah seram yang kupahat kemas sebagai ingatan juga kenangan pahit atau manis?

Entahlah aku pun tak pasti. Korang layanlah je ye. Yang pasti ini bukan cerita yang direka reka dan kisah ini benar benar berlaku dalam hidup aku beberapa tahun lepas. Aku berjaya mendapat kerja yang ramai orang dambakan mungkin. Disinilah bermulanya hidupku.

Dengan kata lain, kisah seram yang aku alami di rumah sewa lama selama aku bersendirian PJJ dengan suami. Aku mengandung anak pertama setelah 6 bulan berkahwin. Bermula dari situ, aku berusaha mencari rumah sewa untuk disewa berhampiran dengan kawasan kerja untuk memudahkan aku berulang alik.

Alhamdulillah, syukur… aku dapat menyewa rumah sewa yang jarak perjalanan hanya mengambil masa 10 minit sahaja ke tempat kerja. Tanpa berfikir panjang, aku terus jumpa tuan rumah dan bayar deposit, dapatkan kunci. Hujung minggu terus berpindah masuk ke rumah tersebut tanpa banyak soal siasat.

Aku akui aku agak noob. Hai entahlah, walaupun rumah dipandangan mata kasar kelihatan agak suram seram mungkin. Aduhh. Tapi aku mengaku aku agak berani orangnya aku pun tak tahu, apa yang mendorongku menjadi berani seperti itu… Malam pertama aku tidur sendirian dirumah sewa tersebut maaf cakap,

aku kalau tidur mesti bergelap memang tak suka cahaya tepat pukul 12 malam. Ketangggggggg! Kedengaran bunyi benda berdentum jatuh menghentam lantai dari luar bilik. Aku betul betul terkejut. Terjaga dari tidur terus spontan bukak lampu, keluar dari bilik tapi… aneh! Tiada apa apa.

Seriuslahh. Bunyi bukan main kuat tadi hmmm. Sambung baliklah tidur aku mimpi kut! Malam seterusnya. Aku iron baju dalam bilik tengah rumah ni ada tiga buah bilik semuanya. Kau bayangkan tengah iron baju, boleh pulak dengar bunyi pintu berkeriuk. Krekkkkkk. Krekkkkk… bunyi ni berulang ulang.

Dan buat sekian kalinya aku sangka anak jiran main pintu bilik agaknya. Husnuzon betul aku. Malah, malam malam lain pun aku diganggu dengan bunyi yang pelik pelik tapi aku tak berani nak cerita dekat suami aku entah apa lah yang aku fikir aduhai. Dah pindah hadap jela kan janji rumah dekat dengan tempat kerja

jimat g1la hah! Sudahnya kena ganggu lagi… Bunyi guli. Aku pun tak pasti tapi bunyi tu macam bunyi guli ataupun duit syiling jatuh atas lantai aduh memang kerap kedengaran siang malam. Kadangkala, waktu aku penat balik kerja, belum mandi lepak dekat ruang tamu sambil layan mata.

Tingggg… tingggggg… tinggggg… Berdenting denting. Dan lagi. Aku masih fikir tu anak jiran punya kerja main guli! Bdoh takk. Aku pun tak faham apehal pahlawan sangat aku ni! Haha. Bukan itu saje. Aku pun pernah rasa bila waktu mandi saja. Dalam toilet. Seakan akan rasa macam ada satu hembusan nafas saja dekat bucu telinga aku seram weh.

Memang seram. Kalau mandi saja tak kira masa mesti ada simen kecil kecil dari bumbung toilet tu jatuh atas rambut setiap kali mandi macam tu kenapa ehhh? Puas aku fikir bila pandang atas tak ada apa apa hairan sungguh… Nak dijadikan cerita, aku ni memang kuat pelupa mungkin pembawakan baby kut.

Kalau masak nasi, selalu sangat saki baki nasi dalam periuk tu lupa aku nak cuci. Kadang kadang beli nasi bungkus maklumlah tinggal sorang sudahnya dua tiga hari jugalah aku terlupa nak cuci periuk nasi. Kau bayangkan. Dua tiga hari. Buka periuk nasi tu.

