Dgn anak murid ting3, suami terjebak. Hgga ke lewt mlm bergayut. Sbb takt balik asrama, meronda pula smpai pagi.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, izinkan saya kenalkan diri ini sebagai Puan M. Seorang guru, mengajar di sebuah sekolah menengah di pantai timur.

Punyai anak 4 orang dan seorang suami, juga seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah rendah. Oleh kerana v1ral isu tentang guru, dan pelajar yang bernama Ain, ramai aku perhatikan rakan rakan guru tak kurang juga masyarakat lebih memandang fizikal Ain, bab aurat sebab Ain tak bertudung.

Bagi aku, selepas peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup aku pada tahun 2017-2018 persepsi aku sudah mula berubah. Bekas anak murid suamiku, bercinta dengan suamiku sendiri ketika umur murid itu 15 tahun. Macam mana semua ni bermula, hanya melalui telefon.

Bekas anak murid suami aku nama nya E, sekolah agama, pakai tudung labuh, baju besar dan sopan, bercakap sopan pada aku mana mungkin boleh berlaku begitu. Tapi benarlah. Cinta itu buta. Semua terbongkar setelah kawan kawan satu asrama E berpakat untuk melaporkan pada guru serta salah seorang kawan E telah menghubungi aku.

Memang aku terkejut dan hampir tak percaya tapi aku siasat dulu kejadian tu. Aku ke sekolah E, aku ambik no telefon kawan nya. Aku mulakan siasatan. Aku cek bil telefon suami aku, setiap malam pkul 1 pagi hingga ke subuh suami aku dan E berbual di telefon.

Aku cek telefon suami penuh dengan mesej sayang, rindu dan E panggil suami aku Biey. Suami aku dan E ni rupanya dah banyak kali keluar berdua, dan E ni ada geng di sekolahnya. Setiap kali E keluar, geng dia akan cover bagitau E ada diasrama.

Suami aku selalu bagi duit dekat E. E akan belanja geng dia makan sedap sedap, suami aku juga akan bawak geng E shopping. Kemuncak peristiwa, suami aku telah bawa E keluar dan E takut untuk balik ke asrama sebab sudah malam jadi suami aku bawa E meronda sampai pagi.

Semua ni ada bukti, ada bukti bergambar, E datang ke sekolah suami aku dan bergambar berpeluk bahu. Aku menyiasat dan aku memutuskan untuk melaporkan pada pihak sekolah dan ibubapa E. E bertudung labuh, waktu cuti ke sekolah pondok. Ibu bapa E juga orang baik baik.

Jadi aku cukup tak setuju jika dikatakan seorang pelajar perempuan tak bertudung tu akhlaknya tak baik. Siapa kita nak menduga. Aku dah lalui. Aku bercakap melalui pengalaman. Bukan aku tak melarang E, Aku pernah melarang supaya jangan hubungi suami aku lagi.

Tapi E hanya berpura pura. Malangnya di belakang aku, E mengg0da iman suami aku. Aku tak salahkan E sepenuhnya suami aku juga salah, dia juga lalai dan leka. Yang aku nampak disini, peranan ibu bapa. Ingat, perwatakan anak anak di rumah dan disekolah adalah 2 watak yang berbeza.

Kadangkala yang kita nampak nakal di rumah, pandai pula menjaga diri diluar. Jadi peringatan untuk ibubapa yang ada anak perempuan meningkat dewasa, juga ingatan untuk diri aku juga pertama perhatikan perlakuan anak perempauan kita.

Jika asyik dengan telefon, setiap masa bergayut, main telefon, tak kira siang, malam…. itu petanda yang tak baik. Ada ibubapa tak berani nak tengok kandungan telefon anak masing masing atas dasar percaya. Zaman dah berubah… anak anak sekarang dah tak sama macam zaman dahulu.

Banyak aplikasi yang boleh merosakkan. Berbalik pada kisah E, E telah dibuang sekolah dan suami aku juga telah diberi warning oleh ibubapa E. Jelas, ibubapa E menyalahkan suami aku sebab suami aku guru, punya pemikiran yang matang. Kata mereka E masih budak budak.

Tak tahu beza baik dan buruk. Diharap cerita aku ni disiarkan untuk jadi tauladan kita bersama, khususnya kalau ada anak perempuan, tinggal di asrama. Pantaulah telefon anak. Sebab kes yang berlaku di sekolah sekarang ni, kebanyakan budak perempuan yang mengandung,

yang lari ikut teman lelaki bukan pelajar perempuan yang nakal. Majoriti pelajar yang baik dan sopan. Jadi semua bergantung pada hati, pada Iman, pada didikan ibubapa. – Puan M (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Song Onim wong – Memang salah suami kau! Jiijik! Dah tua pun perangai hiina lagi. 15 tahun tu bawah umur. Kalaulah terjadi persetubuhan, still akan dianggap rgol. Bayangkanlah suami yang kau pertahankan tu mereput dalam penjara berpuluh tahun.

