Bila keluarga merajakan lelaki, tpaksa buat2 pandai utk hidup. Xsggp tgok mak dikulikan. Bila mak tiada, aku nekad.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam readers. Nama Cik Mimi, umur 29 dan bujang. Alhamdulillah kerjaya semua okay. Berkenaan dengan tajuk confession, aku bukan nak hentam sesiapa.

Cuma aku tengok balik diri sendiri kenapa aku tak mampu buat-buat b0doh macam seorang Prof sarankan. Boleh dikatakan aku agak lambat bertemu jodoh dan sekarang ni pon masih bujang mencari jodoh. Aku dilahirkan dalam ‘br0ken family’ iaitu keluarga yang dingin. Aku bongsu dari 5 adik beradik, ada 4 orang abang.

Keluarga aku jenis menghambakan perempuan. Kenapa aku cakap aku tak boleh buat-buat b0doh ialah sikap didikan parent aku yang merajakan lelaki. Aku hampir hilang hormat terhadap keupayaan kepimpinan lelaki. Ni antara sebab aku tak layak buat-buat b0doh. Pertama, tong gas rumah aku lelaki tak penah tolong angkat.

Rumah aku rumah kampung. Mak aku ulang alik tukar tong gas. Kalau ade abah dan abang aku, mereka hanya tengok, nak hulurkan bantuan hanya bila diminta. Bila diminta tolong seumpama menyusahkan mereka. Padahal gas tu nak masak makanan diorang. Keluarga aku jenis bekerja tapi aku tengok mak aku lagi penat berbanding diorang.

Kalau aku balik dari asrama aku akan tolong mak aku sebab kesiankan mak penat. Kedua, penah sekali aku demam, ubat tak ada kat rumah. Mak suruh abang tolong pergi beli kat farmasi. Waktu tu dia sorang saja boleh keluar pergi farmasi sebab ade lesen. Abang tu tengking mak aku balik, suruh makan Panadol.

Dia tak mau pergi beli padahal panadol pon tak ada. Aku dalam bilik aku dengar abang cakap kasar dengan mak menangis dalam badan panas. Aku tak mintak pon demam kalau ade kudrat memang aku tak nak susahkan sesiapa boleh saja kayuh basikal pergi kedai runcit.

Ketiga, pada satu masa tu kereta aku ade masalah kat rumah kampung. Pertama kali ade masalah sebab servis biasa memang aku ikut (kereta secondhand). Mak aku suruh abang aku tengokkan. Dengan muka marah, ayat kasar dan nada tinggi dia macam marahkan aku sebab kata masalah kereta tu benda kecik saja.

Mak dah risau sebab aku keje merantau guna kereta tu. Abang dengan marah dia tengokkan kereta aku. Aku dah macam tak suka orang tak ikhlas nak tolong. Aku diam saja kat tepi. Satu benda aku belajar dari situasi tersebut. Jantan dalam keluarga aku memang tak boleh diminta untuk tolong.

Sejak tu aku dah tak mintak tolong sesiapa, aku jadi tr4uma nak minta pertolongan lelaki. Apa apa hal masalah kereta aku, aku bawak pergi bengkel. Aku hanya berdoa tauke kedai tak menipu aku dan start tu aku g00gle serba sedikit berkaitan dengan kereta, banding harga semua tu sebelum aku ke bengkel.

Sekarang aku dah pandai tukar tayar 4 kali, tukar lampu kereta terbakar, cuci radiator, tukar coolant, jumper kereta, tukar bateri. Nasib baik graduate dalam kejuruteraan. Ade la basic pegang spanar. Dari situ aku dah tak mengharap selaki. Pernah kereta rosak, 2 jam aku duduk tepi tu g00gle ape punca, buka bonet depan tengok.

