Tgh sarat suami kant0i curang. Tmenung aku bila tringat “aksi” mereka. Bila beri pilihan suami menangis smahunya.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum.. Hi.. Aku terpanggil nak share kisah aku ni and kejadian tu berlaku betul2 lepas aku baca confession pasal penpisahan.

Masa baca kisah ni aku rasa macam terpkul sikit sebab sikit sebanyak layanan aku pada suami macam ni. Bukannya aku tak sayang suami tapi aku betul2 penat handle anak2 yang masih kecil and suami pun jadi kurang dapat perhatian dari aku. Aku silap sebab ingat suami faham tapi hakikatnya mungkin sebaliknya.

Anak ramai tu memang pilihan kami suami isteri. Cuma sebab aku dan suami kurang berkomunikasi. Aku seorang yang banyak cakap manakala suami seorang yang pendiam. Boleh kata bahasa badan kami kaku dan kami tak berapa pandai share masalah serta pandangan antara 1 sama lain. Kiranya jika salah seorang dari kami bercerita, kami hanya memberi respon dengan mendengar.

Kami tak pandai nak bagi pendapat. Kadang tu tak sempat nak jawab anak pulak tanya macam2. Jadi kurangnya disitu. Tapi aku tak rasa tu masalah besar dan itulah salah paling besar yang aku akui kami buat. Aku tak pasti suami sedar ke tak. Bila baca confession tt diatas aku rasa bersalah. Bersalah sangat dengan suami aku.

Aku janji pelan2 aku akan berubah atas layanan aku pada suami. Suami aku pun macam tt tolong aku buat keje rumah jaga anak mandikan anak semua sama la tapi dia buat ikut mood jugak and kalau dia larat. Aku pulak jenis yang tak boleh rumah bersepah and tak terurus.

So kekadang burn0ut jugak dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Nak dijadikan cerita sehari lepas aku baca confession tu tiba2 naluri seorang isteri yang dimana sebulan ni memang aku tak sedap hati, rasa akan jadi masalah besar. Naluri tu semakin kuat day by day.

Tapi aku abaikan sebab aku fikir nak focus untuk lahir kan anak dalam kandungan aku ni anytime saja. Btw aku tengah sarat tunggu masa nak sambut newborn dalam family kami. Malam tu laki aku cakap dia nak pergi jumpa dengan kawan dia sebab dah lama tak jumpa, aku pun macam tak ragu2 cakap ok. Padahal aku pelik jugak esok dia kerja,

shif laki aku pepagi buta kena sampai tempat kerja dia. Usually dia jenis tidur awal pukul 10pm dah masuk tidur sebab kerja dia perlukan dia sentiasa focus. Tapi ni elok pulak dia keluar. Aku pun macam tak pela bukan selalu. Sekali malam esoknya pun dia bagitau yang tiba2 dia dapat tukar cuti

sebab ada kawan dia last minit bagitau nak tukar cuti dengan dia. So malam tu dia cakap nak pergi bengkel lepas magrib sebab nak betulkan aircond. Aku pun macam okla. Malam tu dia keluar lepas magrib tu balik around 1 pagi. Hati aku terjentik lagi. Masa ni eg0 aku tinggi lagi.

Aku macam salahkan suami aku patutnya dia duduk rumah layan anak dan isteri tapi dia lebihkan kawan. Balik tu lepas dia tidur aku tak boleh tidur maklumlah hujung kehamilan ni susah nak tidur. So aku pun nak main games dekat hp dia. So aku pun ambil hp suami aku, Untuk pengetahuan semua memang antara aku and suami tak ada privacy pun pasal hp

or media soci4l so memang tak nampak tanda2 curang tu and tiba2 saja aku terdetik nak tengok media s0cial dia and I found something yang betul2 buat hati aku k0yak. Seorang perempuan chat bagitau tanda yang suami aku tinggalkan. Aku terus reply tanda apa? Dia jawab l0vebites dekat dada yang memang katanya

laki aku yang kata nak tinggalkan tanda kononnya g1gitan cinta sebagai kenangan. Kenangan apak dia la. Masa ni aku tak tau nak nangis ke nak marah. Hati aku patah. Aku rasa macam putus cinta. Ibarat aku bakal kehilangan suami aku saja rasanya. Suatu perasaan yang dah lama aku tak rasa dengan suami aku, perasaan yang buat aku sedar dari eg0 aku.

