Ingtkn lps eksiden insaf. Sbb xdpt arwh ayh, beria ajk ke mhkmh. Hairan, respon kak long hy trsenyum je.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Untuk part I, Pelik, sejak abh sakit, beria2 dia nk jagakn. Bila abh minta ambil duit, tgamam abh duit xcukp. Kak long siasat, rupa2 inilah “tanggang moden”..

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat semua warga netizn Malaysia yang follow pages page ni. Ramai yang ternanti dengan sambungan cerita Kude Tanggang versi moden. Kalau siapa yang belum tahu cerita part 1 boleh lah baca dulu ya. Terima kasih atas semua komen-komen murni serta komen yang marah dengan sikap si Kude.

Itu baru beberapa cerita sahaja. Sebenarnya banyak lagi cerita si Kude termasuk Kude menerima musibah sebagai peringatan kepada diri dia dan keluarganya. Sekarang aku sambung part pasal duit akaun aruwah Abah dulu. Kak Long ni kan sejenis g4ngster dalam adik-beradik, maka Kak Long mainkan peranan seperti Ah Long kutip hutang.

Bayangkan Kak Long muka nampak saja lembut tapi sekali dia buka mulut rasa sakitnya hati tak boleh nak buat bincang. Jadinya bersama aku, Umi dan aruwah Abah kami ke rumah sewa Kude. Waktu kami sampai Kude agak terkejut sebab mesti ada something wrong dengan kedatangan kami. Ya memang something wrong.

Sebelum pergi ke rumah Kude, Kak Long dah riki dulu dengan jiran Kude. Jiran Kude sebenarnya officemates Kak Long, jadinya officemates Kak Long adalah mata-mata untuk memerhatikan Kude. Bersama bukti bank statement dan laporan polis kami bawa untuk dipersembahkan kepada Kude.

Maka bermula sesi per4ng s4raf antara Kude dan Kak Long. Masa kak Long sampai, Payung isteri Kude terus masuk ke dalam. Sebab si Payung takut sikit dengan kak Long. Punca kak Long pernah sound baik dekat Payung suatu ketika dahulu. Ini akan diceritakan kemudian kalau ada permintaan.

Bermulah lah sesi soal menyoal antara si Kude dan Kak Long. Dialog ini diringkaskan sebab aku tak berapa ingat susunan ayat Kak Long dengan si Kude. Kak Long : Kude aku ada beberapa soalan yang aku nak kau terus terang depan Abah dan Umi. Kalau kau menipu aku tak teragak heret kau pergi balai.

Kude : Apa masalah? Ada salah apa aku buat dengan kau? Kak Long : Bukan salah dengan aku tapi dengan Abah dan Umi! Kalau kau mengaku salah tu, aku boleh consider lagi. Tapi kalau kau tak mengaku aku memang buat tindakan ikut undang-undang. Kude : Yelah salah aku apa? datang tiba-tiba lepas tu kau nak marah aku.

Abah, Kude buat salah apa dekat Abah Umi? pasal duit ke? Abah diam membisu. sebab Abah dah kena brainwash dengan Kak Long sebelum tu. Kak Long w4rning Abah, kalau tak nak Kak Long merajuk macam dulu. Abah kena ikut apa rancangan Kak Long.

Abah : Kude, sampai masa Abah nak kau jujur saja dengan kami semua. Abah tak marah sebab kau dah besar, sepatutnya kau yang bantu Abah, bukan Abah yang bantu kau. Hal ni Abah dah serah dekat Kak Long. Kak Long anak sulung, kak Long yang banyak bantu Abah. Jadinya, Abah yang minta kak Long selesaikan.

Abah tak nak hidup Abah ditipu dengan lakonan kamu. See waktu ni Abah pun dah give up sebenarnya dengan Kude. Kak Long terus campak bank statement Abah dekat meja. Kak Long : Kude kau tengok satu persatu bank statement ni dan kau kena jelaskan. Sebab segala laporan polis dan bank, Abah dah buat.

Ini semua sebab kau dah dikira pecah amanah khianat orang tua. Kude terus baca bank statement dan diam seketika. Pasti si Kude nak mencari seribu satu jawapan untuk melepaskan diri. Kude : Kenapa dengan bank statement ni, apa kaitan aku dengan bank statement Abah?

