Abis cuti skolh, mgigil adam bila tahu mak ayh dtg ambil. Bila aku ty, muka ayh adam brubh. Tbongkr cerita dr mak lps adam mnggal.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Masalah yang aku dan keluarga alami ni dah hampir 15 tahun. Cerita aku agak panjang. Cerita yang aku pendam sekian lamanya. Aku ada 5 adik beradik yang semuanya telah berkahwin.

2 lelaki dan 3 perempuan. Aku yang bongsu belum berkahwin kini berumur lingkungan 30 an, tinggal dengan mak abah. Masalah bermula masa aku berumur 18 tahun, dimana akak keempat berkahwin. Kak Nor berkahwin dengan suaminya, Mi disebabkan sudah terlanjur dan sudah mempunyai seorang anak. Mi tiada pekerjaan tetap.

Kerja berhenti kerja berhenti. Disebabkan perangai dia yang panas baran. Perkahwinan diorang pun mak dan adik beradik yang tanggung. Semenjak kahwin, diorang duduk sendiri. Tetapi hampir 99% perbelanjaan ditanggung oleh mak dan abah. Belanja tak pernah cukup. Duit makan, pakai, kenderaan rosak, anak sakit, semuanya ditangung.

Selepas berkahwin, diorang dikurniakan seorang anak lelaki. Mak dan abah ambil keputusan untuk membelanya memandangkan Kak Nor baru berpindah ke Selangor mendapat kerja baru. Anak ‘sulong’ dijaga oleh mereka. Suaminya tak tahu kerja apa. Kerja atau tak kami tak pernah tau. Bila ditanya, Kak Nor selalu cakap kerja.

Kak Nor selalu minta duit kat mak dan abah. Bising-bising macam mana pun mak tetap akan bagi. Perbelanjaan anak memang tak pernah diberi. Keluarga pihak lelaki juga tidak membantu sebanyak mana yang mak dan abah bantu. 2 hari sekali mak akan masukkan RM50. Hampir tiap hari Kak Nor akan minta duit. Kak long, Angah, abang uda kadang-kadang ada juga membantu mak.

Aku masih belajar masa tu. Kami bagi peluang diorang untuk bina kehidupan. Tapi masalah ni dah berlarutan lebih 5 tahun. Tiap-tiap hari nak duit tak kira masa. Masa aku belajar pun, Kak Nor sering mesej nak duit. malam-malam aku ke pekan semata-mata dia perlukan duit. Suaminya, Mi seperti tiada rasa bersalah dengan sikap dia.

Bila balik kampung, buat macam tak buat salah. Beramah mesra dengan abang dan kakak tapi kami memang takde hati nak bercakap. Adik beradik lain pun jenis tak suka bercakap banyak, Apetah lagi menegur perangai diorang. nak balik kampung mintak duit perjalanan. Balik pun mintak. Pernah satu hari, Mi mesej mengatakan dia suka tengok rambut aku.

Aku jadi geram, menyampah dan marah-marah dia. Mi jadi marah dan konon mengug0t nak bakar kereta, berlagak kononnya dia ada konco yang boleh cari aku kat mana. Aku langsung tak takut. Tapi benda ni buat aku serabut lagi aku masih belajar sampai terpaksa off hp. Start dari itu, aku sangat benci suami Kak Nor.

Kak Nor masih lagi dengan sikap dia yang suka meminta-minta. Jika tak bagi, dia sanggup telefon berpuluh-puluh kali. Walaupun mak cakap takde duit, dia tetap meminta. Dia tau mak akan minta pada anak-anak lain. Tapi mak kalau boleh tak nak minta. Kak Nor menangis-nangis perlukan duit. Yang menjadikan aku tambah marah, dia hamil selepas anak yang dijaga mak.

Kalau dia tanggung semua perbelanjaan takpe. Mak yang tanggung. Anak rezeki? Tetapi mak bapak sendiri tak tau nak cari rezeki nak tampung anak bakal lahir. Anak ke3 ni dijaga oleh mertua dia. Tapi kehidupan dia kat Selangor masih ditanggung mak dan abah. Selepas setahun hamil lagi. Buatkan mak marah tak pandai merancang.