Bahawasanya suami itu bukan milik aku selamanya. Pinjaman yang ALLAH bakal tarik anytime. Aku sabar saja dari pukul 2 pagi sampai 4 pagi lebih untuk tunggu reply perempuan tu. Dan kebetulan masa perempuan tu reply and confess pasal g1gitan cinta tu sebab dia ingat aku ni suami aku.

Dan masa tu jugak suami aku bangun untuk bawa anak pergi toilet dan masa tu jugak aku meraung. Aku hilang pertimbangan. Aku cakap apa salah aku? Aku tak pernah tolak keinginan dia selama aku pregnant ni. Aku tanya dia apa yang kurang atau aku dah tak menarik ke dimata dia?

Dia cakap dia yang salah aku takda salah and kurang. Aku speechless aku rasa kosong tapi aku cepat2 istifar sebab aku taknak effect pada baby dalam kandungan aku. Aku tak boleh berenti fikir apa yang dorg buat belakang aku. Sentuhan dia pada perempuan tu aku tak boleh berenti fikir.

Sebab bagi aku tu sangat special hak aku yang halal dah tercemar. Aku menangis menangis sampai semua anak aku terjaga dan dorang yang masih kecil macam terkaku tengok aku menangis sampai macam tu sekali. Suami aku berulang kali minta maaf dan cakap dia tersalah pilih jalan tapi aku tak boleh terima.

Walaupun mereka belum sampai tahap terlanjur. Aku rasa hak aku tercemar. Dirampas. Masa ni baru aku sedar besarnya cinta dan sayang aku pada suami aku. Aku tanya dia adakah pencerraian yang dia ingin kan? Aku cakap aku kesian pada anak kami semua sebab mereka tak boleh kalau sehari tak jumpa bapak mereka,

macam mana aku nak hidup asing dengan anak tanpa dia? Jadi aku cakap aku bagi dia pilihan jika dia inginkan perempuan tu lepaskan aku tapi cerrai kan aku lepas abis pantang nanti ataupun kami masih bersama demi anak. Dan jika antara kami dah jumpa penganti baru proceed untuk cerrai.

Dia diam seribu bahasa. Dia menangis dan mohon maaf kan dia, dia bersalah. Untuk bertahun dalam perkahwinan kami inilah pertama kalinya aku dengar permohonan maaf yang tulus ikhlas dari dia. Baru aku sedar aku perlukan kata2 maaf dan terima kasih dari dia.

Itu yang aku nak selama ni. Aku nak dia hargai usaha aku yang sanggup berenti kerja untuk focus anak walapun pengakhirannya aku sebenarnya str3ss duduk rumah dengan kerja rumah yang melambak2 penat nya mengalahkan masa aku kerje dulu. Seharian aku tak tidur. Bukan tak cuba tapi asyik terbayang aksi mesra mereka.

Dan aku menangis lagi, berkali2 aku mohon maaf pada anak dalam kandungan aku. Sampai sekarang dah lebih 24jam aku tak tidur. Seharian jugak dia duduk sebelah aku pujuk aku peluk aku supaya tak tekad nak cerrai. Sebab katanya dia tak niat nak tinggalkan kami anak beranak untuk perempuan tu. Katanya sekadar hiburan.

Aku cakap baik2 dengan dia benda yang dia buat ni tak baik, berd0sa besar. Aku ingatkan dia walaupun perempuan tu sendiri rela. Aku terluka. Aku tanya mana iman dia sampai tak dapat beza d0sa pahala? Perempuan tu pun maybe terluka lepas dapat tau laki aku tu suami orang.

Btw lepas aku act as suami aku masa chat perempuan tu and perempuan tu macam syok ingat d0sa mereka aku pun confess dekat dia aku ni wife suami aku. And dia ingat macam suami aku bergurau. Aku cakap dengan dia aku tak tau sejauh mana hubungan mereka and apa yang terjadi antara mereka

tapi aku minta dorang stop berhubung sebab anak2 aku perlukan bapak mereka. And semudah tu perempuan tu cakap ok. Sebab dia cakap dia pun tak tau laki aku tu suami orang and tak berapa tau pasal laki aku. Masa tu pun aku tanya laki aku dah kalau dia tak tau and tak berapa kenal suami aku kenapa mudah sangat dia bagi?

