Umur dh 50an, sbb ayh jarg bg duit, mak sggp curang. Terkedu aku bila baca perbualan wasap mak dgn lelaki lain.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Aku harap admin siarkan la cerita aku ni secepatnya. Aku dah buntu sebab tu nak luah dekat sini. Harap korang tak kecam dan bagi pendapat yang baik-baik.

Secara ringkas, aku baru berkahwin tahun lepas dan sekarang tengah sarat mengandung anak pertama. Dalam adik beradik hanya aku tinggal jauh di negeri lain dari keluarga kerana aku ikut suami. Aku tak tahu sebenarnya dari mana nak mula tapi aku harap korang faham sebab fikiran aku tengah celaru dan aku str3ss.

Suami aku kerja swasta dan aku pulak hanya surirumah yang tengah mencari kerja. Adik beradik aku dan ipar lain semua kerja gomen dan gaji pun besar2. Aku dan suami biasa-biasa sahaja. Aku dapat rasakan mama tak berapa kenan sangat dengan suami sebab kerja biasa saja tapi ayah aku ok.

Aku ada 6 beradik 4 lelaki dan 2 perempuan. Abang aku dan isteri diorang la yang aku maksudkan kerja gomen. Adik aku 2 org masih bersekolah menengah dan sorang baru habis SPM. Mama aku berumur 50an dan ayah aku pulak beza 4 tahun tua dari mama. Ayah dah pencen dan seorang pesara kerajaan yang hanya bergaji rendah dengan gred 19.

Mama pulak tahun depan akan pencen dengan gred 22 tinggi sikit dari ayah. Faham la kan beza gaji. Semenjak ayah pencen, gaji ayah tinggal sikit sebab bayar hutang loan rumah. Kadang-kadang beli barang dapur atau makan guna duit mama atau abang yang sulung (dia dah kahwin dan tinggal di rumah bersama ayah mama).

Mungkin ayah jarang bagi duit dekat mama sebab duit pencen ayah hanya cukup bayar hutang loan rumah (rumah sendiri). Ayah seorang rajin dan selalu tolong mak sapu rumah, buang sampah, berkebun, tanam bunga dan banyak lagi. Satu saja ayah tak buat iaitu masak.

Lipat dan basuh kain semua ayah buat. Mama hanya masak. Ok cukup untuk intro tu. 2 tahun lepas, semasa adik perempuan aku form 4 dia meluah dekat aku yang mama chat dengan lelaki lain. Macam mana adik aku tahu? Masa dia pulang rumah dia ada pegang hp mama dan kebetulan ada chat masuk.

So nampak la notification mesej dari seorang lelaki. Adik aku tanpa sengaja baca chat tu. Dan sah memang mama curang sebab chat tu mesra siap hantar gambar tanya dah makan ke belum macam orang tengah bercinta panggil sayang2. Adik perempuan aku ni tinggal asrama dah nangis teresak meluah dekat aku

lagi pun masa tu adik aku tengah exam benda tu dah lama dia simpan tapi sebab tak dapat fokus exam dia luah dekat aku melalui chat (pinjam hp dekat kawan dia). Dan aku buat keputusan untuk cerita dengan abang sulung aku. Abang aku kenal lelaki tu seorang kontraktor

tinggal di kampung sebelah dan berumur 40an. Selepas itu, masa ayah tak ada dekat rumah, abang call mama yang tengah kerja suruh balik rumah kejap (tempat kerja mama tak jauh dari rumah) sebab ada benda nak cakap. Sampai saja rumah abang terus tanya mama sape lelaki tu. Kenapa mama buat macam ni.

Aku dah nangis. Muka mama tak de satu pun air mata keluar tapi hanya muka takut sebab pecah rahsia kot. Abang aku bagitahu adik dekat asrama tak dapat fokus nak jawab exam sebab perangai mama. Mama pun terus nak pergi lawat adik dekat asrama petang tu jugak.

