Aku bsyukr, adik bcerrai dgn suami dia. Ank dh 3 tp masih curg. Tp pelik, lps bpisah adik mer0yan nk kembali bsama.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Thanks admin kalau approve. Harini rasa s4kit hati dengan benda yang terjadi dekat adik perempuan aku. Nasihat tak lut, berbuih pulak mulut aku ni membebel dengan cara dia handle masalah rumah tangga.

Aku bukan kakak yang penyibuk, tapi bila bekas husband dia dah kawin lain ya Allah bukan main mer0yan lagi adik aku ni. Dalam fasa dia mer0yan ni isteri baru suami dia pun masuklah jarum. Cucuk punya cucuk dengan update segala luahan dia di segala media s0sial. Salahkan adik aku tak habis-habis.

Dah bergaduh pulak adik aku dengan isteri baru laki tak guna dia. Aku marahkan dan salahkan semua dalam situasi ni. Adik aku ni bila mer0yan asyik salahkan si perempuan yang merampas aje. Padahal dia sedar suami dia macam mana. Sedar dalam mimpi aku rasa. Senteng sebab cinta palsu.

Ex dia culas bab nafkah. Bagi ikut kemampuan tu betul, ada la usaha nak cukupkan tapi awak tu suami tak habis-habis asyik pertikai saja semua benda tak cukup. Keluar anak yang ketiga terus tepuk dahi berharap isteri kerja. Sama-sama bantu sama-sama keluarkan duit.

Isteri ni bila lama tak berkerja dengan anak kecik-kecik ingat senang ke nak dapat peluang kerja? Kalau dapat nak kena pikir pulak nak lempar mana anak- anak tu? Aku jadi marah dengan bekas adik ipar bila “mengeluh” bab rezeki dia kena cari. Seolah-olah terpaksa pulak.

Buat anak sampai dah beranak tiga orang tu kau tak pikir pulak awal-awal. Ni la yang aku selalu bebel sebelum dia keluar anak kedua, jarakkan sikit. Tak payah beranak dulu. Degil tak makan nasihat. Dah keluar aku tengok laki kau anggap bala bukan kunci bahagia suami isteri dah.

Anak ramai tu rezeki, tapi kalau sampai jadi punca semua benda, makan minum asyik tepuk dahi tak cukup. Rezeki ke bala yang ditempah? Kaki perempuan. Sebelum bercinta dah kenal suami tu ada isu mengandungkan anak orang. Kau jugak menggatal nak jugak.

Jadi mak sanggup back up,kononnya nak bantu keluar dia dari masalah. Cinta sejati susah senang apo, kau kekasih dia, dia sedap mengandungkan anak orang lain. Ini realiti weh yang menyesakkan pemikiran aku. Siapa tak sayang adik? Kena tampar dekat muka tu dah 3, 4 kali. Sebab degil!! Tapi nak hadap jugak konon cinta.

Cinta b0doh. Keluar anak yang ketiga, isu perempuan still tak habis. Aku tak faham apa la yang adik aku dapat? Isu orang ketiga ni, ibarat memungkiri sebuah kesetian yang besar. Kecewa yang takleh diterima dek akal, tapi ada jugak la manusia b0doh yang mengalah untuk terima seolah-olah kecil kesalahan tu.

Negara berg0lok gadai per4ng sebab ada pemerintah yang belot, aku rasa situasi ni terguna pakai untuk kes curang. Itu pun otak singkat nak fikir. Suami sendiri dah sah-sah belot. Kuat complain pasal layanan. Kalau aku ada rezeki lebih selalu aku belikan adik aku ni baju. Selekeh sangat tengok.

Dengan tudung ala makcik-makcik tua nak gi pasar, baju yang sama saja tiap kali jumpa. Gendong anak sorang, pimpin tangan sorang bawak jumpa aku. “Abang Ilias selalu complain, Ina tak pandai make up, badan busuk. Masak dah jarang, kalau masak dah tak berapa sedap” berangin saja aku dengar.

“Balik buat la air ke, senyum sikit ke,sejuk sikit hati suami tengok”. Amboi-amboi, kau ingat adik aku ni bibik sampingan ke apa? Geram weh bila dengar dia cerita, air mata tak ada boleh gelak-gelak lagi. Lawak ke dik? Dia h1na awak tu. Awak susah payah urus rumah, anak-anak.