Aku tanya dorang sama ada dorang dah terlanjur ke? Masing2 cakap belum sampai tahap tu. Aku bersyukur Allah gerakkan hati aku awal sikit walaupun dah jadi sesuatu macamni. Aku offer juga nak pinangkan perempuan tu kalau suami aku nak tapi dengan syarat lepas tu cerraikan aku.

Tapi dia cakap tak ada perbincangan kearah tu pun dengan perempuan tu. And dia tak niat atau janji pun dengan perempuan tu untuk kearah tu. Perempuan tu pun minta maaf tapi aku sure dia pun terluka. Aku perempuan aku faham. Dan aku pun nasihatkan dia sebagai perempuan jangan mudah sangat bagi pada laki.

Korang pun yang dekat luar sana selidik dulu latar belakang laki tu jangan biar asal tengok gaya macam bujang korang pun on. Jagalah diri bezakanlah mana baik buruk. Aku juga nasihatkan laki aku lepas ni terus terang status dia, jangan perempuan bagi hint dia pun melayan. Tu yang jadi camni.

Sebab memang laki aku nampak macam bujang tapi sebenarnya anak berderet. So sekarang ni aku nak minta doa semua supaya doakan suami aku dan perempuan tu kembali kepangkal jalan dan tak terus buat d0sa. Sebab tak selamanya aku dapat jaga suami aku 24jam kan. Aku betul2 patah hati.

Sampai masa pegang pisau pun aku cakap dengan diri aku untuk tamatkan semua ni. S4kit yang tak boleh dilupakan. And doakan aku juga dijauhkan dari mer0yan masa pantang nanti. Aku sayang family aku. Anak2 kami semua perlukan kami dan aku cuba waras dan bertahan untuk kuat.

And bagi aku dalam hal ni aku pun bersalah dan tentunya laki aku yang paling bersalah sebab buat tak fikir dulu. Fikir nak sedap saja. Aku keep mention dengan dia, jangan cari yang har4m sedangkan yang halal ada terabai depan mata. Aku pun manusia biasa ada hati perasaan, kali ni aku maafkan.

Lain kali hanya perpisahan jalannya sebab aku tak sekuat yang dia nampak. Dan untuk yang mungkin tertanya2, aku and suami aku sebaya muda lagi and aku housewife yang jaga juga la penampilan since aku pernah kerja dulu and mostly as PA bos. So isu aku selekeh ke tak jaga penampilan 100% tu tak ada cuma yela masa pregnant ni sometimes ada masa yang tak larat.

Mood swing kadang2 maybe tu yang buat laki aku bosan kot. Aku pregnant ni pun ada yang tak percaya aku dah kawin and anak berderet. Ada yang tak perasan pun aku pregnant sebab perut aku comel saja nampak tak nampak. Ada yang ingat anak2 aku tu adik2 aku saja. Tapi bila jadi camni aku rasa useless g1la sebab tak pandai jaga laki sampai dia cuba usha luar.

Aku keep blame diri aku sendiri. Rasa tak gunanya diri aku as isteri. Perkara ni pun aku terpaksa rujuk dengan mertua aku sebab aku kena p4nic att4ck aku tak leh nafas aku tak leh tidur and asyik fikir aksi mesra mereka. Aku perlukan nasihat dan kata2 positif dari someone. Dan bagi aku mertua aku lah orang yang paling tepat.

Walaupun malu dan a1b tapi aku perlukannya. Selepas aku confess dekat mertua aku, dia marah and terkejut dengan perbuatan anak dia. Dia minta kebenaran aku untuk nasihat laki aku tapi aku cakap buat masa ni tak perlulah, aku just cerita untuk kurangkan tekanan serta bebanan ni aku tak mampu simpan sendiri.

Alhamdulillah aku rasa ok sikit. Cuma tula aku masih terbayang 4ksi mesra mereka dan aku akan terus menangis. Laki aku pun seharian ni dia macam hilang arah dah sehari suntuk ni tak lepas dia pujuk and peluk aku. Sebab aku memang tekad nak bercerrai mulanya. Sebab untuk apa simpan kalau hati dia bukan milik aku lagi.

Harapnya dia betul2 menyesal la sebab hati aku dah kosong tapi aku janji dengan dia aku akan tetap laksanakan tanggungjawab sebagai isteri dia selagi dia janji untuk berubah dan jaga family kami. Ya ALLAH jagakan dia untuk kami. Semoga dia sentiasa dijalan yang benar. Jauhkan dia dari z1na dan m4ksiat.