Kak Long : Kau tanya apa kaitan bank statement ni dengan kau? Sekarang ni aku tanya kenapa setiap minggu mesti ada pengeluaran duit dari akaun Abah. Bukan sikit kau keluarkan tapi hampir ribu setiap minggu. Apa masalah kau sebenarnya keluarkan duit akaun Abah?

Kalau Abah tak suruh Hun keluarkan duit Abah mesti kau tengah gembira keluarkan duit Abah setiap minggu. Patut lah kau selalu balik ke rumah tidur dekat rumah. Rupanya kau ambil kad bank Abah untuk kau guna. Kau ingat Abah cap duit semata untuk kau? Kau tak rasa berdosa ke bagi anak bini kau makan pakai duit Abah.

Kau ingat Abah simpan duit untuk kau saja ke? Sebenarnya panjang lagi ser4ngan ayat kak Long dekat si Kude. Macam pelru berpndu. Sebab kak Long dah terlalu marah dengan sikap si Kude. Kude : Aku keluarkan pun sebab beli barang dapur rumah Abah, tiap minggu aku belikan barang dapur dengan bayar bil-bil rumah Abah. Kau tahu ke semua tu?

Checkmate si Kude! Selama ini urusan bil TNB, air, Unifi diuruskan oleh aku, si anak bongsu Hun. Sebab dari awal aku tinggal dengan Abah dan Umi aku lah yang uruskan segala bil rumah. Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang bergilir-gilir belikan barang dapur untuk rumah.

Dekat sini si Kude dah menipu semua. Masih deny kan pasal duit yang diambil secara sembunyi. Kak Long : Kau bayar bil rumah? Segala bil rumah Hun yang uruskan. Barang keperluan rumah aku yang uruskan. Sekarang ni apa kau nak jawab? Kau bagi bukti apa yang kau sebenarnya uruskan?

Umi!, betul ke si Kude tiap minggu belikan barang dapur? Apa yang dia beli untuk keperluan rumah? Umi : Ada lah sikit tapi bukan untuk Umi guna. Dia guna laki bini kalau balik rumah Umi. Macam barang basah. Itupun bukan banyak.

Umi terus berterus terang. Maka terkant0i busuklah si Kude dengan penipuannya. Kak Long : Kau dengar tak apa Umi bagitahu? Sekarang aku nak kau mengaku dan kau bayar dulu half duit yang kau ambil atau aku buat laporan polis untuk heret kau ke mahkamah! sebab kalau ikutkan hati aku,

aku nak saja panggil polis terus. Tapi aku hormat Abah Umi ada sekali. Kude : Ye aku salah, aku ambil sebab setiap bulan duit aku tak cukup. Aku nak pinjam dengan Abah aku segan. Aku nak pinjam dengan adik beradik aku malu.

Ye aku yang ambil duit akaun Abah. Bah, Kude minta maaf dekat Abah. Kude janji Kude nak berubah bah. Kude anak yang selalu buat abah susah. bla bla bla (banyak lah dialog kemaafan si Kude dekat Abah). Kak Long : Aku tak kisah kau dah minta maaf dengan Abah. Tapi aku nak kau bayar half duit tu dulu.

kalau tidak kau tahu nasib kau aku nak ajar kau ni nanti. Abah : Apa yang tak cukup untuk kau Kude? Abah tiap minggu bagi kau duit. Apa yang tak cukup sebenarnya dekat kau Kude? Kau terlalu boros nak tunjuk mewah. Abah ni kira salah mendidik kau Kude!

Anak yang lain semua tak membebankan Abah. Abah rasa senang bila dengan yang lain. Tapi dengan kau Abah rasa sedih. Abah rasa selama ni Abah salah mendidik anak-anak Abah. Abah akui silap Abah dekat anak-anak Abah. Masa tu banyak juga drama air mata antara abah, dan Kude.

Kude insaf ke selepas ini? Nah ada yang akan terjadi. Sebenarnya ada beberapa kejadian yang Kude buat sampai kak Long dan Kak Lang merajuk dengan Abah. Sampai dua kakak aku yang g4ngster dan malang tu tak nak balik rumah disebabkan perangai Kude.

Kak Ngah saja yang lembut tu pun selalu jadi mngsa Kude sebenarnya. Sebab Kude dah anggap kak Ngah mesin ATM bergerak dia untuk dia minta duit.Nah selepas peristiwa itu tadi, kak Long ambil kunci kereta si Kude, bila Kude bayar RM 5K baru kak Long akan pulangkan kereta si Kude.

