2kali taklik dilafaz semua dilanggr. Mgkin xnk khilgan kali nie dia berubah. 10thn aku tggu saat nie.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum kepada semua pembaca Confession. Dua tiga hari ini, hangat isu suami tak solat. Ada macam-macam pendapat dan pandangan. Terpulanglah nak ikut pendapat mana.

Saya disini juga nak menceritakan mengenai kisah suami saya yang tak solat. Sudahlah tak solat, tak puasa, tak tahu mengaji, men4gih dad4h pulak. Itu kisah saya 7 tahun yang lalu. Sebenarnya saya berkahwin dengan suami saya dah 17 tahun, bermula 2004 hingga 2021. Kami berdua merupakan kakitangan kerajaan. Ada 2 orang anak.

Sama macam confessor sebelum ni jugak, saya tak tahu suami saya ni tak solat masa bercinta dulu, sebab dia selalu bertanyakan dah solat ke belum. Rasa macam.. Caring sangat bab agama ni. Sedangkan.. Hurmmm… Krik krik je.. Betul la kata orang, bila kita dah duduk serumah, tidur sekatil, baru kita tau perangai sebenar dia macamana.

Seperti yang saya bagitau kat atas tadi, tak solat, tak puasa, tak tahu mengaji dan men4gih dad4h. Yang paling saya tak boleh terima masa tu, seluruh keluarganya macam tu. Mak dia which is mertua saya pun tak solat dan tak puasa, kakak-kakak, ipar duai, anak-anak saudara dia semuanya tak solat dan tak puasa.

Yang lelaki pulak tambah lagi satu, men4gih dad4h. Saya masa tu.. Ya Allah.. Family apa aku masuk ni.. Sebab family saya sangat menitikberatkan solat, puasa dan mengaji. Tanyalah mana-mana isteri pen4gih dad4h pun, tak ada yang hidup bahagia. Begitu juga saya. Air mata teman sejati masa tu.

Sampailah mak mertua saya mennggal (ayah mertua dah lama mennggal, sebelum kahwin dengan saya lagi), suami saya masih men4gih lagi. Sengasaranya hanya Allah yang tahu. Lebam sana sini, bergaduh setiap kali dia ambil dad4h. Pernah dia curi duit gaji saya dalam akaun, dia ambil kad ATM saya tanpa saya sedar.

Lepas tu, terus saya tukar nombor pin, tak bagitau dah kat dia nombor pin saya. Akhirnya setelah puas bergaduh, tmbuk, sep4k terajang, dia minta kepada saya untuk dicarikan tempat berubat ket4gihan dad4h. Agaknya dah tak sanggup lagi nak bergaduh. Kami bergaduh kaw kaw.

Sebenarnya, dah 2 kali taklik jatuh disebabkan dia bertaklik jika dia mengambil dad4h lagi, jatuh talak atas saya. Dan kami telah rujuk ke pejabat agama. Dan dia tak sanggup kehilangan saya dan anak-anak, jadi dia sanggup pergi berubat kat Kuala Kangsar, Perak dengan bayaran sebanyak RM2000. Masa tu tahun 2012.

Setelah balik dari sana, ada la dalam setahun dia jadi baik, solat, belajar puasa, tak his4p dad4h. Tapi bab mengaji dia tak nak. Lepas pada itu, dia kembali men4gih dad4h kembali. Masa ni, dia kata kalau dia hisap dad4h lagi, jatuh talak. Rupanya dia hisap lagi dad4h.

Bila hisp dad4h, solatnya memang tidak, puasa jauh sekali, mengaji jangan ditanya. Ya Allah.. Dugaan sungguh. Dengan anak saya yang ketiga mennggal, nak hadap perangai suami. Jatuhlah talak kedua ke atas saya. Ya.. Mungkin ada yang kata, saya b0dh kerana menerima dia untuk rujuk kembali buat kali kedua.

Setiap hari dari mula-mula saya tau dia tak solat, dia his4p dad4h, dia tak puasa, saya tak pernah putus berdoa semoga dia insaf suatu hari nanti. Semoga Allah lembutkan hatinya untuk menjalankan tanggungjawabnya. Tanpa henti saya berdoa. Setiap solat 5 waktu wajib lah berdoa,

solat hajat dan tahajud, tidak pernah lupa doa ini. Setelah 10 tahun saya berkahwin dengan dia dan berdoa, bulan 8 tahun 2014, alhamdulillah dengan izin Allah, telah dibukakan pintu hatinya untuk solat, belajar puasa dan yang paling nikmat, dia berhenti hisp dad4h.