Suami balik nak awak tip top wangi cantik, makanan air dah terhidang sedap-sedap. Dah bercerrai berai baru nak nangis macam orang g1la. Patutnya bersyukur dapat keluar dari tangan tak tahu menghargai. Awak tak kerja, mana nak cari duit beli barang keperluan. Suami balik complain duit tak cukup.

Panas saja aku dengar, duit tak cukup fahamkan lah keaadan isteri sama. Solat sama-sama pun tak pernah. Ini jadi masalah dan beban rumah tangga. Masing-masing masih tak sedar. Berbalik pada isu orang ketiga. Isteri tak kerja untuk bantu, tak pandai layan dan tak usaha untuk berubah.

3 benda yang diulang-ulang bekas adik ipar aku kenapa dia dah takleh teruskan hubungan rumah tangga diaorang dan memilih untuk cerraikan adik aku dan menikah dengan orang lain. Yang buatkan aku rasa bengkek, perempuan ketiga ni bukan kemahen lagi nahai pertikai tentang kelemahan adik aku,

“Tula dulu ada taknak jaga, sekarang dah kena tinggal baru nak jadi gilla” Aku tak mention dia perampas, sebab dia dengan bekas adik ipar aku tu sesuai la sama-sama b0doh dan dangkal. Hayati dan nikmatila puing-puing cinta palsu you all berdua di fasa honeymoon ni.

Bak kata orang tengah angau lagi. Esok-esok Allah tunjuk jalan untuk sama-sama hadam keburukan masing-masing. Susah payah, sakit kecewa dan keb0dohan adik aku terbayar jugak nanti. Aku nak semua ni akan bukak mata adik perempuan adik aku untuk faham, jangan sekadar menyalahkan perampas, salahkan taik yang bekas laki kau cari sendiri.

Menjawab la esok di akhirat sebab culas bab tanggungjawab. Sy4itan ketiga selalunya paling seronok. Suami orang, yang dangkal dibelenggu masalah isteri tak cantik lagi, busuk, tak pandai masak dan tak kerja adalah aim untuk kita jadi malaikat suci. Hati jadi riak dan haloba tanpa ada rasa ihsan pada isteri orang lain.

Inilah peluang kita, mari tunjukkan rasa kasih dan pendengar setia. Kononnya dia la perempuan terpaling faham lelaki. Terpaling sempurna untuk ubah lelaki jadi lebih baik. Suami dangkal yang kononnya tak cukup kasih sayang, yang dah berusaha sehabis baik tak sedar diri,

terus nampak malaikat baru dan anggap isteri yang dulu pernah jadi terpaling b0doh hidup susah senang sebagai bala. Mari cerraikan isteri kita, dan menikah dengan isteri “sempurna” Dan… adik aku terus mer0yan sayangkan suami dia. Onz semua media s0sial update segala benda untuk aim “perampas”.

Perampas tu dah memang sy4itan haloba, laki awak tu dik set4n besar. Sy4itan segala sy4itan. Jangan jadi b0doh mer0yan nakkan suami balik. Dia pun sama-sama sy4itan. Ambik wudhuk solat, sujud syukur sungguh-sungguh. Kalau dia suami yang baik dia akan ingat awak dan anak-anak.

Kenapa dia perlu complain saja tapi dia tak usaha untuk awak? Dia yang buka peluang untuk diri dia didekati perempuan lain. Kuasa talak besar atas tangan dia. Kalau dia sedar kuasa tu, dia takkan cari perempuan lain dulu. Serba kekurangan adik aku ni bukan alasan untuk dia try baru.

Aku sakit hati sebab pandai complain tapi tak usaha untuk betulkan. Adik aku manusia serba kekurangan, tapi bukan kunci untuk cari lain. Nak cerrai terus kahwin baru, adik aku pulak mer0yan gendong anak. Ni yang aku paling sedih! Cerraikan adik aku, lepaskan dia dengan alasan-alasan buruk dia. Lemah dia.

Kemudian keluarla weh nak cari seramai mana pun perempuan. Ni dalam fasa nikah, dengan muka bersih anak-anak. Boleh pulak berlaku sesi luahan hati perasaan, cinta haram,sedangkan ada bini menyusu anak dekat rumah. Susah ke nak buat keputusan? Allahu. Awak cerraikan dia dulu, jangan siksa dia dengan status bini.

