“Bila nk kawen, nie mesti memilih”. Bila disoal, jwpn aku buat mereka ketawa. Mgkin mereka irihati dgn aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Biar aku perkenalkan diri aku dulu. Aku seorang perempuan yang bakal berumur 30 tahun, tahun ini. Seorang single yang berkerjaya.

Cukup lah itu sahaja intro diri aku kot. Aku tahu isu single dan soal jodoh ini isu yang agak cliche sebab dah banyak confession berkisarkan pasal jodoh ini. Bosan dah kan? Aku pun bosan dah sebenarnya, haha. Tapi sebab hari ini ada masa terluang ,terajin nak buat karangan pula.

Ini adalah first confession aku disini, biasa jadi tukang like dan tukang comment saja. Okay lah nak dipendekkan cerita, aku tahu ramai yang sama situasi dengan aku iaitu jodoh dia atas dunia ini masih pending lagi. Usia pula makin meningkat. Orang sekeliling pula kerap bertanya.

Bagi aku sendiri, secara jujurnya aku masih bahagia hidup single. Aku bahagia dengan kebebasan aku sekarang ini. Baca kebebasan dekat sini bermaksud bebas buat aktiviti untuk diri sendiri. Bukan berfoya-foya dekat luar ya. Aku jenis homebody iaitu sejenis makhluk yang suka lekat dekat rumah.

Rumah aku adalah my safe haven. Untuk pengetahuan, aku duduk seorang diri bersama seekor kucing putih yang nakal. Aku bahagia ada hujung minggu yang sepenuhnya untuk diri sendiri. Boleh bangun lewat. Boleh masak sekali sehari atau tak masak langsung. Boleh kemas rumah dan basuh baju ikut masa yang saya nak.

Boleh buat aktiviti-aktiviti yang aku suka iaitu baca novel, tengok drama, main dengan kucing dan aktiviti me time yang lain. In short, I am content with my life now. Sebenarnya aku tak berapa kisah sangat jika keluarga dan saudara mara yang kenal dengan aku yang bertanya soalan ”Bila nak kahwin?” ni.

Tapi jika soalan ini keluar dari mereka yang tiada pertalian drah dengan aku, aku rasa macam eh kenapa kau nak sibuk sangat dengan hal orang yang tiada kaitan dengan kau ya? Hmmm. Seorang staf lelaki aku pernah bertanya ”X, bila nak kahwin? ”

dan aku biasa selalu jawab ”Allah sahaja yang tahu bila saya kahwin” atau ”Ada rezeki saya kahwin lah. Doakan saya”. Lepas tu dia cakap ”Kalau perempuan ni umur 35 ke atas dah susah sikit lah lelaki takpe lagi”. Kira macam nak cakap perempuan ini makin tua makin tak laku berbeza dengan lelaki.

Mungkin berkaitan dengan bi0logical clock seorang perempuan juga. Lagi tua, susah nak dapat anak nanti. Mungkin tu lah maksud dia kot. Aku jawab, ”Alah sekarang ni trend kahwin lambat ingat senang nak cari pasangan bukan boleh tangkap muat saja”.

Dia jawab balik ”Memilih sangat kot X ni”. Last sekali aku cakap dekat dia, ”Saya happy saja macam ini, orang lain yang s4kit hati.” Dengan f4ke laugh di hujung statement saya tu, haha. Dalam hati, nak paksa-paksa aku kahwin secepatnya, kang bila aku dah kahwin

kalau aku ada masalah rumahtangga ke masalah anak ke kau ke masalah kewangan ke bukan kau yang akan menolong pun. Aku sebenarnya pelik dengan orang-orang yang dah kahwin ini , yang suka sangat bertanya pasal bila nak kahwin pada mereka yang belum kahwin. Yang tak buat benda aku sebut ni jangan terasa na.

Aku nak tanya pada korang semua ni. Adakah kalian dengki tengok kami yang jodohnya masih pending di dunia ini? Yelah, dengki dengan orang hidup single ini tanggungjawab tak sebanyak dan seberat orang yang dah kahwin kan. Banyak duit lebih untuk bersedekah dan bayar zakat seberapa banyak yang boleh.

Bebas nak pergi mana2. Bebas makan sedap2. Bebas shopping apa2 untuk diri sendiri. Adakah kalian kesian sangat dekat kami yang tak berjodoh lagi ini sebab tiada pasangan nak bermanja, tiada anak dapat jaga bila dah tua nanti sebab tu sibuk benar tanya soalan bila nak kahwin?

Stop your needless pity, please. Orang single macam aku ni tak memerlukan simpati korang tu. Kenapa nak simpati pada orang yang hidup dia happy saja? Kalau kalian ini memang betul-betul simpati sangat, ha tolong carikan lah yang single2 semua ni jodoh.

