Hati jiran ttangga selalu dis4kiti suami gara2 hobinya yg xsesuai. Ad satu hari jiran k0mplen dlm grup tmn, siap tnjuk bukti lg.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua pembaca. Namaku Tasha. Sudah berkahwin selama 12 tahun dan tinggal di kejiranan ini selama 8 tahun. Aku dan suami baik-baik sahaja,

cuma ada perkara yang membimbangkan aku, mengusutkan fikiran dan menyesakkan dada. Ya, seperti tajuk yang kalian dapat baca, itu lah masalahku. Suami ku karakternya pendiam sahaja, seorang yang workah0lic (keluar pagi, balik malam, kerja 6 hari seminggu).

Punya hobi yang bagi ku sangat tidak sesuai dengan diri nya yang tidak punya banyak masa di rumah, iaitu membela pelbagai haiwan peliharaan. Tinggal di kejiranan taman perumahan walaupun ada secebis tanah di kiri kanan dan belakang rumah, ku kira bukan lah suatu hobi yang sesuai dilakukan.

A. Bela ayam api.

Suami sangat bangga dapat memiliki ayam api. Kepada yang tidak tahu, ayam api sangat suka buat bunyi bising, berpanjangan bunyi nya tak kenal penat. Aku sudah mula resah, takut bunyi yang kuat dan bising mengganggu jiran-jiran, apatah lagi yang ada anak kecil.

Bila suami keluar bekerja, aku akan tangkap ayam itu, letakkan dalam sangkar kecil, ku bawa dia pergi jauh dari rumah kami. Untung juga masih banyak kawasan kosong di taman perumahan kami yang belum dibangunkan. Ku bekalkan makanan dan air dalam sangkar,

ku tinggalkan di tempat redup. Menjelang petang, aku ambil semula ayam itu. Lama kelamaan aku menjadi letih menguruskan kerja yang bukan sepatutnya tugas aku. Ku pujuk suami agar tidak lagi membela ayam itu dan berpesan agar menjaga perhubungan dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Akhirnya dia setuju, dan bawa ayam itu ke tempat kerjanya. (Tempat kerja ada mini zoo yang pekerja-pekerja bina sendiri untuk membela haiwan). Syukur satu bab… tapi datang lagi bala yang lain.

B. Bela ayam selasih dan ayam kampung.

Tak lama lepas kejadian ayam api tu, suami bermula kembali dengan hobinya. Kali ini dibelinya pula. Dua ekor ayam selasih, dua ekor ayam kampung. Dibinanya reban di belakang rumah. Seperti dijangka, aku lah yang banyak menguruskan ayam-ayam itu kerana dia tak pernah ada masa lapang di rumah.

Lama kelamaan lalat makin membanyak. Bau tahi ayam menyelubungi kawasan rumah. Bau semakin kuat kalau tanah basah akibat hujan. Aku semakin risau keselesaan jiran-jiran. Aku juga kasihan lihat ayam-ayam tidak hidup bebas. Sekali sekala ku lepaskan juga ayam-ayam itu bermain di luar.

Habis ruangan porch kami di berak ayam. Lepaskan pula ke luar pagar. Di berak pula depan rumah jiran-jiran. Ya Allah, dugaan apakah ini. Banyak kali kupujuk suami supaya berhenti membela ayam-ayam itu, tapi dikatanya sayang sebab ayam-ayam itu suka bertelur dan gemuk-gemuk semuanya.

C. Membela merpati.

Mula-mula di bawa balik 2 ekor merpati. Aku dah mula resah. Apa pula kali ni. Aku tak pernah tahu yang burung merpati sangat cepat membiak. Dalam masa sekejap, bilangan merpati dah bertambah. Disebabkan jinak dan tahu kembali semula ke sarang, suami lepaskan.

Sayangnya merpati-merpati itu buat hal di rumah jiran, bertenggek di outdoor unit aircond jiran, berak dengan gembiranya di situ. Nak ditangkap semula bukannya mudah. (Ada yang jenis degil). Berkali-kali ku mohon maaf pada jiran dan menawarkan diri membersihkan n4jis-n4jis burung itu,

tapi ditolak dengan baik oleh jiranku. Akhirnya baru-baru ini semua merpati yang ada dapat dikumpulkan semula, dan akhirnya aku juga berjaya pujuk suami supaya bawa burung-burung itu ke mini zoo di tempat kerjanya. Syukur lagi padamu Ya Allah.

D. Membela kucing.

Sehingga kini ada 12 ekor kucing di rumahku yang hidup lepas bebas, tak pernah dikurung. Dari mana asal kucing-kucing itu? Asalnya di bawa dari rumah kakak iparku hanya dua ekor kucing betina. Nama pun kucing betina, memang kerjanya beranak sahaja.

Sekejap sahaja dah beranak pinak. Kos makanan kucing usah cakap. Tapi yang lebih memeningkan adalah najis kucing yang merata. Sungguh aku malu dengan keadaan rumah kami. Sangat busuk dengan najis kucing. Sedikit pun aku tidak dibantu menguruskan najis-najis itu. Aku sendirian menguruskannya.