Kini dia mempunyai 6 orang anak. Sekarang sehari RM50 memang tak lepas. Bayangkan didarab dengan 25 hari, kami semua menanggung hampir RM1000 lebih. Perbelanjaan tu tak termasuk kereta rosak, anak s4kit, Bil utiliti tak bayar. Ada suami tak berguna. Dijadikan cerita mak dan abah nak tunaikan haji.

cucu yang mak bela bernama Adam terpaksa diserah pada Kak Nor memandangkan tiada yang boleh jaga. Aku bekerja. Adam taknak sebab sepanjang 4 tahun, Kak Nor dan suami jarang balik kampung. Kalau balik kampung kami yang tanggung pergi balik. Tapi mak terpaksa juga serah Adam pada diorang. Sepanjang Adam di sana aku sentiasa fikirkan dia.

Cukup makan tak. Dijaga baik tak. Sepanjang mak dan abah kat Mekah, aku yang hulurkan duit walaupun terpaksa. Kadang-kadang aku tension juga, aku tak bagi, aku suruh dia berjimat. takkan semua aku nak tanggung. Dia ada suami kan? Sampai ada suatu hari, suami dia call aku m4ki-m4ki sebab buatkan Kak Nor str3ss, pening kepala, tak lalu makan.

Aku jadi bengang sebab kenapa aku disalahkan sedangkan kau sebagai suami tak jalankan tanggungjawab dengan betul. Kata-kata lain yang aku ingat. “kau tengoklah kalau aku dah kaya, aku takkan cari korang”. Berlagak nya dia pada benda yang tak jadi lagi. Adam sekolah tadika di kampung.

Bila mak dan abah balik dari haji, Diorang kata diorang nak bela Adam. Jadi Adam disekolahkan di sana. Bila mak nak jaga, suami dia tak bagi. Berlagak macam dia jaga anak dengan betul tapi perbelanjaan masih mak dan abah yang bagi. Yuran sekolah anak sulong dan Adam abah yang bayar.

Kami pernah kerumahnya, Terkejut kami isi rumah macam orang berkemampuan. Led Tv saiz 40”, Set home theatre speaker. Astro full set. Rumah dipasang air cond. Motor sebiji. Semua atas nama akak. Bila di tanya, bayar ansuran, murah saja. Murah tu siapa yang bayar? Kami.. Ye.. bagi keluarga yang berkemampuan, tiada masalah.

Tapi bukan keluarga dia. Kereta sebelum ini sudah dibeli 2ndhand. Tapi kereta import bernilai 20k secar tunai. Kak Nor membuat pinjaman koperasi (penjawat awam). Pendek kata diorang hidup mewah/berlagak mewah. Kereta asyik rosak dan kami yang tanggung. Adam pernah dimasukkan ke hospital disebabkan pembedahn ap3ndiks.

Doktor yang merawat dapat kesan bekas pntung r0kok pada kaki Adam dan laporkan ke pihak p0lis. Kak Nor menghubungi mak dan mengatakan jika ada polis bertanyakan hal ini, Kak Nor menyuruh mak menipu dan jawab Adam dapat kesan luka dari terkena ranting pokok-pokok semasa mengikut abah ke kebun.

Luluhnya hati aku dengar bila mak bercerita balik kat aku, tapi mak tetap juga ikut apa yang Kak Nor suruh. Bila cuti sekolah, Kak Nor dan suami hantar Adam ke kampung. Boleh tengok kat muka dia, dia happy sangat. Tapi tengok ada kesan bir4t kat badan dia. Muka lebam. Bila ditanya, katanya jatuh, main dengan abang.