Bantulah kami sama2 kesyurgaMU. Jangan jauhkan kami dari rahmat dan hidayahMU. Mungkin ini juga balasan atas kealpaan kami. Maaf coretan ni sekadar untuk luahan hati aku yang tersakiti. Kepercayaan yang kami bina selama bertahun hancur dalam sekelip mata saja. Janji setia tu dah terkbur dengan perbuatan dia ni.

Aku dah memaafkan dia tapi nak melupakan tu payah sebab tak pernah sedetik pun aku terniat nak curang dengan dia walaupun jalan tu sentiasa terbuka. Aku harap ada yang boleh ambil ikhtibar dari kisah aku walaupun tak sepahit kisah diluar sana namun luka tu tetap ada berparut kekal selamanya dihati.

Sebelum terlambat korang baikilah hubungan korang. Buang eg0. And mana2 laki yang rasa kurang layanan isteri tu kaji semula layanan dan perhatian korang pada anak isteri korang cukup tak? Jangan harap layanan seperti raja kalau disisi lain pasangan rasa seperti hamba. Terbeban seorang diri mengapai bahagia dengan derita yang tak sedar kau tinggalkan.

Aku doakan pasangan yang diuji diberikan jalan dan sinar bahagia suatu hari nanti. Moga korang jumpa penyelesaian nya. CURANG ITU PILIHAN BUKAN KESILAPAN. Akui dan baiki hubungan jika masih sayang. Teruskan berjuang untuk cinta kalian, kuatkan hati demi orang tersayang. – Hati Yang Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Song onim – bila baca luahan tt, org boleh tahu yg dia well educated person…. X kalut nk ser4ng org itu org ini… Maaf cakap, sesetengah luahan suami curang 99% selalu marahkan suami…tapi dlm pd masa yg sama lempar 100% kesalahan kepada si pengacau… Tt pulak tahu part mana dia perlu salahkan si pengacau, dan part mana dia perlu salahkan suami. Semoga Allah bagi ketabahan, ketenangan dan kekuatan dekat awak tt…

Ibu hamil x boleh sedih2…. Selalu senyum walaupun s4kit dan yg penting, selepas ni jgn malu nk mengarah suami buat kerja..x perlu tunggu dia rajin baru tolong…. Arahkan supaya dia tahu jd surirumah ni x mudah dan x indah mana.. Jd dia x terniat dah nk mengatal dekat luar sana dgn alasan kurang perhatian atau apa.

Nur darliana – Jaga kesihatan confessor. Semoga dipermudahkan proses mengandung sampailah delivery n sampai habis pantang. Sungguh berat ujian Allah beri pada tt pada masa yg sgt sukar. Kita sbg manusia apabila mendapat trauma yg sgt dahsyat ini,kita akan totally menjadi lebih kuat dan mungkin sikap akan berubah.

Sbb manusia pandai adapt dgn situasi apa2 pn. Bila hbgn setelah trauma ini diteruskan,sikap seseorg tetap telah berubah. Sikap yg berubah ini kelak akan menimbulkan kata2 mcm “dah2lah perangai mcm ni,benda dh lama kan”. Benda ni walaupun dh lama,ia tetap satu tr4uma bagi perempuan.

Suami dan isteri itu adalah stranger yg menjadi family atas ikatan perkahwinan. Kita takkan boleh terima sesuatu kesalahan stranger mcm kita terima kesalahan org yg btul2 dr kecik adalah family kita.Seharusnya kita semua bersikap matang dan berfikir masak2 sebelum buat sesuatu perkara.

Aminah siti – tak payah salahkan diri, suami tu yg lemah berajakan n4fsu, g1la ke apa sampai l0ve bite… ingat budak sekolah lari panjat pagar duk couple sampai ke ranjang ke… kalau diri sendiri pun dia tak mampu jaga, toksah lah berharap dia nak pimpin kita ke syurga… yg perempuan tu pun murahnya harga diri…

eloklah satukan mereka dan awak move on saja…tapi kalau rasa masih boleh baiki hubungan, cubalah bagi sekali peluang… then nilai sendiri… cuma seeloknya solat istikharah minta petunjuk dr Allah… kami ni boleh bercakap je, yg lebih tau baik buruk suami awak tu awak saja tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.