“Apa ke b0do ko ni ajk org keluar duit xde”. Sbb gaji xmasuk suami dimarahi oleh lstri dpn org ramai. Tgamam si isteri ini yg tjadi.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. KEJADIAN DI MYDIN AYER KEROH TADI. Aku beratur di atm RHB, aku no 3 di Barisan ni. Aku perhati pasangan depan tu dengan seorang budak perempuan.

Mula2 angin jugak aku pasal lama Sgt ko kat mesin tu. Tu bukan mesin spin MEGA888. Itu mesin atm jangan lama2. Orang lain pun nak cucuk duit gak. Kerana lamanya si abam tu duk tekan2 mesin smpai akak depan aku tu blah trus sambil mengomel, pi atm Maybank belakang lah.

Kata kakak depan aku. Lepas kakak tu blah aku pun betul2 di blakang si abam ni. Aku x kata apa cuma beratur sambil layan baca fb. Tiba2 aku dengar si perempuan tu tanya apsal Bi x keluar duit. Si abam tu pun jawab, payment x masuk lagi ni. Si perempuan tu isterinya aku rasa sebab panggil si lelaki tu B pun kata.

“Apa ke bodoh ko ni ajak kita orang keluar duit xde”. Lelaki tu diam. Kerana aku betul2 belakang ya aku dgr jelas lah apa diorang cakap. Pastu kakak tu tarik tangan suami nya ke tepi dgn kata kata aku maaf ye Che. Lama beratur. Aku hanya jawab xpe xde hal.

Dalam masa sama, aku padang muka laki dia memang sedih dan murung la. Tengok pada mata dia aku tau dia sedih.Terus aku ingat zaman aku susah dulu. Aku pun ke mesin tekan nombor untuk keluarkan duit. Niat dihati nak cucuk 1k je tapi sekilas aku pandang ke tepi tgk mata si suami memang sedih sambil dgr si isteri berleter.

Anak nya pun nampak sedih je. Tengok mata aku tahu memang sedih. Muka x nmpak sbb pakai facemask. Bila aku terkenang zaman aku susah dulu, pernah jadi gini di atm tapi masa tu aku x kawin lagi. Cuma bawa awek je pastu nk cucuk duit xde. So, gaduh la aku dgn awek kat situ gak. Sama macam pasangan ni

So, aku ubah niat, aku cucuk 1500.pastu aku pun dgn slumber nya tegur si abam tu yang tgh duk dileter isterinya tepi atm tu sebelah kedai komputer. Aku beri Salam lepas tu aku kata eh broo, macam kenal je. Padahal aku x kenal pun lebih lagi dia pakai facemask pula tu.

Lepas dia jawab Salam aku dia tanya sapa ya. Aku pun ambil peluang bagitau isterinya sekejap ya, cakap dgn abang ni jap. Pastu isterinya angguk. Aku pun ajak laki dia sembang depan kedai sushi sebelah kedai komputer. Skali lagi laki tu tanya aku siapa ya.pastu aku tnya abam tu ABANG BUAT WIRING KAN.

Aku guna ayat ni sebab tadi aku dgr dia cakap dgn bini dia payment wiring smalam x msuk lagi. Abam tu pun jawab. Ya saya pastu tanya aku lagi skali sapa ya. Aku pun tarik skit facemask tunjuk muka kat dia. Aku pun bagitau nama aku, aku tinggal kat mana, ofis kat mana.

Pstu dia bagitau dulu dia pernah pasang lampu kat rumah dalam Taman aku. Aku pun terus jawab molek Sgt. Sebab saya memang nak pasang lampu di ofis saya. Sedang molek jumpa abg kat sini. Dia kata OK boleh. Aku pun x ckp byk keluar duit 500 terus beri kat tangan dia dgn beri Bisnes Card aku skali.

Aku kata nanti esk call aku. Terkejut terus dia. Terus dia tarik turun kan facemask dia tunjuk muka dia kat aku. Aku pun terus kata HAA BETUL LAH SAYA PERNAH TENGOK ABAANG BUAT KEJE KAT TAMAN SAYA. Padahal sumpah aku x kenal dan x pernah jumpa pun dia.

Dia senyum tapi tgk muka dia memang nampak dia terkejut lagi sambil tengok duit kat tangan dia aku beri. Aku jawab tu 500 dulu saya beri nanti siap pasan lampu sy tambah lagi 500.dia kata eeh byk ni bro. Brapa Puluh biji lampu nak pasang. Upah pasang lampu dia ambil 40 ringgit je satu.