Short story selepas kes tu dalam 5 bulan kemudian aruwah Abah mennggal. Ada cerita semasa aruwah Abah mennggal, sebenarnya aruwah Abah mennggal kami semua ada dekat rumah nak celebrate birthday anak Kak Long. Kebetulan hari Jumaat masa tu adalah public holiday. Jadinya, kami berkumpul ramai-ramai kecuali Kude.

Kude memang tak pernah dimasukan dalam group WhatsApp family sekian lama. Sebab pernah si Payung screenshot perbualan kami sekeluarga dan diupdate dalam socmed dia dan ramai yang mencela kak Long aku. Walhal peristiwa tu adalah berpunca dari si Payung. Sebab Payung dan Kude suka play like a v1ct1m.

Kalau ikutkan mereka tu lah sebenarnya yang punya angkara. Cerita mengenai aruwah Abah mennggal, pagi tu aruwah Abah sempat main dengan cucu-cucu semua, sempat gelak ketawa dengan kami semua. Dalam pukul 11, aruwah Abah duduk di ruang tamu sementara tunggu nak ke masjid bersama menantu yang lain.

Tiba-tiba masa kak Ngah kejut nak ajak makan tengahari aruwah Abah dah tak sedarkan diri. Panggil medical, rupanya aruwah Abah dah kembali ke rahmatullah. Kak Ngah call Kude, panggilan tidak berjawab, call si Payung pun sama, banyak kali kami call sebenarnya. Tapi satu pun tiada respond,

last sekali Kak Ngah cuma WhatsApp bagitahu yang aruwah Abah dah tiada. Kude rupanya ke Pulau Tioman bersama Payung dan anak-anak. Langsung tiada respond mungkin disebabkan disana tiada coverage line. Maka, setelah dua hari aruwah Abah kebumi maka

si Kude munculkan diri bersama Payung dan anak-anak. Disini pun sebenarnya si Kude tak lagi menunjukkan rasa bersalah.Alhamdulillah arwah Abah disempurnakan dengan baik oleh menantu-menantu aruwah Abah. Dari mandikan sampai ke li4ng lahad, semua menantu Abah yang buat.

Anak lelaki aruwah Abah? sibuk berhoray-horey dengan keluarganya. Masa si Kude sampai di rumah. Mulalah lakonan Kude, menangis sebab rasa berdosa dengan aruwah Abah. Siap janji nak jaga Umi lepas ni, siap kata akan jaga amanah aruwah Abah. Kak Long sempat perli tanya apa AMANAH abah untuk kau?.

Sebab segala AMANAH yang aruwah Abah pesan sebenarnya ada pada kami. Aruwah Abah dah wasiatkan segala harta peninggalan aruwah Abah buat kami. Tidak mengikut faraidh pun. Waktu bicara kuasa tu lah nanti berlaku pertelingkahan antara Kude dan Umi. Jeng jeng jeng. Akan ku ceritakan.

haaaa makin banyak part lah tanggang versi moden. Malam sebelum aruwah Abah mennggal, kami semua sempat bertahlil, aruwah Abah sempat memohon maaf selama ini aruwah Abah salah mendidik anak, aruwah Abah menyesal sebab mengutamakan anak lelaki, siap abah menangis depan kak Lang.

Kak Lang dari kecil sampai dah besar selalu jadi mngsa aruwah Abah walaupun tu bukan salah Kak Lang. Kami semua mohon maaf dekat Abah malam tu, Abah sebenarnya tak salah cuma mungkin Abah ingat dengan memanjakan anak lelaki akan menyenangkan Abah.

Malam tu sungguh syahdu buat kami semua, bila dah habis sesi solat jemaah, lama juga kami tidak makan bersama dalam talam. Ini semua sebenarnya idea kak Long. Kak Long nak jernihkan suasana adik- beradik. Kak Long ajak juga si Kude, tapi Kude kata minggu tu Kude ada kerja.

Nampak tak sebenarnya Kude masih lagi eg0. Kude ziarah pusara aruwah Abah dengan Umi dan Kak Ngah, di pusara Kude menangis sebab menyesal tak jadi anak yang baik, selalu menyusahkan abah dan macam-macam lah kesalahan dia dan Payung. Kak Ngah cuma jadi pemerhati saja.