Mana tahu berkat usaha korang tu terjumpa jodoh kami yang pending tu. Ini persoalan berbasa basi yang aku pun tak tahu apa niat penyoal tanya soalan ni. Macam lah kita boleh ramal bila kita akan kahwin. Kalau yang bertanya ini sekadar nak show off hidup kahwin ni best dan syok dan bahagia sebagainya,

jadi yang single ni kena cepat-cepat kahwin untuk merasa bahagia yang sama, janganlah begitu sebab hidup ini kena berpijak dibumi nyata. Kahwin itu tanggungjawab. Bukan semuanya gula pun. Kalau kahwin untuk dapatkan kebahagiaan dengan mengharap pasangan tu bahagia kan kita,

once dah tak rasa bahagia tu adakah kita terus nak minta cerai nanti bila hubungan bermasalah? Akhir kata, kepada penyoal -penyoal soalan cepumas sekalian janganlah kalian risau tentang kehidupan orang lain.
Jaga keluarga yang ada tu baik-baik.

Didik pasangan dan anak-anak ikut acuan Islam sebenar. Kurang lah nanti masalah sosial yang berpunca dari keluarga yang bermasalah. Soal pasangan, soal anak tu Allah sahaja yang tahu.

Buka mata tu luas-luas bahawa hidup ini terlalu luas untuk disempitkan dengan tujuan kahwin sahaja. Hidup single tak berdosa dan tak h1na pun disisi tuhan. Sekian. – Catmom (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Jamilah baiduri – Bagi sesetengah manusia ni, perkahwinan ni macam ultimate happiness gitu. The biggest goal they have to complete. Kira kalau dah kawin dah lengkap la hidup tu dari segala segi. Tapi perkahwinan tu kan ibarat prolog kepada naskah baru dalam hidup kita? Tak ke?

Ni bukannya fairytale, happily ever after. Dan kalau ia ultimate happiness untuk mereka, tak semestinya ultimate happiness untuk kita jugak. Kan? Contohnya aku sendiri la, banyak lagi benda lain aku nak achieve dan perkahwinan tu hanyalah salah satu daripadanya.

Ada jodoh, kahwin. Takde takpe la. Aku cuba achieve benda lain dalam bucket list tu. Pasal mulut2 yang duk bertanya tu, anggap je macam angin lalu. Mintak jugak mereka doakan. Setel.

Nurazlin kamrulzaman – Mak sedara sy umur 59 tahun dah. X kahwin2 lg. Dia pun X pikir dah pasal kahwin. Xde susah hati.. bab dunia dan akhirat dia gigih cari sendiri. Katanya, untungnya X kahwin ni, xde dosa dgn suami, xde dosa dgn anak. Dan xde suami bukan alasan utk tidak belajar agama.

Sbb ramai isteri yg cuma mengharapkan didikan suami. Maka ambil peluang belajar agama, perbaiki diri sementara single dan muda ni. In Sha Allah jodoh yg datang juga yg baik2.Tp kena usaha. Rezeki xdtg bergolek, kena usaha cari.

Setiap peny4kit ada penawarnya, kena usaha cari juga. Mcm tu la jugak dgn jodoh. Semoga Allah ketemukan dgn jodoh yg selayaknya utk awak. Aamiin

Cik ros – Memang dorang dengki pun. Kau kena keraskan hati dan kental. Jd single ni jgn biar dibuuli. Best hidup single. Saya dlu hampir 40 tahun hidup single. Mula kerja umur 24 tahun..merantau ke negeri orang.
Duduk rumah sorang2. Drive sorang2. Merata tempat. Nak ke mana pun ikut suka.

Macam saya suka join event running dan hiking. Nak beli apa pun ikut suka.
Ada semuanya. Yg dah kawen memang jeles dgn hidup kita. Sebab dorang xde life. Hanya rumah dan tempat kerja. Dulu masa saya tak nak kahwin sampai ada org atasan kata kat saya “You ni tak laku ke?

Sapa boyfriend u.. You tak ada boyfriend ke”
Dia wanita berusia ye. Dan beranak pinak.
Rasa nak tenyeh2 jer mulut dia. Ditakdirkan tiba2 saya terbuka hati nak kahwin. Saya terus terima lamaran suami. Padahal selama ni saya memang tolak semua lamaran.
Bila dah kahwin. Saya bunting pelamin.

Ingat dah habis dah. Rupa2nya tak.. Ada gak yg dengki. Dalam sy masih cuti pantang pun suruh sy kerja alasan mereka dlm pantang dulu pn ok jer kursus ke sana sini. Ada yg kata anak saya ok je tgk sy up di fb. Bla bla bla bla.

Kesimpulannya..single ke kawen ke memang akan ada org iri dgn life kau. Kena kurangkan kongsi life kau kat s0cmed. Sbb akan ada org iri dan tak senang lihat kehidupan org lain yg dilihat lebih dari mereka. Dan kena berdoa agar sentiasa dilindungi Allah dr segala kejahatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.