Aku jawab x byk Sgt nanti dtg la ofis sy bro tengok la. Dia terus jawab Ok2 bro esok aku sampai. Dengan senyum hepy dia panggil bini dan anak dia mari kat aku dgn dia. Dia pun bgtau bini dia OK boleh kita beli barang. Bro ni bagi job siap bagi duit 500 ni. Terus isterinya jawab alhamdulillah.

Terima kasih byk2 isteri dia bgtau aku. Si laki tu pun 2,3 kali ucap Terima kasih. Aku kata xde hal, nanti esk sebelum mari call aku. No hp aku kat Kad tu. Dia kata Ok2. Lepas tu aku pun blah. Masuk je dlm kete aku pun fikir lampu mana aku nak pasang esok kat ofis. Sebab dah penuh lampu ofis aku.

So, aku mari idea esk aku beli mentol lampu sruh abam tu tukar esk. Niat aku hanya nak tolong dia bukan nak pasang lampu Sgt. Sebab pernah berlaku situasi camtu kat aku dulu.

MORAL OF THE STORY, Ingatlah saat kita susah dan bila senang jgn lupa bantu orang yang susah walaupun kita x kenal dia. Insya Allah, akan diberi rezeki oleh Allah atas bantuan yang kite beri kat orang.

Tujuan aku share ni hanyalah untuk beri peringatan pada Umum, bukan niat nak menunjuk. Sekadar menyampaikan pesanan Umum supaya kita Jangan lupa Zaman Kita Susah Dulu dan Jangan Sombong Ketika Senang.

Reaksi warganet

Rasidah yahya – Huhu …terjadi kat diri sendiri dh syok Ank Ank nk shopping baju raya…c ayah p cucuk duit kat moll yg ada ATM..ibu duk tepi jga ank2 sementara c ayah p cucuk duit beratur panjang sampai giliran ayah dpn mesin tu…tekan tekan 2 kali x kluar duit pastu DTG kat kami..

bgi tau MCM mna ni duit x masuk lgi terbeliak mata kami kikiki gelak sakan… kami dh masuk moll dh syok dh ni… Allahuakbar… saya xnk Ank ank kecewa…dan Xkn nk keluar semula .dri moll ..saya ikhlas bgi kad saya bgi tau xpa abng guna saya nya duit dulu t bila gaji abng dh masuk …abng ganti semula ye…

terus suami syum happy…ank2 happy Alhamdulillah… jgn lh kita ni terus ckop dgn perkataan bodoh tu kat suami dia PON x sangka duit Lom masuk lagi….tolak ansur sikit laa….susah senang bersama. ….lepas je blnjer apa yg patut x lma lepas tu suami p lgi sekali cucuk duit Alhamdulillah masuk dh duit nya ..nampk kan kat situ Allah nk uji hambanya sabar ke tidak …dlm situasi MCM tu.

Noor asyikin – Hargai suami selagi ada… Susah senang bersama… Kadang suami pun sedih tengok org lain bwk family shopping tapi mungkin die belum ada rezeki… Tapi nak jgk ajak family kuar sbb nak bagi rasa mcm suasana raya… Dapat beli air murah2 pun jadi lah…

Kita semua milik allah x tahu sapa yg pegi dulu… Selagi ada tu hargailah… Sama2 mohon pada allah agar dimurahkan rezeki.. Alfatihah suamiku… Saya rindu awk…. Alhamdulillah 11tahun kami susah senang bersama… Tapi allah lebih sygkannya.

Mavey yuyu – Masa aku nak masuk lr nak bersalin anak kedua ni , laki aku cakap “nanti biy belikan beg yg syg nak tu”. Aku tak mengharap pon sebab masa pregnant dia dah belikan aku 3 beg baru . Lepas bersalin aku tahu gaji dia kurang sebab kena banyak cuti sebab aku kat ward je 6 hari .

Sebelom2 tu lagi dia banyak cuti hantar aku checkup bagai . Lepas bersalin aku tak tanya2 pon pasal beg dia janji tu . Dia sendiri cakap “nanti biy ada lebih biy belikan” . Kau jadi bini kau kena paham kewangan suami kau.

Hayati othman – Laki pn ada yg mcm ni tengking bini waktu mngndung n dukung bby kira2 1thun la lebih kurg mcm tu , situasinya agk sama tpi ada sedikit berbeza siap tinggal dgn barang yg byk lgi dgn ank lgi tinggal bini , mne nk jaga ank , mne nk byr brg , mne nk angkt lagi

mujur ada yg perihatin smpai2 je kne maki lgi , sbb beli trlmpau byk , katanya abis la duit mcm tu , tpi tu bkn brg shopping brg keperluan , nak2 pulak belaku dpn mata , kes ni dh lama cuma tu la psgn mcm ni rasanya xsesuai tok dijdikn psgn hdp.

Sumber: FB Ayie Sham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.