Sebenarnya hal si Kude, Umi dah lama makan hati, tapi Umi simpan dan pendam sebab tak nak si Kude jadi anak derhaka. Umi ni sejenis tak akan doakan anak-anak yang tak baik. Umi lah yang selalu doakan anak-anak yang baik dan harap sangat selalu si Kude ni berubah.

Masa di pusara, Umi pesan dekat Kude, masa ni Kude dah kena jaga AMANAH aruwah Abah. Aruwah pesan supaya Kude jaga solat, jaga aurat isteri, anak-anak tu semua. Tunaikan perintah Allah. Banyak juga kata kak Ngah Umi tazkiran kan Kude masa di pusara.

Kude sebenarnya sejenis manusia yang lalai dengan dunia. Dulu masa kecik-kecik bila aruwah Abah ajak solat, Kude akan kata dia dah solat, walhal belum pun. Pernah dulu aku yang intai, dia kata nak solat tapi baring diatas katil sambil menyebut Allahuakhbar secara kuat konon menandakan dia tengah solat.

Sampailah dah beranak-pinak Kude cuma solat bila kami semua berjemaah, si Payung asal datang rumah aruwah Abah peri0d saja. Kalau tak berjemaah pun jarang nak tengok Kude solat. Pernah Kude tidur di rumah, dari Subuh sampai Isya’ tiada pun Kude solat.

Kadang Umi tegur tapi biasalah Kude dengan eg0nya bila Umi tegur. Kude dengan Umi memang suka melawan sikit, tapi kalau dengan aruwah Abah, Kude seperti anak yang soleh. Sekarang ni part aku nak cerita seminggu selepas kem4tian aruwah Abah dan balasan untuk Kude. Dekat dunia Allah dah tunjuk kan apatah lagi dekat akhirat nanti.

Seminggu selepas aruwah Abah mennggal, Kude kemalangan bersama keluarga. Paling kesian anak kude nombor 2, aku gelarkan Joki. Joki dalam umur 4 tahun lah kira dah kecik lagi, sikap Joki ni tak macam anak-anak buah aku yang lain. Setiap kali Joki balik, bilik aku harus aku kunci.

Hanya bila si Kude balik, bilik aku kena kunci siap-siap, sebab si Joki ni suka masuk bilik sesiapa kemudian dia jumpa barang dia suka, dan dia akan ambil tanpa minta izin. Sikap sama macam mak bapak dia juga sebenarnya. Lepas tu bila barang tu hilang, mula lah aku naik angin. sebab pernah Joki ambil figure-figure lego bawak balik rumah dia.

Menyirap makcik Hun kau tau sebenarnya. Back to point pasal kemalangan yang menimpa si Kude. Kemalangan ini berpunca dari si Kude juga. Kude kalau bawak kereta suka laju-laju sebab dia saja rasanya pakai kereta Honda dekat Malaysia ni, dan satu sikap si Kude suka drive pegang phone, dah banyak kali dulu aruwah abah tegur.

Sebab tu kadang aruwah Abah tak suka naik kereta dengan Kude. Nak dijadikan cerita ada rakaman dashcam yang melibatkan kemalangan tu, memang nampak lah Kude yang salah sebab bawak kereta macam jalan tu dekat litar. Tapi Kude kan, dia kata tak salah. Kes naik juga mahkamah sebab melibatkan kem4tian. Anak Kude si Joki cedera teruk juga, patah kaki dan bahu.

Si Kude cuma patah tangan, Payung dengan anak sulung si Pony cedera luka-luka. Kira seminggu tu Kude macam ditimpa bala juga. Sebab selain kemalangan, Kude dikehendaki pihak bank disebabkan kereta dia tertunggak bayaran. Berapa kali pihak bank telefon arwah Abah sebab kereta si Kude dulu penjamin nya aruwah Abah.

Kebetulan telefon aruwah Abah ada pada Hun. Maka setiap kali bank buat panggilan aku akan bagi nombor telefon Kude berserta alamat. Itu belum lagi bapak mertua Kude pinjam Ah L0ng tapi Kude yang jadi penjamin. Kira balasan lah untuk Kude juga. Bila Ah L0ng buat ug0tan nak bakar rumah sewa si Kude. Nampak tak itu lah balasan untuk Kude.

