Sbb aku tlalu sibuk, isteri lari rmh mertua. Tiba2 ank bgtau sbb mak xnk balik. Rupanya kerja nie belkg aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Admin tolong hide profile aku..aku cuma nak luahkan. Pada mula nya aku bahagia dah selama 8 tahun ni berumahtangga bersama isteri ku yang tercinta.

Dikurniakan 2 orang anak perempuan. bermula dari rumah mertua yg kurang privasi aku bawa isteri dan anak ku berpindah rumah berhampiran rumah mertua. Aku renovate rumah tu hampir 250k termasuk perabot dan kelengkapan. kami bahagia selama 3 tahun dirumah tu.

Isteri aku seorang suri rumah tangga segala nya aku berk0rban kerana sygkan dia dan anak2. ranjau kehidupan berumah tangga biasala asam garam ada pasang surut gaduh, masam, em0si semua aku hadap dengan tenang. Tapi asal bila gaduh merajuk tiba2 mak ayah isteri aku dtg amik isteri aku dengan anak2 bawa balik rumah mertua aku.

Sedangkan apa salah aku sebagai suami menegur sesuatu utk kebaikan. Bukan nya aku marah bentak2 naik tangan n kaki pon. Aku tak pernah mnyakitkan isteri dan anak2 aku apatah lagi lempang, naik kaki menc3derakan semua tu. Walaupon aku ni lelaki ada sifat baran tapi bertempat. Sebab aku sayang anak2 aku dan isteri aku.

Aku memang sibuk siang malam dgn kerja cari rezeki bawa pulang untk mereka, beri mereka segala nya. Aku dahulukan mereka semampu secukupnya utk mereka dan memang mulanya dia pun faham dari mula kawin dgn situasi kerja aku balik lewat. Tapi segalanya mula berubah pada tahun 2020 time kobid aku lihat isteri aku mula menunjukkan tanda2 em0si dan bersikap dingin dgn aku dan anak2.

Dan masa tu pun aku sibuk dgn kerja kontrak buat rumah sewa dua mertua aku di sebelah rumah mertua aku. Dia cakap dia faham dgn situasi aku yang aku tk boleh bagi dia nafkah batin dalam masa tu sbb kencing kotor. Dan aku pun berubat sehingga sembuh pada awal tahun 2021.

Ceritanya selepas siap rumah sewa tu ada penyewa masuk dua2 rumah tu status bujang yang berstatus ustaz tahfiz umurnya muda setahun dari isteri aku. Dan aku pelik bila isteri ku selalu hantar anak2 ke rumah ustaz tu dgn alasan untuk hantar anak2 belajar mengaji sehingga lewat malam..

Tapi bila habis mengaji kerap kali balik tdo dirumah mak dia. Alasan anak2 dah penat nk tdo rumah nenek dia. Dan aku kat rumah selalu kesorangan menunggu dia pulang. kerap kali terjadinya benda ni dan selalu kerap dingin dgn aku terlintas kt dalam hati aku ada sesuatu yang dia buat yang isteri aku membelakangi aku.

Jadi aku tanya ada masalah or tak puas hati or marah aku mohon terus terang. Tapi isteri aku eg0 taknk beritahu hal sebenar dan sembunyikan sesuatu. Sehingga la aku ditinggalkan di rumah bulan puasa ni dah 3 minggu aku dibiarkan kesorangan dan isteri aku tidak amik peduli pun pasal aku.

Jadi aku dtg kerumah mertua aku utk bincang pasal isteri aku. ternyata tetiba isteri aku berubah perangai nya 360 darjah. Keras hati dan tawar hati dgn aku dia marah2 aku tapi tk macam selalu dia cakap. Seolah olah ada yang mengawal dia. Tak nak ikut aku balik malah aku dih1na depan mak ayah dia.

Alasan aku ni sibuk kerja dan dituduhnya aku ni pulak ada perempuan simpanan. Tapi aku paham sebab dia ni dari awal kecil mmg anak mak n manje ngn mak.. Sikit2 emak dia backup. So aku tertanya tanya apa yg dia nak. Alasan nya dia kata aku sibuk kerja. Selama ni aku kerja aku tak pernah lupa tanggungjawab segala2 nya makan pakai, bill2 segala galanya aku tanggung.

Tanggungjawab dia cuma pikir jaga rumah, anak, masak n kemas rumah ambil hantar anak sekolah. tapi aku tak paksa pon selalu masak n kemas umah. Makan pon selalu oder kedai. tapi bila aku rasa sesuatu mcm dia berubah hati mcm dia tak jujur dgn aku. aku selidik siasat ngn anak2 aku rupanya

anak2 aku bgtau seorang ustaz yang mengajar ngaji anak aku selalu rapat dgn isteri aku. Sehinggakan aku tengah sibuk dgn kerja anak2 aku balik sekolah pun ustaz tu ambil anak2 aku kt sekolah tanpa pengetahuan aku. Aku tak boleh tahan sabar bila dia cakap tawar hati then taknak balik rumah.. semunya tentang kejujuran.

