“xtakut ke tggl sorang2”. Pelik, aku kan bdua dgn suhaila. Mgkin dia xbo nmpk sy mcm awak nmpk sy. Tsentak dgr jwpn suhaila.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Cerita ini bermula begini.. Aku mengenali Suhaila di grup laman sosial fb sewaktu aku mencari rumah sewa berdekatan tempat kerja baruku.

Kebetulan dia memberitahu yang rumah sewanya ada satu bilik kosong. Selepas kami bertukar nombor telefon supaya mudah untuk berurusan, aku akhirnya bersetuju untuk menyewa bilik kosong tersebut. Memandangkan harga sewaannya tidaklah terlalu mahal dan rumah tersebut juga berdekatan dengan tempat kerja baruku.

Aku pun berpindah masuk seperti tarikh yang aku maklumkan kepada Suhaila. Suhaila yang baru ku kenali itu seorang yang sangat cantik, bersopan-santun dan sangat ramah. Sikapnya yang mudah mesra itu membuatkan aku berasa selesa dengannya.

Malam itu sedang kami makan bersama, kedengaran pintu rumah kami diketuk. Aku mencapai tudung lalu berjalan ke muka pintu. Kelihatan seorang wanita sedang tersenyum memandang ke arahku. “Hai. Akak ni kak Sal. Rumah akak kat sebelah tu..” Ujarnya sambil menunjuk ke arah rumahnya.

“Oh, saya ingat siapa tadi. Saya Amira. Akak boleh panggil saya Ira.” Balas aku. “Maaf la kalau akak mengganggu malam-malam ni. Saje nak berkenalan..” “Oh tak ganggu pun kak. Jemput la masuk. Saya dengan Su tengah makan malam..” Aku perasan riak wajah kak Sal tiba-tiba berubah. Dia seakan terkejut.

Namun, dia turut melangkah masuk bersamaku. Kami rancak berborak. Kak Sal juga seorang yang ramah dan mudah mesra. Anehnya, Suhaila tidak banyak bercakap. Kak Sal juga tidak mengendahkan Suhaila seolah-olah Suhaila tidak wujud di situ.

Suhaila pula hanya tersenyum sahaja mendengarkan perbualan kami. Mungkin memberi peluang kepada aku untuk berkenalan dengan Kak Sal. Namun setiap kali aku bercakap dengan Suhaila, aku perasan kak Sal tampak tidak selesa. Hampir sejam kami berborak, Kak Sal meminta diri untuk pulang ke rumahnya.

Sebelum melangkah keluar, Kak Sal sempat bertanya kepadaku, “Kamu tak takut ke tinggal sorang ni?” “Ish akak ni. Nak takut apa. Saya kan berdua dengan Suhaila.” Balas aku seraya tertawa kecil. Kak Sal sempat menoleh ke arah Suhaila. Suhaila tersenyum memandang Kak Sal namun Kak Sal tidak membalas senyuman tersebut.

Pelik.. Selepas bayang Kak Sal menghilang disebalik pintu rumahnya, aku terus bertanya kepada Suhaila. “Su.. Awak perasan tak? Bila saya bercakap dengan awak je, muka Kak Sal nampak tak selesa..” “Kak Sal memang macam tu. Dia tak suka saya.” “Eh kenapa pula?”

“Sebab dia tak boleh nampak saya macam awak nampak saya kot..” “Hah?” Aku tersentak mendengar jawapan Suhaila. “Awak ni Ira. Jangan la terkejut sangat. Saya bergurau jela. Habis tu saya ni apa? Hantu?” Balas Suhaila sambil tertawa kecil. Senyuman sinis Suhaila membuatkan bulu romaku meremang.

Entah kenapa senyuman Suhaila nampak menyeramkan. Selepas melihat aku hanya diam, Suhaila terus meloloskan dirinya ke dalam bilik. Meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. ‘Ish, dah kenapa malam-malam bergurau pasal hantu. Bikin seram jela.’ Getus hatiku lantas mencicit masuk ke dalam bilik.

Aku tersedar dari tidur saat telingaku terdengar suara perempuan sedang menangis. Suara tangisan tersebut sangat dekat dan kedengaran ianya datang dari ruang tamu rumah sewaku. Aku sempat mengerling ke arah jam loceng yang aku letak diatas meja kecilku.

‘Baru pukul 2 pagi. Siapa pula yang menangis tu. Su ke?’ getus hatiku. Aku lantas bangun menuju ke ruang tamu. Betul sangkaan aku, kelihatan Suhaila sedang duduk diatas sofa sambil menangis. Aku berjalan ke arah Suhaila lalu duduk disebelahnya. Namun belum sempat aku bertanya, Suhaila menoleh ke arahku.

Alangkah terkejutnya aku, perempuan yang aku sangka Suhaila itu berubah menjadi perempuan yang sangat hodoh. Ulat dan lelehan d4rah memenuhi wajahnya membuatkan aku berasa loya. Aku menjerit ketakutan apabila perempuan tersebut menyeringai ke arahku lantas aku berlari masuk ke dalam bilik.