Bapak mertua Kude ni aku panggil Anjang lah. Anjang ni sebenarnya tahi juudi, disebabkan Anjang nampak si Kude macam menantu yang agak berduit, maka si Anjang buat lah pinjaman Ah Long. Sengsara lah sikit si Kude disebabkan bapak mertua sendiri. Baiklah aku nak cerita yang pasal kemalangan.

Si Kude hilang kereta sebab kira Honda dia total lost, yang dia ada Vios si Payung lah kan. Walau dah kemalangan macam tu pun si Kude nak ambil kereta aruwah Abah yang aku pakai. Alasan Payung nak pakai kereta juga. Dijadikan cerita Kak Long tahu hal ini, apalagi kak Long yang g4ngster terus saja jumpa Kude.

Kak Long memang dah pantang harta aruwah Abah si Kude nak pakai. Sebab sehari lepas aruwah Abah mennggal Kude ambil kereta Perdana aruwah Abah. Terus kak Long tanya. “Kau nak buat apa kereta banyak-banyak, kau larat ke nak bayar semua sekali kos kereta yang kau ada”, Kude biasalah anak jantan akan menjawab walaupun dia tau kak Long tu dah benci dengan dia

“Aruwah Abah tinggalkan kereta ni untuk orang lain pakai, Kak Long ada hak apa?” biasalah Kude menjawab dengan eg0 dia. “Kereta tu jadi hak Umi, kau dah ada kereta Honda kau kenapa nak pakai kereta Umi, biar kereta tu dekat Umi, kau tak de hak nak pakai!” kak Long bertegas juga.

Tapi petang tu Kude tetap ambil kereta dengan alasan kereta Honda dekat bengkel. Aruwah Abah ada dua kereta, Perdana memang khas untuk Umi kemana sahaja. Yang Iriz untuk kegunaan Hun, sebab Hun memang tiada kereta, tapi disebabkan dah membesar, aruwah Abah suruh pakai kereta Iriz. Kereta tu masih atas nama aruwah Abah.

Nak dijadikan cerita, kereta Perdana Abah kena curi masa si Kude pakai. Pandai bila kena curi dia gelabah sebab dia akan tahu apa tindakan kak Long dekat dia. Mujur dalam masa 2 hari kereta sempat dijumpai tapi malangnya dah calar balar. Kak Long meng4muk lah dekat Kude.

Kak Long terus bagi amaran jangan sesekali ambil barang aruwah Abah, disebabkan aruwah Abah sempat wasiatkan semua harta atas satu nama sahaja. iaitu Umi. Lepas kereta dijumpai tu lah Kude kemalangan. Masa Kude kemalangan memang masing-masing berada di luar kawasan. Hanya ada Umi dan Hun. Kude call kak Ngah untuk bantu Kude.

Tapi kak Ngah masa tu bertugas di luar negara, jadinya kak Ngah call lah aku, Hun yang tengah bekerja ketika itu. Maka aku bergegas bersama Umi untuk melihat si Kude.Mujurlah aku ni masih ada sikap kemanusiaan. Aku sempat WhatsApp kak Long untuk bagitahu si Kude kemalangan.

Jawapan Kak Long memang aku rasa urmmm ada betul juga. “Balasan untuk yang tak menjaga amanah dari Allah, biar dia ingat sikit Allah beri dia ingatan untuk sedarkan diri semula”. Maka masa Kude kemalangan, Umi lah yang menjaga si Kude dan Joki. Payung pula alasan nya jaga anaknya si Pony dan Katy.

Walhal kalau ikutkan bukan lah teruk sangat Payung dan anak-anak perempuan. Umi juga yang terpaksa bermalam untuk menjaga si Kude dan Joki. Sepanjang Umi berjaga, Payung cuma datang bila tengahari itu pun hanya sekejap alasan nya maknya tak larat nak jaga anak-anak.

Eh tau pula si Payung tinggalkan anak-anak dekat maknya. Aku paling kesian dekat Umi, sebab berjaga demi si Kude. Umi nasihatkan Kude tapi apa jawapan Kude? “insya- Allah Kude berubah Umi” itulah jawapan terbaik Kude. Bila dah discharge, segala bil dibayar oleh Umi. Itu belum untuk bayar kes mahkamah pasal kemalangan yang memang sah salah si Kude disebabkan ada bukti kukuh tu.

