5thn pkenaln aku dianggp ancamn. Taip kali jump dhiina dan disind1r. Aku nekad brundur utk elak ksulitan.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi assalamualaikum semua. Nama aku Lydia dan berusia 29 tahun, baru lepas break up from 5 years relationship. Baca dari tajuk pun korang mesti dah tahu sebab apa kan.

Cuma aku beruntung sebab belum sempat kawin Allah dah tunjuk perangai ex aku dan mak dia. Baiklah, kalau korang perasan, lelaki yang selalu jadi anak harapan dalam keluarga ni, kalau dorang berkahwin and ada ‘orang baru’ aka isteri yang datang dalam family,

most likely ‘orang baru’ tu akan dipandang sebagai anc4man dan dibenci seluruh keluarga, ipar duai. Tak jauh mana la dengan kisah aku. Perkenalkan M, ex aku, umur sebaya tapi masih tinggal bersama keluarga dan memang ayam tambatan dalam family dia.

Segala urusan seperti membawa ibu shopping, membawa ibu ke pasar, bawa anak kepada abangnya yang busy ke hospital, pasangkan itu ini, baiki itu ini di dalam rumah. Pada mulanya aku sangat terharu M ialah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab pada keluarganya

dan aku juga selalu memuji perbuatan M malah menggalakkan lagi apa yang dia buat. Ibunya juga pada mulanya sgt baik dengan aku. Selalu saja video call bertanya khabar, tanya bila nak datang lagi ke rumahnya, selalu jemput makan ke rumahnya, bakal ipar yang lain pun pada mulanya sangat welcoming dan aku rasa sangat selesa.

Tetapi lama kelamaan, bila M terlalu banyak memuji aku di hadapan ibunya, melayani aku bagaikan puteri walaupun tak diminta, Selalu post tentang aku di instagram (sebelum dengan aku dia selalu post pasal mak dia lol)

memberi hadiah itu ini pada hari hari penting, ibunya jadi macam ter4ncam. Ada saja sekecil kecil salah aku untuk dikorek dan dih1na. Plus, dah tak boleh kalau tengok aku keluar berdua dengan M, dia jadi panassss saja hati dia. Tengah tengah dating dia call tanya kat mana bila nak balik

dah beli ke belum barang ibu suruh beli tu yada yada.. Paling tak boleh lupa bila aku terbuat silap yang kecil dia akan ckp “mak awak tak ajar ke benda ni?’ ataupun kata kata sindiran yang lebih pedas dan menyakitkan. Zapppp. Terusss triggered ya dia main mak mak ni.

Yang menjadi masalah, bila dia h1na dan sindir aku, seluruh keluarganya akan back up mak dia walaupun memang terang terang benda tu salah. Aku pula yang disuruh minta maaf. Sekali dua bolehlah aku turunkan eg0, dih1na pun aku yang minta maaf.

Tapi bila perkara yang sama berulang banyak kali, ada saja salah kecil aku untuk dih1na, bakal ipar pun jenis batu api dan M pula langsung tak defend aku malah akan tarik muka dengan aku setiap kali ibunya mengh1na aku. Aku pula yang macam orang g1la cuba betulkan keadaan

tanpa ada sesiapa pun yang membela aku, aku mula mengundurkan diri seketika dari mereka. Kemudian M pun mencari aku kembali mengajak untuk berbincang soal masa depan kerana dia masih sayangkan aku. Aku terus minta keizinan dia kalau kawin nanti, i nak duduk jauh dari family you.

Tapi dia terus menolak kerana masih ingin tinggal bersama keluarga. Padahal masa kali pertama ibunya mengh1na aku dia pernah cakap nak carikan aku rumah sewa lepas berkahwin nanti. Tiba tiba dah takde pendirian dah terus tukar jawapan.

Aku yakin ada orang lain di sebalik keputusan M ni sebab M yang aku kenal selalunya aku pertimbangkan segala cadangan aku. Lepas dari kejadian itu aku terus rasa tawar hati dengan M. Walaupun dia sangat baik, bertanggungjawab, tapi perbuatan dia yang tak tegas, tak ada pendirian, tak membela aku saat dih1na family dia,

dan dia tak berapa suka datang rumah family aku, betul betul buat aku berfikir panjang untuk teruskan. Bakal ipar pula jenis suka menyibuk pasal relationship kami. Pantang nampak abang kesayangan dia post caption sedih dekat instagram terus dm aku tanya aku gaduh ke dengan abang dia.

