Aku ada pakwe dah 6thn kapel. Tapi xde rasa syg pun dan xnk kawen pn dgn dia. Aku cuma nk “rasa” je, lpstu aku tggllah.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku harap apa yang aku nak cerita ni tak dikonsider sebagai membuka a1b. sebab korang tak tau pun aku sapa kan. buat pengajaran dah la. macam ni.

aku ni saorang jurutera aka kuli di sebuah syarikat swasta. korang jangan anggap aku nak up pulak dengan title jurutera tu. baca dulu. aku ada boyfriend. dah 6 tahun kenal. dalam masa 6 tahun couple break couple break. sekarang couple balik. it was my surprise macam mana aku boleh couple.

dulu aku sekolah asrama penuh pakai tudung labuh dan tak pernah couple. bercakap dengan lelaki lagilah jarang. masa aku form 5 siap ada budak laki batch sama lagi yang tak kenal aku. tapi ada aku kesah. tak. sebab matlamat aku untuk belajar.

aku masa belajar kt U masa nk dekat tahun akhir aku dah start nak rasa berkawan dengan laki. dengan classmate aku yg jantina lelaki pun aku jarang cakap kecuali ada benda yang penting. aku rajin g1la get myself near to YM, and kat situla aku kenal bf aku ni.

lepas kawan kenal terus couple. sbb mmg niat aku nk rasa perasaan couple ni mcm mana je. tapi laki tu dia serius nak kat aku rupanya. the thing is aku tak nak kat dia. aku cuma nak rasa je. lepas dah rasa dah la. break je la kan. and our hubungan smpi sekarang go on. the thing is (lagi sekali), dia adalah seorang pemandu lori.

dulu masa aku kenal dia masa aku study, dia kerja kontrak pasang siling bangunan. kerja yang high risk dan aku tak pernah imagine nak suami kerja mcm ni. setahun lepas dia dah tukar kerja bawak lori sebab dia cakap nak merasa duit lebih. kerja kontrak tu gaji cukup makan. and dia nak kumpul duit nak kawin dengan aku.

ntahla. kadang2 aku rasa aku ni jahat nak mamp0s sbb sebenarnya aku sikit pun takde rasa nak kawin dengan dia. dan tentunya sebab kerja dia dan perangai dia. aku kalau keluar dengan dia. kalau salah sikit mulalah dia nak m4ki aku. bangang b0doh b4ngsat cil4ke semua keluar.

korang nak tau tak kenapa senang2 je dia boleh m4ki hamun aku tanpa perasaan hormat dan malu kat aku? sebabnye. kitorang dah banyak kali terlanjur. since aku dekat last year study lagi. aku tak sangka aku boleh jadi mcm ni punya teruk. setelah bertahun tahun aku jaga diri aku elok2.

tak nak bergaul dengan lelaki. tapi last2 aku jd lebih teruk dari orang yang dulu masa muda2 kaki b0hsia pl4ygirl s0cial dsb.. betul lah lagu raihan . iman tak dapat diwarisi. mak ayah aku raised aku baik2 akhirnya aku jadi mcm ni. and the worst thing is. bila aku selalu kena m4ki dengan dia.

semacam ada aura hitam dah build up dalam diri aku ni yang membuatkan aku ni jadi cepat marah, tak tahan sabar and suka menc4rut mcm dia jugak. and I hate this. ni tak boleh jadi sbb this is definitely not me. aku bukan macam ni. dia dah belikan aku mcm2 even aku tak mintak.

aku tau dia syg aku sgt2 tapi malangnya aku tak boleh nak timbulkan rasa syg yg membuatkan aku nk kawin dengan dia. dia dh byk kali ajak aku kawin tp aku selalu tukar topik sebab aku mmg tak nak kawin dengan dia. dah bnyak kali aku bgtau dia tp dia tak boleh terima.

and benda yang buat dia tak boleh terima is dia dah lama tak solat. and this is the reason why dia susah nak terima kenyataan. dia pernah janji dengan aku. lepas dia bawak lori senang sikit dia nak solat sebab kerja drive je, bersih sikit. tapi sekarang aku tengok dia makin teruk and dia dah lupa janji tu.

bila aku Tanya dah solat ke dia cakap tak. bila aku tegur dia meng4muk dia cakap takde tempat nak berhenti solat. dekat R&R susah nak carik parking. and dia pernah tengking aku kalau aku argue aku cakap tu alasan dia je. dia cakap dia memang tak akan solat sampai bila bila. Allah..