Dia tinggalkan semua kawan-kawan d4dahnya. Bukan mudah, tapi Insya-Allah boleh. Doa senj4ta paling ampuh untuk seorang mukmin. Sekarang, tahun ke 17 perkahwinan kami, dia sedang belajar mengaji. Katanya, malu kepada anak-anak yang meningkat remaja. Anak-anak boleh mengaji, ayah tak pandai mengaji.

Saya dan anak yang menjadi guru mengajinya. Sesungguhnya saya bersyukur, Allah mengabulkan dia saya setelah 10 tahun lebih saya berdoa tanpa henti. Saya bagi semangat untuk dia dan akhirnya Allah lembutkan hati dia. Paling struggle tahun pertama dan kedua dia belajar puasa.

Saya dan anak-anak selalu kena marah kerana dia tak tahan dugaan lapar dan dahaga, dia jadi pemarah. Pernah dia telangkupkan pinggan yang berisi nasi ayam baru dimakan separuh atas meja. Alhamdulillah Allah kurniakan kesabaran pada saya dan anak-anak untuk menghadapinya.

Tahun demi tahun, dia semakin bersemangat untuk puasa dan berterawih. Tapi dia masih tak boleh jadi imam, kerana bacaannya masih banyak yang salah. Anak lelaki saya yang jadi imam, ayahnya makmum. Ini kisah Masa PKP 1.0 2020. Maaflah andai cerita saya berterabur. Selagi mampu bersabar, bersabar dan berdoalah tanpa henti.

Saya juga pernah pergi ke pejabat agama untuk buat fasakh. Tetapi prosesnya amat lama. Tak jadi saya proceed fasakh. So saya proceed doa. Saya buat istiqarah, sama ada perlukah saya memilih pencerraian atau kekal dalam perkahwinan yang bagi saya sangat menyeksakan.

Bukan sekali dua istiqarah, lebih 20 kali sepanjang 10 tahun berada dalam ner4ka dia. Solat hajat dan tahajud yang berpanjangan, doa tanpa henti. Terima kasih kerana sudi baca. Sekiranya berterabur, maaf kan saya, saya tak pandai mengarang sebab saya bukan orang bahasa. – Kereta Merah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Aqilah mohd – “Sebenarnya, dah 2 kali taklik jatuh disebabkan dia bertaklik jika dia mengambil dad4h lagi, jatuh talak atas saya. Dan kami telah rujuk ke pejabat agama. Dan dia tak sanggup kehilangan saya dan anak-anak, jadi dia sanggup pergi berubat kat Kuala Kangsar,

Perak dengan bayaran sebanyak RM2000. Masa tu tahun 2012.” Nampaknya suami tt syg kt tt sbb tu sggup berusaha nk berubah, cume x terdaya mase awal tu sbb d4dh kn mmg payah org nk berubah.

Ain aripin – Tahniah TT, jodoh aturan Allah itu sgt Indah ..Puan berjaya bersabar dn brjaya membimbing suami menjadi insan yg lebih baik..benar hanya DOA lh senj4ta paling terampuh untuk mengubah sesuatu yg kita ingini..bila ujian dtg check kembali hubungan kita dgn Allah.

Jaga solat 5 waktu, Sunat Tahajjud, Istiharah,Taubat & Hajat Sgt lh powerfull..booster untuk kita bangkit perbaiki diri dn usaha untuk tempuhi ujian itu.. semoga kalian terus bahagia diberi rahmat dimurahkan rezeki dr Allah s.w.t…

Rubi – alhamdulillah tahniah puan ,suami dan anak2 kerana bersabar dengan ujian Allah .. doa pada Allah swt, usaha, tawakal. sy selalu tertanya2 dlm tempoh 5/ 10/ 20 tahun tak mungkin lah Allah swt tak makbulkan doa permintaan isteri & anak2 agar si suami kembali mengenali & mencintai Allah swt.

akhirnya ada juga yg share kisah ini .. Allah swt lah yg jua memegang hati hamba-hambaNya ,juga membolak balikkan hati kita semua .. insha’Allah semoga Allah tetapkan hati kita semua dlm iman & matikan pun dlm keadaan iman.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.