LOL kalau gaduh pun bukan masalah awak tau dik. Selalu juga dia offer nasihat tanpa dipinta dan ini buatkan aku rasa sangat tak selesa. M pun kelihatan masih lagi financially dependent dengan parents walaupun sudah berkerja. aku sepatutnya bertunang bulan 7 ni dan dijangka kahwin bulan 12 ni.

Tapi tak sempat tunang pun dah putus. Cumanya aku baru tahu yang segala preparation tunang dan kawin semuanya disediakan oleh ibu dan bapa M. ini lebih jadikan aku tk selesa sebab ye la, apa apa masalah nanti semua akan diungkit.

M memang lelaki yang baik, cuma melihatkan dia masih belum mampu berpisah dengan keluarga dan tidak tegas melindungi aku membuatkan aku berasa agak ter4ncam untuk meneruskan. Seumur hidup itu terlalu lama untuk hidup dalam family ini.

So dear wanita sekalian kalau jumpa lelaki yang ada ciri ciri ini Anak mak, Emak dia mulut puaka, Dia tak ada pendirian, Tak mampu lindungi kita. Please, dont walk away, but RUN okay RUN. Aku masih lagi dalam proceess untuk emol0tionally healed dari segala penghinaan mak dan family dia.

And this healing process is going to be soo long. Tapi aku bersyukur sebab Allah dah bukakan mata aku dari awal. Doakan aku mampu memaafkan dan menerima semuanya. – Lydia (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Maya iris – Rata2 komen setuju dgn tindakan tt putus tunang. Aku pun setuju juga kalau dah tt rasa tak boleh masuk dalam keluarga tu. Tapi dalam memberi komen kepada sesuatu yg kita tak tahu keseluruhan cerita, kita jangan lupa TT belum jadi isteri.

Jadi tt masih belum masuk ke dalam turutan nafkah dan tanggungjawab lelaki itu. Ketaatan lelaki itu masih kepada ibubapa dan keluarga. Kepada tt, anggap je lah bukan jodoh. Bersyukurlah Allah pelihara tt dari masa depan yg tak happy berebutkan seorang anak mak.

Semoga dapat pengganti yg lebih baik. Btw, ku bukan mak ex tt, ya. Saja je nak komen dari sudut pandang ex dia.

Roezlina rozman – 5 years relationship? Yg tu pun dh mengarut. Buang masa.. Ank Emak ni sebenarnya bagus. Tp biar lah Emak dia pun bagus. Kalau Emak dia pun seram, ssh la sikit.. Tp sebenarnya boleh je. Api kena lawan dgn air. Kesabaran xkan pernah sia2.

Pasti berbaloi. Tp sabar bukan bermakna dibiar diri dipijak. Tarik rambut dlm Tepung, rambut xputus, Tepung xterabur. Kalau boleh buat benda tu, xde masalah. Kdg2 kita jd org muda, suka sombong. Kalau kita suka memandang kurang org, kita akn lupa pandang kurang kita.

Seolah kita sahaja merana, kita sahaja baik… Buka hati, muhasabah diri. Pilihan kt tgn kita, kalau rs xboleh bawa, putus. Kalau rs boleh, istikharah dulu.siapa je boleh tolong kita, cuma Allah. Dunia ni mmg susah, sbb jalan hidup kan exam nk hidup kt sana nanti.

Cik puan ria – Bagus tt! Awal awal dah tahu, lari terus… Tak salah nak berbakti pada mak ayah….tapi jangan abaikan tanggungjawab, hak dan perasaan isteri.. kalau nak isteri asyik mengalah, baik tak payah pening pening beristeri…isteri pun xbuat suami berdosa….

silalah jadi anak mak yang soleh sampai tutup mata tanpa membuat anak orang lain menderita… Sebelum bersuami, letak limit anda di mana ya, sayang saja tak cukup..mcm tt, dari awal dah bincg duduk mana, planing apa semua, kalau dah nampak hak awak akan dilupakan nanti, baik stop…

Jangan jadi b0doh b0doh hanya nak dapatkan status “isteri” kalau dari awal dah nampak banyak xboleh terimanya…Jangan kerana berumahtangga, ada sejarah s4kit ment4l…lagi sedih nanti… Semoga tt dipermudahkan jumpa jodoh yang melengkapi dan terima tt seadaanya…bahagia dunia akhirat…aamiin ya allah.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.