Sakit.. aku tengok adik aku dah macam separuh g1la nakkan lelaki tak guna dia balik. Satu benda aku nak pesan untuk perempuan yang sibuk nak bantu suami orang yang bermasalah. Awak jangan lah dengar sebelah pihak aje, lelaki ni kalau dia try yang baru habis dicanang buruk isteri.

Dia nak sebut ke khilaf dia? Kelemahan dia? Manusia mana nak cerita buruk dia. Big no untuk nasihatkan suami orang tolong suami orang. Dah tiba-tiba sebut pasal soal hati soal cinta dan takdir. Semua takdir takkan datang bergolek, ada ketika kita yang bentuk takdir tu.

Kita ni sama-sama perempuan, kenapa nak jadi tangan yang merosakkan? Aku tau dah jadi budaya sekarang ni perempuan burukkan perempuan demi lelaki haprak. Tengah manis lagi kan? Tunggu fasa pahit. Allah akan tunjuk pahit sepahitnya apa yang adik aku hadapi. Perempuan mana tak separuh g1la kalau suami nak tinggal sebab perempuan lain?

Memang akan jadi perempuan betul-betul g1la. Apa ingat senang nak move-on? Anak dah tiga. Lelaki tu la sama-sama curah kasih sayang dulu. Memang meraung la walaupun jantan tak guna. Aku sayang adik aku. Moga adik aku terus kuat, dan jadikan apa yang berlaku saat ni sebagai pengajaran yang besar untuk dia. Aku nak dia kerja, buat bisnes kecik-kecik.

Ada duit bersiap sikit, fokus demi diri dan anak- anak. Aku akan bantu besarkan anak-anak dia. Sedih aku tengok muka tak tahu apa-apa. Suatu saat anak dah besar dan berjaya, aku nak ingatkan budak-budak ni sayang mak lebih dari ayah.Ingat mak lebih dari ayah.

Biar dia kenal pengajaran. Lempar adik aku macam kain buruk. Aku tau ada lagi lelaki yang baik, tapi yang buruk-buruk ni makin membiak pulak zaman serba mencabar ni. Moga Allah bantu kau dik. Akak sayang kau. – Kakak Sedih (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Amirah sabirah – Reality is many women prefer b4d boys aka laki taguna utk dijadikan bf and kawen sampai sanggup membelakangkan family sendiri huhu. Teringat ade satu quote ‘don’t marry to change your partner’..the truth is you can only change yourself. Even kite sendiri pun amek mase nak ubah kekurangan diri sendiri..

inikan nak ubah org lain y mindset masih lagi tak sedia for any changes. Mmg jadi haywirela..ape2 pun you are a great sister for doing what you do. Semoga those women who are married to laki taguna out there stop living in denial and make a wise move to break away from toxic relationships.

Edha yadira – Faham sangat. Aku pun ada adik yang degil, masa angau tak nak dengar nasihat. Tegur sikit buat muka. Dgn bf dlu² byk buat masalah, aku juga tempat dia mengadu, menangis meluah bagai. Tu aku tak kisah tapi kenapa time kau happy kau tak nak dengar teguran aku?

Katanya nak kahwin, aku dah nasihat lengkapkan diri dari skrg, ilmu2 rumahtgga, ilmu parenting. Rajin2kn diri buat kerja surirumah. Bukan duduk hadap fon je. Skrg blk kerja boleh la goyang kaki, nnti dah kahwin ingat makanan tersedia sendiri ke..baju basuh sendiri? Belajar manage masa. Tapi nasihatku pergi di angin lalu. So aku dah nekad stop nasihatkan dia.

Azilawati rozaimi – Patutnya adik confessor bersyukur sangat dapat lepas dari lelaki mcm tu. Yg tak reti nak hargai anak isteri. Adik tu kena moved on, kena tau hidup atas dunia ni apa tujuannya.. kita semua tuju ke tempat yang satu, ke negeri abadi. Sudahla2 siksa perasaan tu, banyak2 la berserah padaNYA,

soon akan jumpa ketenangan yang kita tak pernah terfikir. Bila dah dapat ketenangan tu, kita akan lupa bende2 yang menyesakkan fikiran kita, you’ll be much happier dengan diri u dan anak2.tak sakit hati ke nak sangat kat org yang kata kita macam2.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.