Lepas dari tu, kitorang anggap benda tu dah setel. Hanya aku, abang sulung aku dan mama saja yang tahu pasal ni. Adik beradik lain tinggal tempat lain hanya abang sulung dan aku sahaja dekat rumah. So diaorang tak tahu kes mama curang. Aku kesian dekat adik perempuan aku kenapa la umur macam tu nampak perangai mama kandung sendiri macam ni.

Kalau aku tak apa tapi kenapa adik aku? Sampai ke hari ni adik aku jadi f0bia dan selalu fikir bukan-bukan pasal mama. Dia selalu rasa macam betul ke mama tak chat lagi dengan lelaki tu. Lepas kejadian tu aku curi-curi cek hp mama sebab aku pun rasa curious sangat.

Ya memang betul diorang ada chat dekat messenger tapi mama delete separuh chat. Hanya chat lelaki tu sahaja yang ada. Dalam chat tu dia tanya kenapa bl0ck dekat messenger dengan whtsapp. So aku assume mama memang dah bl0ck dan unbl0ck bila nak chat dengan lelaki tu. Tapi aku biarkan.

Tahun ni 2021 pulak, adik perempuan juga tiba2 chat aku dia cakap dia dah tak tahan nak simpan lagi. Dia bagitahu mama buat hal lagi curang dengan lelaki tu. Aku tengah sarat ni terus menangis nasib la suami aku kerja. Mama siap pergi saloon potong rambut dan bagi gambar dekat lelaki tu.

Adik aku screenshoot gambar dan chat mama dengan lelaki tu. Kecewa hati aku. Mama siap hantar gambar free hair dengan rambut baru mekap cantik2. Dan gambar lain lagi berunsur luc4h macam gambar kem***an mama. Panggilan abang sayang lagi. Ya Allah apa dah jadi.

Aku str3ss aku tak tahu nak buat apa. Aku hanya nasihat adik aku lepas ni jangan lagi buka hp mama dan tindakan dia betul dah bagitahu dekat aku dulu bukan dengan abang aku yang baran tu. Diaorang semua ada dekat rumah masa PKP ni. Yela rumah dekat saja kan.

Aku dapat rasakan ayah juga tahu mama ada lelaki lain (kes 2 tahun lepas) tapi dia macam senyap saja. Masa dekat dapur mama pernah cakap ayat macam ni, “bukan ayah kamu ada bagi duit dekat mama pun”. Aku dapat rasakan mama ni berdendam atau tak redha yang bapa tak mampu bagi wang ringgit banyak2 dekat mama.

Macam aku cakap pencen bapa hanya cukup untuk bayar hutang rumah sahaja. Lelaki durjana tu pulak kaya siap bagi gambar duit kepok2 lagi dekat mama. Sekarang ni aku hanya terfikir nak bagitahu ni dekat abang sulung aku saja yang mama buat hal lagi.

Tapi 2 hari lagi ayah hari jadi. Aku sedih kesian ayah. Dari segi wang ringgit memang ayah tak ada, tapi rumah besar, tanah, anak2 kerja gomen, cucu dah ramai mama boleh curang lagi. Mama memang tak bersyukur. Beberapa minggu lagi aku akan naik kapal balik kampung

untuk bersalin anak pertama dan berpantang dekat rumah. Aku tak tahu nak balik ke tak bila jadi macam ni. Aku buntu. Aku tak boleh terima mama curang siap hantar gambar luc4h macam tu. Kalau aku berpantang dekat sini, suami hanya cuti seminggu dan kami sama-sama tak tahu lagi pantang di sebabkan ini anak pertama.

Kalau suami dan ipar aku tahu hal ni, aku malu sangat. Tak tahu lagi nak cakap macam mana dengan mama. Aku dah buntu. Aku harap korang faham dengan cerita aku. Apa pendapat korang apa patut aku buat? Patut ke aku suruh mama cerrai dan pergi dekat lelaki tu?