A-Z memang aku akan salahkan laki kau. Nfsu dia letak di ‘bawah’, bukannya di akal. Sepatutnya umur dah banyak, akal pun kena banyak. Bukannya pergi ‘s3x gr00ming’ budak bawah umur dengan bekalkan dia dengan hadiah hadiah dan duit ringgit..

Kau pun sama kak. disgvsting! Bayangkanlah kalau yang tengah di ‘gr00ming’ tu anak kau. Agaknya kau nak salahkan jantan yang dah tua atau salahkan anak kau yang baru aje kenal dunia?

Di sini yang aku nmpak adalah salah laki kau yang berfikir pakai nfsu. Salah kau yang tak berakal nak pertahankan laki kau. Dan salah mak bapak budak tu sebab tak pantau apa yang anak buat. Sepatutnya orang orang tualah kena tunjuk teladan baik. Ini 4 orang sampah menyemak dalam masyarakat!

Kloey Kloey – TT salah fokus. Budak 15 tahun tak kisahlah dia pakai tudung labuh ke free hair s3xy ke, dia tetap budak bawah umur. Yang patut difokuskan di sini ialah suami TT yang sudah dewasa dah berkahwin pulak tu masih bagi alasan nfsu terg0da? Dengan kanak kanak?

TT tak payah nak simpan d0sa besar suami tu dan besarkan pulak cerita budak tu pakai tudung labuh tapi miang. Ada dua benda di sini. Satu lelaki dewasa berkahwin yang ped0file. Satu lagi budak bawah umur yang masih tak cukup akalnya. Mana lagi teruk dan jiijik?

Puteri Pelangi – Lelaki dewasa gr00ming budak sekolah dengan cara bagi duit belanja, makan sedap sedap. Itu je syurga budak budak. Yang lelaki dewasa syurga dia perkara lain. Dah sampai waktu lelaki lelaki yang patut ditarbiah tak kira peringkat umur.

Mereka lah yang mula mula menghanyutkan budak budak dengan kesenangan. Seterusnya menggelapkan masa depan budak budak naif. Nauzubillahimin zalik, wallahu aklam….

Eddzar Basharuddin – “bukan sepenuhnya salah E?”. 100% adalah salah suami puan. 15 tahun ialah remaja, bukan wanita dewasa. Itulah yg dipanggil gr00ming.

Suami puan ialah Ped0philia sebab dah sampai berhubung bawa keluar anak ini. Pakai tudung tak pakai tudung dah isu lain. Yang lebih teruk ialah suami puan lelaki dewasa yang juga pendidik.

Seperti kata pepatah, “harapkan pagar pagar makan padi”, jijik sungguh kelakuan ni tak payah nak dikaitkan dengan pelajar yang pakai tudung atau tidak.

Rosie Laila – So cikgu tak buat pape la dekat laki cikgu?. Sekadar kata imannya dig0da gadis 15 tahun. Gitu? Uishh patutnya laki cikgu tu dulu patut cikgu ganyang lumat. Akal dia dekat mana bini ada dekat rumah tapi tiap tiap malam bergayut dari tengah malam sampai subuh dengan budak skolah. Sedarlah. Laki kau memang biang. Esok esok mesti dia buat lagi

Rusyainie Ramli – Saya tak pernah komen di mana mana page public. Tapi saya kena komen. Puan menyalahkan anak kecil berusia 15 tahun sama berat dengan suami puan yang berganda umurnya. Suami puan tu GURU. Anak gadis tu PELAJAR.

Dia bawah umur. Suami puan Ped0phile. Anak tu viictim. Dan puan adalah enabler. Dia dibuang sekolah. Gelap masa depan. Suami puan masih bekerja. Masih bergaul dengan kanak kanak. Anak anak kami! Di mana keadilan di situ? Hujungnya wanita juga menjadi mngsa kerana wanita seperti puan terlalu menangkan lelaki keparat bergelar suami!

Kalau saya lah kan, saya dah failkan cerrai di mahkamah. Dan saya akan buat sampai dia diberhentikan kerja. Saya akan minta mahkamah jangan bagi dia jumpa anak anak sampai dia dah cukup sesi dengan pakar pskiatri dan disahkan dah berubah. Kalau tak, dia boleh pergi mampus.

Bagi saya, biar saya jadi janda dari ada suami perangai syaiitan. Tak cukup makan pakai, tak mti pun. Bukan puan tak kerja. Tapi sebab puan pentingkan diri sendiri. Sayangkan status sebagai isteri. Tak melindungi anak anak dari Ped0phile yang berada dalam rumah, saya tak tahu lah puan ni wanita jenis apa. Maaf. Saya memang geram.

Suami puan jahat. Puan juga bersubahat. Kalian semua nampak tak? Dah 3 hari saya bercakap pasal ni di FB saya sendiri. Dan berapa ramai wanita yang tarbiahkan saya mengenai aurat. Sikit sikit wanita yang salah. Kononnya buka peluang. Tapi dalam hal ni, wanita sendiri yang menjahanamkan hidup anak gadis demi lelaki. J1jik. K3ji.

Sumber IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.