Suara tangisan berubah menjadi suara meng1lai yang sangat nyaring dan membingitkan. Aku berselubung dibawah selimut dan menekup telingaku dengan bantal. Badanku turut mengg1gil. Suara tersebut terasa memenuhi ruangan bilikku namun aku tidak berani membuka mataku.

Lama kelamaan, suara meng1lai tersebut hilang dan aku akhirnya tertidur dalam ketakutan. Keesokan paginya, sebelum aku bertolak ke tempat kerja, aku menceritakan perkara tersebut kepada Suhaila. Namun dia cuma ketawa dan menganggap aku hanyalah bermimpi.

“Saya tak mimpi Su. Perempuan hodoh tu menangis kat sofa tu ha.” Balas aku bersungguh meyakinkan Suhaila sambil mataku mengerling ke arah sofa. “Saya tidur lena je. Takde dengar suara perempuan menangis pun.” “Mustahil. Saya yakin saya tak berh4lusinasi atau bermimpi. Muka perempuan tu hodoh kot.

Masih terbayang-bayang kat mata saya ni rupa perempuan tu. Ish seram..” “Sudah la tu. Tak payah difikir sangat. Makin awak fikir dan sebut-sebut. Haa, makin suka la benda tu. Lagipun, lambat pula awak ke tempat kerja nanti.” Geram pula aku apabila Suhaila hanya bersikap tidak acuh terhadap ceritaku itu.

Aku bingkas bangun dan berlalu keluar. “Okay la. Saya gerak dulu.” “Eh Ira, malam ni saya tak balik tau. Saya nak balik kampung sehari dua.” “Alaaa… Kenapa tiba-tiba je?” “Saya ada urusan penting. Sorry Ira.. Kalau ada apa-apa. Awak call saya ya..” Aku hanya mengangguk.

Memikirkan malam nanti aku terpaksa bermalam seorang diri buat semangat aku hilang tiba-tiba. Rasa takut belum lagi hilang, Suhaila sudah mahu meninggalkan dirinya bermalam seorang diri. ‘Macam mana kalau perempuan hodoh tu datang lagi..’ Bisikku dalam hati.

Selepas selesai sembahyang isyak, aku terus merebahkan diri di atas katil memandangkan mata pun terasa semakin memberat. Beberapa saat selepas mata dipejamkan, aku berasa pinggangku dipeluk dari belakang. Mata yang mengantuk serta merta terbuka luas. Otak aku cuba memproses sentuhan yang aku rasakan,

sama ada ianya hanya mimpi atau di belakang aku betul-betul ada seseorang. Pelukan tersebut terasa semakin erat sehingga menyukarkan aku untuk melepaskan diri. Ianya membuatkan aku yakin yang aku tidak bermimpi. Kemudian aku mer4ba tangan yang memeluk pinggangku. Tangan tersebut terasa berkedut dan berbulu.

Kuku pula terasa tajam mencengkam. Aku meronta minta dilepaskan. Air mataku merembes keluar. Aku menangis ketakutan. Tidak lama kemudian, pelukan dileraikan. Ternyata makhluk yang memelukku adalah perempuan hodoh yang menggangguku semalam. Perempuan hodoh itu berjalan ke arah meja solek sambil merenung aku melalui cermin. D

Dia ketawa meng1lai seakan seronok melihat aku yang sedang ketakutan. Hidungku serta-merta menangkap sesuatu yang berbau sangat busuk. Bau busuk tersebut datang dari wajah hodoh perempuan itu. Ianya membuatkan perutku bergelodak ingin memuntahkan makanan yang aku makan petang tadi.

Aku lantas bangun menguatkan diri dan berlari keluar menuju ke rumah Kak Sal. Kak Sal yang terkejut melihat keadaan aku membawa aku masuk ke rumahnya. Tanpa bertanya apa-apa, dia menghulurkan segelas air kosong kepadaku. Selepas keadaan aku agak reda, aku meminta Kak Sal meminjamkan aku telefon bimbitnya.

Aku ingin menghubungi Suhaila. Tetapi selepas beberapa kali aku mencuba, nombor yang aku hubungi itu hanya dijawab oleh operator. ‘Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan’ Aku berasa pelik. Suhaila tidak dapat dihubungi. Nombor tersebut tidak aktif. Melihatkan aku yang sedang kebingungan, Kak Sal mendekatiku seraya bertanya,

“Ira nak call siapa sebenarnya ni?” “Suhaila kak. Tapi pelik, nombor dia takde dalam perkhidmatan. Padahal petang tadi elok je saya ber-whatsapp dengan dia. Dia beritahu yang dia dah selamat sampai kampung.” Dahi Kak Sal berkerut dan dia bersuara lagi,

“Ira call Suhaila mana ni? Suhaila tu siapa?” Soalan Kak Sal membuatkan aku tersentak. Takkan lah Kak Sal tak kenal Suhaila. Selepas memberitahu siapa Suhaila, Kak Sal mengeluh perlahan. Dia seboleh-bolehnya menafikan yang dia tidak nampak sesiapa selain aku semasa datang ke rumahku semalam.