Part Kude kemalangan kak Long dan Kak Lang memang tak ziarah langsung si Kude. Sebab kak Lang aku rasa masih berdend4m disebabkan fitnah lama Kude yang menyebabkan Kak Lang hampir bercerrai dengan Abang Lang. Jadi kesan nya sampai sekarang aku rasa.

Kak Long memang dia keras hati lah nak tolong Kude pun dia dah tak nak. Aku ni pula nasib saja jadi driver Umi maka kena lah jengah sekali. Kalau ikut hati malas nak ziarah sebab Kude ni jenis tak pernah lah tak menyusahkan adik-beradik. Sebab sejenis Kude buat baik dengan aku, dia akan ungkit walaupun sekecil perkara.

Walhal kakak-kakak yang lain lebih banyak membantu dari dia. Ingat Kude insaf ke selepas kemalangan? Tidak ya puan-puan tuan-tuan followers kisah Tanggang versi moden ini. Kenapa aku kata Kude tak insaf, masa bicara kuasa lah belang Kude tertonjol. Aruwah Abah mewasiatkan beberapa harta pusaka yang aruwah abah ada kepada beberapa penama, iaitu Umi dan Kak Long.

Maka disinilah si Kude rasa kenapa bukan nama dia dan kenapa mesti nama Kak Long. Aruwah abah mennggalkan banyak juga harta pusakanya. Rumah saja dah 3 buah, kereta, tanah kebun dan beberapa jumlah simpanan aruwah Abah. Kude tuntut untuk rumah aruwah Abah yang dia kata aruwah Abah pernah janji nak bagi rumah tu dekat si Kude.

Tapi tiada bukti hitam putih, mungkin sekadar di mulut. Walhal masa si Kude ‘kononnya’ yang menjaga rumah sewa aruwah Abah habis duit rumah sewa dikutip tanpa diserahkan kepada abah. Bila dah jadi k3s curi duit dalam akaun abah, baru lah aruwah Abah decide duit tu biar masuk dalam akaun Umi, dan bukan lagi Kude yang mengambil hasilnya.

Best kan jadi Kude dengan mudah boleh dapat duit tanpa susah payah berpanas bekerja, petik jari semua Kude boleh dapat dengan mudah. Waktu bicara kuasa memang jadi isu, sebab Kude bantah kenapa aruwah Abah tak mengikut faraid. Habis Kude keluarkan ayat tentang faraidh dengan meng00gle beberapa ayat Al-Quran.

Wah pandai rupanya keluarkan hadith dan Quran bila tiba bab harta. Wah Kude kan memang bab harta dia rasa dia terlalu berhak. Lama juga nak selesaikan hal ini. Last sekali macam biasa g4ngster dalam keluarga Kak Long mainkan peranan. Kak Long uguut si Kude kalau tak nak jadi anak derhaka jangan nak membantah.

Kes kena selesai di luar court. Maka nak dijadikan cerita, balik ke rumah Umi, Kude menunjukkan rasa tidak puas hati kenapa dia tiada dalam senarai, kenapa nama Umi dan kak Long sebagai penama penerima harta. Kude menuduh Kak Long hasut aruwah Abah sebelum mennggal. Kude nak bawa kes ini ke mahkamah.

Tahu tak siapa yang ketawa besar bila Kude nak bawa kes ini ke mahkamah? Of course lah kak Long. Kak Long kata “Kau ada duit ke nak bawa k3s ke mahkamah, sedangkan bulan-bulan tagih duit dekat aruwah Abah dan Umi”. Waktu ini muka Kude seperti berdend4m dengan Kak Long. Ya disinilah juga bermula episod derita kak Long

sehingga kini kak Long menderita akibat dengki mendengki si Kude. Nanti aku cerita part ini. Umi menjadi orang tengah. Umi kata segala harta yang aruwah Abah tinggalkan Umi akan berikan sama rata. Kami adik-beradik perempuan sebenarnya langsung tidak mengisahkan harta aruwah Abah yang sebenarnya.

Walaupun aku masa itu kerja gaji paras hidung pun, aku tak mengisahkan harta aruwah Abah. Dekat sini Kude siap uguut semula dekat Umi sebenarnya. Kan dah kata Kude mana pernah insaf, disebabkan dari dulu aruwah Abah Umi bagi muka dekat Kude maka jadilah sebegini. Kude nak sentiasa dia yang lebih.