pernah aku confess aku tak nak kat dia lagi, dia m4ki aku dia ckp kenapa? sebab aku dah jumpa laki lain kan? takpe ko tunggu aku datang rumah ko memang aku tarik ko aku lenyek muka ko dengan tayar lori aku ni. dan aku jugak pernah kena lempang sikit punya kuat dah 3 kali.

semuanya sebab dia cek hp aku and Nampak ada wasap aku dengan kawan2 ofis aku. Ape korang rasa kalau ada orang cakap mcm tu kat korang. disebabkan aku takut dengan ug0tan dia. aku terpaksa tak break. aku dh byk kali nak report polis. tapi aku tak smpai hati sbb dia terlalu byk buat benda baik kat aku.

dan semestinya terlanjur tu bukan benda baik dan aku janji kat diri aku, aku tak akan buat dan tak nak buat lagi benda tu. Di bulan puasa yang mulia ni, aku kurangkan jumpa. sebab aku dah tekad nak berubah. dan aku akan tinggalkan dia lepas dia solat semula which is I don’t know when.

aku nak bertaubat sebab aku dah tak sanggup nak tanggung d0sa. kalau aku m4ti masa aku tengah tido dengan dia, apa family aku akan rasa? aku bersyukur Allah tak tarik ny4wa aku masa aku tengah buat dosa dengan dia. aku dah tak sanggup. sekarang tiap malam nak tido aku selalu susah nak lelap sebab aku takut esok aku dah tak bangun.

aku tak sempat bertaubat. aku buat dosa besar walaupun aku solat. aku dah bayang macam2. aku bukak mata keliling gelap sebab aku dah ada dalam kubur. aku tak nak m4ti sia sia. doakan aku gigih dan berterusan nak jadi mcm aku yang dulu. aku perempuan lemah lagi h1na.

aku harap aku tak give up nak tolong guide dia dengan keterbatasan yang aku ada. aku takkan h1na dia depan orang lain. sebab aku tak tau satu hari nanti kalau dia dah bertaubat, dia jadi much better than us. kalau Tuhan kata dia jodoh aku, aku doa tolong jadikan dia seorang suami yang baik untuk aku.

jadikan dia suami yang sayangkan aku kerana Allah. kalau Tuhan kata dia bukan jodoh aku, aku akan doakan dia berubah dan jadi lebih baik. aku harap Allah ampunkan dosa aku selama aku bernafas. amin. – JulaJuli

Reaksi warganet

Nasiha syakina – Xde yg baik pn pd lelaki tu… Jaga awk pun x, jaga iman pun x, belum apa2 dh memkul..tu blm lg sah jd milik dia.. cuba baygkan klu dh sah jd bini? Mau bersepai kepala… Xpayah la cuba nak ubah org klu diri dia sendiri xde usaha nak berubah… Belum terlambat utk selamatkan diri..

Zain caliph – tinggalkan jela jantan mcmtu.. bl0ck semua medium yg boleh berhubung dgn dia.. tukar number phone.. jgn bgtau nak break.. buat secara tiba2 je klu bgtau mmg dia akan ugut kau mcm2.. lelaki cmtu mmg xboleh jaga kau apetah lagi didik kau.. masa utk kau bersihkan diri bertaubat dan berkhidmat utk org tua.. abaikan dulu soal jodoh.

Kudean honey – Kesian….. Kalau dh dpt laki jenis nk jah4namkan perempuan, lebih baik putus je lah. Benda dah terang2, tp hati masih lagi buta walaupun mata tak buta….. Buat apa seksa diri… Kalau dia baik, dia tak ambil kesempatan merasai nikmat alam perkahwinan…..

basic punya penanda aras memilih bakal suami…. Lebih baik tak bertemu jodoh dari lepas kahwin pun lagi merana hidup…… Kalau ada jodoh dengan org lain yg baik, tu takdir dari allah taala.

Abeawi ali – Jgn solat saja. Tp lazimkan baca quran dan tadaburkannya. Itu pesan guru. Itulah penguat iman…dgn istighfar pembersih hati. Lihat ke dlm diri. Lihat dosa diri… Lihat nikmat yg Tuhan beri…
Dan .. Lihat nikmat mana lg yg nak didustakan.

Kita berbuat baik… berbuat jahat…akan kembali pd diri. Allah tetap mcm tu jugak. Dgn kekuasaan, kebesaran, kekayaan, keagungan dan kesempurnaanNya yg x sekumin pun luak. Yg sirna nya kita. Allahu!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.