“Abg tewas lagi, maaf syg”. Paling lama 3bln tue pn sbb isteri mgandg. Bila tdur lmbat tiba2 dia dtg.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Dengan nama Allah aku mulakan. Assalamualaikum W.B.T semua pembaca. Nama aku Nemanja (nama fav player aku dulu). Lagi 3 tahun usia aku menginjak 30 tahun.

Aku sudah berkahwin dengan seorang isteri yang solehah dan dikurniakan seorang anak yang comel. Aku seorang lepasan agama dan sekarang bekerja dalam bidang agama. Aku nak coretkan sebuah confession yang aku tak pernah luahkan kepada sesiapa pun hatta kepada isteri aku sekalipun.

Sebabnya ia berkait dengan a1b besar aku. Aku menulis di sini selepas aku tewas entah ke berapa kali dalam ujian yang menimpa aku. Aku memilih ruang ini untuk meluahkan bukan untuk membuka a1b aku, tetapi untuk aku melepaskan segala bebanan d0sa yang aku tanggung entah sampai bila.

Lebih-lebi lagi di ruangan ini aku boleh menyembunyikan identiti aku. Biar hati aku tenang. Cerita dia begini, baru-baru ini aku ada terbaca sebuah confession “Rahsia suami dan telefonnya”, yang berkaitan suami yang ket4gihan gajet dan sering tidur lambat. Rupa-rupanya suaminya itu kaki p00rn.

Bila aku terbaca kisah itu seolah-olah aku terbaca kisah aku sendiri. Bezanya cuma Allah simpan a1b aku kemas-kemas sehingga saat ini. Dalam confession tersebut menggambarkan betapa hancur luluh hati si isteri bila dapat tahu suaminya yang baik dan kaki surau tetapi ket4gihan n4jis p0rn0gr4fi.

Mungkin isteri aku pun akan kecewa dan hancur hati sama seperti puan tersebut bila dapat tahu suaminya pada zahirnya malaikat namun sebenarnya b4tinnya adalah sy4itan. Untuk pengetahuan semua, aku terjebak dengan najis p0rn00 ini sejak aku tingkatan satu lagi. Pendek kata separuh daripada umur aku terjebak dengan n4jis ini.

Entah macam mana aku boleh mula tapi yang pastinya aku tak boleh kawal n4fsu aku ketika itu. Dan lebih merisaukan aku, seingat aku, pada usia aku 6 tahun lagi aku selalu terbayangkan imaginasi-imaginasi kotor. Entah dari mana aku belajar aku pun tak ingat. Nak salahkan persekitaran rasanya aku hidup dalam persekitaran yang sihat

dan ummi abah aku sangat menitik beratkan soal agama sejak aku kecil. Nak salahkan rakan sebaya pun tak boleh sebab aku berkawan dengan orang-orang yang baik. Aku cuma boleh salahkan diri sendiri sahaja lah. Bukan aku tak pernah cuba berubah, tapi siapa yang terjatuh ke lembah m4ksiat ini pasti kaki dia terbelenggu

dan dia akan jatuh setiap kali dia cuba panjat keluar dari gaung m4ksiat ini. Kalau aku nak ceritakan kisah aku untuk cuba bangkit berubah boleh jadi bersiri-siri tulisan ini. Berapa banyak janji aku terhadap diri sendiri dan janji aku kepada Allah, namun setiap kali itu juga aku mungkiri janji aku.

Setiap kali aku jatuh aku cuba bangun sehingga sekarang aku jatuh dan malas nak bangun dah. Sampai satu tahap tengok yang haram rasa tak berd0sa pun. Paling terbaru, aku berjaya tinggalkan najis p00rno ini selama 3 bulan semenjak aku dapat tahu isteri aku mengandungkan anak kedua kami.

Namun aku tewas lagi buat kali ini berpunca daripada lockdown yang memaksa aku menghabiskan masa di rumah. Puncanya aku suka tidur lambat sebab tengok TV dan scroll telefon. Isteri aku biasanya akan masuk tidur awal. Masa berseorangan itulah datang keinginan dan ket4gihan aku itu. Sungguh b0d0h!

Kenapa aku kata b0dh?! Sebabnya aku sekarang ada yang halal kenapa tetap aku cari yang haram?! Bagi aku orang yang dah berkahwin tapi masih layan p0rn00 ini sungguh b0dh. Ada realiti tapi masih pilih yang f4ntasi. Benda ini terjadi oleh sebab ket4gihan yang selalu meresahkan jiwa aku kalau tak dapat melunaskannya.

Sehinggakan ketika sedang menghadap Allah pun aku kadang-kadang terfikir benda ini. Dulu aku selalu ingat dengan berkahwin mampu mengubati penykit aku ini. Selalu aku berdoa kepada Allah. “Ya Allah, berilah aku berkahwin awal supaya aku dapat tinggalkan m4ksiat ini”.

Namun aku silap, ketagihan p00rno ini bukan simply kau boleh ubat dengan berkahwin. Bahkan dia bawak effect yang lagi buruk kepada perkahwinan seperti rasa macam tak puas bila bersama, tak dapat memuaskan pasangan dan sebagainya. Dan sampai worse case boleh hilang selera dan cinta terhadap pasangan hingga bawa kepada pencerraian.

Nauzubillah. Untuk pengetahuan semua, aku bagitahu sebelum ini yang aku ini lepasan bidang agama. Ya, seawal usia muda aku di hantar untuk menghafal kalam suci dan Alhamdulillah aku berjaya khatam dan ingat semuanya sehingga ke hari ini oleh sebab aku konsisten mengulang dan membaca sekurang-kurangya 2 juzuk sehari.