Budak umur 7 tahun pandai tipu mungkin diug0t. Sampai akak ipar, Kak lin (isteri abang uda) tanya senyap-senyap dengan Adam, baru dia cakap abah (panggilan kepda mi) pkul dan tumbuk. Subhanallah. Kami tak dapat buat pape sebab mak dan abah taknak buat tindakan apa-apa dek terlalu memikirkan maruah dan nasib Kak Nor.

Habis cuti sekolah, mak dan abah menghantar Adam separuh jalan, dan Kak Nor dan suami jemput separuh jalan. kami berjumpa di tepi jalan. Adam tak tahu yang dia akan dihantar pulang. hari tu adalah hari yang paling aku takkan lupa sampai bila-bila. Kami sampai dulu tunggu di tepi jalan, Kemudian kereta Kak Nor sampai.

Adam yang tadinya happy bermain dalam kereta jadi tak keruan, menggigil. Asyik cakap taknak, taknak balik. Aku tau kenapa dia taknak. Aku tak turun dari dalm kereta. Aku buka tingkap, terus tanya pada Mi yang tengah berdiri tepi pintu kereta. “Kenapa Adam ni takut sangat? Kau buat apa hah dengan dia?”

Air muka Mi dah berubah dan bersuara “kau cakap apa?. Aku terus tanya lagi. ”Kau buat apa dengan Adam sampai dia takut dengan kau?”. Terus di menmbuk aku, hanya sebab aku tanya soalan macam tu. Hidung dan gii aku berdarah. Abah terkejut turun dan memnapar dia. Kak Nor cuba tarik Mi yang cuba sekali lagi nak tumbuk aku.

Aku sangat marah sebab aku tak dapat buat apa-apa. Lagi tempat awam. Adam ditarik keluar dan diorang berlalu pergi. Hal ni tak seorang adik beradik aku yang tahu sebab mak tak benarkan aku bagitau. Aku sangat bengang. Aku anak yang selalu menengking mak abah aku. Semua berpunca dari Kak Nor dan Mi.

Benda sama berlaku tiap hari. Suatu hari, mak dapat tahu Adam masuh hospital sebab kaki patah, bermain-main kat sekolah. Kami tak melawat sebab fikirkan Adam hanya patah kaki dengan aku yang tatk tahu tahu sgt jalan ke sana. Selepas beberapa hari, Kak Nor telefon mengatakan Adam diserang sawan dan menyebabkan dia k0ma.

Allahuakbar. Kak long dan suami terus menghantar mak dan abah ke hospital. Mak tinggal di sana manakala abah ikut kak long balik. Selepas 2 hari koma, Adam disahkan mennggal dunia. Dia dikebumikan di kampung mertua Kak Nor. Buat kali pertama selepas 10 tahun, aku memeluk Kak Nor.

Aku fikirkan benda ni jadi pengajaran untuk dia. Tapi dia dengan perangai lama suka meminta-minta. Sentiasa menyembunyikan apa saja yang suaminya buat. Sampai sekarang tak tahu Mi kerja atau tidak. Beranak dan beranak lagi. Selama 10-12 tahun, angah dan bag uda aku tak pernah secara langsung terkesan dengan perangai Kak Nor.

Diorang tahu apa yang jadi tapi diorang tak merasai perasaan tiap-tiap hari diganggu bunyi panggilan telefon minta duit walaupun kata takde duit. Bukan diorang tak bantu. Diorang tiap bulan bagi duit kat mak dan abah. Dengan duit tu juga mak dan abah hulur pada Kak Nor walaupun tak cukup.

Selebihnya mak dan abah tanggung. Dengan gaji aku yang tak sampai 2k, aku hanya boleh tampung perbelanjaan rumah dan komitmen yang aku ada. Aku str3ss, aku tak tahu nak luah kat sape. Bila aku cerita kat adik beradik, akak ipar. Diorang hanya cakap sabarlah. Aku jadi geram sebab adik beradik lain tak membantu dari segi em0si aku.

Aku saja yang selalu menengking herdik mak aku sebab bagi muka kat Kak Nor. mem4ki hamun Kak Nor sampai aku dikatakan adik kuran ajar, tiada rasa hormat pada kakak oleh suaminya yang tak pernah ada rasa tanggungjawab langsung. Aku str3ss. Kak long paling banyak membantu mak.

