Dh tbiasa hidup single, aku curang. Disbbkn anak, isteri maafkn aku. Aku buntu, bila ak nekad bpisah, isteri pula mrayu2 xnk bcerrai.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum Semua dan admin. Terima kasih kepada admin kerana sudi post luahan hati aku ini. Nama aku Farhan, tahun ni berumur 31 tahun.

Tempoh perkahwinan aku dan isteri akan masuk tahun ke 6, September 2021. Perjalanan perkahwinan aku dan isteri memang Alhamdulillah sangat diberkati pada pandangan aku sebab mudah. Mudah in terms of family aku dan family mertua memang sangat memudahkan urusan dari majlis risik, tunang dan seterusnya majlis pernikahan.

Masuk tahun ni, tahun ke 6 perkahwinan, kami dikurniakan cahaya mata yang Alhamdulillah sihat dan takda isu besar apa-apa. Macam mana pun, ada juga masalah yang muncul. Muncul masalah daripada aku sendiri. Masalah aku curang dengan perempuan lain. Aku cerita sedikit pasal diri aku.

Aku jujurnya memang orang biasa-biasa. Not good looking. So peer pressure dari kawan-kawan yang ada gf dan sebagainya, memang buat aku terikut-ikut. So mula lah pencarian gf sejak sekolah menengah, yang akhirnya tak pernah ada sampai lah zaman universiti.

Keseronokan aku join program universiti yang membuatkan aku jumpa isteri aku yang sekarang. Kami berkenalan dan terus ke jinjang pelamin. So macam aku cakap tadi, sebab aku mencari-cari, aku terlalu banyak jumpa perempuan sana sini sampai aku rase benda tu biasa, bertukar-tukar.

Maksud aku tukar kenalan rapat la ye. Sebelum aku nikah, memang aku simpan niat akan tinggalkan benda-benda lagha tu untuk aku focus pada isteri. Namun, hanya bertahan beberapa tahun sehingga la aku jumpa seseorang yang buat aku curang pada isteri.

Bertapa teruknya aku smpai aku bawa balik perempuan itu tidur bersama tanpa pengetahuan isteri. Rasa menyesal, rasa bersalah sangat banyak, rasa sangat teruk, tapi aku lalai, teruskan juga sehingga lebih kurang 6 bulan. To cut things short, kant0i. Kant0i dengan isteri.

Sehingga sekarang isteri dah dapatkan bantuan psych1atr1st sebab dia depr3ss ketika dapat tahu hal sebenar. Aku bukanlah medical person, tapi aku ada jumpa jugak bersama isteri, doctor tu bagi tahu bukan full blown depr3ssion, hanya kearah depr3ssion, tak pasti apa sebenarnya,

Tapi sehingga sekarang, nampak wife makin beransur pulih, sekarang ni dah dekat setahun kant0i dengan isteri tentang perkara hitam itu. Pada salah satu sesi kaunseling, aku terkejut dengan apa isi hati isteri yang disampaikan oleh kaunselor tu, isteri nak buat tuntutan fasakh di mahkamah syariah.

Setelah aku pujuk depan kaunselor tu dengan alasan aku nak pertahankan perkahwinan aku, dia sekali lagi buat aku tersentak, dia akan pertahankan perkahwinan hanya disebabkan anak. Aku tak salahkan dia, semua sebab masalah ini berlaku disebabkan aku sendiri.

Sebagai lelaki, aku sangat terasa dengan apa kata isteri aku. Pertahankan perkahwinan hanya kerana anak. Maksudnya dia tawar hati dengan aku lah kan, so aku pun redha, aku terima seadanya. Hubungan kami hambar, sehinggalah beberapa bulan.

Aku pun mula untuk bersedia untuk kembali hidup single. Jangan salah sangka, aku cuma tak dapat terima alasan dia pertahankan perkahwinan kerana anak. Jadi nak ke tak nak aku perlu move on. Again, bukan salah dia pun, memang perkara ni jadi pun sebab aku buat hal kan.

Tak lama lepas hubungan kami yang hambar ini, wife seolah-olah lupa apa yang terjadi, hubungan kami kembali seperti dulu. Jadi aku ada ambil initiatif untuk kami duduk berdua, setelah anak tidur, untuk bincang perkara ini. Wife kata dia dah maafkan aku sepenuhnya, atas apa segala perkara yang aku buat selama ini.

Dia terima aku seadanya. Aku ulang ya, DIA TERIMA AKU SEADANYA. Walaupun dia beritahu macam tu, aku masih bagi tahu, aku tak boleh accept yang dia terima aku seadanya. Aku sendiri yang rasa bersalah pada diri sendiri pun tak boleh nak maafkan diri sendiri. Tapi dia terima apa segala yang aku dah buat???

Disaat aku dah mula sedia untuk berpisah, dia tak boleh terima untuk kami berpisah. Dia yang mulakan dengan berfikir tentang fasakh. Bukan aku nk divert kesalahan pada isteri, tapi perkara ini sangat memberi kesan kepada aku. Aku dah mula redha dengan aku hidup sorang,

aku kena sambung bagi nafkah dengan anak, berpisah dengan anak, dan mungkin ini cara Allah nak hukum aku dengan apa aku buat selama ni, Mungkin dengan ini cara Allah nak aku kembali berbakti pada ibu ayah aku yang aku hanya sempat 1 tahun selepas aku kerja, sebab kejarkan sangat nak berkahwin.