Patut ke aku balik berpantang dekat rumah? Tiket dah beli. Patut ke aku tanya mama dulu atau terus serang lelaki tu sebab aku ada no hp lelaki tu? Tolong aku dan jangan kecam. Terima kasih… – Coklat (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Wan firdaus – Abang awak tak mampu selesaikan masalah ni. Awak dan abang awak kena berpakat panggil org yg mak awak hormat, contohnya mak sedara, bapak sedara yg sebaya atau lebih tua dari mak awak.

Kemudian, jangan pergi jumpa jantan jah4nam tu secara individu. Caranya, mak awak, jantan jah4nam tu, awak, abang awak, bapa saudara atau mak saudara awak atau org yg dihormati dlm kampung / taman awak dan kalau lebih baik panggil seorang wakil ahli keluarga jantan tagune tu kena bersemuka semuanya.

Settle sekaligus. Bincang, capai kata sepakat, kalau nak malu, biar malu sekali tu je. Suruh mak awak bagi kata putus, apa yang dia nak sebenarnya. Paling last, awak dan abang awak mungkin dah berkeluarga ada suami dan isteri masing2. Tapi adik awak yg masih belajar, awak kena jaga ment4l dan em0si dia.

Selalu tanya khabar, selalu ambil berat. Bila mak awak khianati bapa awak, adik awak akan rasa hilang kepercayaan kepada institusi kekeluargaan. Penting utk awak bagitau dia, dia masih ada bapa, abang dan kakak sbg pelindung dirinya. Selebihnya tawakal dan berdoalah. Moga Allah mudahkan.

Ann fardan – Allahukhbar… Inilah peny4kit akhir zaman… Byk yg berpunca dari media s0sial dan smartphone… Makcik pun x berani nak nasihat lebih2..kita x pernah diuji sedemikian.. Curang ini adalah pilihan tp ada juga faktor2 penolaknya…sbg anak kita x kenal ibu bapa kita dalam konteks rumahtangga mereka…

pesan makcik soal curang ibu awak adalah urusan dia dgn ayah awak dan Allah… Apa yg boleh dilakukan ialah berdoa dan terus berdoa agar ibu awak diberikan kesedaran dan Hidayah…hanya ibu dan Ayah awak lbh tahu mengapa mereka menjadi begitu.. Jgn sekali kali derh4ka dan dan biadab dgn ibumu…

moga ada Jalan buatnya.. Buat wanita di luar sana…curang dlm perkahwinan tdk mampu beri kita Jalan keluar macam org lelaki boleh p0ligami… Justeru dari awal perkahwinan kena bijak luahkan apa yg kita tdk puas hati… Biar gaduh awal… Asal jgn memendam rasa dan akhirnya meluahkan rasa pd bkn muhrim hingga jatuh dosa…

Selalu makcik pesan.. Dalam rumahtangga kalau nak tenang dan bahagia dari awal kena CAKAP dan fight hak kita…kebahagiaan diri adalah keutamaan bkn kerana anak2 atau suami.. Sayangi diri kita dulu..curang adalah escapism yg merugikan kita sbg wanita.. Hidup di dunia ni sementara…

Dosa dgn Allah boleh minta ampun.. Dosa dgn suami membawa hingga ke akhir nafas… Jadilah wanita yg menang.. jika tdk di mata manusia.. Menang lah di mata Allah… Moga kita semua mendapat pengakhiran yg Baik2.

Aisyah nur – Kesiannya kat ayah awak dik.. Di usia senja diuji macam ni.. Nak bg pendapat pun tak tahu. Tapi kalau takda apa2 tindakan makin melarat nanti. Tapi pada akak sepatutnya ayah kena tahu.. Memang menyakitkan. Tapi itu yang terbaik.. Bersemukalah.. Moga dipermudahkan urusan keluarga awak..

Bab berpantang, better pantang sendiri. Takut nanti makin terganggu em0si semasa berpantang. Kalau mertua dan ahli keluarga suami ok, layan menantu mcm ahli keluarga sendiri, mungkin bole fikirkan untuk berpantang rumah mertua. Anak sulung ni kena ada penjaga sebab pengalaman baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.