Kadang-kadang aku malu buat macam tu kalau ade orang tengok sebab macam perempuan acah pandai.. yelakan perempuan kan kena buat-buat b0doh. Nanti akan ade lelaki datang tolong. Kalau aku dengan badan chubby dan tak seberapa cantik duk tepi jalan mesti tak ada orang datang tolong.

Dalam keluarga aku, bila adat merajakan lelaki ada, perempuan perlu buat separuh kerja lelaki. Tetapi lelaki langsung tak ada rasa ingin buat keje perempuan walaupun untuk tolong. Perempuan kena jadi lagi pandai dan biar lelaki buat-buat b0doh. Yang paling sedih ialah sifat ayah aku yang menghambakan aruwah mak.

Ayah aku ade baiknya tapi hanya nafkah duit untuk anak-anak sekolah. Tapi abah aku tak ambik kisah berbanding mak. Abah aku bagi duit 6 bulan sekali lepas tu pandai-pandai la hidup. Tapi separuh dari nafkah tu aruwah mak yang banyak tolong dia. Peng0rbanan mak terlalu besar.

Mak yang melahirkan, membesarkan, melayan anak-anak, tolong kerja ayah, masak, berkebun. Bangun awal pagi untuk sediakan juadah berniaga sedangkan ayah dan abang masih tidur. Sampaikan doktor penah cakap kat mak yang mak tua sebelum usianya. Mak aku dah mennggal awal tahun ni.

Pernah terdetik kalau dulu ayah dan abang tolong menolong mesti mak masih kuat. Ini tidak mengharapkan perempuan semuanya. Pernah mak tetiba sakit dan dia baring saja, abah tetiba cakap “tahu nak tidur saja setiap hari”. Padahal mak memang tak sihat.

Mana ikhsan mu wahai lelaki bernama abah. Dulu aku s4kit demam pun ayah tak penah kisah. Hubungan aku dengan abah, abang-abang pun tak rapat. Pernah juga aku jadi tak ikhlas bila mak aku mennggal, aku kena ambil alih kerja mak sebab aku seorang perempuan.

Boleh dirasakan dengan letih uruskan rumah memasak, pergi pasar sendiri, beli barang dapur. Walhal abang aku 24 jam dengan tidur & phone. Pernah sekali dah gelap nak maghrib berbuka puasa tingkap rumah tak tutup sedangkan dia 24 jam tepi tingkap tu. Aku pergi tutup dengan letih aku hempas tingkap tu bagi kuat.

Abang tu dengar tegur aku, “tak malu ke hempas tingkap kuat jiran dengar”. Aku balas, “biar terbuka mcm tu sampai magrib tak malu pulak”. Lepas tu dia kata aku kurang ajar. Ini yang aku dapat lepas penat seharian. Semua diceritakan berdasarkan abang berlainan.

Sekarang pun aku dah bermastautin negeri lain. Bakal duduk rumah yang aku beli hasil titik peluh yang berbaloi untuk aku laburkan dari duduk dengan lelaki yang buat-buat b0doh. Alhamdulillah. Aku still balik kampung tapi hanya sekadar melawat abah sebagai tanda hormat tapi kasih sayang dah kurang sebab ayah tak penah cipta kenangan manis dengan anak anak.

Semua dia tunjuk dengan sifat amarah dan eg0 yang tidak berpenghujung. Untuk abang-abang, aku doakan semoga korang jumpa jodoh yang boleh layan perangai buat-buat b0doh anda. Hidup aku sekarang 100% mengharapkan diri sendiri dan mengharap pertolongan dari Allah.

Kalau aku buat kerja yang dah terlebih limit sebagai seorang perempuan aku berdoa mengharapkan perlindungan dari Allah. Itu yang menyebabkan aku berdikari dan agak sukar buat-buat b0doh untuk tarik jodoh sebab dah biasa. Zaman sekarang dah terbalik, segelintir lelaki mengharapkan perempuan.