Solat memang aku jaga 5 waktu tapi kekadang rasa berat nak solat awal waktu. Sungguh aku risau nikmat mengingat Al Quran ini Allah tarik sebab m4ksiat yang aku buat ini. Banyak benda aku dah buat untuk berubah antaranya aku cuba alih perhatian aku dengan bermain game.

Tapi boleh pulak sambil-sambil main game terpikir ke arah tu. Aku juga banyak baca dan dengar keburukan-keburukan p00rno tapi sekejap sahaja rasa insaf kemudian terjatuh balik. Selain itu, aku cuba banyakkan juzuk murajaah aku pada setiap hari tapi tetap sahaja aku tewas.

Apa yang aku perasan kesan buruk p00rno ini dalam kehidupan aku seharian ialah aku susah nak bangun subuh dan selalu solat hujung waktu. Aku juga jadi cepat lupa perkara-perkara yang aku selalu ingat. Fokus aku terhadap sesuatu perkara pun dah berkurang. Dan selalu hidup aku rasa kurang motivasi dan hambar.

Tambahan lagi, aku selalu malu untuk berhadapan dengan orang ramai oleh sebab aku rasa sungguh h1na diri aku ini biarpun orang sekeliling memandang aku tinggi. Selain itu, mata aku menjadi liar dan susah untuk ditundukkan. Di samping itu, aku perasan yang Allah limitkan potensi diri aku yang sebenarnya boleh pergi jauh dalam bidang agama dan akademik.

Di sebalik semua itu aku cuma boleh bersyukur sebab aku tak melangkaui batas sehingga berlaku curang dan berz1na. Nauzubillah. Buat para pembaca sekalian, doakan aku menang dan bebas daripada penykit ment4l ini. Susah sungguh nak cabut akar yang tertanam dalam lubuk hati sejak separuh usia aku ini.

Doakan aku bangkit dan diberikan kesedaran dengan sebab musabab yang baik bukan dengan sebab musibah dan ujian. Buat semua yang senasib denganku, semoga kita kuat melawan penyakit akhir zaman ini. Benda ini tidak normal ya biarpun masa kini orang anggap ia normal bagi lelaki. Ketahuilah kita sedang berpenykit!

Buat isteriku yang solehah, maafkan abang sebab abang tewas lagi kali ini. Abang banyak kali berjuang dengan memikirkan sayang dan anak tapi tetap juga abang tewas. Banyak kali abang suruh sayang doakan abang untuk jadi suami dan lelaki yang baik tanpa sayang tahu maksud di sebalik permintaan abang ini.

Dalam hati abang selalu menafikan bila sayang ucapkan “abang lah suami terbaik sekali”. Kerana hanya Allah lah yang maha tahu di sebalik topeng suami yang baik ini ada wajah hitam hodoh dan jelek. Semoga topeng ini tidak terbuka selamanya. – Nemanja (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Ainnur nazri – memberi semua anak saya pendidikan aliran agama adalah hasrat yang sentiasa membara dalam jiw4 saya… datang satu ketika banyak Allah tunjukkan kepincangan mereka2 yang lahir dalam bidang agama menyebabkan saya takut… saya kongsikan rasa itu dengan seorang sahabat…

“saya takut kak… saya nak anak saya masuk sekolah agama, saya nak anak saya masuk tahfiz… tapi sekarang ni banyak pulak hal orang2 agama ni…saya takut Allah uji macam tu… saya takut anak2 saya juga salah arah”
sahabat saya cakap “orang yang ada agama dan alquran dalam dada ni

bukan tiket untuk tidak diuji tapi kau yakinlah… bila agama dan alquran ni ada dalam dada dia…dia akan patah balik pada kebenaran juga satu hari nanti” dik… akak yakin… kau pun akan balik kepada kebaikan

Amirah sabihah – Slm confessor, based on research mmg p00rn add1ction is much worse than drvg add1ction. But if there are people who managed to leave it behind, I’m sure you can too! Some tips for you. Pastikan you only access your gadgets in the living room or when someone else is with you. Tido awal.

kalau X boleh jgk, instead of mnghadap gadget Tu, baik gi dapur tolong cuci ape y patut, tgk bilik baju..ade X baju brlonggok, tlg lipatkn, tandas cucikn n sapu sampah satu rmh.. better mop skli.. Mesti makin sayang wife kt confessor. N I’m sure Lepas Tu X larat dah NK buat onar..Moga Allah permudahkan..

Norlaila din – Anda tidak sesat,org yg sesat adalah org yg tidak tahu dia tidak tahu,dia perlu di bantu,org yg tahu dia tidak tahu, org ini perlu ditunjuk jalan.saudara masih muda,saudara terjebak dosa itu agak lama, mungkin saudara berd4rah muda,sukar control n4fsu,

tapi kemudaan saudara itu juga mampu melonjakkan diri kpd yg lebih baik,mampu memacu diri lebih pantas dari situa…. ayuh..panjangkan akal,kumpulkan segenap tenaga utk buang penyakit tu,mungkin saudara boleh busykan diri dgn sambung belajar, renovate rumah,belajar bahasa asing,bersenam in house…

aturkan jadual aktiviti seharian,lipat maju mungkin,pastikan satu hari penuh aktiviti n tidur kena awal….tutup mana mana lobang yg bakal menjerumus kan saudara balik ke situ,tutup sekemas kemasnya….semoga Allah membantu saudara,if saudara kecundang lagi,sedekah lah kpd yg memerlukan dan mohon didoakan utk saudara….10x kecundang 10x sedekah.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.