Kak Sal juga mengatakan yang dia pelik melihat aku bercakap seorang diri.
Aku berasa geram. Terasa Kak Sal cuba mempermainkan aku. Tidak mungkin aku bercakap seorang diri dan Kak Sal tidak melihat Suhaila. Sedangkan Suhaila turut berada di ruang tamu sewaktu aku berbual dengan Kak Sal.

“Ira… Cuba bawa bertenang. Akak rasa ada yang tak kena dengan kamu ni.” “Apa yang tak kena? Akak nak cakap saya g1la ke?” Suaraku sedikit meninggi. “Bukan macam tu. Takpelah, apa kata kamu tidur je kat rumah akak malam ni. Ada perkara akak nak beritahu kamu esok. Boleh?”

Aku hanya membatukan diri. “Kamu nampak penat sangat tu. Berehat la dulu ya. Mari akak tunjukkan bilik..” Melihat aku yang masih diam tidak berkutik, Kak Sal menarik tanganku perlahan memaksa aku membuntutinya. Aku akur memandangkan badanku memang terasa sangat letih.

“Ira tidur la dulu. Kalau ada apa-apa. Panggil akak ya. Bilik akak kat sana tu.” Aku hanya memandang langkah Kak Sal yang berlalu ke biliknya. Aku masih tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku sebenarnya. Mana Suhaila pergi? Kenapa dia tidak dapat dihubungi?

Keesokan harinya, aku menceritakan apa yang berlaku di dalam bilikku kepada Kak Sal. Dia terdiam mendengar ceritaku. Selepas beberapa saat kami sama-sama terdiam, Kak Sal akhirnya bersuara.. Apa yang akak nak beritahu ni, mungkin akan buat kamu terkejut.. Mungkin juga kamu susah nak percaya…”

Aku menanti butir bicara Kak Sal yang seterusnya dengan debaran.. “Sebenarnya sebelum kamu pindah, memang ada penyewa bernama Suhaila. Tapi dia sudah pun mennggal dunia. Kemtiannya jadi berita tergempar muka hadapan surat khabar sebulan yang lalu..” Apa yang baru sahaja Kak Sal beritahu kepadaku sangat mengejutkan.

Namun, aku masih tidak mahu mempercayai cerita tersebut. Tidak mungkin! Tak mungkin lah kak.” Ujar aku sambil menggelengkan kepala. “Akak tahu kamu susah nak percaya tapi Suhaila yang kamu maksudkan tu, memang tak wujud. Dia dah m4ti, Ira..” “Tak. Takpe, kalau akak tak percaya.

Haa ni akak tengok ni, saya ada selfie dengan Suhaila..” Aku lekas mencari gambar aku bersama Suhaila yang sempat aku ambil menggunakan telefon bimbitku semasa aku baru berpindah dua hari lepas. Namun aku terkedu. Gambar tersebut tiada. Aku memandang Kak Sal dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

Kak Sal menghulurkan senaskah surat khabar kepadaku. Aku tersentak selepas membaca tajuk berita tersebut. Benar seperti yang diceritakan Kak Sal. Seorang wanita diperk0sa dan dibnuh dengan kej4m sebulan yang lalu. Wanita yang berada di dada akhbar yang sedang ku pegang itu adalah Suhaila yang sama yang aku jumpa dua hari lepas.

Surat khabar tersebut terlepas dari tanganku. Sungguh segalanya bagaikan tidak masuk akal. Seharian aku duduk bersembang bersama Suhaila sewaktu hari pertama aku berpindah, namun rupa-rupanya Suhaila sudah pun mennggal dunia. Memikirkan hal tersebut membuatkan kepalaku menjadi semakin berat.

Menurut cerita Kak Sal, gangguan perempuan hodoh yang menyerupai Suhaila itu turut dialami penduduk kejiranan tersebut. Ada yang melihat Suhaila pulang dari tempat kerja. Bahkan ada yang terserempak dengan Suhaila pada waktu tengah malam sedang menangis.

Selepas mengetahui cerita tersebut, aku nekad berpindah ke rumah sewa lain. Tidak sanggup hendak tinggal di rumah itu lagi. Justeru tidak sanggup bertemu lagi dengan Suhaila yang sudah m4ti. Walaupun peristiwa tersebut sudah hampir tiga tahun berlalu. Namun ianya masih segar diingatan. Wajah Suhaila juga masih melekat difikiranku.

Bayangkan, tinggal serumah dengan orang yang dah m4ti. Seram kan? Itulah pengalaman yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Kerana bagi aku yang menghadapinya, ianya cukup membuatkan aku menggigil ketakutan. Namun jauh disudut hati, aku tetap bersimpati diatas pengakhiran hidup Suhaila.. -TAMAT- Nukilan Lyssa Khalis via angker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.