Nasi masih dalam keadaan elok tak basi kau rasaaaa???!! Dan setiap hari banyak kejadian kejadian aneh yang lain berlaku selama aku menyewa disitu panjang sangat kalau nak cerita semua sampailah aku berjaya beli rumah sendiri dalam daerah yang sama dah nak pindah lama juga aku menyewa rumah tu almost dua tahun kut…

Sampaila aku bersalin anak pertama aku cuti selama tiga bulan. Bila datang balik kau bayangkan aku tinggalkan rumah sewa tu selama tiga bulan. Rumah langsung tak ada sawang, tak ada habuk. Lantai elok elok saja. Seolah olah. Macam ada penjaga! Emm. Pelik!

Suami aku minta aku tunggu dulu dalam kereta, dia masuk nak azankan di setiap penjuru rumah sewa tu. Alhamdulillah, kejadian kejadian aneh dan pelik tu macam, entahla nak cakap dah slow sikit berbanding dulu sebelum aku bersalin. Tapi… Tadi aku cerita kan. Dah beli rumah baru nak pindah dah.

Jadi, lepas rumah siap untuk pindah, aku dan suami kemas rumah clear barang malam tu… rupanya tak habis dekat sini. Ada lagi… Masa aku tengah kemas lipat baju. Aku terjumpa uban putih. Panjang rambutnya! Aku belekkk. Mak ai. Ni bukan benang. Aku tarikkk. Putus macam rambut kauuu! Nahhh.

Memang meremang bulu roma aku habis tegak! Maksudnya. Yang selama dok ganggu aku tu. Mungkin makhluk halus yang menyerupai orang tua kah?! Ai. Seram lah hai… Sebelum pindah, sempat salam salam minta maaf dengan makcik tua jiran depan rumah aku. Dia cerita macam macam pada aku!

Katanya, ada budak bujang pernah sewa rumah tu dulu tapi tak tahan kena gangguan. Gangguan sebijik macam aku kena paling sama part rasa nafas di bucu telinga dalam toilet tu! Allah… Alhamdulillah Allah tak bukak hijab aku untuk nampak dia selama dua tahun aku menyewa disitu! Sampai sini jela eh cerita aku. Jumpa lagi… – Aima (Bukan nama sebenar).

Reaksi Warganet

Hafizah Mahfuzah Naim – Saya pernah duduk rumah sewa dengan kawan kawan masa degree, mula mula okay je. Tapi lpas naik sem baru saya start sakit pinggang, boleh rukuk dan sujud bila solat. Bila keluar pergi kelas kurang sakitnya. Bila balik rumah sewa memang sakit yakmat.

Hari demi hari sakit belakang yang sikit sikit tu sampai saya jalan terbongkok bongkok macam nenek tua. Lpas saya kena tu housemates pun ada yang kena kacau like tido sebilik. Dia ingatkan orang tu roommate dia tapi roommate dia tu tido bilik sebelah malam tu.

Ada yang dengar bunyi orang humming lagu malam malam buta tapi dia sorang dalam bilik. Saya jela yang teruk sikit sebab jadi bongkok dua bulan.

Fauziah Yahaya – Sama macam saya mengandung anak pertama dok kuarters guru tingkat 4 di sebuah sekolah di Grik. Suami selalu takde sebab kerja malam.. Keliling kuarters takde rumah orang. Kadang kadang kalau cikgu cikgu balik kampung. Tinggal saya seorang dalam bangunan kuarters 4 tingkat.

Di tangga kuarters penuh dengan sawang memang sc4ry. Selalu juga kalu dok sorang sorang memangg rasa ada orang perati terutamanya waktu mandi rasa macam ada orang dok dekat alang atas bumbung, bila tengok takde. Ada 1 bilik tu kalau masuk meremang bulu roma.