Kak long mempunyai pekerjaan yang bagus, tetapi dia juga ada keluarga dan dia tetap membantu hulurkan duit kat mak jika maka minta dengan jawapan sebab sayangkan mak. Pernah juga suami Kak Nor ditahan reman atas sebab bergduh dengan orang. Mak juga pernah dih4mun dengan bahasa kesat oleh suaminya sebab dikatakan taknak menjamin Mi keluar.

Akak terpaksa mendahulukan hampir 4k untuk menjamin suami Kak Nor. Mak pula yang membayar kepada akak sedikt demi sedikit bagi taknak membebankan kaklong walaupun tak banyak. Aku str3ss. Aku tak dapat nak tolong apa-apa. Apatah lagi nak minta apa-apa. Kadang-kadang aku juga memerlukan duit tapi aku segan nak minta tolong/pinjam kepada kak long

memandangkan dia dah keluarkan duit yang banyak untuk Kak Nor. Semua komitmen aku bayar sendiri. Sejak 1-2 tahun ni sahaja, Kak Nor dah berani whatsapp kak long, angah dan abang uda. Minta duit tak kira masa. Mereka jadi tension. Macam tu lah aku rasa bila telefon tak henti-henti bunyi. Jantung aku sentiasa berdegup kencang.

Sampaikan aku dah bl0ck nombor Kak Nor. Angah dan abang uda serin bergaduh dengan isteri masing-masing. Ini bukan membantu tapi dah tahap menanggung. Siapa saja tak tahan. Aku memang tak boleh terima ayat bila orang kat, daripada tolong orang luar, baik tolong adik beradik sendiri. Patut ke Kak Nor dibantu sampai macam tu.

Pernah disuruh meminta cerrai dengan suami. Tapi dia bagitau suaminya mak minta Kak Nor bercerrai. Suami dia cakap ”sampai m4ti pun aku takkan lepaskan Nor”. Aku tak paham kenapa Kak Nor pun terlalu b0doh memberitahu suaminya. Kak Nor juga sudah seringkali menipu perlukan duit. Kata anak sakit tapi tidak. Banyak lagi alasan.

Walaupun kant0i banyak kali, mak tetap menghulurkan duit. Bila anak-anak bagi nasihat, mak kata kalau tak kita tolong, sapa lagi nak tolong. Aku amat tak bersetuju dengan jawapan mak. Aku duduk serumah dengan mak abah. Jadi aku yang selalu bergaduh dengan mak. Aku betul-betul tak tahan.

Akak-akak ipar pun pernah hampir bnuh diri disebabkan tekanan perasaan disebabkan Kak Nor selalu mengganggu diorang. Bukan niat nak buang Kak Nor dari keluarga tapi kita nak ajar Kak Nor supaya sedar dengan perbuatan dia. Aku pernah saja cakap kat mak. Lepas mak abah takde, sape nak tanggung dia?

dia tak sanggup bercerrai degan suami tak guna, mak nak tengok ke keluarga lain yang bercerrai berai? tak balik kampung sebab selisih faham dengan mak. Aku betul-betul tak tahan. Sampai bila nak menanggung keluarga diorang. Kalu bercerrai, tiada beza. Sepanjang hidup bersama, suemua komitmen atas nama Kak Nor.

Rumah atas nama Kak Nor (kuarters kerajaan), motor, kereta atas nama Kak Nor. Sakit makan minum pun kami tanggung 99%. Hampir setiap hari. Mana pergi gaji bulanan penjawat awam Kak Nor? Suami dia bekerja atau tak. Takkan 50% daripada ggaji mereka tak dapat tampung kehidupan mereka? Tak payah lah hidup bermewah, berlagak mewah depan orang lain tapi semua orang lain yang tanggung.

banyak lagi aku nak luah. Aku menangis sorang-sorang. Aku bersyukur juga yang aruwah Adam pergi. Aku tak dapat bayangkan hidup dia dis3ksa. Dengan mak pulak lebih fikirkan a1b keluara dan fikir Kak Nor jika tidak dibantu. Bagi aku, itu bukan caranya. sebab dia tau mak akan sentiasaa tolong dia. Cerita ni terlalu panjang.