Jika masih ade lelaki yang bertanggungjawab dan berkepimpinan, Alhamdulillah. Aku pun tak tahu kat siapa nak tunjuk buat-buat b0doh sebab aku pun ada tr4uma dengan “lelaki menghambakan wanita”. Oleh itu, untuk perempuan diluar sana, anda sangat beruntung dapat peluang buat-buat b0doh dengan pasangan anda.

Didiklah anak-anak lelaki menjadi orang yang bertanggungjawab dan berkepimpinan. Doakan saya bertemu pasangan yang layak untuk saya buat-buat ‘b0doh’. Sebab sekuat mana pun perempuan tu berdikari dia masih perlukan lelaki disisi untuk dipimpin tetapi bukan untuk dihambakan. – Mimi (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mukarammah mustapha – Ini lah salah 1 kesannya apabila pihak agamawan, motivator, ibubapa malah org awam yg menekankan penyampaian dari sudut hukum, tanggungjawab, karakter dan sebagainya kpd pihak wanita berbanding lelaki…

mereka memberatkan hukum, dosa pahala, isu ke atas wanita bagaikan tanggungjawab isteri lagi besar dari tugas seorang ketua keluarga. Nak bercakap soal hukum & segalanya boleh tapi biarlah seimbang utk mengurangkan risiko2 penyalahgunaan hukm sehingga berlakunya penindasan kpd salah 1 pihak.

Zulhilmi hassan – Hi confessor. Saya bersimpati dengan awak. Memang ada keluarga yang menghambakan perempuan. Sangat tak patut, amat tak bertimbang rasa (lack common sense). Dalam kes awak, ayah dan abang2 awak maaf cakap tergolong dalam golongan lelaki taguna. Kalau awak ada empati, tolong warning bakal2 gf abang awak.

Biarkan saja abang2 awak bujang sampai kiamat supaya cycle of degrading woman ni berhenti pada diorang saja. Jangan biarkan diorang menghambakan isteri dan anak perempuan mereka pula. Ok done lepas geram. Sebenarnya nak jadi mak dan ayah ni, ilmu parenting pun penting.

Bukan takat tahu buat anak saja, tapi adalah perlu untuk kita ada ilmu parenthood. Tegur anak bila dia buat salah, terapkan sense of responsibility dan good moral values supaya dia membesar jadi orang bukannya jadi geng biawak hidup yang m4ti tak mahu, segan dengan kbur konon tapi hidup menyusahkan orang. Eh maaf, saya masih geram lagi ni.

My advice to you, keep be a good person as you are right now. Awak ada mentaliti yang kuat. Bila berkahwin, jangan didik anak awak seperti mana abang awak dididik. Break the cycle. Moga dipermudahkan hidup awak confessor.

Ann fardhan – Makcik masih ikut metod didikan emak ayah makcik dulu2… Anak2 x kira lelaki ke pompan ke.. sejak dari kecik dah pandai cakap x boleh jerit2 dengan makcik.. X boleh nak baran2 dgn makcik dan pakcik.. X kira usia 5 tahun ke 8 tahun ke…kalau nak cakap nak marah tp nada suara mesti terkawal…

dia jerit2 je meng4muk je.. Makcik terus bertukar jadi gorilla!.. Bukan kita menafikan em0si marah dia tp kita nak ajar dari kecik kita ni emak ayah dia.. Bkn hamba abdi kuli batak dia!.. Makcik nampak metod yg mak ayah makcik amalkan rotanlogi dan kakilogi masih sesuai utk mendisplikan anak2 sampai dewasa…

Ibarat nasihat Almarhum Sultan Iskandar, johor… Biar anak menangis waktu kecik.. jgn kita plak yg menangis bila dia dewasa… … Kita yg bagi anak2 ni makan dari kecik sampai besar.. Kenapa jd mak bapak takut ngan anak sampai anak boleh m4ki hamun kita??!… Jangan Lahir kan raja… Mulakan dari sekarang.. Bab biadab anak2 ni xde kompr0mi!

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.