Disetiap tingkap kuarters ada tulis ayat Al-Quran. Penghuni yang sebelum nie tulis agaknya taktau sebab apa. Setiap malam mesti dengar orang tarik kerusi main guli, tapi saya buat tuli. Kalau fikir balik kalu makhluk ini menjelma macamanala saya nak lari dengan perut besar 9bulan dari tingkat 4 tu. Mujur Allah pelihara semuanya. Alhamdulillah..

Aidal Noorisia – Dulu masa duduk kondo memang selalu dengar bunyi guli dan perabut di tarik di atas. Lepas 5 tahun saya tukar lantai kepada laminate flooring. Jadi satu rumah kecuali dapur contractor tu kena ubah barang dab pasang.

Lepas siap in 3d, macam macam bunyi jatuh dengar macam mengamuk. Kuat pulak tu bila tengok tak ada apa apa. Mungkin contractor tu terpijak ke kacau tempat j1n ni melepak dekat atas almari ke. Dekat dapur, hood sedut asap tu banyak kali juga terpasang sendiri.

Alhamdulillah masa tu baru lepas dengar ceramah syeikh Qadi tentang j1n, memang tak takut dah macam dulu dulu. Sebab syeikh Qadi cakap j1n ni makhluk seperti kita dan envy Allah lantik manusia untuk jadi khalifah di bumi. The only way to show their power adalah dengan menakut nakutkan kita.

Masa kena tu terus baca ayat kursi dan 3 Qul dan cakapp “jangan ko nak ngada ngada kacau rumah aku”. Lps tu macam senyap dah. Memang kena selalu pasang ayat Al-Quran di rumah dan kena mengaji sendiri, baru kurang gangguan.

Noorhayani Mohd Rohimin – Ok la tu TT, kena dkat umah sewa. Saya kena dalam umah sendiri dan bilik sendiri tapi sebab tak penah tau pulak bunyi guli tu maksudnya ada gangguan. Buat tak reti je la. Paling2 merungut siket. Apasalll laaa budak sebelah umah nie main guli petang or malam hari.

Bunyi tu betul betul dekat bucu dinding antara bilik saya dengan umah jiran. Tak pasti menda yang sama atau mendatang yang kacau mak saya selama ayah masuk wad (2 bulan lebih). Sebab tiap hari siang siang mak duk dekat wad. Malam baru balik bila adik ambik shift jaga ayah.

Benda tu main kerusi, melintas, ada bunyi belari sampai anak saudara takut nak tido umah masa tu. Alhamdulillah, dah selesai part ganggu mak (iye kot selesai) lepas panggil ustaz datang umah pada hari ayah keluar wad. Hospital tu kena lalu ruangan bilik mayat tiap kali nak pergi Parking. Kot ada yang mengikut balik, Wallahualam.

Tapi suami memang gnampak masa dia amik shift jaga ayah malam, tak boleh tido. Suami turun ke lobi, merkok. Dalam kereta, nampak cik pon dok dekat pokok area parking tu. Aduhaii seram, nasib baik dia tak kacau suami. Mungkin sebab suami ni bukan jenis penakut

Afifah Aishanuddin – Masa kecik dulu pernah kena dekat rumah yang family saya sewa. Suara panggil nama saya, dalam ruang yang saya tengah duduk. Belakang kerusi, tapi takde pula orangnya. Kalau ignore, lagi kuat dia panggil. Dia tau nama saya pulak tu, huhu.

Masa tidur tangan saya terjulur tepi katil sikit, ditariknya saya. Ada tangan dari bawah katil yang tarik tangan saya. Lepas tu smpai besar tak pernah terjulur kaki atau tangan sebab dah serik. Tapi dia tak pernah tunjuk muka.

Lepas family saya dah pindah, tuan rumah pula duduk. Tak lama lepas tu, dia jatuh sakit sebab dia ternampak, benda tu baru tunjukkan diri. Tapi masa bertahun tahun family saya duduk, takde pulak dia tunjukkan diri. Ada sebabnya mungkin.

Sumber IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.