Umi tak kejam sebenarnya, setiap bulan kata aruwah Abah sebenarnya banyak hulur dekat Kude, paling sikit pun RM1K, paling sikit RM1K? patut lah tak kerja sekalipun sentiasa bermewah kan. Bila aruwah Abah sakit yang aruwah Abah tak dapat nak bantu si Kude. Lepas arwah Abah mennggal Umi ada berikan sikit, tapi bila si Kude minta.

Mesti ada yang tertanya si Kude h1sap ddah ke selalu tak cukup duit? Kude tak hsap ddah tapi hsap rkok. Sehari si Kude hsap rkok paling sikit sekotak. Tapi disebabkan Kude terlalu banyak komitmen yang dia buat, contohnya kereta Honda dan Vios dah berapa ribu kena habiskan, sewa rumah, motor berkuasa tinggi, hutang piutang yang lain.

Disebabkan Kude nak luxury lifestyle biar kawan-kawan tahu Kude ni have-have orangnya jadilah sebegini hidup sentiasa tak cukup duit. Bak kata peribahasa melayu ‘biar papa asal bergaya’, haaa macam hidup si Kude lah ni. Ok next part kenapa si Payung isteri Kude takut dengan kak Long?

Si Payung ni ada tabiat yang aku rasa kalau tuan-tuan puan-puan tengok depan mata memang tak berkenan. Sejenis malas nak mandi tapi bermake-up dan berwangian mesti jadi keutamaan. Waktu kami semua berkumpul di rumah aruwah Abah, waktu pagi masing-masing dah mainkan peranan dekat rumah.

Biasa kalau semua berkumpul, Umi akan rest sahaja, kerja lain semua anak-anak akan buat. Menantu-menantu lelaki akan bersihkan luar rumah, anak-anak perempuan sibuk di dapur. Kude dan Payung seperti raja dan permaisuri, dalam pukul 10 pagi masing-masing baru bangun dari tidur.

Waktu tu kak Long dah membara panas sebab kata kak Long, dia walaupun dekat rumah mertua pun akan bangun sebelum mertua dekat dapur. sebab tanda kita ni hormat mertua. Ini bangun untuk makan sarapan dengan belum mandi terus duduk bersama makan. Satu lagi sikap yang kak Long tak senang dengan si Payung bab aurat.

Aku pun kalau semua adik-beradik balik, harus bertudung dan menutup aurat. Tapi tak bagi si Payung, siap pakej baju nampak lurah, atas punggung. Kak Long sendiri pernah tegur direct tapi macam mencurah air ke daun keladi. Nak dijadikan cerita waktu masak tengahari kak Long bercerita

mengenai kawan kak Long di pejabat ala biasalah hal remeh temeh sahaja bukan hal serious pun sebenarnya. Guess what? Si Payung ini boleh pula update status di FB dan ramai yang komen. Macam mana aku tahu si Payung update status cerita ini di FB? Biasalah aku kan stalker terhebat,

maka aku pun tunjuk kan dekat kak Long, sebab ada unsur wrong information. Kak Long pun naik angin lah sebab kak Long rasa tak perlu lah sampai nak diupdate dekat media social. Kak Long terus lah pm si Payung. Tak lama lepas tu, eh si Payung update kata ipar benci dia dan pernah juga dia confess dalam KRT pasal hal keluarga kami.

Hal ini buat kak Long makin naik angin. Ha kan aku dah buka cerita pasal si Payung. Bagus lah kan Payung jadi isteri si Kude. Perangai memang duanya sepadan. Kak Long dah hilang sabar dengan si Payung. Awal kawin saja Payung tunjuk kan sikap yang baik belaka, tapi lama kelamaan sikap true colour Payung pun ditonjolkan.

Sampailah waktu berkumpul raya, pagi raya kami semua sibuk di dapur, tapi si Payung lebih awal dah bersiap dengan make-up semua, tapi kami semua masih lagi belum bersiap, Payung tolong juga di dapur tapi sekadar tolong yang mudah sahaja. Nak dijadikan cerita pagi tu kak Long dah siapkan air panas untuk diminum,

jadinya anak si Payung, si Joki pun sibuk nak minum air panas dan secara tak sengaja menarik jug air panas terkena pula anak kak Long, Mia yang paling kecil. Habis melecur kaki si Mia, kebetulan Mia tengah makan di meja makan sebenarnya. Tahu apa yang Payung tengah buat waktu kejadian?