Luahan aku ni nak mintak pendapat, aku sendiri buntu apa aku nak buat, teruskan, atau perlu fikir tentang perjalanan sendirian aku. Adakah aku boleh kembalikan hubungan aku dan isteri macam dulu if aku teruskan. Terima kasih admin – Farhan (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Zulhilmi hassan – Hi confessor. Saya tengah pujuk diri, jangan komen panjang2, cuba tahan diri dari mencarut. Saya cuba ya. Pada saya, awak memang dah mind set single. Kalau awak mind set family man, awak takkan tergamak hati curang. Awak tak terbayang ke muka isteri, muka anak ketika bersama terlanjur dengan sk4ndal?

Saat ketika isteri memaafkan awak, awak blame dia lagi. Cukuplah tu, awak langsung tak nak cuba selami perasaan isteri awak? Awak tak nak fahami langsung ke betapa hancur hati dia dan berapa banyak usaha dia kutip serpihan hati yang pecah berderai saat dia memaafkan awak?

Farhan, maaf saya tak faham kenapa awak berkahwin. Awak belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebenarnya. Lepaskan isteri awak, mohon ampun dengan isteri, anak, dan mak ayah mertua awak. Awak gagal dalam perkahwinan. Isteri awak berhak bahagia sendiri atau dengan suami baru.

Lepas ni awak pergilah ke pergilah ke kandang buaya, kenal kenal dengan buaya casanova yang lain. Kenal dengan buaya betina kat sana ke. Kalau nak insaf cuba berkawan dengan penguin. Penguin binatang yang setia. Mana tahu penguin boleh ajar awak erti setia.

Cik shasha – Eleh, ko dh sedap berz1na berbulan2 blakang bini, kat rumah sendiri pulak tu. Pastu konon terasa bini ckp bertahan hanya untuk anak2. Habis ko expect bini ckp/rasa apa masa tu?? Benda baru jd waktu tu. Itu pun nasib kant0i. Eh agaknya apa tindakan & perasaan ko kalau balik rumah, bini dlm pelukan jantan lain?? Ha.

Pikir sikit. Entah2 talak 3 ko bagi. Terus terang jela ko mmg x pernah bersedia nk pikul tanggungjwb sbg seorg suami yg baik. Dah kalau ready nk single sgt dan dh xde perasaan kat bini tu, lepaskan dia. Bini ko layak dpt laki yg lagi baik & hidup bahagia.

Kalau ko di tempat bini ko tu, belum tentu ko boleh maafkan dan terima apa yg dh berlaku ni. Jgn bazirkan masa & hidup bini serta anak2 ko tu dgn prangai x semenggah ko ni lg. Sekian.

Cik ria – Aku kan nak tanyalahkan….kepada sesiapa yang curang pada pasangannya…kalau pasangan itu yang buat benda sama macam kau buat, keluar berfoya foya dengan jantina berlainan, siap sampai ke katil….apa akan kau rasa bila dicurangi?

Kdg kan manusia yang mencurang ni kan, otak mcm letak kat lutut tau…. dah buat salah tapi play v1ctim… Mcm ni je la tt, jujur je dgn isteri tuh..yg tt tak nak dia dah…. sbb tt pun dah ready nak single kan..alang alang mcm tuh, jangan kej4m sangat dengan tipu dia…ada kemungkinan nanti tt lebih cenderung buat perangai balik…

kalau rasa rasa diri tuh dah tak boleh BERUBAH dan BEUSAHA jadi suami dia yang lebih baik…bagi tau dia secara jujur dan let go dia untuk bahagia….tapi tanggungjawab kat anak jangan lupa la pulak…. Kepada isteri tt…semog jumpa lelaki yang jauh lebih baik, yang boleh bahagiakan awak dunia akhirat….aamiin ya Allah….

Suami yang tak tahu menghargai isteri yang berpenat lelah melahirkan anak, tinggalkan rumah mak ayah utk jadi pelengkap pasangan ni memang tak berbaloi diperjuangkan sampai syurga… Sampai sakit isteri tuh dia buat, lepas tuh mcm otak masih letak kat lutut…. hmmm.

Rohana talib – Farhan, makcik kena komen juga utk mantain yang makcik Top Fan. Kes curang lagi lagi lagi lagi lagi dan lagiii. Apa yang awak nak sebenarnya dlm hidup? Di saat isteri da bole maafkan dan terima awak seadanya… Ehhhh awak mengada2 nak single again. Ehhh tak pikir pasal anak ke atau awak memang nak bujang trang tang tang sebenarnya

dan beralasan nak fokus pada ibubapa… Ehhh awak nak berbakti pada ibubapa, masa ada isteri pun bole, tak payah jadi kan alasan. Farhan Farhan Farhan.. Berubahla, sayang kan famili isteri dan anak. Kita hidup ni tak lama. Berbuat baik dan berkasih sayang la dgn isteri dan anak awak.

Jangan sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna Farhan oiii. Jangan nak bawa perempuan lain balik tidur lagi, da ada yang halal kan. Moga Farhan istiqamah, dekatkan diri dgn Allah dan bahagia suami isteri.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.