Tak cukup untuk aku ceritakan apa yang berlaku sepanjang 15 tahun. Aku tak kisah cerita ini disiarkan atau tidak. Aku cuma nak luahkan perasaan yang terpendam. Aku tak tahan. Aku boleh g1la. Aku tak tau aku patut marah dengan Kak Nor atau mak aku sendiri. Abah banyak bertekak dengan mak tapi end up ikut juga mak.

Berd0sa aku marah-marah mak aku? Hubungan anak menantu lain pun jadi renggang dengan mak disebabkan Kak Nor. Masing-masing pendam perasaan. Aku saja yang lantang bersuara dengan mak. Luahkan apa yang akak dan abang aku rasa. Aku rasa sampai mak dan abah tiada kat dunia ni, Kak Nor takkan sedar perbuatan dia. Assalamualaikum.

– SitiStr3ss (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Shima Ali – Sesiapa yang belum baca dinasihatkan jangan baca… nanti kemurungan. Sekarang ni saya tengah kemurungan. Hati meluap2 rasa marah… ni ringkasan cerita ni kalau nak tau juga… kisah seorang budak bernama Adam kena d3ra oleh mak bapaknya sendiri, tetapi tiada sesiapa pon peduli…

dari datuk ke nenek ke pakcik ke makcik semua nya buak dek je. Akhirnya Adam mennggal, tak pasti sebab apa… sendiri fikirlah. Sehingga kini kedua mak bapak Adam hidup bahagia ditanggung oleh datuk nenek dan adik beradiknya. Haishhh… menyesal baca! Hari Sabtu ku yang membahagiakan telah berakhir disebabkan cerita ini. B3NCI!!

Puan zuera – Kesian kat Adam.. Dah tahu kena d3ra pun masih bagi kat mak dan ayah dia bela.. Adam kata tak nak duk sana, korang pun tak ada inisiatif nak ambil Adam.. Terlalu jaga maruah keluarga sampai cucu mennggal, anak menantu bergaduh, anak sendiri str3ss tolong akak yang menyusahkan keluarga sendiri…

Diorang bermewah mewah, anak lain terpaksa ikat perut, bergaduh suami isteri nak tolong keluarga kak Nor… Sampai Adam pun mennggal… Kalau asyik diberi duit, sampai bila pun tak sedar, memang akan guna kan duit korang lah untul kemewahan dan bayar hutang diorang… Terlalu manjakan kak Nor..

Jangan sampai ada ahli keluarga yang bnuh diri atau bercerrai sebab terlalu str3ss, kena tangggung orang lain untuk kehidupan diorang.. Bl0ck je num Kak Nor.. Kemudian buat report polis atas ug0tan Mi dan perbuatan dia kat awak.. Kena terus bertindak, kalau tak memang kak Nor tu akan terus meminta duit kat korang..

Mi tu takkan cerraikan kak Nor sebab kak nor penjawat awam, lubuk rezeki dia.. Jadi Kak Nor la kena usaha cara untuk berpisah dengan Mi demi masa depan dia dan anak anak.

Zunaidah manan – Stop bagi duit. Itu je solution nya. Memang susah dan perit sebab adik beradik kita. Kesian kat anak anak saudara kita tapi itu je caranya. Dan awak tolonglah ye jangan menengking herdik mak ayah. Apa pun dorg buat bukan hak awak nak tengking herdik dan marah pada mak ayah tu.

mak ayah mmg lah tak sampai hati dgn anak anak susah. Anak dah bercucu oun mak ayah tetap tolong kalau anak dia susah. Itulah hati org tua tua kita. Nasihatkan baik baik. Lemah lembut.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.