Tengah selfie dan sibuk update status dipagi raya. Kejadian ini menimbulkan rasa yang terlalu marah untuk kak Long. Kak Long terus tinggikan suara marahkan Payung, mungkin sebab kak Long dah terlalu bersabar dengan sikap menantu tunggul perempuan kesayangan aruwah Abah.

Padahal pagi tu pagi raya sepatutnya semua bergembira, tapi disebabkan sikap si Payung yang tak tahu nak jaga anak, ini lah yang terjadi. Kak Long terus bergegas ke klinik bersama aku. Bayangkan Mia tu baru berusia tiga tahun ketika kejadian tu, habis melecur kaki Mia yang comel. Sepanjang perjalanan ke klinik Mia menangis,

yelah bayangkan air panas tercurah dikaki dan kain yang Mia pakai terlekap lagi. Kak Long tak berani nak buat apa-apa dahulu sebab kulit kanak-kanak mana sama dengan kulit orang dewasa. Selepas balik dari klinik, aruwah Abah seperti marahkan kak Long. Kata aruwah Abah, kak Long tak perlu nak marahkan Payung dipagi raya

sampai Payung dan Kude berkemas balik beraya di rumah Anjang atau Mak Tonah (mak Payung) pagi tu. Aruwah Abah kecewa bila si Kude tak beraya bersama, yelah hampir setiap tahun Kude akan beraya bersama. Disebabkan peristiwa pagi raya ini, kak Long merajuk dengan aruwah Abah, yelah Abah seolah menangkan menantu dan anak lelaki tunggul tanpa mengetahui hal sebenarnya.

Walhal, Umi sendiri dah cerita dengan aruwah Abah, anak-anak perempuan sibuk di dapur tapi si Payung tak pedulikan anaknya, yang menjadi mngsa anak kak Long. Boleh dikatakan pagi tu raya kami jadi tiada mood beraya, kak Long lepas ditegur oleh aruwah Abah, seakan merajuk.

Tak sempat bergambar, kak Long sekeluarga terus berkemas dan balik ke rumah kak Long. Kak Long tiada mertua disebabkan abang Long anak yatim piatu. Kesian kak Long sepatutnya pagi raya kami semua bersama tapi disebabkan sikap si Kude sekeluarga menjadi huru hara. Lama juga sebenarnya kak Long merajuk dengan arwah Abah, sampaikan aruwah Abah terpaksa memujuk kak Long semula.

Peristiwa inilah menyebabkan si Payung langsung tak pernah bertegur sapa dengan kak Long. Ingat tak aku pernah mention hal kak Lang hampir bercerrai disebabkan fitnah Kude? Aku sengaja nak buat sambungan disebabkan nak tuan-tuan puan-puan terus mengikuti pages nie. Stay tune aku akan sambung cerita fitnah Kude dekat Kak Lang dan derita Kak Long akibat sihir si Kude.– Hun anak Han (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Chintia guney – Anak laki memang akan disanjung di bantu oleh mak ayah tak kiralah sampai ke m4ti pun. Tapi anak pompuan tak payah kawin, mak bapak die tu nanti sape nak jaga.. Menantu pompuan mana ade nak jaga. Berlambak kes mcm ni.

Dan sebab tulah berlambak kes mak bapak relakan anak lelaki dia rosakkan anak pompuan org lain sebab tak nak nanti anak laki dia merajuk sampai tak balik rumah semua.

Nur farhana – Jgn pilih kasih nnti sendiir yg tangung pedihnye. Kude tu jadi mcm tu sbb mmg da dilatih dan ditatang2 melebih2 yg lain ala kadar tu la kena mcm ni. Salah ke ape ttp betul . Tu yg mcm tu kn. Aruwah mennggal pun boleh happy2 xde rase salh sedih lgsg kan bercuti2 bukan x boleh trus balik.

Danie riz – Tula malas nk mengutuk lebih2. Akk mntk baca sambungan dlu bru nk komen. Sbb pena je sorg confessor ni dok cerita tp at last merajuk lak ngan komentar2 sini then xnk smbg terus cerita. Menyampah org mcm ni tau. Hew2.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.