Walaupun ada pasir kucing disediakan, namun jarang sekali kucing-kucing itu mahu berak di pasir. Sesuka hati sahaja di mana sahaja. Ada satu ketika jiran k0mplen dalam grup whatsapp taman, siap tunjuk gambar kucing kami yang selalu berak di rumah jiran.

Suami mula naik angin bila jiran mengata. Bila sahaja dapat tangkap kucing itu, terus diambil dan dibuang ke pasar. Aku semakin tak tahu nak buat apa bercampur dengan penat setiap hari membersihkan kawasan rumah dengan n4jis kucing.

Aku guna sangkar merpati tadi, aku kurung semua kucing dalam sangkar dan letakkan pasir dalam bekas. Dah jadi rutin aku pula setiap hari menguruskan haiwan peliharaan suami aku semata-mata tak mahu kucing mengganggu jiran-jiran.

Baru semalam dia lepaskan semua kucing sebab kasihan katanya. Aku makin keliru dan tertekan. Dan masalah ini masih membelenggu hingga kini.

E. Membakar sampah.

Suami aku punya hobi, bila dia ada di rumah, dia akan trim pokok-pokok yang ada, kumpulkan sampah sarap yang ada, dan bakar! Telah banyak kali ku beritahu, tak boleh membakar sebab asap itu boleh mengganggu jiran. Tak diendahkannya.

Banyak kali juga aku merajuk sebab suami buat aktiviti membakar sedangkan di luar rumah penuh dengan jemuran. Habislah jemuran ku berbau asap. Itu belum dikira asap yang kena pada jemuran jiran. Aku sangat takut kami dibenci jiran-jiran, sedangkan semua yang berlaku bukannya dari perbuatan ku.

F. Ambil buah-buahan wakaf.

Di taman kami ada pokok mangga jenis kuinin yang sedang berbuah. Sedap dan elok buahnya. Buah itu diwakafkan oleh salah seorang penduduk taman kami tapi beliau tidak tinggal di taman kami. Aku perhatikan asyik-asyik suami ku sahaja yang ambil buah-buah itu setiap minggu.

Setiap kali petik 9, 10 biji dan dibawa ke tempat kerja. Aku tegur, tinggalkan lah sikit untuk jiran-jiran lain, biar sama merasa. Aku takut sangat orang label kami pelahap, mentang-mentang buah wakaf. Tapi katanya masih banyak lagi di pokok.

Aku sangat kecewa dengan suami yang tidak tahu hukum berbuat baik kepada jiran, tidak tahu hukum menyakiti jiran. Aku tak tahu nak tafsirkan peribadi suami ku bagaimana. Ku lihat setiap kali selepas solat, panjang dan khusyuk doa nya, tetapi dalam hal hidup berjiran tidak diendahkan hati perasaan jiran tetangga.

Aku berharap tak ada lagi haiwan-haiwan lain yang dibawa balik ke rumah selepas ini. Cukup-cukup lah aku menjadi penjaga haiwan selama ini. Jiran-jiran pula, tolong maafkan kesalahan kami. Kami taknak berdosa, apatah lagi masuk ke ner4ka kerana sentiasa menyakiti hati kalian. – Tasha (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Misa jamal – Sy rasa suami puan ni berjiwa kampung, jd dia buat semua benda2 mcm org kampung buat. Bela haiwan ternakan, bakar sampah etc.. So sy advice puan dan husband bincang.. Kalau blh cari rumah kampung senang. Nk buat apa pun org tak marah. Rumah sekarang kalau dh beli sewa jela kt org.. Dr terus menerus menyakiti hati jiran kan.

Siti sarah – Salah satu cara nk bg suami x menambahkan lg haiwan peliharaan,awk slalu ingatkan suami….abg….dh bg blm burung mkn.eh abg.dh bg blm.kucing makan.eh abg,dh buang blm najis kucing…..eeee busuk la bau kucing2 abg ni

Awk ganggu suami awk dgn ayat2 tu setiap pg sblm dia g keje,lepas dia balik,waktu malam,hr minggu….lama2 dia akn str3ss dan tak.mahu lg pelihara sbb awk takkan tlg dia jaga.

Jamilah karim – Saya memang tk suka apa yg suami puan buat.ttp saya lebih lg tk suka apa yg puan buat.puan mengundang pakat rujuk seluruh dunia mengutuk, mengeji, mem4ki, memb0dohkan Dan bagai2 lg secara jemaah keatas suami.

Seburuk mana pun perangai beliau, beliau tetap suami, yg menyediakan makanan,tempat tinggal Dan lain keperluan puan. Perkara boleh bincang berdua @ bertugas shj, mengapa nk bincang satu dunia.

Puan tk sedih ka? Bila baca Komen, org kata suami puan b0doh, jiwa kg, tk sesuai dok Taman Dan ada yg m4ki c4ci. Puan tk terasa apa2 ka dihati, bila org k3ji, teman tidur selama 12 tahun,yg menjaga sakit demam puan.ayah kepada putera puteri puan.

Allahuakbar, subhanallah, d kurniakan suami yg baik. Ada suami yg z4lim Dan ganas puan, pun isterinya tk hebahkan pada umum. Menderita s4kit, hingga mennggal pun. Fikir2kan puan, betulkah tindakan puan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.