Aku tak leh tahan sabar. Aku amik keputusan pegi centre potong line telepon isteri aku sbb line yang dia pakai sbb nombor tu dftar atas nama aku. then aku buat simkad baru aku pasang kat phone lama aku. Satu hari aku download wassap atas akaun gmail isteri sungguh luluh hati aku bila aku tengok baca perbualan wassap

isteri dgn ustad tu ber sayang sayang hancur hati aku tergamak dia menipu aku. Bila aku dah tahu aku terus pegi rumah dia jumpa sendiri ustaz tu then ustaz tu n isteri aku sendiri mengaku diorang ada hubungan belakang aku. Mak bapa mertua aku langsung tk mahu bercakap n komen pasal hal ni.

Seolah olah membenarkan apa saja anak kesayangan dia buat mcam nk tukar menantu mcm tukar baju. Aku tak tau apa lagi yang diorang buat belakang aku seolah mcam ade ilmu guna2 yang dipakai oleh ustad tu. Aku rasa dianiaya, dia tak jujur dgn aku. Bulan puasa pulak tu. Aku terus pegi balai buat report polis.

Sekarang aku ikut saluran undang2 dan aku tak sanggup lihat orang yg aku percaya sanggup buat benda terkutuk ni belakang aku. Aku ditipu hidup2. Aku tk redha apa yg diorang buat belakang aku. Aku cuma syg kan anak2 aku. Aku curiga bila aku pernah lihat sendiri anak2 perempuan aku dipeluk cium dengan ustad tu.

Aku risau. Tapi bila aku nk amik anak2 bawa balik mertua aku ngn isteri aku berkeras. Cuma aku tak sangka selama aku sibuk cari duit kerja keras rupanya ada duri dalam daging yg menghasut dan mengg0da isteri aku sehinggakan dir4cun pemikiran isteri aku dan mertua aku sampai bini aku syok sgt dgn ustad tu.

Buat benda haram belakang aku. Aku tak nak hadap lagi penganiayaan ni. Aku balik umah mak ayah aku. Tak sanggup duduk sorang2 lagi kat rumah sendiri. Biar undang2 yang tentukan selepas ni. Apa2 pun aku dah taknk pikir sebab dah jadi kes polis dan aku mngadu ngn pejabat agama. Kalau didunia ni mereka terlepas.

Kat akhirat nanti lebih azab mereka tanggung. Aku dah lama bersabar. Walaupun mereka bahagia buat benda terlarang belakang aku. Tapi aku yakin allah akan turun kan bala pada mereka yang merosakkan rumahtangga aku. Aku cuma nk pesan korang jgn lihat luaran pemakaian n title sahaja korang terus pecaya bulat2.

Hati2 laa semoga allah menurunkan azab dan pengajaran yang lebih dahsyat disebabkan apa yang mereka buat belakang aku. Aminn.

Reaksi warganet

Song onim – Please…dapatkan hak penjagaan anak2 kau… bini kau tu x layak jaga anak2… Depan anak2 dia dah tunjuk teladan x baik… Isteri dan ibu apa mcm tu? Sikap mertua kau lagi aku x boleh brain… Tapi x pelik… Maybe mereka nak bersatu bersama-sama dlm neraka nanti… Yelah..anak beranak kan?

Mana2 pergi pun, akhirnya bersama jugak. Dan pleaselah weh…. Anak kau perempuan… jantan tu siapa aje? Ish…buatnya jd benda x elok, kau jugak yg sakit nanti… Bukti sundal dia org, kau simpan…bawa pergi mahkamah… X payah ada belas kasihan.

Norazedah – Lumrah kehidupan seabis baik mana pun pengorbanan kita pada pasangan ada 2 perkara akan terjadi: 1.Pasangan kita di ambil orang. 2.Padangan kita di ambil Tuhan
Dalam kehidupan segala kemungkinan akan berlaku jangan terlalu yakin & pasti kita akan kekal bersama,suatu ari nanti semua orang akan laluinya..

Sayang orang berpada2 jangan terlalu bagi kepercayaan sepenuhnya bila di uji terasa perit & sukar untuk memaafkan..Kesimpulannya kasih sayang bukan hanya fokus pd harta benda tapi yang penting membimbing ke jalan akhirat sana..Jadikan pengajaran tak semua perkara boleh dibeli dengan duit.

Abdul wafie – Alahai ada jgk yg perempuan komen, isteri dia perlukan perhatianlah, suami mcm bahagia sorang2 lah…aiyaaa tak paham aku….kalau suami duk rumah sweet je x keja, boleh pulak ckp nak mkn bukan pakai cinta tapi duit, bila kerja keras sikit ckp takde perhatian, wahai wanita,

tipulah kalau suami balik letih2 kerja xde masa langsung nak bersweet korg x pandai nak amik ati suami….ati ustaz pandai pulak.. hurmmm dunia2… Faris Aiman Mohd Zaki nih skill ustaz2 hahahaha anta ana antum…mu kan minat ustaz

Sere nie – ustaz pun ada yang jilake. adatu cakap berdegar2… isteri siap pasang anak perempuan ikut dia pergi ceramah… tapi sempat lagi… gatal betul…lepastu kahwin dua dan banding2kan dua2 isteri sampai adegan katil pun dibandingkan….

bila cerita dah popular pandai pula pergi menyorok jauh2 sebab semua kariah tak nak panggil dia lagi… ramai wanita gelap mata ingat ustaz2 boleh bawa kesyurga… ingat, mereka tu jantan2 bern4fsu juga. jil4ke bertopengkan agama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.